25 June 2011

Bila sakit pinggang, apa pun tak boleh!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Gambar Pak Cik Google kasi pinjam :D

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Apa bikin semua sayam ku? Semalam Maharaja Lawak ada tengok? Atui~ KL peace yo! Pale dia KL. K bye!



Sebenarnya, aku ada masalah kesihatan ni. Ada doktor tak kat sini? Malas pulak aku nak berjalan pakai kereta ke klinik. Malas nak ngadap muka doktor sebenarnya. Kalau handsome dan masih solo tak apalah. Sanggup aku terjah sana tiap hari nak amik ubat!

Gatal~ Atui!

Semalam, belakang aku sakit. Belakang tu macam atas punggung. Tahu tak yang mana ni? Alaa~ Hat dalam gambar kat atas tu.

Sakit gila yang amat. Sampai aku nak tunduk nak sentuh lutut pun bukan main payah lagi lah. Dah ada rupa nenek nenek je. Nak tunduk kena pegang belakang. Haha.

Lagi gambar Pak Cik Google kasi pinjam :D

Di sebabkan sakit pinggang yang amat tu~ Semua benda susah nak buat. Nasib baik makan senang je. Kalau tak, kurus aku hari ni! Muahaha :D

Ni aku duduk pun tegak je haa~ Atui. Sakit!

Korang ada tip tak macam mana nak hilang kan sakit ni?

Selain daripada kena urut? Aku tak boleh urut urut ni. Geli satu hal. Tak lega satu hal. Atui.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

24 June 2011

Pemenang kontes lukisan 'Iridescent' oleh Linkin Park | Wan Muhammad Azzim ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Pinjam dari album Pak Cik Google sayam~


Assalamualaikum, sayam ku semua!

Pagi tadi aku online FB kat kelas. Sila jangan contohi perangai aku ni. Sebab tu pointer teruk.

Aku nampak status dari Linkin Park. Dorang dah jumpa pemenang untuk kontes dorang baru baru ni iaitu kontes lukisan atau artwork 'Iridescent'. Ini hasil tangan si pemenang tersebut :



CHUN kan? Aku suka! Simple kot tapi berseni! Okay, aku tak reti nak komen bab seni ni sebab aku tak berseni :P

Yang paling aku tabik, pemenang tu anak Malaysia. Anak Melayu beragama Islam! Haa~ Jangan ingat orang Malaysia, bangsa Melayu beragama Islam ni tak berseni. Tak berdaya saing. Ni dah terbukti. Beribu yang sertai kontes ni. Tapi, Wan Muhammad Azzim yang menang! Rezeki beb.

Kelik untuk tumbesaran tumor otak ! :D


Walaupun, aku tahu dia tak baca benda ni aku  nak ucap TAHNIAH lah jugak. Wangi sikit nama Malaysia ni. Cece.

Bangga aku jadi anak Malaysia kejap. Haha :D








Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 June 2011

Musim kontes LIKE di Facebook.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Cilok dari album Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Haa~ Malam ni aku bebel sikit pasal satu virus yang mula menular dalam diri sesetengah bloggers. Terutamanya penganjur kontes atau giveaways. Virus kontes LIKE di Facebook.

Ni aku terpikir nak buat entri ni lepas baca satu entri sayam aku INI *kelik lah*. Aku setuju dengan isi isi nya. Jadi, aku nak korang setuju jugak dengan benda ni! Alaa~ tak perlu LIKE kat FB pun benda ni. Haha :D



Keburukan virus Kontes LIKE di FB.

Sebelum tu, aku kasi situasi dulu. Biar korang paham sikit cerita entri ni. Kang tak pepasal aku kena explain lain pulak. Jadi, situasi nya adalah begini :

Moy adalah penganjur kontes Gambar Tercomel Blogger. Manakala Shag adalah salah seorang peserta. Shag perlu buat satu entri dengan menempek satu gambar tercomel beliau. Dan kemudian, dia perlu LIKE fan page belog milik Moy. Bila tiba satu masa, Shag perlu cari pengundi untuk LIKE gambar comel beliau di fan page belog Moy tadi. Tapi, bila tempoh undian tamat dan keputusan di keluarkan, Shag kalah di tangan Sepet! Sebab, Sepet lebih ramai pengundi. Padahal gambar si Sepet tu bapak buruk. Buang dalam tong sampah, meletup nanti tong sampah tu! Tapi, gambar Shag yang lawa cun melecun tak memang.

Keburukan virus kontes LIKE di FB :

  1. Hanya menguntungkan si penganjur. Sebab orang yang nak undi gambar kena LIKE fan page dorang dulu. Jadi, dorang punya fan page bersepah dengan peminat yang konon fanatik dengan mereka.
  2. SPAM dan penipuan boleh berlaku. Macam situasi di atas. Gambar yang tidak menepati ciri ciri gambar yang di cari, menang!
  3. Bila benda di atas berlaku, sah sah ke-tidak-adil-an berlaku! Kan kan?

Antara sebab si Shag ni kalah adalah kerana :
  1. Kawan Shag di belog dan FB tak ramai untuk undi Shag. Manakala kawan si Sepet terlalu ramai! Pergh~
  2. Maybe Sepet ada jual LIKE beliau kepada pengguna FB. Maksud di sini adalah, dia buat satu 'event' kat FB lepas tu suruh orang LIKE dia punya gambar. Dan sebagai balasan Sepet akan LIKE dorang punya pulak!
  3. Tak pun Sepet ni tipu! Dengan buat akaun baru semata mata nak undi gambar dia yang buruk tu! Senang je pun nak buat akaun baru kan?
  4. Shag bodoh tak buat macam si Sepet buat iaitu menipu!

Contoh event yang di buat hanya untuk menagih simpati LIKE dari FB-ians.
Kelik untuk tumbesaran tumor otak! haha :D

Tu aku yang buat edit pakai Photoscape dan Paint.net. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.



Jadi, pada mereka yang nak sertai kontes seperti ini, di sarankan anda bertanding dengan bersih! Dan pada penganjur kontes sebegini, mampukah anda pastikan tiada penipuan atau SPAM sepanjang tempoh pengundian? Pikir pikirkanlah dan selamat mengundi! :D





Sumber utama : ELL SAYAM
Sumber kedua : AFFAN RUSLAN



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Spontaneous Thursday #2



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!


Spontaneous Thursday :

AKU TAK NAK COUPLE SEBELUM KAHWIN !




K bye~ hahaha :D





Keterangan mengenai Spontaneous Thursday --> Kelik SINI.
Ping Entri 
Spontaneous Thursday --> Kelik SINI.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 June 2011

Wordless Wednesday WW2.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!!








WW1 --> Kelik SINI.

Apa itu WW? --> Kelik SINI.
Link peserta WW minggu ini --> Kelik SINI.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 June 2011

Alhamdulillah, dah setahun pun.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Doodle yang aku berjaya hasilkan sendiri pakai Paint.Net dan Photoscape ;)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Alhamdulillah. Dah setahun rupanyaa. Dah tiga ratus enam puluh enam hari berlalu dengan cepat dan senyap nya. Wahh~ Terkejut mak!

Hari ini bersamaan dengan hari Selasa bertarikh 21 Jun 2011. Ada apa dengan tarikh ni?

Ohoo~ Ini lah tarikh ulang tahun pertama aku pakai tudung. Teehee. Dah setahun pun aku pakai tudung ni. Tak sangkaa. Niat yang selama ni aku simpan. Mula mula agak tiada keyakinan yang aku akan berjaya bertahan dengan tudung. Alhamdulillah, Allah terangkan hati aku untuk bertahan.

Memang banyak dugaan sepanjang setahun ni. Tak terkira kot. Tak kan nak cerita satu persatu kot? Sampai esok aku tak habis taip dan sampai ke lusa korang tak dapat baca lagi cerita ni. hehe.

Tapi satu jela yang buat aku rasa mual gila. Bukan dengan tudung. Tapi dengan kerenah manusia terhadap perubahan orang yang tidak bertudung dulunya, sudah bertudung sekarang.
Kau makin sopan pulak sejak pakai tudung ni. Makin perempuan. Makan senyap.
Aku sentap jugak lah. Dulu aku ni teruk sangat ke? Rasanya dari dulu lagi aku memang akan senyap waktu makan sahaja. Tak percaya? Tanya kawan kawan aku yang benar kenal aku. Dorang akan cakap, waktu aku akan senyap adalah waktu makan dan tidur. Tidur pun kadang kadang bunyi gak! haha :D

Lain cerita simpan kat aku jela. Sebab agak peribadi lah pulak rasanya. Cece. Malu padahal!

Apa perasaan aku bila dah setahun pakai tudung ni? Ahaa~ Payah gak nak cakap. Sebab, banyak jugak perasaan. Yela, mula dengan tidak yakin. Tapi tak sangka dah setahun pun. Dalam masa setahun tu, pernah terpikir gak macam mana aku putus asa nak teruskan bertudung. Banyak kali aku putus asa~

Tapi, yang aku perasan, aku rasa senang je pakai tudung ni. Mula dengan pakai shawl jojet. Terus ke shawl net. Sekarang lebih suka pakai pashmina sebab lebih besar dan labuh. Dulu, kalau nak pakai tudung selalu kasi alasan, panas! Sekarang ni, aku tak adalah rasa panas sangat pun bila bertudung. Alhamdulillah di permudahkan jalan aku ni.

Aku harap, lagi ramai yang bertudung lepas ni. Tapi tak nak lah semata mata nak ikut fesyen tak pun sebab boipren cakap, 'sayam lebih lawa dan seksi kalau pakai tudung'. Tu, kalau aku terserempak, mahu makan tapak tangan aku. Keke. Macam berani nak penampo anak dara orang :P



Ehem. Mula mula aku ingat nak buat kontes sempena ulang tahun pertama aku bertudung ni. Tapi, masalah kewangan jengah aku lah pulak. Huhu. Tak apalah. Aku ada pelan untuk buat kontes untuk ulang tahun pertama belog Shag Comot. Nantikan lah kontes pertama aku ye sayam semua ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Senarai kawan di FB aku kebanyakannya adalah bloggers. | Kenapa bloggers?.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ihsan Pak Cik Google sayam!

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ni aku baru perasan satu benda kat BukuMuka aku. Aku punya 181 kawan je setakat  ni di BukuMuka. Dan yang sioknya, 86 daripada mereka adalah bloggers. Dan mungkin hanya 4 atau 5 daripada mereka yang aku pernah jumpa!

Kiranya sekarang, aku ada 95 kawan yang aku kenal kat luar. Sama ada kenal kat sekolah, kolej dan universiti. Bukan sebab aku tak ramai kawan. Tapi, sebab aku malas nak kawan ramai kat BukuMuka ni. Sebabnya? Aku pun tak dapat nak jelaskan pasai pa.

Yang aku tahu, rasa, aku takut aku jumpa orang yang pandai bermuka. Yelah. Depan depan kau lain, jap gi dalam BukuMuka lain.

Bukti kawan belog aku ramai di BukuMuka
Kelik untuk tumbesaran tumor otak anda! :P


Meh aku kasi contoh pelik satu :

Minah A kat luar punya lah kecoh nak mati. Pot pet pot pet tak henti. Macam aku! Kalau suruh diam 5 minit, lima minit tu jela dia diam. Masuk ke lima minit satu saat dia bercakap semula. Tapi, bila berjumpa dalam alam siber, amboi kau. Bukan main lagi liat nak bercakap! Tanya soalan penting, tunggu lah sampai lembu berjanggut pun. Tak kan berjawab! Padahal ada je online duapuluhempattujuh~

Ini contoh pelik dua :

Korang terbalikkan je keadaan minah kat atas. Kiranya dia sebenarnya kat luar diam tapi kat alam siber banyak bunyi pulak~

Ini pulak contoh pelik ketiga :

Minah B ni kat luar diam diam. Tapi diam dia menyakit kan orang sebab apa sahaja pertanyaan akan di biar beku jadi ais. Sebab tu aku selalu dapat minum air sejuk sebab banyak ais aku dapat. Kaka. Okay, lawak orang tak paham. Bye~ Dan, dalam BukuMuka dia banyak tanya pulak! Dah tu, tanya balik soalan yang orang tanya dia sebelum ni. Apa kedajal lah dia tu? Lepas tu, tak cukup dungu dia jadi kuih talam. Mak aih~ Bahaya dow!

Contoh pelik terakhir :

Minah C ni aku tak pernah jumpa. Dengar nama pun tidak. Tetiba satu hari nama dia naik kat permintaan untuk menjadi kawan di BukuMuka. Lepas approved, mak aih. Sosial nya dia macam dah lama kenal. Padahal budak belog yang tak pernah jumpa secara bersemuka pun!

Sebab tu aku tak suka approved orang sesuka hati melainkan korang tu bloggers. Dan, sebab itu jugak lah kawan bloggers aku lagi ramai di BukuMuka tu. Hihi :P



Jadi, korang jangan lah segan segan nak tambah aku sebagai kawan korang kat BukuMuka. Meh meh kelik BukuMuka aku meh ;)





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

19 June 2011

Dugaan datang menimpa, hadapi lah ia dengan kesabaran.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Ehsan Pak Cik Google sayam ;)

Assalamuaalaikum, sayam ku semua!

Penat nak copy dan paste semua data tak sudah lagi. Aku pindah ke 'rumah' baru. Komputer riba aku yang lama, aku tukar dengan netbook milik Abah. Kononnya senang nak bawak ke sana ke mari lah kan. Lupa pulak susahnya ada komputer riba kecik ni.

Tak nampak satu hal. Nak taip pun payah. Asyik salah tekan butang je =.='

Semalam tak online pun sebab tak lepas nak muat turun lalu install Google Chrome. Tak siok lah pakai Internet Explorer. Keke. Tapi hari ni lepas dah muat turun Google Chrome. Baru nak teruja nak pos entri baru. Tetiba~

Pendrive aku pulak hilang! 9 giga-bite kot. Dah lah banyak kerja aku dalam tu. Dari kerja sekolah sampai lah ke kerja belog aku ni. Kyahh~ Penting semua semua tu. Esok nak present pasal Persuasive Speech dah tak ada point. Semua hilang sekelip mata.

Orang cakap, dugaan datang jangan cepat melatah. Haa~ Tadi aku tak melatah mana pun. Rilek dulu. Lepas lima minit aku terus maki maki. Dalam hati jela. Kat rumah ni maki maki kang aku yang kena balik. Hoho.

Habis di punggah meja belajar aku. Tak nampak langsung batang hidung si pendrive aku tu. Haiyaa~ memang lah tak nampak. Pendrive aku tak ada hidung macam aku. Lupa pulak~

Konklusi nya sekarang?

Malas nak maki atas kesilapan sendiri, aku terus pos status dengan tag kawan seperjuangan aku memberitahu kerja terpaksa di lakukan semula esok. Pergh~ Berat kepala aku! Apa nak buat. Hadapi lah dugaan dengan kesabaran dan ketabahan ;)


Korang ada tip tak macam mana nak elak kehilangan benda penting?




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 June 2011

Wordless Wednesday : Sesi mempromosikan aktiviti mingguan terbaru ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini, tengah malam ni, aku nak promot satu aktiviti yang menjadi satu trend baru di kalangan bloggers iaitu Wordless Wednesday. Err, mungkin ramai yang dah tahu. Dan, mungkin ada juga yang masih tak tahu kan. Jadi, teruskan membaca!


Apakah itu Wordless Wednesday atau nama manjanya WW?

WW ni satu trend utk semua bloggers di alam siber. Di mana setiap Rabu bloggers pos entri yang bergambar tanpa apa apa caption atau penerangan atau cerita dan sebagainya. Gambar mempunyai seribu maksud tak gitu. Jadi, biar gambar yang menceritakan segala galanya. Contoh aku kasi kat bawah ni :


Tafsiran anda? Mungkin berbeza antara korang lah. Ikut daya pemikiran masing masing. Jadi, itu lah yang di maksudkan dengan WW. Jangan buang masa lagi. Rabu hadapan jangan lupa pos entri bergambar lalu di ping kan ke FB WW. Tak pun di laman rasmi WW.

Untuk keterangan lanjut mengenai WW ni, korang boleh lah ke link kat bawah ni nanti. Ya, kejap lagi aku bagi. Baca dulu. Hehe. Aku malas nak type panjang panjang. Better pergi sana dan pahamkan sepaham pahamnya. Boleh? Senang je. Kalau malas baca rujuk jela orang orang yang ikuti aktiviti mingguan ni ;)

Terima Kasih! ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

17 June 2011

Aku pun dapat Doodle gak weh! Kredit kepada Zati and Lappy ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Kau cilok doodle aku, siaplah!
Kredit kepada Zati and Lappy sayam~

Assalamualaikum, sayam ku semua!


Baru baru ni, aku rasa lah, aku dapat satu doodle comel. Dapat percuma je haa. Tu pun sebab jari gatal gatal komen kat satu entri kawan tu yang tayang doodle comel comel. Sebelum ni tak gatal pulak jari aku mintak yang bukan bukan. Grr~

Nak doodle satu Zati sayam! Hekhek :P

Bila ada sayam, siapa tak cair dengan aku. Kan? Lagi lagi bila sayam tu di sokong dengan tanda seru di belakang. Tanda ianya adalah satu arahan berwajib! Lagi lah tak boleh tolak kan permintaan aku ni? Ngehngeh~ Jadi hasil dari ke-tak-maluan aku tu, malam tu dia buatkan satu doodle khas untuk aku. Muahaha.

Bila dah dapat doodle tu aku perap jep. Tak tahu nak buat apa dengan doodle tu~ Itulah. Meminta pandai tak pikir dulu kegunaan. Haha :D

Tapi tadi dah siap satu benda! Aku buat banner baru untuk belog aku. Keke. Moh ler tengok~ Macam comel dan kebudak budakan dan poyo habis!


Okay tak? Macam belog budak budak jadinya haa~



Apa apa pun, terima kasih banyak banyak kat kekasih baru aku, Zati dari Zati and Lappy untuk doodle comel tu! Kalau korang nak, buat muka tebal mintak je dari dia. Ni aku nak mintak lagi. Yang besar punya untuk buat watermark, header dengan footer pulak.

Zati baca kan? Apa lagi~ :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 June 2011

Gambar kereta Perodua MyVi 2011.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tadi, dengan rasminya Perodua telah melancarkan MyVi 2011. Jom usha sikit. Mana tahu korang nak beli untuk aku ke. Haha :D


































Sumber : SINI



Warna ungu tu chun gila weh! Kalau ada rezeki tahun depan aku nak angkat satu! InsyaAllah Amin ;)





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Spontaneous Thursday #1



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!



'Kenapalah aku masih mengharapkan dia?'


Apakah beza antara Spontaneous Thursday dengan Wordless Wednesday : Wordless Wednesday hanya gambar tetapi Spontaneous Thursday pulak adalah ayat yang secara spontan - Syafiq Rosli







+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : 3 2 1 Cinta.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selepas filem Green Lantern, aku gerak tengok filem kedua iaitu 3 2 1 Cinta. Jadi, sekarang masa untuk review filem 3 2 1 Cinta ini.

Tapi harus di ingati. Segala komen dan pandangan aku adalah berdasarkan penilaian peribadi aku terhadap kualiti filem itu sendiri. Aku bukan pengarah atau sesiapa di dalam industri perfileman. Aku hanya manusia biasa yang suka menonton wayang dan lalu di kongsi bersama komen filem tersebut.


Komen Shag Yahaya mengenai filem 3 2 1 Cinta :

Satu.
Cara dia buat suara jadi suara latar tak menjadi. Maksud aku di sini, kononnya orang tu ada kat belakang kamera, then suara kena lah jadi latar kan. Tapi, tak menjadi. Suara tu kedengaran amat jauh dari yang sepatutnya.

Dua.
Kelakar gila bila Farid Kamil aka Nazril buat mata bodoh dia tu. Alaa~ Gaya dia bila tengok awek tak cantik. Mata juling lepas tu mata kanan dia ke kanan yang kiri kekal pandang ke tengah. Paham tak? Argh~ Korang tengok lah nanti. Haha :D

Tiga.
Seperti kebanyakan filem atau drama, bila musik latar ada memang seratus peratus di ambil alih oleh musik latar. Lalu, dialog tidak kedengaran. Tujuan aku tengok filem ni sebab nak dengar dialog bukan nak dengar lagu.

Empat.
Diana Amir yang melakonkan watak Sam atau Aisyah kelihatan berlebih lebihan dan tak ori. Kot ye pun suka kat orang tu, tok sah lah gedik melampau. Padahal perangai ganas sebenarnya. Lawak betul aku tengok.

Lima.

Okay, ni aku cakap jujur. Aku tak suka Pierre Andre jadi aku benci gila cara percakapan dia sebagai Ayam dalam filem ni. Nampak macam dia ketap gigi bila bercakap. Dah lah pelat S kan. Lepas tu mulut macam susah nak bukak. Jadi, aku kena dengar betul betul apa dia nak cakapkan.

Enam.
Waktu Sam ajar subjek Matematik kat 'adik adik' si Nazril, formula dia guna tu dah betul. Memang tak di sangkal lagi. Tapi, masalahnya adalah formula tu bukan ke Matematik untuk sekolah menengah ke? Padahal bebudak yang dia ajar tu aku rasa budak sekolah rendah je? Hmph~


Sinopsis : SINI.
Ramalan hati untuk filem ini : 
Hati untuk filem ini : 


Seperti yang aku tulis dalam entri review filem Green Lantern, aku tengok sengsorang je tadi sebab patah hati dengan seseorang. Dan, mungkin akan terus menonton wayang secara solo selepas ini. Tapi, sesiapa nak sertai aku boleh jugak. Kontek aku kat FB <-- Kelik lah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : Green Lantern.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini nak review filem baru mula di tayangkan pada hari ini iaitu Green Lantern.

Tapi harus di ingati. Segala komen dan pandangan aku adalah berdasarkan penilaian peribadi aku terhadap kualiti filem itu sendiri. Aku bukan pengarah atau sesiapa di dalam industri perfileman. Aku hanya manusia biasa yang suka menonton wayang dan lalu di kongsi bersama komen filem tersebut.



Komen Shag Yahaya mengenai filem Green Lantern :

Satu.
Awal awal lagi filem ni dah buat aku sakit jantung. Dah lah tengok sorang, terkejut memang kena cover sorang sorang lah jugak. Muahaha :D 

Dua.
Kalau aku puasa hari ni, kompem dah makruh. Seksi siot Ryan Reynolds. Cantik gila badan. Cemburu aku tengok~

Tiga.
Aku tak tahu siapa salah. Tapi, yang aku perasan ada satu adegan tu di potong beberapa saat. Mula mula dia cakap ini kejap lagi dah masuk topik lain. Eh, kurang sedap jadinya dah. 

Empat.
Rasa macam seronok gila bila ada cincin tu. Boleh mintak apa sahaja kot. Tapi benda benda tu semua keluar macam kartun sangat. Macam tengah main game je lagaknya. Keke :P

Lima.

Ada lagi satu adegan lawak nak mati bila Ryan Reynolds kantoi dengan awek dia yang dialah hero yang bari selamatkan awek dia sendiri. Cecece. Soalan bodoh, jawapan pun bodoh~

Enam.
Mesej filem ni adalah, azam kena ada dalam hidup ni. Kuat azam kita, semua dugaan, besar atau kecik boleh je tempuh.

Sinopsis : SINI.
Ramalan hati untuk filem ini : 
Hati untuk filem ini : 



Aku tengok sengsorang je tadi sebab patah hati dengan seseorang. Dan, mungkin akan terus menonton wayang secara solo selepas ini. Tapi, sesiapa nak sertai aku boleh jugak. Kontek aku kat FB <-- Kelik lah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 June 2011

Wordless Wednesday WW1.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Apabila hukum agama di perkotak katikkan~
Sumber dari SINI





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 June 2011

Ada rakan Anon kita tak puas hati dengan komen aku terhadap filem KL Gangster. LAGI !!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Kelik  untuk tumbesaran tumor otak! Muahaha :D

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Lepas kes YANG INI, mai yang baru pulak.  Aku tak pasti dorang orang yang sama atau tidak. Yang pasti mereka tiada pengenalan diri. Sedih aku~



Siapa mereka? Kenapa pakai Anonymous kalau nak bagi komen yang agak menyakitkan walaupun sebenarnya benda tu bagus! Apa perlu menyorok di balik nama Anonymous? Hebat lah tu? Oh tidak~ Yang hebat, mereka yang memberi komen menyakitkan tapi tidak berselindung di sebalik nama Anonymous yang sangat famous ini.

Waktu aku mula mula daftar belog, ada kah aku buat atas arahan kau? Tidak bukan? Aku buat belog atas keinginan dan nafsu aku sendiri. Jadi, apa perlu aku dengar kata kau lalu menutup belog ini? Siapa kau nak arahkan penutupan belog aku? Kasi nama, dan aku akan pertimbangkan komen kau tu.

Eh syial lah. Puih~

Kau nak main perkataan ganas dengan aku kan. Kau yang mulakan dulu dow. Jadi jangan salahkan aku kiranya bahasa aku melampaui batas satu ketika nanti.

Kau cakap review aku macam sial ye? Meh usha trafik yang aku dapat dari entri review aku yang kau katakan macam sial tu~ ENTRI NI

Kelik untuk tumbesaran tumor otak!

Itu yang kau cakap macam sial? Kalau sial sangat kenapa ramai yang masuk baca? Memang aku mengaku komen sedikit je. Tapi, peduli pulak aku. Yang penting jumlah pengunjung yang masuk baca entri tersebut yang di katakan sial~


Jadi kepada kau si Anonymous, tok sah lah cuba sakitkan hati aku dengan mengatakan belog aku macam apa apa. Aku tak akan tutup belog selagi belum tiba masanya.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

13 June 2011

Movies Preview : Green Lantern, 3 2 1 Cinta, Blitz.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Rompak dari album Pak Cik Google sayam ;)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selepas dua entri yang serius, aku nak buat entri pasal hiburan pulak. Bosan lah asyik serius je. Kang boleh jadi Sirius Black. Kenal? Tak kenal tunggu jela 14 Julai nanti kat wayang keluar~

Okay. Hari ni aku nak kongsi sedikit info pasal filem baru yang bakal di tayangkan di semua panggung wayang di Malaysia pada Khamis ini yang bersamaan dengan 16 Jun 2011. Antara filem filem baru tersebut adalah :
  1. Green Lantern.
  2. 3 2 1 Cinta.
  3. Blitz.
GREEN LANTERN.




Barisan pelakon :
  • Ryan Reynolds
  • Blake Lively
  • Peter Sarsgaard dll *malas nak tulis semua*

Sinopsis filem Green Lantern :

Mengisahkan tentang seorang super-hero untuk menjaga pendamaian dunia yang di beri nama Green Lantern. Setiap orang yang memiliki cincin hijau itu akan mempunyai satu kekuatan hebat. Dan musuh mereka adalah Parallax.

Ketika sebuah kekuatan berencana untuk menghancurkan keseimbangan ini, satu-satunya yang menjadi harapan adalah anggota terbaru Green Lantern Corps yang bernama Hal Jordan. Hal adalah seorang pilot muda yang berbakat namun sedikit ceroboh dan suka pamer. Berbeda dengan kebanyakan anggota Green Lantern Corps, Hal adalah manusia pertama yang berhasil mendapatkan cincin Green Lantern.

Semua anggota Green Lantern Corps menganggap remeh Hal karena selama ini memang tak ada satu pun manusia yang sanggup mengenakan cincin Green Lantern. Yang mereka tidak tahu adalah bahwa Hal justru adalah satu-satunya anggota yang memiliki kelebihan dibanding mereka semua. Hal memiliki rasa kemanusiaan yang sangat tinggi. Mampukah Hal membuktikan bahwa ia memang pantas menjadi anggota Green Lantern Corps?


Sumber : SINI.
Ramalan hati untuk filem ini : 



3 2 1 CINTA.




Barisan pelakon :

  • Diana Amir
  • Pierre Andre
  • Farid Kamil

Sinopsis filem 3 2 1 Cinta :

Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam merupakan seorang perempuan yang berpewatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam. Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu 'perempuan 37:1 lelaki, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan unyuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam dan rakannya, Ayam sendiri tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril? Nantikan filem 3, 2, 1 Cinta di pawagam berhampiran anda.


Sumber : SINI
Rating filem ni aku kasi : 


BLITZ.



Barisan pelakon :

  • Jason Statham
  • Luke Evans

Sinopsis filem Blitz :


Blitz mengisahkan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan bernama Tom Brant yang ditugaskan memburu pembunuh upahan yang telah membunuh ramai polis. Pembunuh itu digelar sebagai The Blitz manakala nama sebenarnya adalah Barry Weiss.
Misi Tom Bran memburu pembunuh itu dibantu oleh rakan baiknya bernama James Roberts. Berjayakah mereka menangkap atau membunuh The Blitz? Kisah filem ni sungguh ngeri, di mana pembunuh misteri tersebut berusaha membunuh anggota polis, bukannya orang lain. Kenapa polis?



Sumber : SINI
Rating filem ni aku kasi : 




Di sebabkan Khamis aku kelas sampai pukul 130 petang, terpaksa lah aku pilih dua filem dari tiga kat atas ni. Uwaaa~ Baru nak marathon 3 filem terus. Biar pengsan aku dalam tu. Kaka :P



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 June 2011

Asyik tegur pasal aurat perempuan. Meh baca pasal aurat lelaki pulak :D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum. sayam ku semua!

Semalam dah kongsi Kisah dari Neraka dengan pembaca sekalian kan. Ada baca? Kalau tak baca lagi pergi lah baca. Tak rugi pun baca 
Kisah dari Neraka tu. Kalau nak kongsi kat belog sendiri pun aku tak kesah. Ambil lah. Tak perlu kredit ;)

Hari ni, aku nak kongsi pulak pasal aurat lelaki Islam. Bosan bila baca asyik aurat perempuan yang hebat di perkatakan. Macam lelaki tak ada langsung auratnya. Haha :D


1) AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI.


Aurat lelaki yang WAJIB di tutup daripada pandangan lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Hukum ini di persetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih antaranya sebagaimana yang di riwayatkan oleh Abu Ayyub r.a :

'Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.'
Sabda Rasulullah s.a.w juga bersabda :
'Seorang lelaki di larang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita di larang melihat aurat wanita lain.'


2) AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA PEREMPUAN.

Aurat lelaki ketika bersama perempuan adalah berbeza mengikut kepada kedudukannya dengan perempuan tersebut. Kalau mereka adalah bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain lain, lalu aurat yang mesti di tutup adalah  serupa seperti situasi di atas. Di mana aurat lelaki adalah terletak antara pusat dan kepala lutut mereka. Serupa juga bagi wanita ajnabi.

Tapi ada jugak cakap bila berhadapan dengan ajnabi, mereka seharusnya menutup seluruh badan. Firman Allah SWT, ayat al- Mukminun, 05 :

'Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.'

sumber : SINI.



Jadi dengan ini, aku tertanya tanya. Kenapa atlet Islam kat negara kita ni terutamanya pemain bola pakai seluar pendek yang menampakkan kegagahan peha mereka? Aurat tu bro~ Dosa korang yang menayangkan nya dan dosa juga aku yang melihatnya. Walaupun aku agak teruja tengok. Kaka :D

Eh, peha pemain kat Malaysia ni aku bo-layan. Peha ayam layan lah :P

Apa korang ingat perempuan ni tak merasa ghairah ke tengok peha gagah korang? Serupa juga macam perasaan korang, kaum lelaki bila tengok peha perempuan, macam tu lah kami rasa juga bila tengok korang punya peha! Err, tapi aku tak pasti semua perempuan macam tu ke tak :P



Jom pikir pikirkannya dan selamat beramal~



Psst. Aku ambil masa satu hari nak siapkan entri ni. Pertama kali aku ambil masa yang lama untuk siapkan sesebuah entri =.='


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Kisah di neraka. Na'uzubillah~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Sumber : Pak Cik Google sayam ;)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Korang tengok bola Piala FA 2011 tadi? Aku kecewa gak lah. Tapi tak adalah sampai nak bako stadium ke sampah ke apa ke. Tahniah kepada kumpulan Terengganu sebab menang tadi. Nasib je pun. Haha :D

Korang tengok tak Akademi Fantasia penuh dengan gaya gedik gedik dari perempuan mahupun lelaki tadi? Aku tak! Sebab, aku tak ada jiwa nak tengok dorang bergomolan tak ingat batas agama kat atas pentas. Lepas tu wajib ada adegan nangis nangis dan peluk peluk.

Kyahowa~ Geli mak!

Tapi, bukan tu yang aku nak kongsi kan malam ni. Baca tajuk aku rasa korang dah tahu. Aku bakal berkongsi satu pengetahuan yang serius. Kisah dari neraka. Pergh~ Ketaq kepala lutut aku. Cerita ni aku baca di salah satu belog yang aku kunjung semalam. Dah dapat kebenaran pun.

Jom baca, Kisah dari neraka ~ ~

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,
“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”
Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.
“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”
Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.
“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.
“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”
Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.
Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?



Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.



Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.



Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.


Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.


Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?
 

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"


Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

Sumber : SINI



Na'uzubillah. Pesanan untuk semua pembaca dan juga peringatan untuk diri sendiri. Sama sama lah kita cuba menjauhi neraka jahanam ni. AMIN ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot