11 July 2012

[JJTW] Ice Age 4 Continental Drift Movie Review.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya ingin menulis pasal Jalan Jalan Tengok Wayang ;)


Okay. Mula mula nak cakap, aku tak tengok kat wayang cite ni. Tengok kat rumah je. Berlagak sat. Haha. Hari ni aku nak review movie yang bakal di tayangkan pada esok hari di semua pawagam di Malaysia - Ice Age 4 Continental Drift.


Ice Age 4 Continental Drift ni tak banyak aku nak komen. Sebelum tengok movie ni, teruja gila aku. Tapi, bila dah mula keterujaan aku tu makin meleset di iringi waktu yang berjalan. Haaamek kau, ayat aku macam hapehape. Kiki.



SATU.
Dari penilaian aku sebagai seorang pelajar perakaunan dan tiada sebarang ilmu pengetahuan mengenai perfileman ni, aku dapat ringkas kan kepada jalan cerita Ice Age 4 ini tidak setanding Ice Age yang sebelum ini. Boleh di katakan membosankan walaupun amat adventurous


DUA.
Ada lawak nya. Seperti biasa, pak lawak nya haruslah Sid, Scrat dengan si kembar Crash dan Eddie. Tak ada dorang, tak ada seri Ice Age ni. Kan kan ?



TIGA.
Ada masuk unsur bola di awal minit ke-2. Tu lawak ! Mentang mentang baru habis EURO kan. Dah lah aku tengok ni subtitle dia Spanish. Haaaamek. Memang EURO habis lah. Haha.


Sinopsis : SINI.
Hati untuk filem ini : 



Sekian Ice Age 4 Continental Drift movie review dari aku. Aku tak tau nak review apa lagi sebab tengok pun kat laptop je bhai. Apa kaitan ? Haha. K bai~



4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

06 July 2012

[JJCM] Nasi Ambang, Jalan Raja Chulan.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menyusun kata untuk entri makan makan lagi ;)


Kali ni aku nak korang cuci mata korang dengan makanan Jawa iaitu Nasi Ambang atau sebutannya Nasi Ambeng ye. Kalau nak tahu, aku ni ada darah campuran Jawa. Darah yang di import khas dari Indonesia. Hahaha.


Lokasi kedai ni - Pasar Jumaat kat Jalan Raja Chulan, KL. Dekat dengan stesen Monorel Jalan Raja Chulan. Yang spesel nya nasi ni, korang hanya boleh dapat rasa atau makan nasi ni tiap hari Jumaat je. Time orang p Solat Jumaat pulak tu ! Pergh~ Untung kampus lama dekat dengan Monorel, senang je nak dapat. Haha.


Okay, jom layan gambar. Baru aku cito eh pasal rasa Nasi Ambang Jalan Raja Chulan ni ;)





Ni Nasi Ambang yang dah tinggal 3 1/4 ;)




Seperti yang korang dapat tengok dalam gambar kat atas, nasi dia humakaih berlambak kan. So, bagi yang sedang berdiet atau apa apa boleh lah mintak tak nak nasi ke, tak nak mee ke. Dia akan kurang kan harga sikit. Selalu aku mintak nasi separuh, jadi tolak 5 kupang. Nasi separuh dengan ayam besar, korang boleh kongsi 2 orang ! Percayalah cakap aku.


Lain lah perut korang besar gabak~ Hihi ;)


Sambal belacan dia mantop. Pedas sampai pijar jugak mulut kome nanti. Aku tak makan pedas jadi aku tolak sambal belacan. Tak ada kurang harga untuk tu k. Melampau semua nak kurang. Kiki. Suun dengan mee, biasa je. Kalau suka suun, mintak lebih. Tak ada caj tambahan pun~


Ayam dia lembut. Dan besar lah jugak ! Ada 3 jenis ayam - ayam bandar besar, ayam bandar kecik dan ayam kampung. Harga, tengok gambar atas sekali dalam entri ni yok.


Kalau korang p kul 1, aku nasihatkan korang siap sedia tisu ke apa ke. Takut korang melalak sebab dah habis. Aku p kul 1230 pun dah beratur panjang. Siap potong barisan sat, nak booking ayam. Lepas tu beratur balik kat belakang. Kahkahkah.


Sesiapa yang nak rasa Nasi Ambang dan duduk area KL boleh lah p Jalan Raja Chulan tiap Jumaat. Wajib cuba siot ! :D

Hati : ♥♥♥♥♥ 


Sekian sahaja dari saya, Shag Yahaya pada edisi JJCM pada minggu ini. Chow sin chi~


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot