
Salam petang, pembaca!
Petang ini ayuh kita teruskan dengan cabaran belog hari ke-tiga. Weehoo~ Kalau belum baca hari sebelum, boleh ke sini : TDBC! Jom tengok apa cabaran hari ke-tiga ini :
Your Idea of The Perfect FIRST DATE!Aiyayai~ Temujanji Pertama yang sempurna bagi aku? Err, err. Sebenarnya, aku tak ada impian untuk temujanji pertama. Biarlah berlaku macam tu sahaja. Hehe.
Pertama, sama seperti Kak Nonoi! Aku nak pasangan aku, mintak
Malam bertemu-janji tu, eh wajid ke malam, mamat berani mati tu kena datang rumah aku. Jumpa Abah dengan Mama. Sembang dengan mereka sampai aku siap berdandan. Eceh. Lepas tu, mintak kebenaran dengan ayat paling kaw lah! Ayat apa? Mamat berani mati tu kena pikir sendiri. Ayat yang mampu cairkan rasa takut Abah, anak dara sulung dia ni kena bawak lari. Dan juga dapat cairkan rasa takut aku nak keluar dengan dia. Okay, bye!
Aku tak harapkan mamat berani mati tadi bawak aku pergi makan bertemankan cahaya lilin. Tapi, aku mahukan temujanji yang penuh dengan sifat kejutan. Buat apa yang aku tak sangka aku akan alami untuk temujanji pertama. Maknanya, bukan candle light dinner. Bukan, tonton wayang tengah malam. Bukan juga, karok lagu jiwang dua tiga jam! Bosan lah der~
Bawak aku daki Bukit Broga tengok matahari terbenam ke. Bawak aku naik Bukit Ampang tengok bintang bulan. Naik ke Genting! Wahh kau! Tiba tiba impian tinggi melangit!
Bawak aku jalan atas jambatan gantung pun cool jugak. Janji selamat sudah. Aku ni gayat bila pandang atas bukan pandang bawah. Bawak aku terbang lagi best! Naik hot air balloon. Pergh~ Romantik! Sambil tengok matahari terbenam. Tak sudah sudah dengan matahari terbenam aku. Suka!
Akhir sekali, temujanji pertama tu akan jadi sempurna sekiranya tiada penipuan antara mamat berani mati tu dengan aku. Tolonglah~ Aku memang pantang kalau menipu awal awal ni. Karang mati dengan berani sungguh mamat berani mati tu. LOL~
Jom layan gambar tempat yang romantik sudah bagi aku! Kot ada kat Malaysia, mamat berani mati tu kena bawak ke sana! Choiii~
bising : mana mamat berani mati aku tu? meh lah tunjuk muka :p
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
10 comments:
Alamak.. ada ke mamat berani mati macam ni? Akak pon tertunggu gak ni EKEKEKE
@n0n0i♥a'n'l : InsyaAllah ada. AMIN! Kiki :P Samalah kita tunggu!
hahaha LOL, memang berani mati betul lah sape-sape yang berani ajak Moy g dating nih. tak sabar nak tunggu, sape kah gerangan nye. (evil_smirk)
@Rossarina™ : Haha. Kalau dia kecut tak tahu lah. Bye bye~ :P
Arina, Moy punya tak ada emot macam kak Noi tu ;)
wow.. nnt da jumpa mamat berani mati..
share la story..hehe
memang kene btol-betol berani ni haha
@misz FaTiN : InsyaAllah! hehe. Benda baik :P
@HAZWAN17 : Yeap! Lagi lagi dapat Shag. hahaha :D
hihihi..dasat gak moy niii.. sape yg brani mati sahut cabaran moy ni, mmg salute laaa.. insyaAllah, 1 day nanti ada kot.. hehe
@♥ Izzah Marzuki : AMIN! hehe. Baru berani mati. Ingat Moy jeke kena berani mati keluar dgn dia? LOL~
Post a Comment