Showing posts with label Terjah Followers. Show all posts
Showing posts with label Terjah Followers. Show all posts
14 November 2010

Terjah Followers : Tok Esah.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam satu paggi, pembaca!

Ayuh kita tengok siapa pengikut aku yang telah di terjah khas untuk segmen Terjah Followers aku ni. Godek godek godek. Aku teringat hutang aku kat atuk ni. Jadi, aku lompat follower ke-4 atau ke-5 aku. Mari ikut aku terjah belog kepunyaan Tok Esah kesayangan ramai. Yeke Tok? Aku main tambah je ni. Hakhak.

Kita nak cerita pasal benda buruk dulu ke, benda baik? Orang tua tua selalu cakap, mulakan dengan benda baik dahulu. Jadi, aku nak siapkan senjata bodek aku kejap.

Belog Tok Esah ni simpla simple aja dengan bertemakan warna tanah cokelat. Laju jugak lah laptop aku yang sedia lembap ni nak load page belog beliau. Tak payah aku dok memaki kelambatan aku untuk sampai ke destinasi sambil makan roti cicah dengan milo panas. Nomm nomm~ Yang paling sentap best adalah, dalam setiap entri beliau, Tok Esah akan selitkan nasihat nasihat serta kata kata semangat. 

Mungkin ramai yang tak sedar sebab beliau amat bersahaja dalam menyampaikan nya. Kadang kadang ada jugak berita yang panas. Berita yang aku susah nak dapat dari belog lain. Itu lah istimewanya belog milik Tok Esah aku ni. Ahak.

Okay, sekarang aku nak Tok Esah sediakan payung terjun sebelum terjun KLCC. Kelemahan belog itu hanya pada widgets yang melekap di belog beliau. Kesilapan pertama beliau adalah kedudukan Shout Box. Mungkin trick dia tampal Shout Box di separuh jalan belog. Tapi, aku rasa lebih sesuai kalau Shout Box tu di gam kat dinding paling atas. Senang sikit orang nak tinggalkan jejak.

Agak mengambil masa kalau kena turun bawah. Kalau otai singgah nak tinggalkan jejak kan payah. Dia kan otai mesti ada berjuta blogger dia nak jenguk. Jadi, nak cepat. Lagi satu, kalau setiap widgets pengisian nya panjang, boleh lah buat Scroll Down atau Drop Down Menu.

Itu sahaja dari aku pasal belog Tok Esah. Err, sebenarnya points untuk kelemahan tu orang lain boleh ambil iktibar jugak. Hiks.

Tok Esah, jangan terasa sangat. Ini hanya pandangan Shag sebagai blogger poyo tahap Dewi Dewi. Haha. Orang pernah jugak kompelin macam macam pasal belog lama aku. Jadi, ini masa untuk kongsi pengajaran ;)


psst. Ambil yang keruh buang yang jernih. Tak ada guna simpan yang keruh kot? Chill!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

13 November 2010

Terjah Followers : Aini Lavia.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam pagi Sabtu, pembaca!

Woah. Mulanya hari Sabtu yang indah. Harap indah lah ye. Hikhik. Sebab, ada plan nak jejalan dengan keluarga sehari suntuk ni. Woah. Bunyi macam siok je. Tengok lah bagaimana. Kita hanya merancang.

Sebab tak ada kerja lain, aku nak buat segmen Terjah Followers tu. Kita sambung dengan pengikut seterusnya, iaitu Aini Lavia. Haiyak. Dia aku kenal dekat Plurk jugak lah. Hikhik. Macam ramai lah pulak pengikut awalan aku datang dari Plurk. Cayalah, korang! Ni sayang warga Kampung Pisang Jugets lebih lebih ni.

Kalau tengok belog Aini Lavia; Happily Ever After, korang akan perasan bahawa belog beliau amat simple. Tetapi, ada kekurangan di situ. Di sebabkan semua widgets berkaitan dengan Facebook di campak ke sana, belog beliau jadi serabut sedikit di bahagian isi belog. Tarikh dan kotak komen terlari dari garisan khatulistiwa sebenar.

Aini Lavia ada meminta pertolongan aku untuk membetulkan semula belog beliau. Tapi, aku tak jumpa lagi coding untuk Facebook apa tu semua. Lambat sikit lah aku nak siapkan belog beliau. Alahai. Maaf, Aini! Kalau korang nak tolong Aini dengan percuma boleh jugak. P terjah belog beliau untuk berkenalan dahulu. Hik. Jangan nakal nakal noh dengan kakak aku ni.

Ini belog beliau; Happily Ever After.
Dan ini pulak Plurk Aini; Lavia Herself.


Tamat cerita pasal Aini Lavia. Yay!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 November 2010

Terjah Followers : Rossarina Arina.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


imdrugged
Salam malam, pembaca!

Meh kita teruskan dengan segmen Terjah Followers aku. Kali ini, baru masuk pengikut ke-tiga aku. Haiyak. Tiap hari makin meningkat jumlah pengikut aku. Nampaknya, segmen ni akan berkekalan lah sampai aku tamatkan riwayat belog aku ni. Woah!

Mari teruskan! Nama pengikut ke-tiga aku ni ialah, Rossarina Arina. Seperti pengikut aku yang sebelum ni, Anep Zaid dan Ain Abia, aku jumpa kenal Arina ni kat Plurk. Kitorang tak pernah lagi bersua muka setakat ni. Banyak kali plan tapi aku tak pernah terjumpa dorang. Hik hik.

Rossarina Arina ni punya 2 belog di bawah jagaan beliau.
  1. imdrugged
  2. ina-arina
Meh aku cerita satu satu belog dia. Mula dengan belog pertama, imdrugged. Dengan ber-tag line, My Thorns Are Deadly Poisonous, dia membebel apa sahaja di situ. Nak emosional, di situlah tempatnya. Mahu mengumpat, di situ juga. Hendak meminta pendapat, situ jua lah. Berkongsi apa jua yang terlintas, itu dia. Tetapi harus berhati hati sebab dia suka guna bahasa Doktor. Perkataan Sains. Kadang aku kena tanya Pak Cik Google. Haha.

ina-arina
Manakala, ina-arina pulak dia lambak kan koleksi cerita pendek beliau, Spider Lily. Tergantung lah cerita tu. Lepas cuti panjang, dia dah kehilangan jiwa idea nak sambung. Haigo. Sekarang, dia longgok kan pulak koleksi Puisi di situ. Otak sangat puitis lah si Doctor-Wanna-Be ni. Jealous aku!

Kalau nak tahu, dia ni peminat tegar kaler hitam dan putih. Tengok saja lah pada litar lumba latar belakang kedua belog beliau. Patu tengok pulak latar belakang Plurk milik Arina. Hitam legam! Aku kalau nak singgah Plurk dia kena bawak torchlight. Kadang kadang, sampai kena angkut sport-light! Okay, ini terlampau tipu nya. Hahaha.

Sesapa nak berkenalan dengan beliau boleh lah ke belog belog beliau. Tak pun terjah Plurk. Sign Up, lepas tu jadi kawan Arina kat sini : I Live to Freak You.

I Live to Freak You

Done here! Chow sin chi.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 November 2010

Terjah Followers : Ain Abia Sayang!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Salam senja, pembaca!

Mulai hari ini, aku nak buat segmen terjahan pengikut aku di belog aku ni. Seronok pulak bila terjah belog pengikut lepas tu cerita sedikit pasal dorang. Hiks.

Kali ni, aku terjah pengikut aku yang kedua, Cik Ain Abia Sayang aku! Bukan korang punya ye. Haha. Nama dia Ain, nama penuh aku tak tahu. Cuba lah tanya dia sendiri. Aku kenal dia macam aku kenal dengan Anep. Pengikut pertama aku di belog ni. Kami berkenalan kat alam siber yang di gelar Plurk.

Ain ni sebenarnya ber-title kakak dengan aku. Tapi, aku tak panggil dia Kak Ain pun, sebab muka dia macam budak budak gitu, tak sampai hati aku nak panggil dia Kak. Hiks. Ain, ni nak bodek Ain datang KL tahun depan. Hoho.


Ain punya belog kemas je. Tersusun! Tak serabut otak aku kalau singgah belog dia. Sama macam kalau aku singgah Plurk dia. Nak terjah belog dia boleh lah ke sini --> Me.Love.Fun. Kalau nak ke Plurk dia pulak ke sini -->Ain Sayang.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Terjah Followers : Pengikut Pertama aku!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam pagi Khamis, pembaca!

Mulai hari ini aku akan review seorang demi seorang pengikut aku di belog aku ni. Tak kisah lah dia tu tak selalu singgah ke, tak pernah komen ke. Janji dia dah jadi pengikut aku. Kena lah aku hargai. Bukan?

Meh aku kenalkan kepada pengikut aku yang pertama! Nama dia, errr, Haniff Zahid. Ohh, Aneppp~ Betul ke nama Anep ni? Lupa lah. Hakhak :P Okay, teruskan. Umur dia, tua dari aku beberapa bulan. Jadi sebetulnya, aku perlu panggil dia Abang uhuk Bro Anep. Hiks.


Anep ni, ada belog tapi dah lama gila di tinggalkan bersawang. Macam retak tunggu terbelah je. Aku kenal Anep ni dari Plurk. Social Network yang aku pernah review kat sini. tak ingat, meh baca SINI. Nak kenal dengan dia, kenalah ada Plurk dulu. Baru boleh jalan operasi seterusnya. Moga berjaya ye ;)

Anep ohh Anep. Nak duit!! Nak makan kat warung Pak Keni Rojes Ruster. Hehe.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot