Woah. Terlampau lama rasanya aku biar cabaran belog itu tidak bersahut. Hehe. Oleh kerana aku tiada idea nak menulis arini walaupun hampir 6 jam aku pikirkan apa apa idea. Nampaknya tiada idea. Keke :P
Jadi, mari pilih cabaran untuk hari ke-sembilan neh. Aku pilih :
Your Celebrity Crush
Aku rasa aku pernah buat satu entri berkenaan ini. Tapi, bukan pasal cabaran lah. Rasanya pasal aku sertai satu segmen bloggers tu. Jap aku nak geledah setor entri aku. Sat naa~
Haa. Dah jumpa! Di ENTRI INI aku ada tulis siapa artis kegemaran sepanjang zaman aku! Siapa lagi kalau bukan mamat-bangsa-asing dan vokalis-suka-jerit-tanpa-hilang-suara dari band Linkin Park, Chester Charles Bennington. Keke.
Yang dok ikut aku dari dulu tentu dah bosan gila babas lah dengar aku dok cerita pasal mamat bangsa asing neh. Nak buat macam mana. Aku buat entri pasal dia atas tuntutan kerja. Kan aku kerja sebagai blogger neh. Jadi, kena lah laksanakan tugas dengan cemerlang gitu.
Tak nak cerita banyak weh!
Kenapa mesti dia? Aha. Soalan paling aku suka nak jawab. Dan selalunya orang akan jawab balik jawapan aku. Kononnya orang lain pun macam tu jugak. Oh tidak. Chazzy sangat chun di mata aku berbanding mamat lain. hehe.
Satu.
Aku jatuh hati kat dia gila gila bila aku tengok video musik lagu Linkin Park berjudul In The End. Pergh~ Ada satu part tu, Chazzy tengah senyum. Miaow~ Terus hati aku jatuh tergolek dok ala ala Shah Rukh Khan guling guling kat bukit. Menggoda nya senyuman Chazzy sayam. Mata dia comel. Cuba lah tenung. Pasti jatuh tangga!
Dua.
Sebab suara dia. Nak jerit, nak pop etnik, nak balada, nak RnB. Kasi jelah dia nyanyi weh. Tangkap nganga lah aku dengar dia nyanyi. Hihi. Tapi, aku suka suara dia dalam lagu Pushing Me Away Remix. Menggoda habis. Tak habis habis menggoda kan kerja dia? Sebab tu aku tergoda. Haha ;D
Tiga.
Sebab dia reti main gitar. Miaow~ Aku memang suka mamat yang reti main gitar neh. Bagi aku, mamat yang main gitar ni sangat lah romantiknya. Begitulah, bagi aku. Jadi, sesiapa yang nak jadi suami aku yang kekal abadi, sila reti main gitar. Boleh?
Sebab dia adalah seorang bapa yang penyayang. Miaow lagi~ Gambar kat atas menunjukkan beliau tengah bawakkan beg anak dia. Walaupun ada penjaga badan aka bodyguard yang dok ikut je dia memanjang, tapi beg tetap di bawak nya. Sangat manis!
Lima.
Korang boleh baca kat ENTRI NI. Aku malas nak senaraikan banyak banyak. Nanti orang cakap aku TAKSUB sangat dengan Chazzy sayam.
Siap! hehe. Kalau korang nak tengok entri aku yang lain berkaitan cabaran belog neh, boleh lah kelik :
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
16 comments:
alamak amy kureng sikit la dengan dia nie..
p/s: jemput join contest sinar raudah
@Amy Syaquena : Haha. Dah agak. Semua orang cakap macam tu kat Shag :P
wah,,peminat fanatik Chazzy seyh !
hahaha
SCC minat jugak lagu2 dia..tapi xde la fanatik sgt..hehe
xkenal pun siapa dia ni..huhu
weehuu ~ jiwa wa pun punk rock yo.. ahakz..
ceh! eyka pon mint dy kot..hee:)
anywy..shaq..blnje la eyka doodies skli...mau! hehe:) *buat2 muke comeyy~ hehe*
rasa nak sepak2 ja lp ni,suka suki je ngorat sayam org..urmmmmm
*tdo sorg2
shag! yaty suke template dan header baru shag ni....so sweet dan kemas ;)
Mamat ni stylo jugak kan :) Shag mmg minat dier ekk..
@sicomot-comel : HARUS! ;D
Alhamdulillah tak fanatik. Hahaha :P
@Edy Zaidi : Kejam gila punya statement =.='
@Aretikz : Haha. Shag mmg rock! Sebab tu jadi perempuan yg macho :P
@Eyka: Uff~ Eyka, sila minat orang lain eh. Ni Shag punya sorang :P
Wow! Tunggu Shag jadi toke minyak. Hehe.
@Woofer Storm : Alololo. Jangan sepak LP. Kena sepak Shag lah sebab Shag yg ngorat dia. Kakakaka :P
*sampai ati ;'(
@Miss Yaty : Wargh~ TERIMA KASIH sayam! ;D
@F.a.S.h.E.e.H.a : Stylo gilak! Kekeke :P Yeap. Dia cinta hati jantung Shag. Cehh!
Post a Comment