30 March 2012

Bergembiralah selagi boleh sakit ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Bergembiralah korang selagi korang boleh sakit ni. Gila kan ? Nak gembira time sakit apa jadahnya pulak. Tak ada masa. Huhu. Sedih adalah.


Puih. Patutnya, kita bersyukur dan gembira atas kesakitan tu. Sakitnya kita tanda kita sedang di uji. Tahu tak, asal kita sakit, satu dosa kecil masa lampau akan terhapus dengan sendiri nya. Dalam sakit sakit pun dapat hadiah dari-NYA youu. Sebab tu kena gembira bila sakit ! Hihi ;)


Tahu tak~


Time sakit, Allah hantar 4 orang malaikat di samping kita. Malaikat pertama di utus untuk menarik selera makan kita. Malaikat kedua mari menarik rezeki kita. Malaikat ketiga datang pulak untuk curi kecantikan wajah kita. Sebab tu kita nampak lesu. Dan, malaikat keempat mari untuk cilok satu dosa kita.


Tapi, bila satu masa yang di izinkan oleh Allah, malaikat satu, dua dan tiga akan di arahkan untuk memulangkan semula apa yang di ambil oleh mereka sebelum ni. Tapi, malaikat keempat tidak pulak di arahkan untuk memulangkan dosa kita yang telah di cilok. Itu adalah hadiah Allah untuk kita kerana bersabar ketika di jatuhi dugaan sakit. Itu tandanya, Allah sayangkan kita walau macam mana pun perangai kita. Dalam kita tak sedar.


Untung nya kita boleh sakit. Bersyukur lah kan. Tak ada imun sana sini. Tapi, jangan cari penyakit pulak. Itu mencari nahas namanya.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

29 March 2012

Kelebihan pasang skandal. Kiki ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Curik doodle ni dari SINI ;)

Shag Yahaya sedang menaip~


Tetiba hari ni nak cakap pasal skandal kan. Semua ada skandal ye dok ? Tok sah nak geleng geleng kepala. Macam aku tak kenal kome. Eh, memang aku tak kenal pun senar nye. Kiki.


Idea ni aku terpikir bila aku tengah tunggu skandal aku petang tadi. Ceit. Tunggu skandal cakap macam tunggu boipren. Grr~ Apa barang boipren. Skandal lagi berguna loh. Kenapa aku cakap skandal lagi berguna ? Haa~ Meh meh baca benda yang aku terpikir petang tadi di sebalik cermin mata hitam ala Saloma.


Kelebihan pasang skandal. Jeng jeng jeng~


Satu.
Rasa nya semua tahu kelebihan satu ni. Sebab tu ramai je pasang skandal. Ye dok ? Pasang skandal ni bukan takat boleh pasang satu dua. Boleh pasang banyak mana selagi kau mampu. Aku ? Bersepah sangat sampai aku malas nak layan skandal lama, cari skandal baru ganti dia. Lol lol.


Dua.
Kita boleh pasang skandal banyak sebabnya, kita tak payah nak risau pasal hati dan perasaan skandal skandal tu. Peduli apa. Skandal je pun. Boipren pun di pinggirkan untuk bersama skandal, apa lah sangat setakat tinggalkan skandal untuk bersama skandal yang lain. Ye dok ?


Tiga.
Pernah ke rindu kat skandal ? Aku pernah. Alamak, terkantoi ! Siapa skandal aku tu, sila kembangkan diri korang. Tak sangka kan, dalam skandal skandal pun nak rindu. Tapi, bukan rindu leleh leleh air mata tu. Tapi rindu sebab nak merepek bersama sama. Nak mencarut, nak mengumpat boipren. Aiyok.


Dah lah kot tiga. Sempat tangkap 3 je kat tempat bas Pasar Seni tadi. Lepas tu skandal pun mari, jemput naik bas. Durh durh. Spoil betul ayat - jemput naik bas. Kalau naik Audi TT dah sedap bunyi nye haa. Ahaa. Demand pulop aku ! Skandal je pom kan. Kalau bawak Audi TT tu, baik jadi laki yang halal buat aku je terus.


Gatal ! :D



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

28 March 2012

Contest Cerita Seram by Syaf.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya the Mak Cik seekers sedang mencari hantu~ Okay. Sendiri taip, sendiri cuak. Aiyok~ Harap malam ni ia tak mari, aku cito eh pasal ia >.<



Sebenar nya, aku kena tembak satu das dari senjata yang di pegang oleh Agen Wilayah Cik Zetty. Aduh, sakit jiwa aku di buat nya. Kena karang cerita hantu pulop~ Aku ada banyak, tapi aku tak reti nak cerita. Tak apalah. Aku cuba. Malam ni aku cito satu kes jela. Lain kali ada mood aku cito lagi eh ;)


Kisah ni jadi kat aku dengan kawan satu rumah sewa aku. Tahun 2009 kot. Waktu aku study kat Kolej Profesional MARA Beranang. Sebelum tu, ada dah kes aku kena kacau. Tapi tak teruk. Takat lebam lebam. Alaa~ Hat lebam konon ada orang cengkam  lengan kito tu eh. Apa ada hal kan. Keke. Berlagok !


Dah lepas setahun kes atas berlaku, aku ingat dah tak kacau lagi. Tapi, satu malam tu, tengah siok aku tidur, aku tersentak. Terbangun. Aiyok~ Handphone aku berbunyi daa. Kacau aku tengah mimpi sedap. Selalunya, kalau HP aku bunyi time tidur, memang laju je tangan aku tekan buatng hijau. Bising kot.


Dengan suara serak basah ala ala Bandi Amuk, aku cakap - Helloo. Terkejut aku bila suara tu cakap - Moi, datang bilik aku sekarang. Cepat! Aik. Aku blur blur. Mamai kan~ Aku cakap - Eh? Sambil tu tengok skrin HP. Zainab ! Kawan baik aku merangkap budak rumah aku merangkap budak sebelah bilik aku. Aku dah pelik. Takkan terkunci luar rumah kot kan. Aku tanya balik ada apa. Dia suruh mari bilik dia. Sambil cakap, sambil aku jalan p bilik dia.



Waktu p bilik dia, aku ketuk pintu. Tak berjawab. Eh, jawab lah sayam oi. Aku malas nak masuk takut bukan kau yang panggil. Hati aku dah berbisik bukan bukan.


Aku ni dah lah kurang sabar, terus aku bukak pintu. Jantung aku nak gugur dah time pintu bilik di terbukak tu. Dengan berbalut, laptop terpasang surah Yaasin dengan volume yang rendah. Aku tanya kawan aku tu - Kenapa kau ? Dia suruh aku tidur dengan dia. Aku okay jela. Tapi aku mintak dia masa kejap. Aku nak amik bantal busuk aku. Dia jerit suruh aku cepat. Aku angguk sambil berlari ke bilik amik bantal busuk dengan hp.


Masuk je bilik dia, dia suruh aku kunci pintu bilik. Aku tak berasa pelik, aku terus kunci. Lepas tu baling bantal busuk aku kat dia. Aku tanya, awat bukak Yaasin pelan pelan. Dia cakap, dia dengar bunyi kat luar rumah tapi tak ada sesapa lalu. Bilik dia sebelah balkoni. Yang dulunya bilik aku, tapi aku pindah sebab bilik tu besar. Aku benci bilik besar. Menakutkan >.<


Dia cerita lagi. Waktu tu dia tengah tengok movie. Dia memang suka tengok movie tengah malam. Tetiba dia dengar orang berjalan kaki. Dekat sangat dengan tingkap bilik dia tu. Mula mula dia buat bodoh. Tapi, bunyi tu makin kerap dan makin kuat. Aku pun dah cuak dengar cerita dia. Dia sambung, dia tunggu bayang orang lalu. Tapi sampai dekat 20 minit bunyi tu, tak ada satu bayang pun lintas bilik dia. Tu yang dia terus call aku. Suruh teman dia tidur.


Jujur aku cakap, time aku taip ni aku pandang belakang je tak sudah. Aku duduk belakangkan tangga. Cuak nya !


Aku dah cuak tapi aku tak nak tunjuk kat dia. Sebab, kalau aku sama tunjuk takut, dia akan jadi lebih lebih dan lebih takut dari sebelumnya. Jadi, aku kuat kan volume bacaan Yaasin tu. Lepas tu ajak dia tidur. Aku cakap kat dia - Tarik tilam kau jauh dari tingkap. Kita tidur arah kiblat. Lepas alih semua, dia tak boleh tidur. Aku cakap kat dia - Ia lebih suka kalau kau lagi takut. Ingat Allah. Kau hanya takut kan DIA bukan ia. Dah, jom tidur. Jangan risau. Yaasin ni dah set ke replay. So, tak akan stop selagi kau tak stop kan.


Dekat kul 2 pagi jugak lah aku baru lelapkan mata. Tunggu kawan aku tidur. Sambil baring aku dok tengok tingkap. Cuak bhai~ Pertama kali aku rasa nak tunggu azan Subuh tu macam tunggu kucing bertanduk lima! Tapi, Alhamdulillah esok pagi bangun, tak ada apa yang berlaku kat kitorang berdua. Dan, malam berikutnya tak ada sesi ulang tayang.


Alhamdulillah, lah kan. Tapi, kes lebam lebam tu memang sentiasa ada je.


Oh ya, ni bukan entri untuk join kan diri ke kontes tu yok. Aku malas nak join sebab kena tag orang. Aku paling malas bab tagging ni. Tapi, sesapa yang rajin tu boleh lah p kaunter kat SINI yok ;)


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 March 2012

OPEN DAY - UniKL Business School.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Hari ni, aku nak kasi promote lah event yang bakal berlangsung kat lobi kat tempat aku belajar. Aku harap, korang yang tak ada kerja tu boleh mari lah. Yang sibuk pun aku harap korang boleh mari jugak. Aku insist korang untuk mari. Hihi. Adil tak aku main paksa paksa.


Open Day ni macam hari kitorang buka kampus ktorang untuk orang umum datang semak sama sama kat tempat sempit tu. Details adalah sepertu berikut :
  • Tarikh  : 25 - 27 April 2012
  • Hari      : Rabu, Khamis dan Jumaat.
  • Masa    : 0830 - 1730
  • Tempat : Lobi UniKL, Kampus Kota.

Aktiviti ada banyak. Tapi, aku tak dapat info lagi dari biro aktiviti. Masih dalam perbincangan kot ? Tapi, yang dah confirm, aktiviti untuk 26 April jela. Tengok gambar bawah ;)








Oh ya, kalau ada yang minat hiking dan minat air terjun, ada satu program hujung minggu ni kat Air Terjun Jerangkang, Pahang. Boleh tengok FB NI untuk details ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 March 2012

Words Pronunciation~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Cikgu Shag Yahaya sedang bertugas~


Okay anak murid semua. Hari ni Cikgu nak ajar korang perkataan perkataan dalam English dengan sebutan yang betul. Sebab, dari pemerhatian Cikgu selama beberapa tahun ni, pronunciation kebanyakan orang di Malaysia ni teruk yang amat. Sedih Cikgu ! Lagi sedih bila, orang berpangkat besar, bergaji besar dan di katakan dengan bangga lahir di United Kingdom atau pernah mengaji di sana selama bertahun tahun lamanya, tak reti sebut perkataan English dengan betul.


Perkataan pertama sekali Cikgu nak ajar adalah PRONUNCIATION. Anak murid sekalian cuba sebut pronunciation. Apa ? Cuba sebut betul betul ye anak anak. Hihi. Dah macam mengajar dalam kelas betul dah gaya Cikgu arini. Puih.


Sebutan betul pronunciation adalah begini bila di eja dalam bahasa PRE-NAN-ZIA-SYEN. Bukan PREE macam sebutan PRE-WEDDING tu. Tapi PRE. Macam sebutan untuk PER tapi ubah kedudukan R dan E je haa. Paham anak anak ?


Perkataan seterusnya adalah perkataan berangkai yang kerap kali orang sebut sehingga bunyi nya amak melucahkan - CORRECT , COLLECT dan CONNECT. Paham maksud Cikgu ?


CO - Sebenarnya anak anak sekalian, CO bunyi nya bukanlah KO seperti korang selalu sebutkan tu. Tapi, CO bunyi nya KE. Macam KE RUMAH. Macam tulah bunyinya untuk KE REKT. Macam tulah bunyi untuk KE-LEKT dan sebegitulah bunyi untuk KE-NEKT. Kalau dop paham lagi, sini boleh dengar rakaman suara Cikgu ye anak anak - CORRECT, COLLECT dan CONNECT.


Begitulah awan nano~ Eh, maaf. Cikgu over-excited pulop. Hihi.


Tu cukup lah untuk hari ni. 4 perkataan dengan sebutan yang betul. PRONUNCIATION, CORRECT, COLLECT dan CONNECT.


Cikgu harap, lepaih ni tak dop lah korang nak sebut KOREK, KOLEK dan KONEK. Dah lah melucah ! Tak sedar pulak tu. Lepas tu, korang nak KOREK apa ? KOREK DUIT ? Puih. Cikgu dengar lagi korang sebut perkataan perkataan lucah tu, siap kome.


Selamat Belajar dan Beramal ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 March 2012

Happy 36th and Happy 24th. Apa ni, apa ni ?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Wargh~ Dah 20 Mac der. Aku dop perasan cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam 1 Mac - aku dapat duit elaun MARA yang sekali withdraw habis semua. Esok lusa masuk yang bulan Mac ni punya pulak. Waduh waduh.


Sampai kan, aku lupa hari ni birthday dua orang yang aku sayam. Cece. Muntah sekarang !


Happy 36th Birthday, Chester Bennington !


Yay. Dah tua sayam aku ni. Okay, dia skandal nombor 1. Tak ada siapa dapat lawan lah. Baik mana korang sebagai skandal aku, kedudukan dia tak pernah tergugat k ! Hihi. Aku malas nak doakan dia. Buat apa doakan kesejahteraan dia ye nok ? Pasti di seksa di penjara api jahanam. Muahaha. Mampus aku kena tembak lepas ni.


***************************************************************************


Identiti bertukar sat. Dari Shag Yahaya ke Cikgu Shag Yahaya.


Seperti tahun lepas pada hari yang sama, serupa dengan ENTRI INI. Cikgu nak suruh anak anak sekalian p jenguk BLOGGER NI. Cikgu nak korang drop komen ke hape ke, doakan dia semangat nak datang kelas blogger tiap hari. Cikgu dah rotan, dah piat telinga sampai tangan Cikgu sendiri naik muscle dah. Penat dah. Tapi, dia susah sangat nak mari kelas blogger macam dulu dulu.


Tapi, sebabkan hari ni hari jadi dia ke 24, Cikgu nak kasi hadiah walaupun kelas blogger dia tak pernah mari dah lama. Untung lah dapat Cikgu baik hati nip. Ni haa hadiah nya. Tak tau lah bila BLOGGER NI nak mai tuntut hadiah dia~





Cikgu dapat gambar tu dari hasil tangan BLOGGER NI jugak. Tapi, dalam kelas LENSAKAMERA. Cuba try masuk kelas tu. Ada banyak hasil tangan beliau. Salah satu nya Cikgu dah cilok. Tapi tapi, Cikgu dah pulangkan balik ni. Lol lol :D


Akhir sekali, untuk mereka yang lahir pada 20 Mac. Aku ucapkan :



SELAMAT HARI TUA !!


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

19 March 2012

Tips jadi pengapit.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Sedang aku enak dok buat assignment yang lusa ni kena hantar, tetiba aku boleh terpikir pasal nak jadi pengapit. Sebulan je lagi kawan aku tu bakal bernikah. Tapi, aku yang cuak campur teruja yang berlebihan. Aiyoyo~


Tadi, aku mintak sikit tips dari Pak Cik Google pasal jadi pengapit ni. Dia tak ada pengalaman dalam hal ni. Tapi dia tolong aku dengan bagi nama beberapa bloggers yang ada pengalaman.

Dia larang aku kahwin dalam tempoh setahun lepas aku jadi pengapit. Mak aih. Macam payah je ? Lol lol. Padahal je. Memang tak lah aku nak kahwin dalam tempoh setahun ni. Mengaji pun dop habeh lagi ni. Nak tanggung anak teruna orang, ada hati pulak aku ! Eh eh, aku kena tanggung laki aku ke nanti ? Ngee~


Nak tahu Blogger Satu ni bebel apa lagi ? Jom p SINI lah :D

Dia pesan kat aku, jaga adab kat meja makan. Sebelum mula upacara makan bersama pengantin tu, aku kena pastikan pinggan pinggan kosong sudah berisi. Kalau tak, aku yang kena isi kan. Ahaa~ Ni aku malas. Kang kena tonggek sana, kena tonggeng sini. Tak cukup pasal tu, dia tegur aku jangan melantak. Makan sekadar isi perut je. Adoi. Lauk sedap sedap, tak kan nak lepaskan peluang melantak free ? Lol lol :D


Nak tahu Blogger Dua ni bebel apa lagi ? Jom p SINI lah :D 

Dia ingatkan aku pasal penampilan. Dari tudung sampai lah ke kasut. Dia suruh aku pakai simple mimple pimple lah. Itu tarak hal sebab memang style aku dari zaman sekolah. Bila aku jawab lagu tu, dia cakap, jangan sampai pakai slipar j-pop harga tujuh-puluh-sembilan-ringgit-sembilan-posen tu. Lol lol. Mahal selipar tu tak dapat di tandingi dengan kasut gadis yang aku ada. Dia tambah, jangan pulak aku pakai kasut lilit sampai ke betis pulak. Ceit. Perli aku baik punya nampak. Baru nak buat lagu tu :D


Nak tahu Blogger Tiga ni bebel apa lagi ? Jom p SINI lah :D 


Lagi sebulan. Sikit je masa tinggal untuk aku nak cari kain lepas tu hantar jahit. Bila lah duit MARA nak masuk ni >.<'



4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 March 2012

Follow Button Tumblr style.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Sorry Tuan Belog ni, aku print screen tanpa sebarang kebenaran ;)


Shag Yahaya sedang menaip~



Semalam dalam entri - Sesi follow mempolo yang menyusahkan, aku dapat respon yang agak melucukan lah. Ramai jugak rupanya yang perasan pasal satu fenomena baru dalam alam belog ni. Fenomena di mana ramai bloggers lebih prefer buang widget follower yang sedia ada dan membuat butang follow sebagai link.



Tapi yang lagi menarik perhatian aku, komen mereka tentang butan follow yang ala ala Tumblr - macam gambar kat atas.



Aku setuju dengan komen BLOGGER INI dan BLOGGER ITU. Pernah jugak jadi kat aku banyak kali. Tapi, aku pedulikan sebab aku ingat sebab aku tekan X sebelum aku selesai follow belog tu. Rupanya memang tak berfungsi. Konon kita follow belog orang tu tapi sebenarnya tak pun. Patutlah tak pernah bertambah bilangan belog yang aku follow. Heuheu~ Entah kemana nilai follow aku tu p. HAHA.



Jadi, aku nak seru. Wahai sayam sayam ku sekalian, guna lah apa yang Google/Blogger dan sediakan untuk kita tu. Tok sah nak advance sangat sampai menyusahkan bloggers lain yang teringin nak follow belog korang tu ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 March 2012

Sesi follow mempolo yang menyusahkan~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Aku nak luahkan sikit lah rasa tak puas hati aku kat para bloggers. Dah lama rasanya aku tak buat entri tak puas hati kat blogger kan. Hihi.


Kali ni kes BUTANG FOLLOW atau pun BUTTON FOLLOW.



Contoh butang follow yang menjadi ikutan ramai yang MENYUSAHKAN !
Maaf Tuan Belog ni, print screen tanpa kebenaran.


Korang pernah tak alami benda ni di mana orang suruh kau follow belog dia. Dan kau pulak memang jenis baik hati, follow jela bukan kena bayar pun kan. Tapi, bila kau sampai kat belog dia punya lah jenuh kau nak cari butang follow dia. Dari ikhlas nak follow terus rasa malas kan ? Tak pun, dengan tabah cari jugak lah butang follow tu.


Pernah tak jadi kat korang ?


Aku dah banyak kali. Ada yang aku memang usaha cari sampai jumpa butang follow. Dah follow, aku komen lah. Komen tu semestinya tak ada kena mengena dengan isi entri. Tentulah, aku nak kasi peringatan pasal butang follow dia yang agak menyusahkan orang tu.


Aku tak pernah dapat feedback dari mereka yang aku tegur. Erk. Mungkin sebab aku bukan Ben Ashaari. Aku juga bukan Fatin Liyana. Bukan pulak Lyssa Faizureen. Sapa nak amik pusing rungutan aku ye dok ?



Contoh butang follow stail baru yang MENYENANGKAN!
Maaf Tuan Belog ni, print screen tanpa kebenaran.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

13 March 2012

Hutan Lipur Berkelah, Pahang #3.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~

Episod cinta di Hutan Lipur Berkelah, Pahang :
PART 1.
PART 2.


Sambung cerita aku di Hutan Lipur Berkelah hari tu. Kitorang bertolak Ahad pagi buta tepat jam 1230am. Sampai sana kul 0530, rehat rehat tidur tidur solat solat. Gerak ke kawasan hutan lipur kul 0730. Lepas tu, meh aku cerita ni.


Gambar kat atas ni adalah sebahagian drivers yang naik lori dari tempat letak kereta yang berada jauh di luar kawasan hutan lipur. Dekat dengan masjid yang kitorang singgah tidur. Sebab tunggu lori tu lama, kitorang yang tunggu kat kawasan hutan lipur tu lagi lama menunggu drivers ni sampai.


Dekat pukul 1030 baru dorang sampai. Kasi talk sikit oleh Abam Budi - dia pernah mai hutan lipur ni berkali kali. Dan menurut dari pengalaman dia yang baru je mai situ sebulan lepas, tak ada kes kereta di pecahkan seperti yang tunjuk dalam entri  PART 2. Dia parking kereta kat kawasan yang kitorang dok berkumpul tu, dan kereta dia tak pernah di pecahkan.


Lepas pot pet pasal kereta, macam biasa haruslah ada warming up. Time ni warming up bukan panas pasal bersenam tapi panas pasal gelak banyak. Adoihai~


Waktu kitorang nak gerak, ada orang mintak duit. Konon yuran masuk. RM5 sekepala. Alasan orang tu, hutan lipur ni dah di swasta kan. Ada orang jaga kebersihan semua lah. Tapi aku tengok lagi teruk adalah kawasan dia. Malas nak bertekak, bayar je apa yang dia mintak kan.


Dah penat bebel, jom layan gambar ~







Photographer : Nabil Danial, MIIT Student.
Editor : Shag Yahaya, UBiS Student.

Lepas tangkap gambar, terus gerak mendaki mendaki dan mendaki lagi. Cerita mendaki ni aku cerita dalam entri lain. Boleh ? Cerita 2 hari 2 malam aku ni amat panjang rupanya. Hoho. Oh, ada cerita panas waktu mendaki. Nantikan cerita panas dari aku esok !


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 March 2012

Berita terbaik 2012 setakat ni.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Lebih kurang hampir sejam yang lepas, aku dapat satu berita baik dari kawan baik aku. Alaa~ Gambar dah tayang kat atas. Korang dah boleh tau apa kan. Hihi ;)


Kawan aku ni bakal menikah 29 April nanti ni. Dan, seperti yang dia mesej aku, dia nak aku jadi peneman kala berakad nikah. Auww mak~ Tersentuh jiwa lembut wa dow. Siapa nak tolak bhai ? Duduk sebelah pengantin. Walaupun bukan kau yang kahwin, tentu debar dia sama je dengan yg nak kahwin tu. Yeke ? HAHA.


Jadi, misi aku bulan ni dan bulan depan adalah seperti berikut *dah macam buat esei SPM :

  • Jogging
    - Perlukan stamina banyak nak jaga pengantin perempuan ;P
    - Kena kurus sikit sebab orang ramai tengok. Puih!
  • Simpan duit
    - Nak beli kain buat baju baru. HAHA
    - Nak p tempah baju + sulam. Baru grand. Puihpuih
    - Nak beli hadiah lagi.
  • Jaga kulit muka dan tangan. LOL LOL.
    - Segan lah orang shoot nanti :P
  • Khatam ilmu DSLR
    - Dalam masa yg sama aku adalah photographer-tak-profesional-langsung untuk majlis tu ;)

Misi aku atas tu dah macam misi nak jadi pengantin bukannya pengapit / peneman. LOL LOL lah kan. Kedai jahit baju, aku dah cari pagi tadi. Macam tau tau je aku nak kena jadi peneman pengantin perempuan nanti ni. Kain jela masalah aku skrg. Aiyak. Kena korek tabung nampak nya nep. Hihi.


Okay, aku dah ecited terlebih. Tamo tamo. Takut aku bila excited terlebih ni :D


Moga semua berjalan dengan lancar sehingga mereka di satukan dengan sah. Terima Kasih sayam, sebab sudi jemput aku jadi kau punya peneman. Besar penghargaan yang kau bagi ni ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 March 2012

Hutan Lipur Berkelah, Pahang #2.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Okay, lupa dah aku nak sambung cerita aku p Air Terjun Berkelah seminggu yang lalu. Kalau belum baca lagi episod pembukaan, boleh lah ke sini - PART 1.


Sedang masing masing di buai mimpi mandi manda kat air terjun, sahutan azam berkemundang. Tak sampai beberapa saat, kereta di goncang dari luar sambil ada teriakan - Bangun weh bangun. Solat solat !. Kyahowa~ Urat leher aku kejang kejap.


Yelah. Tidur dalam kereta menegak je duduknya. Mau tak sakit urat ? Nasib baik kejap je sakitnya. Nak mandi air terjun, semangat, haruslah kejap je sakit :Pp


Yang solat p bersolat. yang sedang bercuti dengan izin, salin pakaian hiking dan bahagikan bungkusan makanan. Nasib baik bag aku tak di sumbat dengan sumber tambahan. Dah cukup berat bag aku tu. Tracksuit dan baju masing masing selai. Air mineral 500ml ada 5 botol, DSLR, waterproof lomo, instant camera, torchlight, headlamps, sweater, sleeping bag. Itu pun ada yang mengadu aku bawak batu >.<


Kul 7 macam tu gerak dari masjid ke Hutan Lipur Berkelah. Jauh jugak dari masjid tu nak ke parking lot Berkelah. Amik masa dalam 15 minit jugak lah. Tak silap aku :D


Sampai ke parking lot, ada kes yang memang buat ktorang terkejut. Dan cuak nak tinggal kan kereta masing masing kat situ. Cuba tengok bawah :




Ada tiga kenderaan di pecahkan tingkap dan di toreh tayar. Ktorang tak pasti kerja siapa. Jadi, tanpa berlengah, ktorang punggah barang dari kereta. Dan. driver perlu hantar kereta keluar. Cari lah tempat untuk meletak kereta supaya selamat. Aku ? Aku tunggu kat situ jela. View cantik ! Jom layan gambar sekitar situ sat :






Sejam jugak lah kitorang tunggu driver driver tu sampai ke situ balik. Lepas tu . . . lepas tu . . . Yang itu kita sambung lain kali. Malas dah aku nak taip. Nak p siap kan assignment dulu nep ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)








Tarikh tutup : 15 MARCH 2012 ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Setiap kejadian adalah dugaan dari-Nya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Aku tak dapat tidur, maka terhasillah entri tengah malam buta ni :D


Aku terbaca satu entri blogger ni pasal - Berkecil Hati itu Berdosa.


Baca tajuk dia aku dah, eh, mampus lah aku kan. Suka sangat kecik hati dengan orang. Sikit sikit terasa sikit sikit terasa walaupun aku tak tunjuk yang aku terasa. Baca punya baca kot kot tajuk je nak gempak, isi dia boleh tahan munasabah dan di terima logik akal.


Allah akan turunkan dugaan kepada hamba-Nya. Tak kira kecik ke besar. Yang pasti kadang kadang kita tak sedar itu adalah dugaan dari Allah untuk uji sejauh mana iman kita terhadap-Nya.


Contoh dugaan kecik - Kau tak tahan nak terkencing, tapi toilet tak ada berdekatan. Jadi, kau kena lah usaha cari tanda untuk melabur kan. Ye dak ? Tapi, korang selalu mengeluh, termasuk aku. Asal lah waktu ni nak kencing. Macam tak ada time lain. Kan kan ? Kompem lah korang cakap macam tu. Aku pun cakap macam tu bhai~ Ouch.


Contoh dugaan besar, aku tok sah bagi kot. Sebab, rasanya semua orang perasan je dugaan besar ni. Tapi, acap kali jugak mengeluh dahulu. Betul tak ?


Tok sah berdalih. Aku dulu, yg pasai kes 2 tahun 4 bulan sudah rupanya, korang ingat aku terus nak berlutut mohon kepada Allah ke ? Tentu lah tidak ! Malu nya aku nak mengaku ni. Hailaa~ Tapi itu lah hakikatnya. Aku melatah tak ingat dunia. Aku memaki, aku mengugut membunuh diri. Sampai ke situ aku pergi. MasyaAllah~


Lepas seminggu baru aku sedar. Aku yang meminta petunjuk dari Allah. Untuk tunjukkan pada aku siapa kawan siapa lawan. Adakah benar dia kawan aku, adakah dia pula jodoh aku. Temukan aku dengan sahabat sejati. Allah makbulkan ketiga tiga doa aku tu dalam satu waktu yang sama. Aku lupa nak bersyukur, malah aku memaki.


Atas kes tu, aku tahu siapa kawan dan siapa lawan. Atas kes tu jugak, aku tahu dia pulak bukan jodoh aku. Akhirnya, aku rasa tenang. Aku bersyukur.


Kali ini, aku di timpa dengan kes yang hampir serupa. Aku cuba tidak melatah. Lantak lah. Kau sekadar kawan. Boleh pergi dan boleh datang balik. Aku tarak hal. 


Janji, Allah akan sentiasa bersama aku.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 March 2012

5 sebab aku pilih Big Bang



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Kalau korang tak tau lagi, meh aku bagi tau aku gila kan Big Bang - kumpulan dari Korea. Haii~ Sapa lah yang tak kenal Big Bang kan ? Dah lama menapak dalam industri musik kat Korea tu. Aku gilakan dorang serupa macam aku gilakan band Linkin Park. Meh meh aku kasi tau korang sebab musabab aku gilakan Big Bang. Jom baca !


Satu - Gaya Penampilan.
Aku akui, dorang tak lah sejambu ahli kumpulan Super Junior. Mula mula tengok gambar dorang, aku terus jatuh hati kat Bingu TOP. Aku suka lelaki yang rahang macam dia. Macho kot ! Setiap daripada dorang, penampilan berbeza. Teayang dengan mohawk comel, Deasung dengan rambut tutup separuh muka. Tahun ni punya stail lagu chun ! TOP punya rambut dah biru sesuai sangat dengan single baru dorang - Blue. GD dengan rambut panjang dah macam Barbie Doll. LOL~


Dua - Suara.
Hat of course lah sebab utama kan. Kalau tak ada suara sedap, macam mana lah nak goda orang untuk jadi peminat dorang kan ? Aku tak tau nak cakap macam mana lah. Yang pasti aku suka suara yang kontra antara TOP, GD, Taeyang, Daesung dan VI. Aku paling suka suara TOP, haruslah. Dan, Daesung. Nak tau suara dorang macam mana, kena lah dengar lagu dorang kan.







Tiga - Tarian.
Taeyang memang terror lah nari. Orang Korea sendiri cakap k. Bukan sebab aku suka dorang, aku cakap Taeyang terror. Tak ada bias di sini. Keke. Tapi, aku lagi suka gaya Bingu TOP nari. Yeah~ Dia memang tak tau nari langsung tapi aku suka effort dia untuk gerakkan badan sikit sikit walaupun kadang kadang dia rosakkan koreografi dalam diam. Dalam Big Bang Show 2012 baru baru ni, TOP dah tunjuk sikit skil nari dia. Terbaik lah oppa :D


Empat - Rendah Diri.
Okay. Yang ni kat Malaysia pun susah aku nak tengok ada dalam diri setiap artis. Bukan aku nak agungkan Big Bang. Berdosa agungkan orang melebihi Rasulullah dan Allah. Ni sebab aku suka dorang. Dorang ingatkan aku untuk sentiasa merendah diri. Tak percaya cakap aku yang ni ? Korang boleh tengok Running Man tak pun 2 Days 1 Night tak pun Family Outing yang tetamunya adalah Big Bang.


Dah dah. Aku malas nak kasi alasan banyak banyak. Kalau ada pun, lain kali aku pos lain. Panjang panjang kan orang tekan 'X' je kat atas tu - malas nak baca belog aku. Sedih pulak aku nanti. Huhu.


Korang ? Kenapa korang suka band yang korang suka tu ? Meh kongsi sikit :D



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 March 2012

Suara rock haprak tambah ritma Nasir Bilal Khan.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Lu pahal der ? Suara wa memang rock haprak campur dengan ritma Nasir Bilal Khan. Lu jeles ?

Shag Yahaya sedang menaip~


Al-kisahnya pada suatu ketika dahulu, begini bunyi nya . . . 
Krekk krekk krekk.
Eh, bunyi apa pulak ni ? Kalau line betul lah. Hesh~


Moi Moi, bangun lah der. Wake up wake up. September has ended.
Aappahalll lu der *baca dengan ritma Nasir Bilal Khan !
Mak aih, suara kaaauu. Sejak bila tukar jadi jantan ni der ?
Kua lah kau. Semak kepala aku tengok kau pepagi *sekali lagi dengan ritma Nasir Bilal Khan.


Kisah yang berbunyi rock kapak pulak,


Im singing my blues, uhhh uhhh
Padan lah muka, padan dengan muka kau oh oh . . .


Tak sempat nak mengeliat, handphone bawah kepala cepat cepat di jawab. Takut nanti membebel lagi panjang lagu parodi Big Bang tu.


Bro ! - volume termaksima
Erk. Tergeliat urat leher aku. Lu pahal ? *macam biasa ritma Nasir Bilal Khan.
Eh, betul betul bro yang angkat ke ? Ni sapa ? Wa nak cakap dengan Shag der.
Waklu. Berapa lama kau kenal aku der ? Lempang nak ? Apahal. Cakap terus ! *hilang terus Nasir Bilal Khan
Aku nak cakap, suara kau bangun tidur rock habis. Cayalah bro. Sampai aku sendiri ingat jejaka kacak mana lah jawab phone kau ni. Kekeke *mengekek tak sedar yang panggilan dah lama terputus


Cinabeng betul lah kawan kawan aku. Tak ada benda nak bahan aku, call aku pepagi bahan suara aku. Aku dah lah jenis tak tengok skrin - siapa call, aku tak amik peduli. Janji handphone aku senyap. Kejap lagi, kena bahan kaw kaw punya. Suara rock haprak lah, cakap gaya Nasir Bilal Khan lah. Eh eh, nothing else I can say lah !


Jadi, tolonglah jangan call aku waktu aku tengah tidur. Aku tak suka korang dengar suara rock haprak dengan gaya Nasir Bilal Khan versi aku. Malu deh. Eh kejap, macam lah korang tau kan bila masa aku tidur. HAHA :D



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 March 2012

Bila internet connection tiada~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Aku tak nak cerita pasal Hutan Lipur Berkelah, Pahang episod kedua hari ni. Tunggu lah esok lusa aku cerita. Boleh kan ? Mood aku habis spoil sebab connection internet problem.


Problem ni sejak dari hari Selasa hari tu. Sebab tu, Selasa aku tak pos pape. Rabu pos pun sebab aku 'pinjam' internet jiran aku. Istilah pinjam tu boleh lah korang kategori kan dalam kumpulan 'hack'. Sebab, dari dulu aku pakai jiran aku ni punya internet. Laju kot nak download. Yela, rumah aku ni ada 7 laptop. Kalau boleh semua laptop nak bukak YouTube, Games, download apa suma. Memang selo lah kan jadinya.


Internet jiran tu pun baru semalam switch on lepas seminggu tutup jalan. Terima kasih daun keladi lah jiran yang aku tak tau mana satu yang sudi kasi aku hack internet dia ni. HAHA. 


Tapi, pelik lah aku kenapa internet rumah aku tak dapat nak connect. Telefon pun tak berbunyi langsung. Call Telekom Malaysia, dorang cakap mungkin sebab telefon model lama. Okay, itu bukan masalah aku lah kan. Sebab, yang kasi telefon free tu Telekom sendiri.


Pelik aku. Jangan lah power supply telefon tu terbakar. Habis lah rumah aku tak ada internet.


Aku harap jiran aku ni tak akan switch off dia punya internet dah. Susah aku nak buat kerja sekolah. Gulp~ Kesat nya air liur aku ni nak telan.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

07 March 2012

Hutan Lipur Berkelah, Pahang #1



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Comel kan kucing tu ? :D


Shag Yahaya sedang menaip~ Maaf, entri baru lambat menyusul, lalu janji terpaksa di langgar >.<


Seperti yang aku cakap hari tu. Aku akan buat entri pasal ke mana aku pergi dua hari dua malam hari tu. Aku bersama lagi 34 orang lain, pergi hiking ke Hutan Lipur Berkelah, Pahang. Ni basic hiking. Untuk kenalkan pada peserta tentang hiking ke air terjun. Aku join sebab aku nak tengok air terjun tu :D


Peserta terdiri daripada 35 orang - 3 pelajar MIIT, 3 pelajar UiTM dan yang lain tak silap aku pelajar UBiS [UniKL Business School]. Pengangkutan pulak ala ala car pool. Ada 7 kereta sahaja jadi 5 orang satu kereta. Kereta ni pun last minit kira. Kalau tahu tak cukup kereta, aku boleh je pinjam sesapa punya kereta kan. Mampu pulak Viva nak angkut 5 orang kan. Aiyaa~


Sabtu malam tu, ktorang berkumpul di lobi kampus kota UniKL, Kg Baru. Plan sebenar bertolak pada jam 11 malam tapi ada seorang makhluk Allah ni boleh pulak terlajak tidur. Aku memang mengamuk jugak lah. Bangun seawal 10 pagi dan sampai kul 11 malam tu aku tak tidur tidur. Nak kena jalan jauh pulak tu kan. Lepas tu kena tunggu pulak orang lambat kan~


Dalam kul 1230 macam tu lah baru kitorang gerak tanpa si Adam ni.


Lepas reda marah aku kat Adam, ada lagi masalah lain. Waktu nak bertolak baru masing masing sedar, tangki minyak tak penuh lah. Angin tayar tak ada lah. Bekal rokok tak cukup dan macam macam lagi. Macam first time nak p travel naik kereta je.


Reda marah yang tu, sekali lagi aku mengamuk dalam kereta. Sebagai co-pilot memang aku naik angin jelah kan. Informasi tak sampai kat kereta kitorang yang mengatakan pelan dorang akan berhenti di RnR Genting Sempah. Kitorang terlajak sampai ke RnR Bentong. Terbaik lah kan. Jadi, ktorang tidur sat kat RnR Bentong tu sementara nak tunggu konvoi sampai ke tempat ktorang :Pp


Jam 3am ++ kitorang sampai Temerloh. Rehat kan badan sekali lagi. Situ lah aku dan beberapa gadis lain jumpa kucing yang sedap lena atas badan sorang budak. Gambar kat atas entri ni haa. Comel je kucing tu. Manja betul dengan budak tu. Budak tu pulak nyenyak gila tidur. Ktorang bising, dia sedap je layan tidur. HAHA.


Rehat sikit sikit, gerak ke destinasi. Lepas hampir 2 jam memandu, ktorang sampai ke satu masjid. Dekat dengan area hutan lipur tu. Tujuan berhenti situ - solat Subuh + salin baju hiking. Sementara nak tunggu azan, memasing tidur dulu~


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Sambung esok :D



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

05 March 2012

2 hari 2 malam tak berak~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Sedikit klu untuk destinasi aku ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Tajuk nak geli gelemen. Memang mengundang masalah akan tiada tetamu mungkin bertandang ke entri ni. HAHA. 


Alhamdulillah. Aku selamat pergi ke destinasi yang di tujui semalam dengan selamatnya, dan pulang ke rumah dengan selamat tapi membawa sedikit sebanyak calar, luka yang penuh dengan cerita tersendiri. Jangan ingat gambar dan lagu je ada cerita. Luka, calar dan parut jugak ada ceritanya yang tersendiri. Kan ?


Cerita lengkap pasal destinasi aku semalam, akan aku ceritakan pada esok hari dan hari seterusnya. Aku terpikir tak nak buat keseluruhan cerita dalam satu entri. Aku nak pecah pecah kan. Esok aku mula. Sebab, aku letih yang amat. Baru sampai jam 2230 tadi dengan beban yang lebih 10kg kat belakang badan.


Pasal tajuk entri - 2 hari 2 malam tak berak tu, memang betul lah aku tak berak 2 hari 2 malam dah. Waktu bertolak, aku memang tak boleh nak berak. Macam mana aku teran pun, tak mau jugak. Nasib baik kat destinasi aku tu, perut tak meragam nak berak. Kalau tak, jenuh lah jejaka jejaka nak korek lubang najis untuk aku. LOL~


Tadi, sampai rumah memang aku cari jamban sebab perut aku dah meragam mintak nak buang sisa 2 hari lepas >.<


Entri ini adalah entri paling geli gelemen yang pernah aku pos. Err, agaknya lah !



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

03 March 2012

Waterproof / Aqua pix Lomo Camera.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Ni aku punya - Spongebob Waterproof Lomo.

Shag Yahaya sedang menaip~


Aku baru petik sekor kamera lomo. Lomo ni boleh bawak masuk dalam air, tu yang aku sakan beli. Lagi pulak murah ! Bukan bawah RM100, tapi bawah RM50 kot ! Ni pun jumpa lepas selak dalam buku log Pak Cik Google aku.


Aku beli Waterproof Lomo dengan harga hanya RM34 tak termasuk filem dan kos penghantaran.


Di sebabkan aku COD je, tak ada kos terlindung. Jimat jimat. Kalau kau beli kat kedai, mahu lah dorang caj RM50 dan ke atas. Itu tak termasuk filem bhai~ Aku usha online shop pun, mahal belaka. Nasib lah jumpa yang murah ni kat Lowyat Forum. Keke.


Kalau berminat nak beli Waterproof Lomo ni, boleh lah email awek Chinese ni kat sini : vignetting85@gmail.com





Stok tinggal Monkey with Flowers dan Winnie the Pooh. Kalau nak corak lain, tunggu 3 minggu lagi. Stok baru sampai dari supplier. Tak silap aku dia ada jugak jual lomo yang lain. Tanya lah dia kot kot lomo yang korang cari dia ada jual dengan murah murah je ;)


Psst. Petang ni aku bertolak ke KL, tengah malam pulak akan bertolak ke Maran, Pahang. Lokasi tepat ? Nanti balik aku kasi tau. Isnin aku baru balik, insyaAllah Selasa baru aku cerita mana aku pergi. Boleh ? Alaa~ Boleh lah boleh lah ye.


Doakan perjalanan kami selamat dan di permudahkan-Nya. Amin. Fi hifzillah, sayam semua ;)



4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

02 March 2012

Rezeki belog kedua bulan Februari ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Gambar di culik dari SINI

Shag Yahaya sedang menaip~ Sepatutnya benda ni publish dalam bulan Februari. Tapi, ada halangan untuk aku berbuat demikian lalu di bawa ke bulan baru - Mac.


Alhamdulillah. Rezeki kedua aku dapat untuk bulan Februari ni. Rezeki dari belog. Tak sangka, Isnin lepas, aku bukan je menang GA dari Bro Eyriqazz yang aku dapat Duit Baru Malaysia tu. Tapi, aku menang sekali Vitamin E Soft Gel Collagen dari belog Cik Yaya sayam.


Aku masuk GA Cik Yaya pun suka suka sebab nak sakat Cik Yaya sayam. Tak sangka ayat saakat tu boleh pikat hati semua juri. Hihi. Kalau nak tahu ayat dia, meh aku copy paste. Ni pom lepas aku mintak dari Cik Yaya ayat yang membuatkan aku menang hadiah ni ;)


Saya nak sangat-sangat cuba vit e sofgel collagen kerana saya nak muka saya jadi macam KAKAK YAYA yang montel yang suka buli Barney-nya setiap malam bila rindukan laut-nya dan saya nak jugak inter-frame di FB-nya untuk buat testimoni. 29 words kalau tak silap Shag. HAHA :d Jangan sentap k sayam, ni ayat nak buat KAKAK YAYA gelak je ;)

Terima Kasih Cik Yaya sayam, dan juri juri lain yang sudi pilih ayat merapu meraban aku tu sebagai pemenang utama.


Kelik sini untuk tahu lebih lanjut pasal Vitamin E Soft Gel Collagen ni - LINK.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot