Choi Seung Hyun ♥ |
Erk~
Hmph~
Baik. Aku tak tahu apa nak taip setelah hampir setengah tahun aku tidak menaip di belog aku ni. Ya, setengah tahun! Setengah tahun yang makan semua bakat dan idea menulis, maraban aku. Aku lupa bagaimana harus aku mulakan sesebuah entri.
Lalu, terjadi lah sebegini. Satu permulaan entri yang amat kaku. Bukan sekadar permulaan malah pertengahan juga masih lagi kaku. Ke kalian tak rasa kaku langsung baca belog aku?
Atau tiada yang membaca?
Uff~ Pedih hati aku mengetahuinya.
Aku . . . Aku . . .
Aku sedang cuba menyusun perkataan untuk membentuk ayat supaya dapat menghasilkan sebuah entri yang baik untuk di bacakan oleh kalian untuk entri pertama setelah aku kembali ke dunia di mana Shag Yahaya hidup !
Selama ini aku hilang kerana aku terlalu banyak berfikir dan aku takut pemikiran aku itu aku garapkan di dunia ini kerana fikiran aku itu terlampau bercelaru dan berserabut. Serta kolot, mungkin ! Sebelum buah tangan aku menjadi buah mulut orang, aku berhenti buat seketika. Lebih baik begitu, bukan ?
Sekarang, aku kembali.
Aku akan cuba menghidupkan semula dunia Shag Yahaya yang ungu ini. InsyaAllah, dengan izin Allah aku boleh !
Erk~ Kalian masih tidak berasa kaku ke bila membaca entri aku ni ? Aku yang menaip pun rasa teramat kaku penulisan aku ni. HUHU. Atau memang benar tiada yang membaca ?
Kita tengok komen entri ni nanti ye ;))
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
12 comments:
Moy!~ :D
kak shag! eheee
@Rossarina™ : Arina sayam~ :D
@Syat0za Zai : Adik Zaitoza~ Wahh. Lama tak panggil macam tu :Pp
nampak cool entry ni..wa jeles sungguh..
#wa nak template..sekian^^
@Woofer Storm : COOL ? Okeh, ni yang semangat nak update hari ni! HAHA :D
#sampai ke sini~
puan besar hilang ke mana slame ini?
akak uniKL miit? hoho
zai nk mintak uitm dlu jap :D
@sufiyyah zulkifli : Hilang ke Kg Baru je Piya :DD
@Syat0za Zai : TAK! Akak kat UniKL UBiS. Satu kampus dengan MIIT.
Oh~ Diploma better amek terus je UiTM. Yuran murah kot!
kembali??mana janji2 mu sayam??grr
#template10X..lalala~
@Woofer Storm : Alamak. Ada janji eh? HAHA :D
Post a Comment