31 May 2011

Majlis Perkahwinan tambah kenduri makan free sama dengan majlis reunion.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Tak perlu cari di mana Shag Yahaya. Tiada pun :)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari Sabtu baru baru ni aku pergi kenduri kahwin nak balun nasi percuma yang sedap kat Taman Sri Gombak. Kawan kolej aku kahwin dah haa~ Suka benar aku! Yela, sebab dia kahwin aku dapat lepak dengan budak budak kolej. Hehe.

Kira dua dalam satu punya majlis.

Eh, tiga lah! Majlis kahwin, kenduri makan percuma dengan mini re-union bebudak KPMB. Haha. Ada yang makin sihat. Macam aku ni. Ada yang kurus. Sampaikan aku terkejut dan nak mintak tips macam mana kurus. Tapi, lupa aku nak catit pulak. Sibuk dengan gambar je haa~

Kawan aku cakap, 'Budak kita keluar kolej semua reti pakai heels, wedges semua haa~'.

Semua dah teringin nak jadi perempuan yang berpenampilan hebat sekarang ni. Yang kena teruk aku lah. Al-maklumlah, dulu rock tak ingat dunia. Jumpa jumpa aku dah tutup kepala. Siap sarung shawl warna merah jambu! Siapa tak terkejut. Haha. Nampak pulak aku pakai wedges. Hoyeah. Satu point lagi untuk dorang membuli aku! Damn.

Tu belum adab adab aku waktu makan.

Waktu makan adalah elok untuk kita berdiam diri ye kawan kawan. Selain daripada untuk menghayati makanan percuma tersebut, ianya adalah salah satu adab kita sebagai orang Islam ye. Sebab tu aku makan tak bercakap. Jadi, dua masa jela aku senyap iaitu makan dan tidur. Yang lain bercakap tak henti. Haha. Jangan lupa tau anak anak sekalian, makan kena senyap. Kalau lupa nanti mak rotan :P
Okay. Aku dah malas nak taip.

Err, aku baru bangun tidur ni sebenarnya. Qada' tidur dari Jumaat hari tu. Keke. Bangun pun sebab nak cari info untuk speech aku hari Jumaat ni. Lusa kena hantar draf pertama. Aku punya ucapan berkaitan 'How to hack wireless network password'. Mentang mentang baru baru ni kena hacked terus nak buat pasal tu :P

Doakan draf aku berjaya siap esok ye sayam sayam sekalian!

SELAMAT PENGANTIN BARU !!





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 May 2011

Movie Review : Karak [Laluan Puaka]



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tadi aku dah review filem KungFu Panda 2. Kali ni aku nak review filem Karak Laluan Puaka pulak. Haha. Berehat hanya 15 minit sahaja sebelum meneruskan tontonan filem kedua ni tadi. Jom baca komen aku! Pasti tiada yang positif. haha.


Komen Puan Besar Shag Yahaya tentang filem Karak Laluan Puaka.

Satu.
Shahir tak reti berlakon! Sayang sayang. Apakedehal? Kalau dia balak aku dah lama kena cili mulut. Selalu cakap sayang ni mulut je manis, hati ke lain! keke :P Lakonan dia kaku, jadi fokus sahaja pada nyanyia ye.

Dua.
Perempuan yang lakonkan watak Ida sangat seksi dan terlampau gedik dalam filem ni. Nak berkemban pun, agak agak lah. Tak payah pakai push-up bra. Malu aku di buatnya. Lepas tu, mana ada perempuan yang terlebih gedik macam Ida tu. Rasa nak lempang je.

Tiga.
Aku nak tanya korang. Berani tak jalan ke jamban yang jauhnya 10 minit dari kereta dan berada di tempat yang gelap dan kotor? Pasti tak punya. Dah lah penuh semak sepanjang jalan. Grr~

Empat. 
Pelakon tak reti bagi salam dengan sebutan yang betul. Siapa? Korang tengok lah sendiri. Malu je aku jadinya bila tengok pada status pendidikan pelakon tersebut.

Lima.
Jalan cerita ketika Pak Malam tolong halau hantu yang tengah angkat Nik dan Jack lari dari penutup nya. Sebab penutup cerita lain, tapi bila imbas balik, kenapa Pak Malam nak halau hantu tu padahal sebenarnya tiada sesiapa kena kacau dengan hantu waktu tu. Ni aku tak tahu nak terangkan tanpa memberitahu jalan cerita sebab nanti tak saspen korang nak tengok :P

Enam.
Filem ni ada satu mesej yang amat mendalam. Iaitu, korang perlu HAFAL, YAKIN dan TAHU MAKSUD AYAT KURSI !!

Tujuh.
Ni memang aku dah agak dari semua filem hantu Malaysia iaitu penamat yang tidak bagus dan lari dari jalan cerita di pertengahan filem. Yang ini korang kena pandai imbas balik babak di rumah Pak Malam.



Rating filem ni aku kasi : 


Lepas ni aku kena pikir empat lima kali sebelum tengok filem hantu dari Malaysia ni. Tak ada kualiti. Haha :D Sesuka je cakap. Kang kena hentam baru nak nanges :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : Kungfu Panda 2.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Ehsan Pak Cik Google.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Haha. Sebelum tu, aku nak cakap kat hacker tu, terima kasih lah kasi balik belog ni. Muahaha. Lawak korang tu melampau k!

Boleh ajar aku tak? Keke :P


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tadi petang lepas kuliah, aku dengan beberapa kawan se-universiti pergi lah tempat lepak biasa kami iaitu Berjaya Times Square blaa blaa . . .

Bapak bosan gaya penceritaan. Tukar!

Aku marathon filem baru tadi petang. Satu, Kungfu Panda 2 lagi satu Karak. Karak nanti aku cerita. Entri ni aku nak bebel pasal Kungfu Panda 2 dulu. Meh dengar, eh baca!




Komen Puan Besar Shag Yahaya tentang filem Kungfu Panda 2.

Satu.
Tak banyak nak cakap sebab aku cuba carik kelemahan di sebalik cerita tu. Tak jumpa! Haha :D

Dua.
Po punya perut dah kempis. Mungkin sebab banyak buat latih tubi kot? Eh silap. Buat tekan tubi kot? Hihi.

Tiga.
Aku perasan, banyak sangat babi dalam filem ni. Ke sekuel pertama dulu pun banyak babi dah tapi aku je yang tak perasan? Haha. Yang penting, nanti aku nak sarankan kurang kan watak babi ni. Anggap je dah pupus :P

Empat.
Po waktu budak budak sangat comel. Aww aww~ Aku tergoda sampai nak bela Panda sekor je rasanya! Okay, lawak melampau!

Lima.
Kenapa kaki si Burung Merak tu besi? Buruk dan menakutkan aku. Aku rasa macam tak sesuai je besi. Guna kaki kayu kan bagus! Lebih mesra alam. Haha.

Enam.
Mana datangnya bunga api di akhir cerita tu? Haiyaa~ Kartun sangat. Lupa lagi. Memang cerita kartun pun aku tengah tengok ni! Keke.



Rating filem ni aku kasi : 


Keseluruhan cerita aku suka! Lagi lagi perut comel si Po tu. Menggoda! Haha :D





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

24 May 2011

Kalau mental jatuh, jangan kemas belog dengan entri terbaru.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Alahai~ Nak menulis pun kurang dah sekarang. Sebabnya, mental jauh ke bawah. Aku dengar nasihat hati sendiri. Kalau mental jatuh, jangan kemas belog dengan entri terbaru.

Kenapa?

Satu adalah sebab, mental selalunya berkaitan dengan perasaan seseorang. Bila mental dah jatuh, perasaan seseorang tu lebih cenderung kepada amarah dan pemberontakan! Dan perasaan seseorang akan mempengaruhi penulisan individu tersebut. Kan?

Dah pernah terjadi dekat aku pun. Bila aku menulis tanpa sikap profesional. Bila masa aku sangat sakit hati dengan orang yang tidak profesional dalam hidup. Aku lupa, aku pun terikut menjadi tidak profesional hanya kerana perasaan aku sakit. Mental aku jatuh.

Jadi, jangan menulis!

Sebab kedua, aku kalau boleh nak elakkan aku menceritakan perkara yang tidak sepatutnya di ceritakan di sini biar pun ini adalah belog peribadi. Ahaa~ tak peribadi mana lah bila aku bukak kepada umum. Kan?

Pernah ketika dahulu, kerana perasaan marah, mental jatuh, aku menulis sesuatu yang tidak patut. Kesannya? Cerita aku itu di olah menjadi cerita baru yang lain maksudnya. Lari jauh sangat! Sampaikan, pesalah yang di jatuhkan hukuman adalah aku. Si mangsa keadaan yang sebenarnya.

Itu kesalahan terbesar aku sepanjang menulis di belog! Menulis dalam keadaan marah menguasai diri.

Aku sedang menunggu waktu mental aku jadi seperti sedia kala. Tidak sakit. Tiada amarah - pemberontakan. Tapi, makin aku tunggu makin parah jadi nya. Entah bila akan sembuh mental aku ini. Jadi, aku cuba jugak menulis dengan harapan dengan cara ini aku dapat lunturkan sikap memberontak dalam diri aku ni.


Oh ya! Aku dah mulakan semester pendek aku semalam. Tapi, hari kedua kelas aku tak ponteng. Kawan baik sehidup semati aku datang melawat. Apa nak buat. Migraine tu sayang aku lebih. haha :D

Moga semester pendek ini aku dapat keputusan yang cemerlang. AMIN!


Akhir kata dari Shag Yahaya, kalau mental jatuh jangan kemas belog dengan entri terbaru! Ingat tau sayam sekalian. Hehe.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 May 2011

Terkejut aku bila tengok Stats belog Shag Comot : Hacked by bl4ckm4gicx!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan dari entri hacker yang hacked belog Shag Comot ni =.='

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tadi pagi aku tengah teruja bukak statistik untuk belog aku setelah sekian lama aku tak berbelog. Selalunya aku akan bukak statistik pos yang paling banyak di baca atau di bukak. Yang buat aku terkejut beruk di mana beruk pun rasanya tak reti nak terkejut macam aku, ialah ada entri yang aku tak pernah taip dan mendapat trafik yang agak banyak jugak!

Terkejut Opah!

Mula mula aku ingat ada entri sesat. Aku pun kelik lah nak tengok entri tu. Bila kelik, memang keluar dan ternyata entri itu wujud cuma, memang sah bukan aku yang taip. Sebab, entri itu di taip dalam bahasa asing sepenuhnya. Bukan bahasa ibunda.

Bertambah terkejut Opah!

Memang belog aku kena hacked ke weh? Yang kelakarnya pasal entri tu, ianya di taip sebelum wujudnya belog ni. Paham tak cucu sekalian? Entri tu di taip pada 20 Februari 2010 padahal tarikh belog ini di daftarkan adalah pada 21 Oktober 2010. Kyahowa~ Bapak handal hacker ni! Tabek dada lah gua sama lu bro~

Sebenarnya Opah terkejut dia handal =.='

Nak baca entri bahasa asing beliau tak? Baca eh baca. Kesian dia. Penat penat dia hacked aku punya belog ni lepas tu dengan nak taip dalam bahasa asing tu lagi. Pergh~ Perlukan banyak tenaga dan kebolehan tu. Kiki. Tapi, aku dah padam entri dia. Tapi, aku ada salin dia punya entri. Meh meh aku salin balik kat sini meh.




Dear admin, im bl4ckm4gicx hacker from 3viLc063s crew.
Please increase your blog security! Your data stilll save because im hacker and i not cracker. Please change your password and use a lot of combination password to make it secure. If you dont change it, i like to become admin in this blog. ^_^




Credit: 
# JoK3rs 3viLc063s <-> sYaM92x h3x4Crews <-> h3x4g3n0 h3x4Crews <-> F4kyU tuYu h3x4Crews <-> R4J3 RileksCrews <-> D3viL Pr0xy <-> F4hkRu Raz1 h3x4Crews <-> sh4h RileksCrews <-> Cyberian Mil RileksCrews <-> n0RuL3z 3viLc063s <-> fRE3d0m 3viLc063s <-> RASH 3viLc063s <-> Sch4fyck B4ysch13r h3x4Crews <-> m4s0kis tbd <-> Shu1ch1Sy4d RileksCrews<-> Db0yz RileksCrews <-> bl4ckm4gicx 3viLc063s <-> E-sy4d� <-> Blacklist RivaL Ha¢kin | Cr³w <-> Th3Us3r Ha¢kin | Cr³w <-> kUcin L1a 3viLc063s <-> Xnkownx 3viLc063s <-> H4zyv4N 3viLc063s <-> Bl4ckhOrnET 3viLc063s<->� wakakaH4wk 3viLc063s <-> g0sh4wk 3viLc063s <-> And All Crews Member <-> h3x4Crews + RileksCrews + Newbie3viLc063s #






Opah rasa lawak pulak baca!

Dia siap nak jadi penulis rasmi belog ni weh kalau aku tak tukar kata laluan. Hebat sangat ke belog ni sampai dia berimpian nak jadi penulis belog ni? Pergh~ Terharu aku!


Ni aku ada surat untuk hacker. Harap kau baca!




Hacker ku sayam,

Terima Kasih sebab dah menambahkan trafik yang tidak seberapa hebat kepada belog aku ini. Dan Terima Kasih sebab sudi menjadi penulis belog ini juga. Cuma, aku tak berapa berkenan dengan ayat kau. Kalau mahu, katakan mahu. Gunalah ayat yang lebih sopan. Mungkin dalam sekelip mata aku akan luluskan permohonan kau tu.

Satu lagi, kenapa tak tampal sahaja muka kau di entri tersebut? Biar nampak jelas wajahmu yang mungkin tampan tu! Biar aku tergoda lalu memberi ruang untuk kau menjadi penulis di belog ini. Hehe.

Akhir kata, macam mana kau hacked belog aku ni? Nak tahu. Sila ajarkan. Sebab, aku teringin nak hack belog orang lain jugak!

Muahahahahaha ;D

Moga hidup berbahagia ye hacker ku sayam!

Yang benar,
Shag Yahaya.




Maaf lah. Surat di taip dalam bahasa ibunda aku. Kau boleh je guna perkhidmatan Pak Cik Google ;)

Hebat tak trafik dari dia? :D

Entri dia!



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 May 2011

U-Know Yunho TVXQ! sangat seksi lah! Ohoo~ Jatuh hati!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Ehsan Pak Cik Google sayam!

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Perasan tak tajuk entri kali ni penuh dengan tanda seru [!]

Hari ni, aku nak beritahu satu dunia kalau boleh bahawasanya aku dah jatuh hati lagi! Haha. Maka dengan itu, bertambahlah jumlah skandal aku yang setakat ni sudah ada hampir 15 orang sudah kepada 16 orang. Kuikui.

Beliau ialah Jung Yun Ho sayam lah!



Ehsan Crunchyroll sayam!

Nama : Jung Yun Ho | U-Know [Online Game's Name; Tetris] | Yunho
Tarikh Lahir : 6 Frebruari 1986
Tempat Lahir : Gwangju, Korea
Anak ke : Sulung dari dua adik beradik.
Jenis Darah : A [sama!]
Ciri wanita idaman : Pandai mengait, suka membaca, dan hebat memasak.
[semua ada kat aku!]

Dengan mata tu, dengan senyuman tu. Kyahowa~ Aku cair! Haip. Paling cair tengok rambut dia. Coolio! Aku nak rambut tu, tanpa perlu aku wax kan atau pun taruk gel. Haha ;D

Yunho adalah mamat dari kumpulan Korea TVXQ! yang dulu nya ada 5 orang sekarang jadi 2 orang je iaitu Yunho sayam dan Max Changmin yang jambu sakan~ Meh meh tengok satu video klip musik mereka. Eh, betul ke susunan ayat aku tu? Kyahh~ Pedulikan boleh? Hihi :P




Yunho handsome!

Sebenarnya, hati aku jatuh dekat Yunho bila tengok Korean TV variety show kat One HD ASTRO, Running Man. Yunho sangat comel dan sangat lah sporting! Dan juga tinggi. Kaka. Lepas tu, bertambah jatuh hati bila jumpa dekat Strong Heart. Erk, bukan jumpa tapi tengok. Haha. K bye!

Okay. Dah tak tahu nak cerita apa pasal skandal baru aku ni. Sebabkan kitorang masih baru menjadi skandal, jadi tak banyak cerita aku tahu pasal dia. Ada rahsia best, aku jual kat sini. Janji janji! :D

TAMAT!



Rujukan hamba : U-Know Yunho | TVXQ | Biodata |
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

19 May 2011

Movie Review : Pirates of The Caribbean 4 [On Stranger Tides]



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini bersamaan dengan 19 Mei 2011, Khamis, aku baru lulus lesen L. Yeay. Tahniah. Haha. Dah tua bangka baru teringin nak ambil lesen. Grr~

Aku bukan nak cerita pasal lesen.

Aku nak cerita pasal komen aku terhadap cerita yang baru di tayangkan hari ini iaitu, Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides. Hanya kerana ada Johnny Depp, aku sanggup suruh kawan baik aku belikan tiket awal sehari. Itu pun dapat tempat duduk yang tak seronok.

Sudah tu, dapat pulak duduk sebelah mamat yang tak betul je otak mereka. Bising dari iklan sampai tamat filem tu kot. Kalau bising pasal filem ke apa, boleh tahan lagi. Ini tidak! Kyahowa~ Dah kena membebel dengan aku pun, buat tak paham. Adoi.

Banyak berleter pulak aku kan!

Jom potong terus ke tujuan utama aku pos entri ini ;D





Komen Puan Besar Shag Yahaya.

Satu.
Permulaan jalan cerita yang agak melucukan. Kenapa? Elok lah korang tengok sendiri. Bukan permulaan je lawak kot. Seperti sequel sebelum, filem ni kan aksi, komedi. Jadi, harus ada lawak bodoh merata rata. Kan?

Dua.
Adegan di pokok kelapa nampak sangat tidak kemas kesan edit nya haa. Nampak kartun! Dan tak logik kot. Apa yang tak logik? Korang tengok sendiri! hahaha ;D

Tiga.
Johnny Depp terbaik! haha. Untung aku ada skandal macam dia. keke. K bye!

Empat.
Di sebabkan cerita asing ni nampak lebih canggih dan best, jadi aku kekeringan idea nak komen. Kesuluruhan cerita ni menarik! Cuma, bagi aku sequel ketiga adalah yang paling menarik! Hehe.


Rating filem ni aku kasi : 

Oh ya. Sebelum aku tamatkan entri ni, aku nak tayang gambar dari salah satu scene yang aku suka gilos! Nahh~





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

17 May 2011

Restaurant Review : Maritime Cafe.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ni, aku nak kongsi sikit pasal satu tempat makan kat Putrajaya ni. Bukan selalu aku dapat review pasal kedai makan best best. Sekali sekala. Bila ada benda nak raikan sahaja. Hari ni, bukan sahaja hari guru. Tapi, hari jadi adik jantan aku yang sorang tu, Boboiboy. Haha ;D

Jadi, kitorang bercadang untuk sambut di Kafe Maritim, Presint 5 Putrajaya.

Harga dia biasa je. Eh, murah gila dari Pullman yang ada sebelah je dengan Kafe Maritin tu. Haha ;D Jom usha makanan kitorang makan tadi.



Dari kanan : Ice Blended Coffee Latte, Hot Nescafe, Ice Blended Mocha, Mango BlaaBlaa, Hot Nescafe, Ice Blended Mocha

Lamb Shank RM40 +/-

Tak ingat RM40 +/-

Chicken Chop Mushroom Sauce RM15

Spring Chicken RM20

Apple Strudel RM?? 

Jumlah Bayaran : RM213.50
tambah plain water 5 gelas, 1 jus oren, 1 extra sauce.

Bintang : 

Aku punya makanan yang Spring Chicken tu. Sekor weh! Dalam menu hidangan, tak pulak tulis 'Whole Chicken'. Dia tulis 'Chicken with brown sauce' je. Kyahowa~ Aku tertipu dan terpaksa menghabiskan sekor ayam tu. Eh, dengan bantuan Mama dan Boboiboy ku sayam lah. Dorang habiskan isi yang aku tak suka. Keke.

Oleh kerana aku puas makan ayam sekor, mulai hari ini aku puasa ayam selama 24 jam!

Kalau sesiapa nak makan kat sini, ajak lah aku ye. Tapi dengan syarat korang bayar aku punya makanan dengan duit korang lah. Kiki.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 May 2011

Iridescent by Linkin Park | Transformers 3 OST.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Korang dah dengar lagu untuk filem Transformer 3 tak? Haha. Aku seperti biasa teruja sangat bila dengar lagu tema filem tersebut. Sebab, dari sequel pertama lagi, Linkin Park tak pernah gagal untuk menjadi band yang akan memberi musik kepada filem tersebut.

Weehooo~ teruja weh!

Meh aku kongsi Linkin Park punya video dan lirik.


Linkin Park - Iridescent


When you were standing in the wake of devastation
when you were waiting on the edge of the unknown
with the cataclysm raining down, insides crying save me now
you were there and possibly alone.

Do you feel cold and lost in desperation
you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go, let it go.

And in the burst of light that blinded every angel
as if the sky had blown the heavens into stars
you felt the gravity of temper grace falling into empty space
no one there to catch you in there arms


Do you feel cold and lost in desperation
you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go, let it go.

(Multiple Voices)
Do you feel cold and lost in desperation
you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go,

let it go
let it go
let it go
let it go

Do you feel cold and lost in desperation
you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go, let it go.

source : e-lyrics


Siapa nak bawak aku tengok skandal aku yang ke-5, Shia LaBeouf, ni pada 1 Julai nanti? Hihihi :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 May 2011

Faktor kenapa orang zaman dulu kahwin awal.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tertiba aku teringin nak bercerita pasal hal kahwin. Al-maklumlah, aku dah nak kahwin dalam masa terdekat ni. Hihi.

Buuuya! Tipu je.

Petang tadi pergi majlis kenduri kahwin anak kawan Mama dekat Taman Botani, Putrajaya. Tengah dok layan nasi minyak dia yang terlebih warna tu, aku terpikir, kenapa orang dulu kahwin awal gila. Macam kau baru 16 tahun dah ada anak sorang pun. Pergh~ Sekarang, kalau kau kahwin umur 30 tahun pun orang tak heran.

Korang tak hairan ke?

Meh aku kongsi faktor faktor yang aku tahu setelah menjalankan satu kaji selidik selama beberapa saat sepanjang aku makan.






Satu.
Semua sebab nak kurang kan bajet belanja untuk majlis perkahwinan mereka. Haa~ Korang tahu kenapa? Semua nya sebab bila dorang masih muda, kononnya 15 tahun lah, kawan pun sikit je lagi waktu tu. Yelah. Kenal budak budak satu kampung je pun. Lain lah kalau kau dah 30 tahun, dah kerja apa semua. Tentu kawan bersepah sana sini bukan? Jadi, bajet untuk makanan tetamu dapat di kurang kan di situ dengan banyak nya.

Dua.
Ini adalah kerana dorongan untuk meramaikan umat manusia. Waktu dulu dulu kan populasi manusia sedikit je kalau nak di bandingkan dengan sekarang ni. Jadi, mereka tekad untuk kahwin muda supaya dapat menghasilkan anak sejak usia 15 tahun. Dan, berkemungkinan besar, kala mereka 30 tahun, mereka sudah mempunyai anak seramai 16 orang. Ada kembar dua pasang ye. Jangan dok pelik pulak kenapa 16 orang. haha.

Tiga.
Sudah tentu untuk mengelakkan berlaku nya banyak kes zina dan maksiat. Eh, sama je maksud dua perkataan tu. haha. Yang ini, malas aku nak cerita lebih. Sensetip!

Empat.
Okay, aku dah hilang idea.


Semua logik kan. Hehe. Jadi, fikirkan lah. Mari kita kahwin muda!!!

Erk. Aku dah 22. Bila nak kahwin ni ye? Hmph~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 May 2011

Entri movie review : KONGSI Lu langsi Lu mati lesap gara-gara blog maintenance. Hmph~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan Pak Cik Google sayam

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hmph~ Aritu, penat penat aku tunggu belog boleh di buka dan di guna dari petang sampai ke malam untuk taip entri baru. Akhir sekali, tahu tahu hari ni, entri tu hilang. Aku nak marah ke, aku nak reda je? Hmph~

Movie Review : KONGSI Lu Langsi Lu Mati.

Ingat senang ke aku nak perah ayat nak review filem tu yang di lakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai pelakon utama? Susah weh. Sebab, aku lemah sikit kalau cerita Melayu ni. Jarang benar aku tengok kat wayang. Sebab, aku tak suka cerita Melayu yang di tayangkan di wayang. Tak cantek! Tapi, demi skandal aku si Sam, aku sanggup tengok cerita Melayu di wayang lepas tu review.

Jadi sekarang, perlu kah aku taip semula entri tersebut?

Aku mahu taip semula walaupun aku dah lupa apa yang aku taip sebelum ni. Tapi, aku takut pembaca aku bosan dengan cerita yang sama aku pos. Haih~ Dilema lah pulak aku malam ni.

Aku kongsi jela ye review aku sekali lagi. Hiks. Tak puas hati aku dengan blogger ni. Adoi.





Komen Puan Besar Shag Yahaya terhadap filem KONGSI : Lu Langsi Lu Mati.


Hasil video editing untuk scene di mana Yana dan Fizo sedang menonton CCTV yang merakam Sam membelasah orang di satu warung di awal filem tak menjadi. Aku perasan, muka Yana blur dari awal scene sampai ke sudah. Selalunya, orang akan blur-kan orang yang tidak bercakap dan fokus pada yang bercakap. Ini, dari awal sampai habis muka Yana blur walaupun dia bercakap.

Pakaian Yana semasa scene mengejar Sam di Petaling Street tidak sesuai langsung. Aiyaa~ Ini aku banyak malu weh. Sebabnya, nasi lemak si Yana tu nampak trang tang tang kot. Aku berdoa scene tu laju je habis sebab tak sanggup tengok Yana dalam keadaan sebegitu.

Kenapa tidak di terangkan kenapa Bront Palarae menghantar Sam ke Malaysia dan mengucar kacirkan geng geng di Kuala Lumpur ni? Takkan tetiba je dia terfikir untuk buat demikian kan. Pelik aku.

Ending filem ni tak sedap. Kekuatan sesebuah filem bergantung pada cara penghabisan cerita di garapkan. Filem ni di tamatkan dengan satu perkataan dari Sam, 'Punah'. Hek eh. Itu sahaja ke?

Rating filem ni aku kasi : 


Cerita Melayu yang dalam senarai untuk tonton adalah KL Gangster. Siapa nak teman aku? Hihi.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 May 2011

Kenapa perlu perasaan bodoh begini?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua.

Entah mengapa, malam begini, eh, tengah malam begini aku terasa sensetif yang amat. Aku paling benci perasaan ni. Aku cukup tak suka. Aku pantang! Sebab, aku juga tak suka orang yang sensetif ni. Hmph~

Kenapa perlu ada perasaan bodoh begini ye?

Aku tak larat nak layan diri aku ni. Dengan adanya perangai yang berbeza mengikut masa, tempat dan individu di sekeliling. Aku penat hidup sebagai aku. Haih. Aku mengeluh. Pasti korang cakap aku tidak reti bersyukur kan? Ahaa~

Bukan aku tidak bersyukur.

Cuma, aku benci diri aku yang sering ada mood yang memeningkan tuan badan ni. Tetiba nak moody, tetiba nak sensetif. Masalah sekarang nya adalah secara tetiba. Apa kes nak datang sekarang? Waktu aku tengah tidak sibuk.

Benda ni akan buat aku ingat sesuatu yang aku tak akan lupa sepanjang hayat aku.

Benda yang sebenarnya paling melukakan hati aku. Yang pernah buat aku tersungkur cium bumi. Benda yang pernah buat aku hilang arah tujuan. Benda yang menghantui aku sampai sekarang. Walaupun sudah setahun tujuh bulan berlalu.

Aku benci diri aku.

Dan, aku rindu. Rindu pada mereka yang sentiasa ada dengan aku kala benda di atas terjadi. Aku rindu pada mereka yang selalu beri kata semangat kala aku rebah. Aku rindu mereka yang di mana hanya ada aku dan kau. Aku rindu semua tu. Aku rindu waktu lalu.

Kalau di beri peluang. Aku ingin ulang detik tragedi Oktober aku tu. Aku sanggup kalau itu buat aku dan mereka jadi seperti dahulu.

Aku rindu kau, kawan!

Hmph.


p/s : Jumaat subuh nanti aku akan mendaki Bukit Broga buat kali kedua. Kepada mereka yang nak ikut sama, bagi tahu aku di Facebook aku ye ;)





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 May 2011

Universiti Blogger Malaysia dan Kyrul Hamzi : Terima Kasih.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!


Kyahhhhhhhhhhh~

Apa perlu aku berterima kasih kepada dua mereka di atas - Universiti Blogger Malaysia dan Kyrul Hamzi? Aha~ Ini kerana di sebabkan mereka, belog aku ni dapat tempat kejap lah di Facebook milik Universiti Blogger Malaysia tu. Ni bukti aku!


Hek eh. Itu pun nak kecoh?

Pada mereka yang dah lama ikut belog ni dah tahu aku memang mulut kecoh. Dapat keychain besar 5 sen aku nak kecoh. Kaka. Kan kan sayam ku semua! Hihi.

Kepada Kyrul Hamzi yang aku memang tak kenal langsung tu, apa kata kau buat je belog satu. Alang alang kau suka sangat terjah belog orang, biarlah orang terjah kau balik. Tak adillah kalau kau asyik jengah kitorang. Padahal rumah kau kitorang tak pernah jengah lagi. Segan pun ada sebenarnya. Hiks.

Sejak bila pulak aku pandai segan ni?

Kepada Univesiti Blogger Malaysia, hmph. Terima Kasih sebab sudi memberi ruang untuk menampal link belog saya ini. Agak berbaloi jugak lah penat nya. Penat nak tekan butang refresh berjuta kali sebab tunggu soalan. Lagi lagi yang terakhir tu. Macam nak pecah tetikus ni haa dok menekan refresh.

Merungut nampak?

Walaupun sebenarnya aku bukan pemenang sebenar, tapi aku terharu weh! haha. Sayam si Kyrul Hazmi lebat lebat. Eh, tak lupa. Universiti Blogger Malaysia kesayaman aku jugok.

Dengan ini, awok menyeru sayam sekalian untuk daftar dengan UBM kat Facebook. Nanti kita boleh main kuiz tiap malam dengan Prof :P



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 May 2011

Long Distance oleh Bruno Mars skandal baru Shag Yahaya ;D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hoorey. Aku dah tiada idea kot. Dekat berpuluh kali jugak aku bukak halaman baru untuk pos entri baru. Dan, berpuluh kali jugak aku pangkah. Boleh menang pilihan raya halaman pos entri baru aku ni. Banyak kali pangkah. Hahaha.

Entri ni terhasil lepas aku baring sambil dengar lagu dari salah satu aset yang di beli menggunakan duit Abah.

Kalau korang nak tahu, Bruno Mars dah jadi skandal terbaru aku. Yea yeah *gaya Bandi Amuk kejap*. Jangan cemburu ye. Tak elok untuk kesihatan kalian. keke. Okay, cut it out lah. Alamak, tertaip bahasa asing dengan banyak pulak. Hmph.

Jom usha lagu dia jap. Tak ada yang rasmi punya. Dengar cukup lah ye.



Bruno Mars - Long Distance

There's only so many songs
That I can sing to pass the time
And I'm running out of things to do
To get you off my mind
Ooohh,no

All i have is this picture in a frame
That I hold close to see your face every day

With you is where I'd rather be
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me
I wish that you were here with me
But we're stuck where we are
And it's so hard,you're so far
This long distance is killing me

It's so hard,it's so hard
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me
It's so hard,it's so hard
Where we are,where we are
You're so far,this long distance is killing me

Now the minutes feel like hours
And the hours feel like days
While I'm away
You know right now I can't be home
But I'm coming home soon,coming home soon

All i have is this picture in a frame


source : e-lyric

Motif aku pos lagu ni? Errr, tetiba aku rindukan seseorang yang rapat dengan aku. Tidak perlulah aku sebutkan nama beliau. Aku segan. Muahaha. Sejak bila tah aku pandai segan ni? Lawak lawak.

Esok ada lagu lain aku nak kongsi. Nantikan!



p/s : Aku tak dapat nak kongsi cerita pasal kehidupan di UniKL ISE untuk semester 1 kerana gambar tidak bersama aku. Bosanlah entri tu kalau tak ada gambar. Keke. Jadi, untuk pos entri pasal tu kena tunggu 2 minggu lagi lah :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 May 2011

Aku ada nama Korea, kau ada?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Baca tajuk terus rasa nak lempang aku kan? Orang lain pakat dah ada, aku baru terhegeh hegeh nak ada. Lepas tu dengan bongok nya bising kat sini aku dah ada nama Korea. Muahaha ;D

Tapi tapi. Aku rasa ada je yang masih tak ada? Haa~ Jangan dok nak tipu aku. Dah lama dah aku hidup, sampai aku boleh tahu kau tipu ke tak. Okay, aku mengaku aku tipu!

Bagi yang masih tiada nama Korea dan ingin memiliki satu, jom baca entri ni sampai habis. Dan, bagi mereka yang sudah ada tu tok sah lah pangkah belog aku ni pulak. Sedih aku kang.

Ni dah kenapa aku taip tiga ayat je setiap perenggan?

Okay. Mari kita mulakan dengan operasi mendaftar nama Korea kita! Hik. Mula mula mari kita pergi laman ini - RUM & MONKEY. Bila sudah di kelik, keluarlah muka seperti di bawah ini. Tengok tau. Penat aku print screen dan edit sedikit tanpa aku letak watermark sebab watermark aku ada dalam external hard disk yang dalam simpanan kawan aku.


Langkah kedua, pilih jantina korang di kotak 'You are' tu sama ada korang female ataupun male. Yang di antara tu, harap maaf. Tiada ruang untuk korang. Muahaha. Kejam nya ayat kau, Shag Yahaya oi!

Langkah ketiga, masukkan nama korang dalam kotak yang aku merahkan tu. Contoh nama, Shag Yahaya. Korang kena taip Yahaya Shag. Sebabnya? Dah dorang yang kasi arahan begitu. haha. Alaaa~ kan nama Korea mula dengan nama keluarga. Adoi.

Lepas tu, keliklah butang CLICKKK tu. Dan keluarlah laman seperti di bawah ini :


Itu nama Korea aku hasil dari nama penuh aku yang korang tak tahu. Lepas tu, kalau korang berhasrat untuk dapatkan Hangul atau karakter nama korang tu, bolehlah ke galeri nama kat sini - SENSEI'S LIBRARY.

Kalau tak ada tu, pandailah mix and match je :P Lepas tu jadilah jakun macam aku, pos kat belog. Baru geng kita nanti! Kiki.






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 May 2011

Shag Yahaya telah kehilangan bakat menulis beliau :|



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Gambar tiada kaitan dengan entri.
Ehsan Pak Cik Google.
Linkin Park.

Assalamualaikum, sayam ku semua !

Yeah~ Puan Besar Shag Yahaya kembali menulis setelah hampir sebulan menghilang kan diri.

Yeah~ Aku rindu gila nak membebel kat sini. Aritu, aku ada cuba menaip. Tak silap aku pada 4 Mei lepas. Tapi, sedihnya lepas aku siap satu perenggan, aku kehilangan kata seterusnya. Lalu, aku terpaksa padam perenggan tersebut. Sebab, idea lain datang ambil tempat pulak.

Benda yang sama berulang setiap kali idea baru datang. Adakah bakat menulis belog aku telah lesap? =.='

Okay. Aku ada banyak hutang. Tapi, pertama sekali aku ingin mohon maaf pada mereka yang tagged aku untuk apa jua acara - kontes mahupun giveaways. Pertama sebab aku tak respon pun. Kedua sebab, aku muncul dengan prinsip baru. Aku akan kurangkan penyertaan kontes dan giveaways. Untuk itu, aku akan pilih yang mana aku nak masuk.

Hutang kedua aku dengan seorang sayam aku ni. Dia minta aku kongsi pengalaman semester pertama aku di UniKL ISE. Hutang ni, insyaAllah aku akan langsaikan dalam beberapa entri. Jadi, nantikan entri khas untuk UniKL ISE. Lagi lagi SAYAM INI.

Hutang terakhir mengenai kenapa aku hilang dari belog selama sebulan ni. Okay. Yang ini agak rumit aku nak terangkan. Tapi, aku akan cuba sampaikan jugak pada korang supaya korang jelas. Mengapa dan kenapa.





Dah baca entri aku ni? Apa ulasan korang? Bosan kan.

Aku terpaksa terima bakat aku telah hilang ;'[





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot