13 April 2011

Ulasan pasal entri semalam oleh Cahaya Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, pembaca belog Shag Comot sekalian.

Aku terkejut beruk semalam. Rasanya, beruk pun tak tahu nak terkejut macam aku tu. Haha. Melawak pulak aku ni.

Kenapa aku terkejut? Haih. Semalam, Puan Besar pos satu entri pedas mengenai ke-profesional-an individu. Kelik SINI untuk baca. Semalam dia tegur siapa pun aku tidak tahu. Tapi, dia hilang satu identiti yang dia bawa sebelum ini. Sikap profesional dia lenyap sekelip mata bila berbicara tentang profesional.

Ke mana hilangnya profesional anda sebagai penulis belog?

Bukan aku nak hentam Puan Besar. Tidak. Tiada kudrat aku nak menentang dia. Dia adalah majikan, aku pekerja sahaja. Cuma, aku ingin berikan kata kata nasihat buat Puan Besar serta para penulis belog yang lain. 

Kita kena berkelakuan profesional walaupun kita hanya pencuci jamban je ! - Shag Yahaya.

Dia dah tulis status begitu di Facebook. Tapi lihatlah entri semalam. Betapa tidak profesionalnya beliau. Mungkin akibat amarah yang amat sedang membara. Itu lah sebabnya, jangan sesekali simpan dalam hati terlalu kerap. Yang sakit, diri sendiri. Yang merana, diri sendiri.

Jadi aku harap, para penulis belog perlulah berfikir dahulu baik dan buruk sebelum pos sesuatu entri. Jangan nak main hentam kromo je. Kita di dunia belog tak main istilah, dunia aku, aku yang punya cerita ! Kalau macam tu, lagi bagus kau private-kan aja belog kau tu. Tak perlu aku masuk !

Fikirlah yang tersayang. Ingatlah, kerana mulut badan binasa !



Aku reda kalau lepas ini, Puan Besar nak pecat aku. Aku hanya luahkan apa yang aku rasa sahaja. Terima Kasih.




Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 April 2011

Pergi sekolah untuk belajar, bukan untuk berkurang ajar!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Seperti biasa rompak dari bank Pak Cik Google.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Ini Shag Yahaya yang sedang menulis. Dan, aku berada dalam keadaan yang marah serta geram. Aku amat berharap, ada insan yang macam air boleh padamkan api aku ni. Malangnya tiada siapa mampu agaknya.

Siapa baca status aku di Facebook tentu tahu apa yang bakal aku bincang kan ini.

Aku nak tanya korang, dalam hidup perlu atau tidak kita menjadi profesional? Walaupun kita hanyalah seorang pencuci jamban. Sila jawab dengan jujur.

Bagi aku, PERLU ! Sebab, kalau kau tidak profesional, pastilah korang buat kerja korang macam tahik anjing. Ke nak aku guna binatang yang paling teruk? BABI ! Aku tak tahu, apa masalah manusia zaman sekarang. Entah di mana letaknya ke-profesional-an masing masing. Lubang dubur apa?

Ya, aku mengaku. Aku profesional. Mahu sangatkan kata aku profesional. Ini dia aku dah mengaku. Jadi, teruskan dengan pelan anda seterusnya. Cuma satu pinta aku, jangan libatkan manusia yang lebih tua. Hormat mereka sebagai orang tua. Dengan aku nak gaduh tak mengapa. Tapi, harus profesional jugak pergaduhannya ;)


Belajar untuk jadi lebih profesional. Pergi sekolah untuk belajar, bukan untuk berkurang ajar!

Siapa yang makan Double Cheeseburger, dia yang rasa kelazatan daging dan cheese-nya. Terima Kasih.


p/s : Maaf sayam sayam semua sebab aku kembali ke sini dalam keadaan yang tidak bagus.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

SEGi College Subang Jaya's MAD Showcase 2011.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, pembaca belog Shag Yahaya.

Hari ini, aku nak promote satu majlis yang sedang di jalankan sehingga 17 April ini yang bersamaan dengan hari Ahad ini. Majlis ni di beri nama SEGi College Subang Jaya's MAD Showcase 2011. Segala butiran lanjut ada di bawah.

Lokasi : The Annexe Gallery, Central Market
Tarikh : 12 - 17 April 2011
Hari : Selasa - Ahad
Masa : 11am - 5pm
Bayaran : PERCUMA !

Kenapa aku pos pasal ni?

Ini kerana kawan baik si Puan Besar yang handle majlis ni. Al-maklumlah, final year student's project. Marilah jayakannya weh! Jom ramai ramai pakat serbu Central Market. Tak rugi pun. Lepas korang p CM korang boleh enjoy kejap kat Petaling Street. Tak pun terus ke BB, TS, Pavi. Dekat je!

Hehehehehe ;)



Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Belog ni makin serabut dengan adanya dua penulis. Haha.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Ehem. Kepada mereka yang dah lama ikut belog aku ni pasti dah tahu siapa yang sedang menulis kan? Hehe. Yela yela. Ni Shag Yahaya yang taip.

Kenapa tetiba aku taip kat sini lepas aku cakap aku bercuti?

Pertama sekali, aku nak mohon maaf kepada semua sayam aku di sini. Sebab, aku tak beri tahu korang awal awal yang aku akan cari penulis-kedua-sementara belog aku ni. Itu keputusan akhir masa. Maaf!

Aku taip hari ni sebab aku nak terangkan kenapa aku upah penulis-kedua-sementara untuk belog aku ni dan bila aku akan taip entri.

Penulis-kedua-sementara belog aku ni, Cahaya Yahaya, bukan nama sebenar, telah di upah beberapa hari lalu bagi menghidupkan belog aku ini. Sebab, aku bertambah sibuk dengan kerja sekolah aku. Banyak sangat presentation yang aku perlu siapkan dalam masa terdekat ni.

Di sebabkan banyak presentation kena buat, jadi bertambah lah assignment kena hantar. Kampus aku punya stail, presentation berkait rapat dengan assignment. Jadi, aku mintak cuti panjang dari dunia belog ni. Cuma cuma, akaun Facebook aku online sebab nak tahu isu semasa sayam aku kat sini. Hehe.

Jadi, kalau korang nak tahu siapa yang pos entri, tengok nota kaki. Kalau aku, memang tak ada tulis apa apa. Tapi, kalau si penulis-kedua-sementara aku tu dia tulis Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar).

Lagi satu pasal komen di belog aku dan belog sayam sayam semua. Ya, aku yang komen dan aku yang balas komen tersebut. Kerja penulis-kedua-sementara aku hanya untuk pos entri yang aku suruh je. Aku kasi details, dia akan taip di sini.

Bila aku akan taip entri guna jari aku sendiri dan idea aku sendiri serta ayat aku sendiri? Haa~ Satu satu entri yang akan pakai ketulenan penulis sebenar adalah bila aku kena siapkan tugasan yang di berikan oleh pensyarah dari Universiti Blogger Malaysia. Kang kena reject sebab tiada ketulenan. Konon plagiat. Grr~



Kalau rasa rasa belog ni bertambah serabut dengan adanya, Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar) sebagai penulis-kedua-sementara, sila lah komen. Mana tahu ada yang tak suka :P

Aku harap tiada yang pening pening lalat, nyamuk apa suma dah. Haha.








+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 April 2011

Minggu Orientasi UBM : Mari Berkenalan.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua.

Sebelum mulakan entri kali ini. Aku nak kasi amaran. Entri ini di tulis oleh penulis rasmi belog ini, Puan Besar Shag Yahaya.

Ingat lagi semalam penulis sementara aku, Cahaya Yahaya ada pos entri pasal aku baru mendaftarkan belog Shag Comot ke Universiti Blogger Malaysia? Kalau tak ingat kelik itu link lah ;)

Hari ini, aku harus hantar tugasan pertama yang di terima pagi tadi. Tugasan ni dorang kasi nama Mari Berkenalan. Tak popular betul nama tugasan. Haha. Nak popular mana lah aku ni. Tajuk tugasan pun nak popular hancur lah dunia ;D

Jom usha tugasan pertama untuk aku dan pelajar UBM yang lain.

Seperti kebanyakan pembaca aku dah tahu dan kepada yangt tidak tahu, nama aku adalah Shag Yahaya. Sila panggil Shag *bunyi seperti Sheg*. Puan Besar itu tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah kembali kepadaNya. Hanya tambahan semata mata kerna nampak seperti macho di situ :P

Nama belog pilihan aku pulak seharusnya Shag Comot. Dah tertera besar besar kat atas tu bila korang masuk rumah aku ni. Wehh, sombong gila ayat aku. Haha. Nama ni di beri oleh girlfriend aku, Siti Aminah Ismail.

Lagi.

Aku mula berbelog pada, err, aku tidak ingat. Sebab aku mula ber-belog pada tahun 2009. Tapi, belog ini baru di tubuhkan pada Oktober 2010 kerana belog lama terpaksa di tutup atas sebab tertentu.

Pada pandangan aku sebagai orang yang kononnya dah ada pengalaman yang panjang dalam dunia belog, aku nak cakap dunia belog menyebabkan ramai orang MENJADI TAMAK ! Maaf. Kerna terlampau marah pada mereka yang berniat untuk mengaut duit, aku tertekan CAPS LOCK. Tu je pandangan aku.

Jawapan kepada soalan seterusnya.

Pandangan aku terhadap IPTM adalah mungkin ini akan menjadi satu institut yang akan meletup kedebabom suatu hari nanti. Sekarang pun sudah meletop tanpa sebarang kecederaan di laporkan. Apatah lagi esok lusa dan tahun depan. Kan?

Cuma cadangan aku, harap semua pelajar dapat berkomunikasi dengan pelajar lain juga. Penat aku tegur sekor sekor. Ada yang balas ada yang senyap. Sombong ke? Ahh~ Itu hanya tuan badan yang dapat jawab.

Kan?


Kepada yang belum sertai UBM, sila lah daftar segera untuk pengambilan bulan April ini.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 April 2011

IPTM Pertama : Universiti Blogger Malaysia.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, pembaca belog Shag Comot sekalian.

Maaf lah sebab pos tengah malam. Aku ni boleh jadi burung hantu jugak sebab siang siang aku tidur. Malam aku berjaga. Tapi tapi, aku tak buat benda tak senonoh tau. Tak ada nya aku layan kelab ke pub ke. Grr~ Sangat bukan aku tu.

Eh. Lari tajuk. Maaf. Puan Besar Shag Yahaya ada bagi tahu aku sesuatu baru tadi.

Korang dah tahu pasal satu Institut Pengajian Tinggi Maya yang baru di tubuhkan oleh kerajaan maya pagi tadi? Kalau tak tahu, banyak rugi woh. Puan Besar tahu dari, errr, Zati tak silap aku. Universiti pertama yang bernaung bawah IPTM ni adalah Universiti Blogger Malaysia (UBM).


Kelebihan UBM.
Yuran di tanggung beres oleh pihak pengurusan universiti.
Tidak mengira status Bumiputera ataupun tidak.
Para pelajar kacak dan cantik serta seksi.
Sistem pembelajaran yang sangat mesra alam. Suka hati nak belajar bila.
Tak perlu jalan jauh untuk ke kampus. Hanya kelik SINI.
Banyak aktiviti yang bakal di jalankan oleh pihak universiti untuk para penuntut.

Kekurangan UBM.
Tiada ramai tenaga pengajar.
Pelajar sedikit, tak meriah.
Tiada had umur, jadi orang tua pun boleh masuk selagi membawa sijil Blogger.
Kos yang di tawarkan setakat ni tak best. Kaka ;D


Puan Besar dah daftar. Korang bila lagi? Sesiapa nak mendaftar sila isi nama di muka depan di LAMAN INI.





Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Siapa nak lepak dengan Shag Yahaya sila angkat tangan macam Usop Wilcha.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, pembaca belog Shag Comot sekalian.

Haaa~ Lenguh tak rahang korang baca tajuk entri sahaja? Tu belum nak baca entri korang dah terkehel sana sini. Haha. Aku nak lawan tajuk entri Puan Besar Shag Yahaya. Kan kadang kadang beliau suka taip bagai nak rak panjangnya. Contoh macam ENTRI INI dan juga ENTRI ITU.

Aku dah berjaya kalahkan Puan Besar. Yay! Harap Puan Besar tak merajuk lah aku dapat kalahkan beliau. Haha.

Okay okay. Aku rasa kita dah makin jauh menyimpang dari tajuk entri. Aku nak sampaikan pesanan dari Puan Besar. Semalam tengah malam beliau ada telefon aku. Potong stim aku je tengah layan Facebook. Grr~

Kalau Puan Besar baca ni habis lah aku =.='

Untuk pengetahuan korang, Puan Besar akan hadiri satu majlis bertemu peminat belog dalam masa terdekat ini. Setakat ini terdapat 6 orang dah daftar nama nak pergi. Tapi, Puan Besar lupa nak kasi senarai nama tu kat aku. Tak bolehlah aku nak kongsi dengan korang.

Majlis tu akan diadakan pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 16 April 2011. Lokasi berkumpul yang di cadangkan adalah di KLCC, Kuala Lumpur. Kononnya strategik. Kalau bosan boleh jalan je sampai Pavilion. Alang alang boleh ke Sg Wang tak pun Bukit Bintang dah. Hehe.

Jadi, apa korang tunggu lagi. Pergi lah jumpa Puan Besar weh! Kepoh jugak beliau kalau nak tahu. Keke.

Jadi, siapa yang nak pergi sila angkat tangan ala ala Usop Wilcha ye. Keke. Korang komen je ye. Sebab, komen semua Puan Besar yang baca dan balas. Aku hanya pos entri sahaja.




Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 April 2011

Aku Cahaya Yahaya, aku bukan Cahaya Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalaamualaikum, kesayaman Puan Besar Shag Yahaya semua!

Pergh~ Tergeliat tak baca korang? Aku terpaksa taip sampai tergeliat sebab korang bukan sayam aku tapi sayam si Puan Besar Shag Yahaya. Ingat lagi, semalam? Aku cakap Puan Besar Shag Yahaya telah jumpa pengganti beliau untuk sementara waktu?

Kalau tak ingat terjah ENTRI INI semula, ya.

Aku, Cahaya Yahaya akan memulakan entri kali kedua dengan perkenalan siapakah diri aku yang sebenar. Semalam, ramai yang pening pening lalat. Diorang ingat aku ni Puan Besar Shag Yahaya. Aiyoyo. Jangan begitu sayam sayam sekalian.

Nanti Puan Besar marah aku konon nak ambil tempat beliau untuk selama lamanya pulak. Aigoo~

Bawah ni ada bukti aritu aku pergi pejabat Puan Besar sebab nak tandatangan kontrak sebagai penulis belog sementara.



Haa~ Itu aku. Gambar Puan Besar tak dapat di tayangkan sebab, beliau kan tak suka gambar beliau ada tempek kat sini. Korang sebagai pembaca pasti dah tahu sikap beliau macam mana kan? Hehe.

Aku, Cahaya Yahaya, berumur lebih kurang 21 tahun. Mungkin sebaya dengan Puan Besar tak silap aku. nanti aku tanya beliau. Dan secara kebetulan, nama ayah kami sama! Yahaya. Sebab tu kot korang rasa aku ni Puan Besar.

Aku, Cahaya Yahaya, tidak bersekolah. Tiada kelayakan yang bagus rasanya. Habis PMR terus aku, errr, menganggur. Sampai lah sekarang, akhirnya, aku dapat kerja walaupun secara dalam talian je kerjanya. Boleh lah tu. Tak perlu aku mengadap muka pelanggan ke apa ke. Tulis je hujung bulan dapat upah.

Siap!

Aku, Cahaya Yahaya, sudah tiada idea nak tulis apa. Kalau Puan Besar pasti panjang lagi kan dia tulis. Hmph~ Macam manalah nak jadi macam dia ye?

Oh ya. Aku lupa satu benda penting. Aku, BUKAN Cahaya Yahaya yang sebenar. Semalam tu, yang aku kasi link Facebook nama Cahaya Yahaya, itu memang Facebook milik Puan Besar. Bukan aku punya. Nama aku pun sebenarnya bukan Cahaya Yahaya. Saja je guna nama tu. Nampak macam unik. Haha ;D

Jangan marah noh, kesayaman Puan Besar Shag Yahaya sekalian ;)



Pening tak baca entri aku? Maaf lah ye. Aku bukanlah Puan Besar yang reti menulis.




Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 April 2011

Shag Yahaya telah mencari pengganti penulis rasmi belog Shag Comot ?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Seperti biasa, gambar hiasan dari Pak Cik Google
Chester Bennington sayam!

Assalamualaikum, sayam ku semua!

"Wargh~ Rindu nya aku sama sayam sayam sekalian!!"
Puan Besar Shag Yahaya


Itu adalah petikan kata-kata Puan Besar Shag Yahaya sebentar tadi kala aku punya temuramah sama beliau. Masih kenal beliau? Puan Besar Shag Yahaya adalah pemilik dan penulis rasmi belog ini, Shag Comot.


Jadi, siapa aku? Siapa gerangan yang menaip ini entri?

Aku adalah Cahaya Yahaya. Kenal aku? Tak kenal boleh lah add FB aku dengan hanya kelik butang INI. Terima Kasih kerana sudi kelik ye. Jangan sekadar kelik. Tambah juga lah aku sebagai kawan korang di FB tu. Penat aku buat baru ;D

Kenapa Puan Besar Shag Yahaya serahkan tugas pada aku?

Oleh kerana Usop Wilcha dah terlampau terkenal sekarang, Puan Besar Shag Yahaya mengalami masalah kecewa yang amat. Kerana sinaran bintang beliau sebagai artis depan televisyen makin malap. Tapi malangnya, semua cerita yang baru aku taip bohong belaka.

Hahahahahahahaha.

Puan Besar Shag Yahaya mintak sambung cuti lalu dia upah aku jadi penulis sementara untuk belog beliau. Menurut beliau, ramai yang dah bising dia tidak kemas belog ungu dia ni. Demi kasih sayang pada ke-sayaman beliau di sini, aku turutkan aja.

Jadi, sebagai penulis rasmi sementara, aku harap korang dapat biasakan diri dengan gaya penyampaian cerita aku.

Itu sahaja kot untuk cerita pembukaan aku sebagai penulis sementara belog Shag Comot ini. Salam perkenalan semua!

Sebelum tu, Puan Besar Shag Yahaya ada pesan suruh kasi gambar dia bergembira bersama kawan kawan beliau!
Jom main nyorok nyorok.
Cari Puan Besar Shag Yahaya !!





++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot