20 December 2010

TDBC - Day Six ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)







Salam malam, pembaca!

Hari ini aku online lambat gila pulak. Sebab bangun pagi tadi terus Mama ajak pergi Alamanda sebab Adeq nak breakfast kat Mekdi. Aiyayai. Pasal mekdi Adeq je, aku kena bangun awal gila! Kantoi, aku selalu bangun lambat :P

Lepas tu pergi amik IC baru aku! Hoyeah. Aku ada IC baru. Lompat lompat bintang tak jadi sebab berat. Oh, muka hijau muka hijau.

Iklan~


Iklan tamat. Jom tengok apakah dia cabaran untuk hari ini :
Your Dream Wedding
Ni lagi susah! Perkahwinan idaman aku? Wuargh~ Aku selalu tukar pelan macam mana perkahwinan aku akan berlangsung nanti. Haha. Tapi, satu je yang memang idaman aku! Tapi, itu memang tak tahulah aku akan tercapai ke tidak kalau aku malas nak save duit. Hehe. Apa apa pun, jom layan cerita aku!

Mula mula sekali, mesti lah aku nak kahwin dengan mamat berani mati aku. Sebab, dia mamat berani mati! Tah pape. Ingat lagi mamat berani mati aku? Kalau tak ingat jom baca sini : Your Perfect First Date. Aku nak adakan semua majlis dalam satu hari. Maknanya, dari majlis tunang hingga majlis resepsi diadakan dalam satu hari. Serentak!


Aku nak bertunang lepas subuh. Majlis pertunangan aku tu, hanya jemput kawan kawan baik aku. Orang tua cakap, tunang tak elok buat besar besaran. Sebab, itu baru bertunang. Dua kawan yang wajib ada waktu aku bertunang tu ialah Hannah Abdul Hamid dengan Zainab Abdullah Jawawi. Kawan yang lain aku tak pasti nak jemput berapa ramai. Hehe.

Tunang haruslah di rumah Mama dengan Abah. Tak pasti tahun tu, dorang duduk mana. Dan dan, dua kawan wajib tu kena tidur kat rumah aku sebab dorang kena teman malam sebelum aku jadi tunangan orang sekaligus jadi isteri orang. Jiwang nya ayat!

Baju tunang aku, aku nak paling simple. Kalau boleh pakai track suit dengan sweater je. Muahaha. Tak senonoh. Itu memang tipu. Aku nak baju tunang warna ungu lembut. Lembut selembut aku. Kiki. Sewa jela kat kedai. Nak murah punya. Siapa nak sponsor? Meh kasi contact number!

Dah tunang, aku akan suruh kawan aku make up lain pulak. Untuk majlis akad nikah. Akad nikah sebelum masuknya waktu Zohor. Kalau boleh nak pagi jugak. Selepas sejam dua aku bertunang. Kiki. Baik tak payah bertunang kan? Tapi, Mama cakap, tunang itu mesti. Terpaksa lah aku tunang. Tipu tipu !

Akad nikah aku akan diadakan di Masjid Seksi atau Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Kenapa Masjid tu? Tiada sebab yang menarik. Cuma, aku rasa nak nikah kat situ. Itu sahaja. Warna baju nikah aku seharusnya, warna ungu lembut. Jugak!

Oh ya! waktu aku dok nikah tu, majlis resepsi aku sedang di jalankan. Di mana? Kalau boleh aku nak majlis resepsi aku tu kat tepi pantai yang chun! Kat Putrajaya tak ada pantai tapi tasik je. Tak cantik lak tu. Hiks. Maybe kat Cyberjaya? Aha~ Ada angin sepoi sepoi bahasa. Pergh~

Ini Pulau Perhentian! Jauh~
Tapi, CHUN !

Baju untuk majlis resepsi jugak harus bertema kan warna ungu lembut. Aww aww~ Dah kata warna tema ungu kan? Hiks. Dan baju majlis resepsi aku tu kalau boleh aku nak suruh kawan aku tolong buatkan. Biar simple asalkan menarik lah. Tidak terlalu sarat dengan labuci atau manik. Cukuplah cantik bila mata memandang.

Hiasan untuk suasana majlis resepsi aku serahkan pada yang pakar. Janji warna tema tak lari lah. Ungu! Hiks. Haa, kalau ada bunga ros warna ungu best jugak! Boleh lah warga KPJ bawak balik sorang satu nanti! Kan kan korang? Hehe.




























ELEGANCE !!

O-M-G !!
THIS HOT !

COOLEST !!

Oh ya, aku baru balik dari jalan jalan dan shooting bersama Marly Ahmad dan Cecami Suhaimi serta Wanie Gani. Nanti aku cerita pasal tu bila aku dapat gambar semua dari Molly ;)



Psst. Sangat berani mati kan kalau nak jadi mamat berani mati aku?





bising : tak sabar tunggu mamat berani mati aku tu muncul dalam hidup aku!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

8 comments:

Rossarina™ said... BALAS

hahaha i loike this post *grin* tak sabar nak tunggu Moy kawen. siap dengan baju tunang sweater and tracksuit! haha majlis pertunangan paling cooool! :D

and oh, saya nak bunga ros ungu tuh hehe. i'll give you my black rose (from my wedding hehe) in return haha berangan je lebih. :D

*tengok gambar baju pengantin*

*woot* saya suke gaun putih ade bunga-bunga hitam siket-siket tu! :D

Shag said... BALAS

@Rossarina™ : Yay! So, secara rasmi Arina di jemput ke majlis pertunangan Moy dgn Mamat Berani Mati tu ;) Bila? Nanti Moy confirm kan bila dah set. Bila dah jumpa dengan Mamat berani mati tu. Bila. . . Argh~

Okay! Berangan langkah pertama untuk jadikan ianya kenyataan. Apa Moy cakap neh?

*tengok balik baju pengantin*

OMG! Moy pun suka hat tu. Simple kan? tapi, Moy nak purple lembut :P Bunga dia, err, err. Pink? Ke putih yg sesuai. Okay, belum masa lagi. Jadi, biarkan :P

Tuan Penasihat said... BALAS

tak berani cakap pasal kawin. satgi rasa macam nak kawin lagi. huhuhuhu.

+akufobia+ said... BALAS

mamat berani mati nak ke?hee.

Shag said... BALAS

@Tuan Penasihat : OMG! Better jangan! LOL~ :D

Shag said... BALAS

@ akufobia : Kena! rofl~ Nt Shag yg propose dia. So, dia tak boleh cakap NO sebab nak kena pelangkung :P

Queen F said... BALAS

@Tuan Penasihat

hahahahaha like ini komenn! :)

Shag said... BALAS

@Queen F : Hahahaha :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot