28 February 2011

Giveaway : Mak Dara 1st Giveaway



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum semua kesayaman ku!

Aku malas nak bebel panjang sebab kepala aku buat hal lagi hari ini. Urgh~ Jadi aku buat entri termudah dan penuhi permintaan peminat aku yang sorang INI. Keke.


Di jemput oleh : Achie, Admin belog Woofer Storm.
Anjuran : Bicara Mak Dara.
Tarikh Tutup : 3 Mac 2011.

Untuk melayakkan lagi aku sertai GA neh, aku kena kasi tajuk drama. Jadi, dengan perahan otak yang melampau. Aku nak kasi cadangan :

Ungu Teratakku.

Jangan gelak. Dah. Sekarang, aku nak tembak tiga orang. Siap sedialah korang yang gelakkan aku tu. Hahahaha. Gelak jahat.






Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

27 February 2011

Gosip Hangit Terbakar : Woofer Storm menjadi Comot?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



 


Assalamualaikum semua kesayaman ku!


Satu gosip hangit terbakar telah di perkatakan di kalangan para bloggers. Masih tidak tahu? Mari, teruskan menonton membaca segmen Gosip Hangit Terbakar ini yang hanya ke udara apabila terdapat berita hangit yang patut di siarkan.

Setelah pihak kami menerima tekanan dari Cik SCC, kami menghantar seorang wartawan tidak bertauliah kami untuk menemu bual pemilik belog Woofer Storm, Achie dan pemilik belog Shag Comot, Puan Besar Shag Yahaya bagi menjelaskan status masing masing.


Ikutilah perbualan mereka ini hanya dari Gosip Hangit Terbakar!

Nell : Selamat malam, semua. Anda sedang bersama saya, Nell dari Gosip Hangit Terbakar menerjah belog Woofer Storm. Nak korek cerita cinta beliau. Jum jum. Zass~

Di suatu tempat yang tidak dapat di kenal pasti.

Nell : Hai Achie. Saya Nell dari GHT. Ada masa tak? Saya nak terjah awak dengan soalan pedas neh. Ada sedia kah?
Achie : Hai, err, Nell. Dari GHT? Gosip Hangit Terbakar ye. Alamak. Macam mana awak tahu saya ada kat sini. Adoi. Kalau saya cakap saya tak ada masa pun, awak tetap nak terjah saya kan?

Nell : Hehe. Okeh okeh. Apa kata kita terus dengan terjahan pedas GHT. Apakah hubungan awak dengan Puan Besar Shag Yahaya? Bukankah dia dah berkahwin dengan Tuan Besar Chazzy Chaz?
Achie : Memang pedas kot! Saya tiada apa apa hubungan dengan Puan Besar Shag Yahaya selain dari kawan. Kalau lebih pun takat kawan baik kot.

Achie : Lagi pun. Siapa cakap dia dah kahwin. Korang ni kalau nak terjah pun kasi lah korek betul betul. Nama dia dalam kad pengenalan memang ada Puan Besar kot. Pegawai jabatan pendaftaran tu pekak lagi buta huruf.

Nell : Alaa. Itu kasi gempak je bang. Jangan lah marah. Tapi kan, marah ni tanda sayang kan. Kan kan? Awak sayang Puan Besar Shag Yahaya kan?
Achie : Ya, saya sayang dia sebagai seorang kawan belog. Itu sahaja. Dah dah. Saya ada meeting kat JB neh. Saya perlu pergi.

Nell : Itu yang di katakan oleh Achie. Mari kita terjah sama Shag Yahaya pulak. Jangan ke mana mana. Kami akan kembali selepas iklan ini.


Nell : Kami kembali lagi. Kini bersama saya ialah Shag Yahaya. Apa kabar Puan Besar?
SY : Oh tidak. Jangan sekali bahasakan diri saya Puan Besar ye. Saya tak minat. Dan, saya sihat. Terima Kasih.

Nell : Mari teruskan dengan soalan. Apakah status hubungan anda dengan Achie?
SY : Ehem. Kami hanya bersahabat baik. Tidak lebih dari itu. Tiada komen dah. Saya pergi dulu ya.

Nell : Shag tunggu lah dulu. Saya tak habis tanya lagi neh.

Shag Yahaya terus menghilangkan diri di sebalik mee. Eh, bukan. Maaf di atas masalah teknikal tu. Shag Yahaya telah hilang dalam celahan orang ramai. Jadi, pihak kami tidak dapat mengumpul maklumat yang lengkap.

Tapi, dari komen kedua pihak. Mereka tiada apa hubungan mesra yang lebih dari teman rapat. Sehingga bertemu lagi di episod yang akan datang. Entah bila nak ada. Haha ;D Terima Kasih dari kami GHT.

Selamat Malam semua. Adios amigos.



Watak yang terlibat : Achie | Shag Yahaya | SCC | Nell



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Reen's Diary Giveaway Lahh !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum semua kesayaman ku!

Achie dengan bangga nya telah jemput aku untuk sama sama dengannya sertai satu giveaway ni. Rasa dah amat lama aku tak semak dalam aktiviti sosial macam ni. Hehe. Terima kasih lah sayam sebab jemput gua! Dan, moga kita berdua bertuah ye sayam! Keke :P

Aku malas nak taip hari ini. Jadi, hasilnya adalah : 
Tarikh Tutup : 1 April 2011
Jemputan Khas :  SCC sayam | Nelly sayam | Mirra sayam

Ya, saya memang pemalas dan tidak senonoh. Kekeke :P Tetiba pakai saya pulak. Memang dasar otak tak betul lah. Dah, aku nak jelajah belog! Zass~





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 February 2011

Segmen Bloglist Jom Kejar Tok Esah



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum.

Dah baca tajuk entri? Dah? Bagus! Jadi, tak perlu aku berleter lebih pasal tajuk je. Jimat tenaga aku jap. Hehe :P

Dengan lafaz Bismillah, aku nak sertai segmen Tok Esah sayam neh. Dah lama tak nampak dia mai sini. Jadi, aku nak masuk segmen ni biar dia ingat belog ni. Keke.

Untuk menjayakan misi aku ni, aku nak komen sikit pasal belog Tok Esah sayam. Sebelum tu, nak kena tukar nama panggilan dari 'aku' kepada 'Shag' dan 'Tok Esah' kepada 'sayam' supaya nampak lebih mesra alam. hihihi.

Satu : Header.
Tukar lah header sayam. Sebab, header yang sekarang ni agak kabur lah nama belog sayam tu. Mungkin warna font dan bayang pada font yang di gunakan tidak sesuai.

Dua : Widgets.
Tak perlulah widgets banyak sangat. Sebab, agak menyemak mata memandang. Shag nak cari benda yang penting pun agak payah sebab adanya widget tidak penting ini antara mereka. Mungkin sayam boleh buang widgets ini :


Dan juga Live Traffic Feed widget.

Tiga : Susunan Belog.
Sayam susun lah widgets kat tepi tu dari yang penting ke kurang penting. Contohnya, mula dengan kotak Pengikut. Sebab iklan Nuff sayam dah statik kan, kan. Lepas tu ikut dengan Kotak Jerit, Senarai Entri Panas, Pencapaian Belog [Blog Achieve] dan bloglist. Barulah widget yang lain yang terasa penting.

Empat : Lain lain hal.
Ni Shag masih layak ke masuk sayam? Haha. Sebab Shag perasan sayam dah tutup pun segmen neh tapi Shag gatal nak masuk jugak lagi! Haha ;D


Psst. Dah kenal dengan Tok Esah? Kalau belum, pergilah ke rumah beliau :

Psst lagi. Jangan terasa ye Tok Esah. Shag kasi nasihat ni dengan harapan ada orang akan tegur Shag serupa macam Shag tegur Tok ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

25 February 2011

Ciuman terbang dari Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Dah sah ni bukan Shag Yahaya.
Tapi, macam ada iras iras Shag Junior je? :P

Assalamualaikum sayam ku semua! 

Wargh~ Rindunya sama korang kot. Yela yela. Salah aku sebab tak melayari internet semalam. Tapi tapi, aku ada alasan bagus punya tau! Haa~ Iye. Ada lah.

Tak percaya sudah.

Semalam aku punya kelas penuh dari pagi sampai ke petang. Sepatutnya sampai ke malam. Tapi, alangkah baiknya pensyarah Mandarin aku tukar waktu kelas jadi pagi Jumaat. Boleh lah balik petang tu jam 5. Sampai rumah dekat kul 6 jugak lah. Dan hujan!

Pahal cerita aku tetiba jadi bosan sekarang neh? Hmph.

Sebenarnya, semalam aku migraine. Teruk jugak. Sebab aku ter-skip makan tengah hari dengan tidak sengaja. Tidak sengaja itu tak bermaksud aku lupa. Tapi, sebabnya adalah kerana pukul 1130 pagi aku ada kelas yang berlangsung dua jam. Sebelum kelas dua jam tu, ada masa terluang sejam.

Tapi, nak makan nasi berlauk memang tak lalu waktu tu. Jadi, tak makan. Hanya minum milo.

Lepas kelas habis jam 230 petang, hanya ada masa lapang 30 minit sebab lepas tu ada lagi kelas dua jam lagi. Jadi, memang tak sempat pergi makan. Aku ingat balik nanti nak makan. Tak apalah. Boleh tahan.

Nak jadi cerita, nak balik tu bas ke Putrajaya dah penuh. Maksud aku kerusi yang depan dah penuh. Yang ada kerusi paling belakang dan paling atas. Yes! Aku mabuk duduk atas sana. Dan buat kepala aku pening habis.

Sampai rumah dengan harapan ada nasi dan lauk. Biarpun hanya telur mata. Tapi malangnya, nasi tak ada. Uwaa~ Kepala aku terus berdenyut kuat. Jadi, aku ambil masa kasi badan aku pengsan kejap. Kejap tu agak lamalah sampai aku tak dapat nak melayari internet. Keke.

Jadi, sila beramai ramai maafkan aku ye. Aku kan manusia biasa. Bukannya manusia serupa BA. Yang mampu melayari internet di mana jua beliau berada. Gila best!

Tu jela cerita nya.

Bosan kan cerita aku hari ini. Tak apalah. Sekali sekala cerita bosan. Haha ;D


Psst. Achilles sayam! Gua tak melawat lu semalam pasal ni. Sakan noh lu bising kat peti surat gua tu kan? Jom lah kawan balik. Kesian lah kat kita ;'(

Psst. Aku macam nak sertai segmen yang di anjurkan oleh Luahan Hati Mamat. Entah layak lagi ke tak. Tapi peduli apa. Nak paksa jugak admin LHM review belog aku neh! Muahaha ;D






Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 February 2011

Surat Cinta : Untukmu Cintaku.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Cantik gila rantai neh!
Tlong belikan, sesiapa. Hehe ;)

Assalamualaikum semua kesayaman aku kat sini. Hey, pendatang baru pun kesayaman aku tau. Jangan lah nak sedih ye ;)

Tajuk biar jiwang kejap. Sebab, hari ini Cikgu Shag Yahaya nak ajar kamu semua cara menulis surat cinta. Haha. Surat ni korang tak boleh belajar kat mana mana sekolah kecuali sekolah tidak berbayar, Sekolah Siber Shag Comot. Kelas kadang kadang je pulak tu.

Okay, sebelum memulakan pelajaran kita pada hari ini mari kita ulang kaji apa yang telah kita belajar sebelum ini. Kita dah belajar cara buat surat kiriman. Surat kiriman ada dua iaitu, kiriman rasmi dan kiriman tidak rasmi. Lagi kita belajar cara mengarang berita. Akhir sekali, kita ada belajar cara membuat sebuah memorandum.

Mari mulakan pelajaran hari ini, cara mengarang surat cinta.


Sayam,

Saya nak beritahu sesuatu yang amat penting. Hari ini, hari Rabu. Entah kenapa saya rasa hari ini hari yang baik untuk saya membongkarkan perbuatan jahat saya selama ini terhadap kamu, sayam. Harap kamu dapat bersabar dan terus mencintai saya, sayam.

Sambil tulis saya asyik terbayangkan ayam sebab asyik tulis sayam.

Ingat lagi waktu saya buat belog kedua menggunakan alamat baru, muka baru dan warna tema baru. Kamu cakap belog saya cantik. Terima kasih, sayam. Sejak itu, kamu sering kasi tunjuk ajar ku sifu macam mana nak mencantikkan lagi belog saya. Hehe. Siok nya saat itu.

Namun, tak lama kemudian saya telah terjatuh hati pada insan lain. Biar saya cakap namanya, Hayat jelah. Dia cakap, dia ada nampak saya bersama kamu. Dan dia berminat sama saya. Saya pun tergoda sama dia jugak. Dengan kelembutan yang Hayat ada.

Pergh~ Siapa tak cair sayam!

Lepas beberapa detik pertemuan, baru saya tahu, itu adalah adik kandung mu sendiri, sayam. Aku tersalah langkah pulak bila bercinta dengan Hayat, adik mu sayam. Lalu, aku cuba bawa diri. Jauh dari mu, sayam.

Kala aku bawa diri, sekali lagi aku di sapa oleh jejaka kacak berdiri di samping kereta merah berkilau. Oh, kelisa sahaja. Saya ingat kan kereta Mini Cooper. Tak apalah, janji berkereta.

'Nak ke mana ni, awak?'

Aww~ Lembutnya bicara. Terus saya cakap nak balik rumah dia jadi bini. Haha. Gila kan saya? Saya tahu. Sebab tu kamu pun suka saya. Sebab sayam pun gila! Kakakakaka. Eh, nama jejaka berkereta Kelisa merah tu ialah Achilles. Macam nama pahlawan Rome kan.

Eh kejap. Rome ke sayam?

Tapi, biasalah bila nafsu makin berleluasa. Tamak bertambah tamak. Tak cukup dengan Kelisa. Saya terus cari mangsa lain untuk duduk sebaris dengan sayam, Hayat dan Achilles. Saya bermain kayu keberapa tidak ingat dengan jejaka hijau, Bell. Sambil tu, berpacaran juga dengan Nell. Nasib baik saya tak pernah tersasul nama mereka. Bertuah kan saya. Haha.

Tak cukup, sayam, HayatAchillesBellNell. Saya tambah lagi. Mari saya kasi senarai nama :
  1. Ken - Si cantik yang seksi tapi tak seksi pun.
  2. Jang Hyuk - Si Mat Bunga.
  3. Bat - Bermulut muncung seksi ala ala bini Brad Pitt [ni gara gara saya lupa nama]
  4. Antartik - Suka mengensot macam Suster Ngensot.
  5. Thik - Muda gila dari saya umurnya tapi macam matang.
  6. Meer - Bermata ungu macam warna belog saya.
  7. Depp - Muka ala ala Johnny Depp sebab ti panggil Depp je.
  8. Wanje - Selalu meng-ia-kan apa sahaja yang saya cakap.
Paling best saya pernah berpacaran dengan tunangan orang, Dean. Ada tu pulak perangai macam budak budak dan orang panggil dia Domo je. Paling suka bila ada pacar yang sudi main teng teng dengan saya. Namanya Art. Bukan seni ye, tapi Art. Lepas tu ada pacar untuk ajar saya main Flash. Sesuai lah dengan namanya Flash.

Semua nama pacar saya kelakar kan, sayam?

Akhir sekali, pacar yang sama comot macam saya. Comolot. Haip. Jangan pikir saya mintak cium mulut dengan kamu pulak. Nama dia memang Comolot okay!

Itu je kot nama nama madu kamu, sayam. Saya bagi tahu ni semua sebab, saya nak mintak kebenaran kamu untuk terus memadukan kamu. Kamu marah ke sayam? Kalau tak marah sila balas surat ini ya. Nanti kita buat surat perjanjian pulak ;) Kalau marah nanti kena jual!

Yang sayam kamu sentiasa,
Saya!




Amacam. Ada okay tak surat cinta aku? Surat ni tak ada kaitan dengan cerita sebenar. Saja nak tampal nama nama yang selalu beri sumbangan terhadap aku dan belog aku. Kelik lah satu satu watak kat atas. Nama atas tu semua tipu je. Nak tahu siapa mereka terpaksalah korang kelik nama mereka.


Surat cinta ini tanda terima kasih buat mereka yang komen entri berjadual aku yang berlangsung selama seminggu hari tu.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 February 2011

Berita Gempar : Peti Surat rumah Shag Yahaya terbakar !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum semua kesayaman hamba. Hehe. Ada sihatkah sayam ku?



Putrajaya 22 Februari - Sekurang kurangnya 6 terkorban dalam kebakaran misteri yang berlaku di rumah milik Puan Besar Shag Yahaya sebentar tadi. Ianya misteri kerana kebakaran tersebut hanya menelan peti surat milik beliau. Orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihat kebakaran misteri tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiada api.

Dah kata misteri tak ada api. Siapa yang nampak?

Kerugian yang terpaksa di tanggung oleh Puan Besar Shag Yahaya tidak dapat di jangkakan kerana setiap hari berpuluh-puluh surat cinta di layangkan untuk beliau. Jadi, insurans tidak dapat tanggung sebarang kerugian yang di alami. Minta maaf.

Kepada yang ingin menyumbang kepada Puan Besar Shag Yahaya, bolehlah komen di ruangan entri ini. Harap sumbangan anda dapat menanggung segala kerugian semasa kebakaran.

Terima Kasih.



Ulasan kontot : Kotak Jerit ataupun nama orang putih berkulit tanned nya ialah ShoutBox telah di buang atas sebab masalah teknikal di mana kotak jerit tidak dapat di sorok dengan sebaiknya. Isi SB di katakan melindungi segala isi belog. Terima Kasih Bunga Lily sebab bagi tahu pasal tu ;)


Tak ada dah karikatur mamat-mamat Linkin Park. Uhuk ;'(



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 February 2011

Berita Gempar : Shag Yahaya di tembak !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum semua kesayaman.

Keke. Macam kelakar perkataan kesayaman tu. Meh lah baca laju laju. Kesayaman kesayaman kesayaman kesayaman kesayaman. Akhir sekali jadi kesaman. Kan kan? Jangan nak tipu aku lah kawan. Hehe.

Kening double jerk

Sebenarnya, aku saja buat tajuk gempar macam ada puting beliung melanda Kuala Lumpur je. Cop. Puting beliung ye! Jangan pikir lucah di sini. Nanti penat aku nak samak dosa tu (^^,)

Macam ni, aku kena tembak dengan Achie sayam ni. Dah lama kot dia tembak tapi baru perasan parutnya tadi. Wargh. Bertahun dah parut tu tersadai kat bookmark Google Chrome. Maaf ya, sayam! Ni nak buat dah ni. Jangan tak baca pulak.


Lagu di pasang : Linkin Park seharusnya.
Mode : Teruja nak jawab soalan.
Jam mula : 7:04pm
  1. Apakah yang sedang lu lakukan 30 minit yang lampau ?
    Makan petang campur makan malam. Tengah berdiet lah kononnya. Haha ;D
    .
  2. Dua jam yang lampau ?
    Pergi Alamanda beli pasir dan ikan untuk kucing kucing gua.
    .
  3. Lu suka ?
    Gua suka Achie! Hehe. Okay okay, serious. Gua suka Linkin Park. Terima Kasih.
    .
  4. Minggu lepas ?
    Gua baru mula kelas. Otak beku semacam je.
    .
  5. Tiga lagu yang lu boleh dengar berulang kali ?
    - Linkin Park : Leave out all the rest
    - Linkin Park : Pushing me away [remix]
    - My Chemical Romance : Cancer

    -.
  6. Tiga binatang yang lu tidak suka ?
    - Babi
    - Siput babi
    - Babi hutan
    Hahahahaha ;D
    .
  7. Lima fakta tentang lu ?
    Gua comel tapi tak cantik.
    Gua pendek tapi tak kurus.
    Gua putih tapi rabun.
    Gua dah bagi 6 fakta tentang gua.
    .
  8. Tahun depan mungkin ?
    Gua nak beli DSLR guna duit syiling yang gua kumpul sendiri. InsyaAllah.
    .
  9. Lu tidak reti ?
    Gua tak reti potong rambut gua sendiri. Loser kan?
    .
  10. Lu pandai
    Gua pandai tekan butang lif naik ke tingkat 22 setiap hari Isnin sampai Jumaat kat bangunan UniKL Kampus Kota. Hebat tak?
    .
  11. Kawan lu ?
    Kawan gua ramai. Titik.
    .
  12. Lu ada ?
    Gua ada kucing yang ramai. 3 ekor dah.
    .
  13. Lu seorang ?
    Gua seorang yang membosankan. Percayalah.
    .
  14. Adik lu ?
    Adik gua ada 3 orang. 2 perempuan yang berlagak comel macam aku. 1 laki yang berlagak macho macam aku jugak!
    .
  15. Lu tidak pernah bosan dengan [senaraikan 4 perkara]
    - Linkin Park
    - My Chemical Romance
    - Tidur
    - Mandi
    .
  16. Bilakah pertama kali lu bercinta ?
    Soalan yang gua harap sangat tak di tanya neh. Mmm. Tahun 2005
    .
  17. Perkara yang orang selalu tak percaya sama lu ?
    Gua ada darah Jawa Bandung. Tahu lah gua sepet. Grrr.
    .
  18. Lu rindu ?
    Gua rindu sama minggu minggu terakhir semester 5 kat kolej dulu.
    .
  19. Lu tidak sabar ?
    Gua tak sabar nak nikah. Selamat Tinggal! [dah tak boleh sebut BYE]
    .
  20. Lima laman yang lu selalu layari ?
    - Belog
    - Plurk
    - Yahoo!
    - Google
    - Youtube
Masa tamat : 7:34pm

Jadi Achie. Adakah anda berpuas hati dengan skema jawapan gua? Hehe.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 February 2011

Faceblog : Sebuah komuniti untuk bloggers.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)






Assalamualaikum sayam ku semua! Esok hari Isnin. Yay!

Hari ni aku nak kecoh pasal satu komuniti baru untuk para bloggers, Faceblog !

Untuk pengetahuan korang semua, tujuan sebenar Faceblog di wujudkan adalah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya untuk rakyat Malaysia dari serata dunia. Maknanya, korang yang ada kat Moscow, United Kingdom pun boleh masuk komuniti neh. Tapi, sila pastikan korang warganegara Malaysia.

Jangan malu jangan segan.

Lagi, tujuan Faceblog ini adalah untuk membantu sesama bloggers. Yang senior mahupun yang junior saling mengingati dan menasihati serta berkongsi pendapat, mungkin. Konon macam Facebook gak lah. Mengeratkan lagi tali persahabatan yang terjalin melalui belog ni. Lagi, menambahkan kenalan baru di dunia belog.

Korang tak nak sertai jugak ke? Aku dah daftar. Jom lah teman aku. hehe.

Adios amigos, Amor.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

19 February 2011

Aku pakai Internet PERCUMA !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum dan selamat petang, pembaca yang di kasihi.

Hari ini, aku bagi salam yang penuh sebab info dari Kak Dilla sayam. Kalau nak tahu kenapa dan mengapa, sila ke belog Kak Dilla sayam aku ni. Kak Dilla punya belog!


Perasan gambar di atas? Dan apa kaitannya dengan tajuk entri kali ni? Ahaa~ Ni yang aku nak kasi tahu sama korang. Aku pakai internet percuma selama seminggu ni kot! 

Macam mana? Jom teruskan pembacaan. Zasss~


Selama seminggu ni aku online kat rumah pada setiap malam, pasti aku keluar ayat, 'Apahal internet lembap nak mati. Argh !!'. Tapi, tengok adik adik aku online rileks je. Macam tak ada sangkut apa apa pun. Aku punya je sangkut lebih. Benci!

Tak apalah. Mungkin komputer riba aku yang bermasalah kot.

Tadi, aku on komputer riba dengan niat nak online macam biasa. Dok terjah belog belog dengan rileks nya. Tak pulak lembap hari ni. Sangat bahagia aku. Tapi, tetiba Abah dok mengintai komputer riba aku. Nak intai lah apa aku tengah buat. Cuak jugak. Haha ;D

Aku : Kenapa, Bah? Orang bukak belog ni. Hehe
Abah : Kakak pakai internet mana?

Aku : Internet rumah lah.
Abah : Internet rumah switch off.

Aku : Huh? Tipu. 

Lepas tu aku intai suis modem. Memang tutup kot. Argh. Terus aku tanya Abah, macam mana boleh sambung dengan internet sesiapa punya tu. Abah cakap tak tahu. Wahh~ Handalnya komputer riba aku boleh masuk internet orang lain. Haha. Jadi, dah seminggu aku pakai internet orang tu. Secara percuma. Dan lembap! Haha ;D

Gambar atas tu menunjukkan Internet Access yang di detect oleh komputer riba aku tadi. Rumah punya internet tak masuk kat situ sebab switch off. Durr~

Jadi, kalau korang nak internet percuma, ajarlah komputer riba korang tu masuk internet orang lain. Keke :P



Psst, Achie. Nak contact number ke? *kening double jerk* [rujuk komen di ENTRI INI ]



Adios Amigos.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 February 2011

Siapa nak lepak dengan aku?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Kelik untuk tumbesaran tumor kepala.
Ada berani kah? Haha ;D


Salam malam, pembaca!

Siapa nak ajak aku lepak sambil tanggung semua perbelanjaan lepak tu? Angkat tangan kanan sambil tangan kiri letak kat ketiak kanan.

Aku nampak Achie je! Jadi, Achie jom lepak. Haha ;D

Tapi, apa kaitan lepak dengan jadual kelas comel aku kat atas tu? Ahaa~ Ni nak kasi senang korang pilih masa dan tarikh yang sesuai nak ajak lepak. Dan, untuk mengadu betapa penuh nya kelas aku hari Khamis. Uhuk.

Kelas sampai malas kot. Kira 12 jam aku akan berada kat UniKL tercinta tu. Haila. Tak sanggup aku. Isnin nanti memang aku mengorat habis lah pensyarah Mandarin aku. Bawak ke hari lain. Eh kejap, korang paham tak jadual aku buat tu? Macam pelik pulak bila tengok. Haha ;D

Oh ya. Untuk pengetahuan sayam semua. Aku adalah Penolong Ketua Kelas. Ye. Sini kasi lima! Pap~

Aku nak lepak macam dulu dulu. Dah tak dapat. Sekarang lepak kat perpustakaan jela banyak. Wahh~ Aku dah berubah! Jadi, sesiapa nak lepak dengan aku dan menceriakan hari hari aku, marilah ke UniKL ISE Jalan Sultan Ismail. Malam malam kita boleh makan kat Kg Baru. Perkena ikan bakar.

Syarat, korang lah belanja. Okies?

Bye! ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

17 February 2011

Bila aku geram yang tak berupa geram pun. Haha ;D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)






Salam petang Khamis, pembaca kesayangan semua.

Cehh. Dah pandai aku berkasih sayang kat belog kan? Awek siapa lah neh. Kekeke :P

Okay. Mode berlawak bertukar ke mode bergeram. Eh. Ada pulak perkataan tu. Dah nak kena hempuk dengan buku Bahasa Malaysia dengan Cikgu Cikgu BM neh. Kahkah. Tapi kan, mengikut mode aku sekarang, tak mustahil lah aku guna perkataan alien. Kan kan. Siapa setuju dengan aku? Cabut bulu ketiak sehelai.

Yahhhh~ Teruknya!

Dah dah. Kalau macam ni bila lah korang nak tahu cerita geram aku kan? Mari teruskan perjalanan muhibah kita ni. Ayuh!

Aku hari ni ada masa luang selama tiga jam kat kolej. Jadi, aku ingat dalam masa 3 jam tu aku nak makan tengah hari sebab waktu tengah hari tadi aku ada kelas. Turun bawah, kedai makan semua dah tutup. Bagus lah. Terus perut aku merajuk. Main lah musik gendang gendut tali kecapi, perut bunyi dah macam kereta api. Kyah~

Naik lah aku ke perpustakaan *taip dengan perlahan sebab aku lupa ejaan*, konon nak online. Bukan konon je rupanya. Ya, aku dapat online. Tak ada lah geram kan. hehe.

Tapi, yang geram pertama bila dapat online adalah internet dia laju gila macam superman naik siput babi! Pahamkan maksud aku di situ? Perlu kah aku terangkan dengan lampu stadium hoki? Tak perlu kot. Kan kan.

Macam ni ceritanya, nak tunggu dia bukak halaman rumah Pak Cik Google pun laju dalam kurungan. Apatah lagi nak masuk belog. Berapa kali tah aku kena taip nama pengguna dan kata laluan sebab, Internet Explorer sini sangat pandai dalam kurungan.

Lepas 20 minit sangkut kat situ je, aku dapat akses belog aku. Teruja beb! hehe.

Geram sesi kedua bermula bila aku tengah teruja nak balas segala komen di belog. Aku bukak laman belog aku. Sat gi, SB aku dok lindung semua laman belog aku. Kau sorok lah dia macam mana pun, masih nak mencapap depan skrin aku. Tak berganjak.

Damn lah kau SB!

Akhir sekali aku buang kejap kod SB aku. Lega nak tengok belog kesayangan dan tetamu kesayangan jugep. hehe. Tapi, geram sesi ketiga pulak bertamu. Eceh. Dalam geram, ayat skema tetap di jaga rapi kot! Hoho. Sangat Melayu sejati.

Aku tak boleh balas komen semua pengkomen kesayangan aku kot! Damn sekali lagi di situ. Asal aku dah taip panjang panjang komen, bila tekan hantar. Zap~ Timbul satu laman bertulis agak agak macam ...

Sila log masuk ye sayam! Ahh damn lagi.

Cuba beberapa kali supaya tak nampak aku mengalah sebelum berjuang. Zap lagi kena panahan petir geram di hati. Sakit nya hati gua. Geram sampai gelaran bertukar ke sana ke mari. Kejap aku, ni dah gua. Argh~ Tensi kot.



Nampaknya, terpaksa tunggu aku pulang ke rumah lah ya sayam semua. InsyaAllah aku balas komen korang. Lagi satu yang aku geram. Nak komen kat belog korang! Dah lama tak buat macma tu. Uwaaa~

Nurul pun dah perasan aku lama tak komen kat belog dia. Sibuk bangat sayam sayam ku! Perjalanan mulia aku dari UniKL ke Putrajaya makan masa 40 minit kalau tak jammed. Kalau jammed mahu dekat 2 jam gak lah.

Jadi, bila sampai rumah tenaga aku habis. Walaupun dalam bas aku tidur berdengkur sambil meleleh air liur segar. haha.



Psst. Aku taip entri ni sambil gelak gelak sebab papan kekunci komputer ni berbunyi sangat kuat dan apabila aku taip laju, maka bunyi nya sangat lah merdu gitu. Aww aww~




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 February 2011

Antara simpati dan benci.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Salam malam, pembaca!

Kelas aku dah mula. Jadi, nak online ni memang liat gila lah kan. Sampai rumah je rasa nak pengsan. Bila pengsan sampai ke senja. Lepas tu mula lah sibuk dengan banyak benda lain. Dah lewat malam baru boleh jengah belog. Uhuk.

Aku nak cerita pasal petang tadi punya kes. Cerita ni aku dah karang lepas je kes ni jadi. Jom lah baca weh. Tak baca, aku terus berhenti kang!

Haahaha. Dasar otak tak matang, main ugut ugut macam budak budak. Keke.


Entah ada salam atau tidak. Aku mana nak ingat. Tengah siok melahap karipap dengan penuh kesopanan dan kesusilaan tu. Tambah pulak perut aku dah karok lagu Metallica. Pergh~ Ada mamat datang dukung sorang budak perempuan yang agak agak aku 4 atau 5 tahun.

Mamat : Adik. Eh jap. Adik ke Akak neh?
Aku : *angkat kening tanda 'Apa dia?'

Mamat : Macam ni Dik. Abang tak ada duit nak . . .

Tetiba bahasakan diri abang. Yukk! Tetiba aku terhilangkan suara dia. Tetiba aku rasa sardin merayau dalam kerongkong aku. Tanda aku kusyuk makan sampai hilang fokus kat dia. Haha :D

Mamat : *tetiba ada balik suara dia* . . . Tu haa Akak Abang tengah tunggu kat sana. *sambil tunjuk di suatu tempat*
Aku : Lepas tu?

Dengan bodoh nya aku tanya macam tu. Haha. Padan muka dia. Kacau aku tengah makan kot. Walaupun waktu aku tengah tunggu bas nak balik, tapi aku tengah makan kot! Uff~

Waktu dia tunjuk konon kakak dia tu, aku tak pusing pun. Malas campur takut. Manalah tahu, waktu aku pusing dia sambar karipap sardin yang tak berapa sedap sebenarnya tu. Tak apa lagi kalau karipap. Ni kalau dia sambar aku punya beg? Naya weh!

Mamat : Tak adalah. Abang ni datang sini bawak kakak jalan jalan. Ni nak balik Pahang tak ada duit. Lama dah tunggu sini. Penat dah. Nak balik tak ada duit.
Aku : Oh. Saya tak ada duit. Maaf ya.

Mamat : Tak apalah tak ada duit. Saya saja je tanya. K Dik. Terima Kasih ya.

Aku teruskan makan karipap tanpa pedulikan dia. Argh~ Malas aku nak percaya. Kau gendong lah budak budak. Tak cair bro!


Ulasan Puan Besar Shag Yahaya :
  1. Siapa nak percaya kau datang KL tak bawak duit weh? Grr~
  2. Baju kemain segak, duit tak ada? Biar benar weh. Lagak je lebih ya?
  3. Jangan gunakan budak untuk meminta duit.
  4. Kenapa tak mintak kat mamat mamat yang sejantina? Kenapa perlu mintak kat aku yang tengah siok makan karipap sardin tak sedap kat bustop tunggu bas ke Putrajaya. Damn!
  5. Tipu lah tak ada simpanan dalam bank? Pergi lah keluarkan duit.
Nasihat Puan Besar Shag Yahaya :
  1. Lain kali ambil budak ala ala Korea sikit. Ni macam anak orang Afrika. Tak tergoda gua.
  2. Menabung lah anda sebelum anda jadi seperti beliau walaupun aku rasa dia tipu je.


Maaf sayam semua sebab aku tak jejak kaki ke rumah korang lagi. Tak semua aku sampai. Lusa aku akan update laptop aku dengan wireless UniKL. Jadi senang aku nak kemas belog tanpa tunggu balik rumah. Okay sayam semua? Peluk~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 February 2011

Sesi bertemu peminat setia :P



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Salam malam, pembaca!

Internet macam tengah mencabar aku je neh! Lembap mengalahkan siput babi. Okay, aku mengaku. Aku sengaja guna siput babi sebab aku nak mencarut secara tidak langsung.

Hahahaha :D

Mari teruskan dengan sesi yang aku janjikan dengan korang semalam di entri ini; kelik lah  .

Setelah berjaya mengumpulkan beberapa peminat setia belog ini, aku akan jawab semua soalan yang di kemukakan. Berdebar debar pulak aku :P


Shag : Assalamualaikum semua. Terima Kasih sebab sudi jugak jadi peminat setia belog ini. Gua ingat tak ada peminat setia. Tapi ada. Hehe. Jadi, mari teruskan dengan sesi soal jawab. Siapa nak tanya dulu? Sila perkenalkan diri dan dari mana lu datang. Okie dokie?
semua : *angguk angguk*

Achie : Saya sayam! *sambil angkat tangan* Hehe. Takkan lu tak kenal gua. Gua kan lu punya kekasih cerah. Haha. Emm. Gua Achie dari belog Woofer Storm Crew. Gua nak tanya lu lah sayam. Lu ada curang dengan gua tak? Siapa yang lagi kacak dari gua kat UniKL tu? Soalan terakhir, kat mana UniKL lu sebenarnya? Senang gua nak stalk lu. *buat muka blur*
Shag : Hello sayam! Hehe. Malu I! Err, soalan lu memang membakar weh! Setakat ni, gua tak ada curang sama lu. Tapi, kasi cuci mata banyak lah. Yang kacak tentu lecturer gua merangkap gua punya advisor, Dr Azlan Ali. Sebab, mata dia sepet dan dia ada DSLR. keke. UniKL gua kat sebelah bangunan DBKL kat Jalan Sultan Ismail. Kalau lu nak ajak gua dating, lu parking je kereta kat Sogo. Nanti gua pergi jumpa. Okay sayam?

Shag : Next, please!

Adibah : Hai Shag. Saya Adibah dari belog Diba Pisces . Saya nak tanya Shag macam mana perasaan Shag di dera selama seminggu di UniKL? Itu sahaja. Terima Kasih.
Shag : Hai Adibah. Hmph. Perasaan Shag adalah amat berpuas hati! Sebab, bukanlah di dera oleh senior sebab kos kitorang tak ada senior. Kamilah senior kamilah budak baru. Hehe. Seminggu aritu dok dengar ceramah jela. Best nya, Shag dapat interframe lebih dalam DSLR advisor Shag, Dr Azlan.

Emiey : Saya Emiey dari belog Dunia Ku Emieysandra. Shag, ada dapat berapa banyak duit? Tak nak kongsi ke? *sambil angkat kening double jerk*
Shag : Emiey! Amboi. Err, duit free Shag tak dapat lah sayam. MARA tak cakap pape pun. Sedih je. Jadi, kena diet! Uhuk ;'(

Ell : Gua Ell dari belog Hati Batu. Gua nak tanya lu dalam bahasa bekas penjajah kita dulu. Bolehkan? Do you like me Shag? *suara habis garau dan macho lah!*
Shag : Pergh~ Perlu ke gua gunakan bahasa mereka untuk jawab? Rasanya tak perlukan. Sebab, I sound silly when I speak in English. Mmm. Gua suka lu! Sebab, lu hati batu gua hati pantai. Batu dan pantai sangat sepadan. Okay, tiada kena mengena. Seterusnya!

Achie : Gua nak tanya lagi sayam. Tak puas hati tetiba Ell tanya soalan tu tadi. Jadi, antara Ell dan gua, mana lu nak pilih?
Shag : Alamak. Kuat cemburu lah lu neh sayam! Tembak kan sat gi dengan M16 air baru tau! Gua nak pilih Chester Bennington boleh? Adil sikit untuk korang berdua. Sama sama kecewa kat situ. Hahahaha.

Achie : Gua ada soalan lagi sayam. Tapi, rasanya lebih baik kalau kita buat diskusi untuk kita berdua je. Baru boleh mengeratkan silaturrahim kita. Kan sayam?
Shag : Pulak. Nanti gua cek jadual gua bila gua ada masa untuk sesi berdua dengan lu tu. Okeh?

Shag : Soalan terakhir. Gua dah penat neh berdiri. Lekas!

Atik : Nama gua Atik. Belog gua Segala Ceritera. Di sebabkan soalan yang gua nak tanya dah di rompak, jadi gua nak tanya soalan ni. Harap Shag dapat jawab. f6 darab 7 kuasa 2 bahagi separuh perjalanan ke belog Shag tambah garam secukup rasa, apa kejadiannya?
Shag : Jap jap nak kira. Okay okay. Jawapannya, Atik akhirnya sampai ke belog Shag lepas melalui satu perjalanan yang jerih. Jap jap. Maksud nya, belog Shag berat ke Atik? Ommo~

Shag : Okay. Tamat sudah kita punya sesi. Jom pergi makan lepas tu tidur. Esok gua ada kelas pagi. Bye~



Sorry Achie sebab lambat gila nak hapdet. Dekat tiga kali kot tanya bila nak hapdet. Keke. Internet gila babeng punya lembap kot. Uhuk. Nak balas komen satu pun amik masa 20 minit kot! Ni entri ni dekat 3 jam baru siap =.='




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 February 2011

Memorandum : Sesi bertemu peminat setia ;D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Err, bukan ada meeting pom :P

Salam malam pembaca! Wargh~ Lama gila aku tak jenguk sini. Hampir seminggu satu hari kot! Maaf berjuta maaf lah korang. Dengan semua komen tidak berbalas. Dengan jejakan tidak di balas.

Teruk kan aku? Kiki.

Banyak cerita kot aku nak kongsi. Tunggu masa je nak luahkan kat atas taman putih, ungu neh.

Eh, korang baca lah memorandum neh! Malas nak taip panjang panjang lepas tu hilang arah tujuan. Hahaha :P



MEMORANDUM

Kepada : Semua pembaca, pengunjung dan pengikut belog shagcomot.blogspot.com

Daripada : Shag Yahaya, Adminstrative Manager of shagcomot.blogspot.com

Ref : SY/CC

Tarikh : 14 Februari 2011


SESI SERAHAN SOALAN DAN SESI BERTEMU PEMINAT SETIA
Gua dengan lafaz Bismillah ingin mengumumkan bahawa hari ini gua nak jalankan satu sesi penyerahan soalan. Maksud gua di sini, korang boleh tanya soalan kepada aku tentang apa sahaja yang berlaku sepanjang ketiadaan gua di sini.

Dan esok, gua akan buat satu sesi bertemu peminat gua yang setia gila baca belog gua; shagcomot.blogspot.com sepanjang ketiadaan gua di taman comot ini.

Oleh itu, gua akan beri masa sampai esok petang untuk korang, peminat setia gua, untuk melemparkan segala soalan yang korang ingin tahu hidup gua sebagai pelajar di UniKL di sini. Maksud gua, korang komen di entri ini apa yang korang nak tahu. Entri ni je okay!

Paham?

Contoh : 'Lu ada jumpa balak kacak tak kat UniKL Shag sayam?'. Tak pun, 'Lu curang dengan gua kan Shag? Gua tahu. Lu memang kaki bangku betul!'. Haha. Itu contoh je okay! Amaran padal Achie, jangan culik soalan ni. Keke.

InsyaAllah nanti gua terasa nak tutup sesi bertanya soalan ni, gua terus kemaskini entri untuk sesi bertemu peminat setia yang tak bertemu pun sebenarnya. Haha. Dah merepek dah gua!

Gua mintak diri sebelum memorandum ni jadi 3 muka surat. Adios amigos amor.

(taipan tidak di cetak, tanda tangan tidak di perlukan)




Aku rindukan korang semua lah! Meh meh peluk ketat ketat. Uhuk ;'(




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 February 2011

Tuah pertama di tahun 2011. ALHAMDULILLAH.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam petang Sabtu, pembaca! Ini adalah entri auto-publish yang ke-enam dalam minggu kehilangan aku ni. Khas untuk tatapan pembaca setia belog ini ;)

Bisnes kad Kak Ros.
Comel siot! ;D

Tahun 2011 aku di meriahkan lagi dengan ketibaan hadiah dari littlemamadiary.com. Aku ada tuah dalam giveaway yang di anjurkan beliau. Kiki, ayat paling poyo kot. 

Teruja kot bila beliau cakap aku dapat hadiah misteri. Ternanti nanti aku hadiahnya. Keke :P

Hari tu, Khamis, Mama cakap ada barang untuk aku. Panjang gila! Aku belek, dia cakap dari Kak Ros. Aku macam pernah kenal nama tu. Terus lah aku bukak. Dapat payung comel weh! Macam mana Kak Ros tahu aku minat dekat warna putih? Comel lah!

Terima Kasih Kak Ros sayam. Muah kanan kiri ;)

Payung comel!!!
Suka suka suka!! :P


p/s : Aku rindukan korang lah. Entah bila aku nak jelajah belog macam dulu. Macam tiap hari je aku buat entri pos berjadual. Uwaa~

p/s/s : Aku tengah dating dengan Tun Dr Mahathir kat PWTC. Kiki :P


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 February 2011

Hak aku sebagai manusia biasa.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam Jumaat, pembaca. Masih lagi entri auto-publish sebab aku masih di luar kawasan tanpa broadband mahupun internet dan laptop di sisi.

Hari ini, aku nak kongsi dengar korang satu puisi. Err, puisi lah kot benda ni. Alaa~ Jom lah terjah benda ni dulu :D


Tajuk : Being human, I am entitled to the following rights :
  1. I have the right to be imperfect.
  2. I have the right to make many [sometimes huge] mistakes.
  3. I have the right to learn from my mistakes and the move on with my life.
  4. I have the right to forgive myself.
  5. I have the right to feel what I feel.
  6. I have the right to laugh until it hurts and cry until it stops hurting.
  7. I have the right to live my life as I choose.
  8. I have the right to happiness.
  9. I have the right to my own beliefs.
  10. I have the right to true friends and true love.
  11. I have the right to be loved by others.
  12. I have the right to be loved by me.

Rindu korang korang! Maaf seminggu tak dapat reply korang. Mungkin petang ni aku balik. Mungkin juga tak balik lagi. Segalanya berkemungkinan ;)



Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 February 2011

Ya Allah, Rindunya aku kat korang!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam petang Khamis, pembaca! Ini adalah entri auto-publish yang ketiga dalam minggu kehilangan aku ni. Khas untuk tatapan pembaca setia belog ini ;)

Wehhhh korang korang sayam ku semua. Rindu aku tak, rindu tak? Cakap betul betul. Sebab siapa rindu aku ada cokelat Cadbury untuk korang! Yang dah aku gigit lah. Keke. Nak? Meh peluk aku ketat ketat lekas. Muah kanan kiri rindu lah! ;D

Serius gua cakap, gua rindu sama korang semua. Uhuk~ Ada banyak cerita nak share. Tapi, kepala aku sekarang amat cemburukan aku.

Berita baik dulu. Aku duduk luar. Jadi, aku dapat jumpa korang setiap hari sebenarnya. Hehe. Gembira tak? Aku gembira. Tapi . . .

[Berita buruk] Setiap hari aku migraine. Maklumlah. Dah setahun cuti tak jalan jauh, tak duduk dalam bilik berhawa dingin, tak bangun sebelum subuh. Isnin paling teruk aku punya migraine. Nasib baik balik awal. Sampai rumah hari Isnin hari tu jam 1:30pm, lepas mandi terus aku pengsan.

Selasa pun hebat gila migraine sampaikan aku balik naik ERL instead of naik Rapid KL yang jauh gila murah tambangnya! Hmph. Hari Rabu, Alhamdulillah kurang sikit migraine dan sebab itu aku buat pos berjadual ni. Hehe.

Aku tahu korang rindu aku. Aku nampak orang dok peluk komputer ribanya sebab aku tulis entri neh. Haa~ Jangan tuding jari. Tak baik.

Aku rindu korang jugak tau tau! Dah jangan sedih. 24 jam tujuh hari seminggu aku ingat kat korang korang yang aku sayam ;)



Sebenarnya, entri pos berjadual ni aku buat pada 9 Februari 2011, Rabu tepat jam 8:30pm. Mula mula ingat nak pos malam tu jugak. Tapi sebab keesokannya harinya, hari ini, aku tak punya satu pun entri berjadual jadi, aku dengan terpaksa merelakan pos ini di jadualkan. Hmph.




p/s : Hari Sabtu kita tak akan berjumpa sebab aku ada mesyuarat bersama Tun Dr Mahathir kat PWTC satu hari suntuk. Dari pagi sampai malam. Sob sob.

p/s/s : Doakan migraine aku beransur pulih lah ya. Aku malas nak ambil ubat.


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 February 2011

Mari diet cara Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam petang Rabu, pembaca! Ini adalah entri auto-publish yang ketiga dalam minggu kehilangan aku ni. Khas untuk tatapan pembaca setia belog ini ;)

Hari ini aku nak kongsi cara nak kurus gaya aku! Haha. Kalau ikutkan saiz badan aku, memang tak layak langsung aku nak bagi tip. Tapi tapi, jangan tak tahu dulu aku pernah turun berat badan hampir 10 kilo dengan mudah! Budak budak kolej siap cakap aku kurus kot! Dan saiz baju aku turun dua saiz. Maknanya, dari XXXL Kepada XL sahaja. 

Haa~ Terkejut korang! Tahu pun. Jangan pandang aku tak pakai spek mata!

Senang je nak kurus gaya aku. Janji korang dapat tahan nafsu merogol korang tu lah. Eh, salah perkataan. Tahan nafsu makan maksud aku. Maaf.


Tip tip aku :
  1. Jangan pernah tinggal makan pagi.
  2. Jangan makan makanan bergoreng!
  3. Sila pantang makan ayam, ikan keli, ikan pari, ikan kembung.
  4. Jangan makan kulit ayam. PENTING!
  5. Makan makanan bersup. Contoh bihun sup, kue tiaow tom yam dll.
  6. Makan malam awal. Lebih afdal makan sebelum maghrib. Aku dulu makan petang sekali dengan makan malam sebab makan jam 5 petang.
  7. Banyakkan minum air masak. Tak payah suam pun tak apa janji tak elakkan ais!
  8. Makan buah bila lapar antara waktu makan pagi-petang dan waktu makan petang-malam.
  9. Banyakkan berjalan laju. Sekurang kurangnya jalan laju selama 10 minit. Pergi kelas tu jalan lah laju laju.
  10. Buat sit ups minimum 50 kali sehari. Senang cerita lepas solat buat 10 kali sit ups. Setiap bulan naikkan kiraan sit ups.
  11. Rehat dengan secukupnya.
InsyaAllah kalau korang ikut tip senang dari aku tu, korang akan turun berat dengan senang! Aku sekarang tak boleh jalankan operasi tu sebab duduk kat rumah. Kat rumah ni, banyak dugaan. Tak sudah sudah masak makanan kegemaran aku.

Psst. Sebenarnya, aku pantang makan ayam, ikan keli, ikan pari, ikan kembung tu atas nasihat Mak Cik Sal, mak cik yang buat facial resdung aku. Dan pasal pantang tu aku turun berat badan sekali gus resdung aku kurang. Alhamdulillah.


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)

 



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 February 2011

Pak Cik Google minat aku rupanya :P



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam Selasa, pembaca. Masih lagi entri auto-publish sebab aku masih di luar kawasan tanpa broadband mahupun internet dan laptop di sisi.

Haih. Baru hari kedua aku dah sakit jantung sebab rindukan belog kesayangan aku neh. Walaupun ini adalah entri auto-publish, tapi akudapat rasakan sakitnya rindu kan belog. Uhuhuhu. Korang tak rindu aku ke? Meh ambil aku kat UniKL sekarang. Sob sob.

Hari ini aku nak bongkarkan rahsia besar. Rupanya, Pak Cik Google neh peminat misteri aku. Ooooo. Tak sangka aku. Hahaha. Perasan tuwek kau lah Shag! Piraahhhh~ Siapa tah nakkan kau? Krek~ Hati patah tiga. Satu boleh simpan untuk diri sendiri. Lagi dua tu, aku bagi Chummy dengan Jerry lah makan. Erk.

Sebenarnya, hari ini aku nak kongsi gambar aku hasil pencarian di setor album Pak Cik Google kesayangan. Nak tengok? Jom jom! ;D








Cuba tengok korang punya album dalam simpanan Pak Cik Google. Pasti banyak gila! hehe ;)


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

07 February 2011

Hlovate, aku minat kau !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam petang Isnin, pembaca! Ini adalah entri auto-publish yang pertama dalam minggu kehilangan aku ni. Khas untuk tatapan pembaca setia belog ini ;)

Hari ini aku nak kongsi salah sorang penulis novel yang aku baru mula minat. Dia ni adalah salah seorang blogger macam aku. Cuma dia guna domain blogdrive. Jom tengok novel dia yang aku pernah baca.

Addin + Benz Aliff

Kenal Hlovate? Aku tak kenal tapi, aku suka gaya penulisan beliau dalam novel aA + bB. Novel pertama tulisan beliau. Terus aku jatuh cinta dengan Hlovate. Keke. Kalau dia perempuan, aku bukan Gay. Aku hanya cintakan gaya penulisan beliau. Kalau dia lelaki, aku rasa tak ada peluang je? Hahaha ;D

aA+bB. Aku dah baca berapa kali tah. Best kot! Korang belilah. Ke korang dah baca lama dah, aku je yang ketinggalan. Ommo. Malu lah macam tu. Tapi, kalau korang tak baca lagi belilah cepat dan baca tau! Manis sangat. Dan kelakar!


Hang Li Jo + Along Serbia

5 Tahun 5 Bulan buku kedua Hlovate yang aku baca. Tetiba aku rasa macam nak jadi orang gaji jugak kat rumah orang kaya. Lepas tu jumpa mamat Serbia. Lepas tu, jatuh cinta. Lepas tu, hahahaha. Banyak nye nak lepas tu. Korang nak baca ke lepas tu semua? Pasti tak. Kan? Aku kenal korang lah~

Ni lagi satu cerita kelakar nak mati. Ada pulak kesultanan Melayu Melaka. Hang Li Jo. Okeh. Aku pulak Hang Li Shag. Pergh~ Macho pulak nama aku macam ni. Nak tukar nama lah pulak. Boleh?


Ed'Sassin of Wrath + AO Of Bronx


Versus cerita pasal gelora yang berkocak dalam diri. Dari orang jalanan transform kepada Optimus Prime. Haha. Kelakar lah kau Shag. Eh, itu yang ada tertulis dalam novel ni. Tulah, tak baca sapa suruh. Hehe.

Tetiba aku terasa macam nak main skateboard. Beli deck. Eceh. Dah tahu kau kan deck tu apa. Kiki. Ni semua pengetahuan dari novel neh. Jangan baca je tapi pengetahuan tak tambah tau! Penat je baca macam tu.




Trisy + Jade


Antara cerita paling best dan berkesan kat diri aku! Haha. Baca lah weh! Aku rasa macam nak je kasut Bumble Bee tu. Argh~ Hlovate, kenapa lah kau suka pengaruh aku macam macam. Mula-mula aku teringin nak pergi Holland sebab nak tengok tulip! Lepas tu, terpengaruh pulak nak pergi Aberdeen. Haha. Kali ni pulak, nak kasut bumble bee tu!

Cuma sedikit tak puas hati sebab, detik gembira hero dan heroin sebagai suami isteri atau kapel tak panjang. Uhuk. Keke. Dalam novel ni jugak ada banyak ilmu pasal agama kot. Lepas tu boleh improve aku punya English. Celik sikit aku :P


Banyak quotes best jugak. Hlovate, nak sign boleh? Kau dah jadi aku punya idola lah pulak. Kekeke. Kalau korang malas nak beli novel dia, boleh je baca online. Hlovate.blogdrive.com.


Psst. Jumpa korang hujung minggu ni, InsyaAllah ;)


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

06 February 2011

Memorandum buat tersayang, Eceh!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Err, bukan ada meeting pom :P

Salam malam pembaca! Wargh~ Esok dah nak blah ke UniKL. Hmph. Barang semua dah siap kemas. InsyaAllah tak ada cicir apa apa lah. AMIN!




MEMORANDUM

Kepada : Semua pembaca, pengunjung dan pengikut belog shagcomot.blogspot.com

Daripada : Shag Yahaya, Adminstrative Manager of shagcomot.blogspot.com

Ref : SY/CC

Tarikh : 6 Februari 2011


PEMERGIAN KETUA ADMIN

Gua dengan lafaz Bismillah ingin mengumumkan bahawa mulai esok, gua tak dapat nak balas segala komen, kunjungan korang di belog gua, shagcomot.blogspot.com kerana gua akan belayar jauh dari rumah, Putrajaya ke Kuala Lumpur. Jauh gila!

Tapi, gua telah siapkan satu entri berjadual untuk setiap hari supaya korang tak adalah rindu gila dengan bebelan gua. Penat pikir 5 tajuk kot. Hehe. Nantikan lah setiap hari tepat jam 1.40 petang ikut jam komputer riba gua.

InsyaAllah lepas gua habis di seksa di minggu induksi tu akau akan balas segala kunjungan dan komen korang semua. Moga hari esok di mudahkan segala urusan. AMIN.


(taipan tidak di cetak, tanda tangan tidak di perlukan)




Aku akan rindukan korang semua lah! Meh meh peluk ketat ketat sebelum aku belah. Uhuk ;'(




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

05 February 2011

Mengira hari dan terus berdebar.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam malam pembaca!

Entri ini khas untuk bloggers Yaty sayam, Ateyn manis dan Achie macho!


Shag Yahaya
Presint 9
Putrajaya

5 Februari 2011



Ke hadapan kawan kawan belog sayam ku.

Saudari Yaty, Ateyn dan saudara Achie,

    Tujuan utama gua tulis surat dalam belog ini adalah untuk meminta maaf daripada korang. Gua malas nak skema sangat lah ayat. Jadi, surat gua jadi surat santai tapi masih mengekalkan format sebenar surat kiriman tidak rasmi.

    Saya, Shag Yahaya dengan ini ingin meminta maaf, berjuta kali maaf sebab tak dapat nak langsaikan segala hutang dari korang yang masih di simpan kemas dalam Markah Buku atau lebih di kenali dengan nama orang putihnya, Bookmark.

    Daripada Yaty sayam. Satu jemputan untuk gua sertai Yaty dan bloggers lain untuk tempah tempat dalam senarai belog Iqbal Hakimi. Lama dah Yaty jemput. Cuma tiada masa. Hasrat di hati memang nak semak jugak. Tapi, masa dah makin cemburukan gua. Huhu. [YATY SAYAM]

    Jemputan untuk senaraikan 25 perkara rambang mengenai diri gua juga tidak dapat di langsaikan dalam masa terdekat ini. Jemputan khas dari Ateyn adik manis terpaksa gua simpan lebih lama. Walaupun dah 3 atau 4 kali gua buat tag yang serupa, gua tetap akan buat lagi. Tunggu masa ada sahajalah ya sayam. [AYEN MANIS]

    Kekasih gelap yang gua sorang perasan dia kekasih gelap gua, okay, gua dah melalut dengan ayat pelalut. Achie, maaf sebab tak dapat join kontes yang Achie ada jemput tu. Sama seperti alasan untuk Ateyn dan Yaty, sama jugalah untuk Achie. Masa cemburui gua. [ACHIE MACHO]

Korang yang baik hati,

    Isnin ini gua akan daftar di UniKL Kampus Kota. Jadi, sepanjang minggu ni memang gua sibuk mengemas apa yang patut. Beli barang makan. Hehe. Penting tu untuk hidup! Dan, kerah tenaga yang ada cari duit lebih untuk bayar yuran. Hmph.

    Lagi pula, minggu depan gua berkemungkinan tak dapat jejak belog untuk seminggu tempohnya. Ada minggu induksi lah pulak. Adoi~

Korang yang di sayangi,

    Akhir kata dari gua, maaf kan gua pinta dari korang korang. Doa gua harap korang tak lupa kat gua dalam tempoh senyapnya gua dari dunia belog ini. Jaga diri korang sepanjang ketiadaa gua tau! Bye~

Sekian sahaja. Terima Kasih.



Tiada yang benar selain gua,
(cetakan komputer riba Compaq, tanda tangan tidak di perlukan)
Shag Yahaya
Penulis rasmi belog shagcomot.blogspot.com




Siapa nak surat cinta dari aku? Meh meh daftar nama. Hahaha :P



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

04 February 2011

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


INI ADALAH ENTRI MELEKAT SEHINGGA 4 FEBRUARI. UNTUK ENTRI TERBARU SILA KE BAWAH. TERIMA KASIH.

Salam petang, pembaca!

Aku nak sertai GA yang di anjurkan oleh Cik Erin. Kalau nak tahu Erin ini adalah kakak kepada Elia, kawan baik dalam mimpi aku. Tak ingat mimpi aku? Alaa~ Yang pasal, Khairul Fahmi dan Elia kahwin tu!

Kalau korang nak jugak sertai GA ni, boleh ke belog Erin :

Siap! :D



Psst. Ini bukti tanda aku dah ikut belog tuan penganjur ;)
Kelik untuk tumbesaran lebih sehat!
Puan Besar Shag Yahaya itu adalah Aku ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Tag dari si sayam :P



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Header si sayam :P


Salam petang Jumaat, pembaca!

Aku baru balik dari sesi bertemu wartawan. Aku ingat ramai yang datang nak temuramah mesra aku. Rupanya sorang je. Encik Achie namanya. Ni aku sempat rakam sikit perbualan mesra kami. Hehe.

Jom layan. Zass~


Achie : Assalamualaikum Puan Besar Shag Yahaya. Pergh. Semput saya sebut nama Puan Besar Shag Yahaya. Boleh pengsan! Saya Achie, wartawan dari Woofer Storm. Macam saya sorang je wartawan hari ni kan?
Shag : Waalaikumsalam Achie. Haip. Panggil gua Shag je kot. Sebab tak ada wartawan lain. Tak payah lah formal sangat. Malu Shag.

Achie : Baik lah Shag! Di sebabkan sesi bersama wartawan ni macam tak jadi je. Kita main soal jawab tanpa berpikir panjang. Ala ala permainan budak budak. Bolehkan?
Shag : Boleh je. Jom tanya lekas! Jap jap. Saya nak rakam.

Achie : Haa~ Rakan jangan tak rakam. Soalan pertama dari saya. Kenapa Shag pilih nama belog Shag Comot eh?
Shag : Shag pilih nama Shag Comot sebab nak ikut dengan URL belog Shag tu. Senang orang nak cam itu adalah belog Shag. Dulu pakai, Nothing is true everything is permitted. Nama belog English tapi pengisian Melayu macam tak kena kan. Btw, Im sound very silly when I speak in English LOL.?

Achie : Ohhh. Macam tu. Jadi, agak agak Shag, belog Shag masuk dalam kategori mana?
Shag : Hmph. Payah neh. Mungkin dalam kategori Blogger Pokok Krismas Terbaik kot? Semua benda nak campak dalam belog ni. Ada pasal diri sendiri. Ada pasal artis. Macam macam lagi lah. Kalau campur dan kemaskan dah cantik macam pokok krismas.

Achie : Apa warna kesukaan Shag?
Shag : Err, warna kegemaran paling di gemar adalah KUNING! Muktamad. Next.

Achie : Kenangan terindah zaman kanak kanak anda?
Shag : Zaman sekolah tadika! Pagi pagi pergi sekolah, Ayah Haji hantar. Balik, Abang Dan ambil. Petang lepak main dengan kawan kawan kat hutan belakang kawasan rumah tu. Psst. Ayah Haji adalah kawan Abah dan Abang Dan adalah anak Ayah Haji yang kacak! Lepas tu tak payah pikir benda lain selain main main dan main! Makan pun Mama suapkan lagi. Kalau tak Mama suap ada arwah Mak Tok tak pun Mak Teh, isteri Ayah Haji.

Achie : Lagu kesukaan sepanjang zaman. Mintak link YouTube sekali!
Shag : Meh kelik sini kalau nak tahu. Keke. Aci tak?

Achie : Lagu terakhir Shag dengar?
Shag : Terjah lah sini. Alang alang mintak link baik tak kasi tau tajuk :P

Achie : Makin laju soalan kita ya. Lagu kegemaran ketika bersenam atau bertugas.
Shag : Lagu dangdut yang ini. Nak tahu kelik lah. Haha.

Achie : Lagu untuk tidur.
Shag : Twinkle Twinkle Little Star.

Achie : Pergh~ Semua English ya. Terus. Orang terakhir yang Shag SMS.
Shag : Kak Dilla sayam. Sebab dapat tahu dia dapat posting kat SKPJ 11(2) dan duduk dekat dengan rumah Shag. SMS nak ucap tahniah.

Achie : Percutian menarik yang pernah Shag alami.
Shag : Percutian menarik tak ada kot. Yang ada ekpedisi bersama krew KTMB pergi Gua Tempurung waktu Shag berumur 11 tahun. Kena daki curam curam dalam gua tu lepas tu kena berenang atas batu batu tajam. Seluar terkoyak kat lutut kot! Malam pulak berkemah kat Sg tak ingat nama. Shag dengan Along kena tangkap udang. Tapi, Along jela yang tangkap. Shag main air. Hahah.

Achie : Makanan dan minuman kegemaran.
Shag : Nasi goreng biasa tambah telur mata kuning tak masak dengan jus tembikai.

Achie : Quote kegemaran.
Shag : I miss the times that we need to share. But, I want you to know I still care!

Achie : Foto inspirasi.
Shag : Haa. Nasib baik Shag bawak sekali dalam beg. Ni haa~


Achie : Nak tangkap gambar Shag senyum. Nak simpan. Bukti untuk bos kononnya Shag seronok di tanya soalan semua neh.
Shag : Okah. Everything for you, Achie. SMILE~



Achie : Dengan itu, tamatlah sesi kita ni. Bye Shag. Lain kali kita date lagi ya. Wink wink~
Shag : Yay! Boleh pergi makan. Bye Achie~ *tak sempat sempat dah hilang*








Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

03 February 2011

Poligami tanpa kebenaran isteri pertama. Sah ke?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam malam, pembaca!

Korang dengar radio apa eh tiap hari? Aku suka dengar Hitz.fm, Hot.fm, Mix.fm, dan sekarang masuk dalam senarai Suria.fm. Ini semua salah Mama lah tetiba jatuh hati kat suria. Hmph~

Aku bukan nak ngadu pasal Mama suka dengar Suria.fm tapi . . .



Masa : 8.50am
Tarikh : 2 Februari 2011
Frekuensi radio : 105.3

Seorang perempuan membuat panggilan ke radio Suria.fm dalam segmen, err aku tak ingat. Maaf. Keke. Si perempuan ini cerita kat Halim Othman, Shira dan Zizi. Dia pernah berkahwin dan punyai 2 orang anak. Tidak di beritahu pulak umur dan jantina serta nama mereka.

Si perempuan ni cakap di terdorong nak kahwin sebab sikap ayah beliau yang sangat lah romantik dan penuh kasih sayang. Terbukti bila, setiap hari ayahnya menolong ibu membuat kerja rumah. Serta menyikat rambut isterinya selepas mandi. Dia berkahwin dengan lelaki ni dengan harapan lelaki tu boleh jaga dia sepertimana ayahnya menjaga ibunya.

Lepas kahwin, lelaki tu ternyata tak bertanggungjawab. Lepas tu cerai.

Dia kahwin lain dengan seorang SUAMI ORANG. Lelaki tersebut memang serupa dengan sikap ayahnya. Tetapi, isteri pertama si suami tidak tahu suaminya dah tambah lagi seorang isteri. Malah, si perempuan tu berkawan rapat juga dengan isteri pertama beliau. Sebab, mereka juga berjiran. Selang beberapa rumah je.



Ulasan Puan Besar Shag Yahaya :

1. Boleh pulak kan perempuan buat perbandingan dengan ayah mereka sendiri. Lelaki tak boleh pulak bandingkan isteri dengan ibu mereka. Hmph~

2. Si perempuan ni tak tahu malu ke? Buka aib sendiri dalam radio. Dan buka aib suami.

3. Kejam nya perempuan dan suaminya itu. Sanggup rahsiakan dari pengetahuan isteri pertama pasal benda neh? Rasa rasa, lelaki tu dah ada berapa ramai bini eh? Mungkin dah cukup korum kot.

4. Bertambah kejam bila si perempuan dengan tanpa rasa malu mengaku dalam radio dia berkawan rapat dengan madunya sendiri. Dna tanpa bersalah berkawan dengan madu tanpa madu tahu mereka bermadu.

5. Apa tujuan perempuan tu telefon Suria.fm? Nak suruh ornag ikut jejak dia kahwin dengan suami orang tanpa kebenaran isteri pertama?



Psst. Kalau perempuan tu perasan. Halim, Shira dan Zizi ada perli dia baik punya.

Kahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan isteri pertama. Bagaimana tu?



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot