28 March 2011

Shag Yahaya sedang bercuti.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Wargh~ Dah 5 hari aku tak kemas belog aku ni. Entri terakhir, aku bercakap pasal keputusan SPM yang di mana bukan aku yang dapat keputusan tu hari tu. Hehe. Lepas tu, tetiba aku hilang. Tanpa sempat bagi tahu sayam sekalian.

Haih~

Aku sibuk. Mana nak siapkan tugasan Writing, Technoproneur, Human Resource Management. Tambah lagi UniKL Open Day punya aktiviti untuk kitorang punya program, Bachelor of Accounting. Grrr~ Naik darah aku sekejap kot. Dah lama tak belajar, aku lupa macam mana nak uruskan masa untuk langsaikan semua hutang tu.

Dulu aku pantang buat kerja pada saat akhir. Sangat bukan aku tu. Tapi, sekarang? Argh~

Dengan itu, aku mohon cuti bergaji dari sayam semua. Aku nak pergi bercuti sambil menyiapkan segala hutang aku tu. Boleh tak, sayam sekalian?

Mungkin, seminggu atau lebih aku akan hilang.

Akhir kata, maaf kepada semua sayam sebab, aku tak sempat nak balas segala komen dan jejakan korang. Tunggu aku balik cuti ye sayam sekalian ;)

Jaga diri semua !




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 March 2011

Red Handy Boutique | Blogshop baru weh !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ini adalah entri melekat sehingga 26 Mac 2011. Untuk entri terbaru, sila ke bawah. Terima Kasih ;)



Kelik untuk ke sana!

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini, aku nak kongsi dengan korang satu kedai belog atau nama Mat Celup nya blog-shop. Kedai ni baru je bukak. Tak pasti bila. Rasanya teramat lah baru kot. Kan, Zainab kan?

Zainab tu adalah tuan punya kedai. Nak mengorat? Boleh jalan lah sebab aku takkan restui. Eceh. Boleh pulak? Haruslah boleh sebab aku ni Ebuu dia. Umur baru nak masuk 22 tahun dah ada anak yang sama baya. Hebat tak aku? Pastilah hebat. Kan sayam?

Haip. Cerita dah melalut ke laut.

Kawan aku ni, dia ada jual shawls dan inner. Setakat ini. Di sebabkan baru je bukak, jadi stok tidak banyak. Maknanya, siapa dulu dia dapat lah. Lagi pulak, kualiti nya bagus bagus. Memang bukan cap kapak lah kan.

Jadi, sempena pembukaan kedai beliau ni, aku nak ajaklah korang reramai pergi terjah sana dan promote kepada orang lain pulak.

Sayam aku kan? Kalau sayam, pergi lah. hehe. Ada unsur paksaan di situ :P




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 March 2011

Keputusan SPM dah keluar | Rajinnya Shag Yahaya di saat akhir.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Mana lagi kalau bukan ehsan dari
Pak Cik Google sayam !

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Okay. Mula mula sekali nak bagi tahu. Aku taip entri ni pakai komputer Mama. Jadi, sebarang ejaan yang salah harap di maafkan. Al-maklumlah, tidak biasa menggunakan komputer Mama yang punya papan kekunci nya membuat bunyi yang dahsyat apabila tekan. Grr~


Buat pelajar SPM 2010, tahniah lah pada korang. Tak kisahlah berapa A atau berapa E yang berjaya korang kumpul. SPM tu tak bawak ke mana pun. Haha. Ayat poyo siok!

Bagi yang mendapat keputusan yang teruk, di nasihati korang supaya bekerja dahulu lah bagi mengumpul cukup duit untuk bayar yuran kolej swasta. Tak pun, korang apply lah masuk kolej yang bawah MARA.

Yang dah dapat keputusan yang bagus tu pulak. Di nasihati supaya anda tidak perlu berlagak riak dengan keputusan anda. Sebab, siapa tahu. Korang dok tersadai jadi buruh lembut pulak?

Semuanya tidak mustahil.


----------------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita pasal keputusan SPM, aku dulu kumpul dari nombor 1 sampai 8. Setakat ni, Baby tak dapat kalahkan aku lagi lah. Haha. Hebat tak aku weh, kawan kawan? Tapi, Alhamdulillah, sini aku belajar untuk peringkat ijazah dah.


----------------------------------------------------------------------------------------------------


Esok aku kena hantar satu tugasan untuk subjek Technopreneurship. Apa itu Technopreneurship? Ianya adalah gabungan perkataan technology dan entrepreneurship. Kitorang harus buat satu Business Plan yang di mana produk atau servis kami adalah menggunakan teknologi tinggi.

Tapi, tugasan pertama aku ni kena buat karangan pasal apakah kriteria kriteria seorang usahawan yang bagus.

Esok nak hantar baru hari ni kalut nak buat. Biasalah. Adat resam kehidupan seorang manusia bergelar pelajar. Keke.

Dah, itu sahaja nak bebel! Pasal Microsoft Office tu, Terima Kasih pada mereka yang komen. Nanti Abah balik Shag suruh Abah tengokkan. Shag ni buta komputer. Hahah ;D



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 March 2011

Microsoft Office pulak buat hal.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Entah apa salah nya dekat komputer riba aku. Lepas satu, satu hal jadi. Hari tu, Display Card rosak. Abah dah buat habis. Dah chun, nampak macam dapat komputer riba baru je. Okay, ini penipuan melampau.

Semalamm kan senorok, eh, seronok buat draf pertama untuk karangan curang aku tu. Tengah siok siok buat, kejap lagi tetiba apa yang aku taip tak nak keluar. Paham tak neh? Macam ni, contoh nya aku dok taip laju laju. Lepas tu bila kau nak cek balik kesalahan ejaan ke apa ke, apa yang kau taip laju laju sebelum tu tak ada pun kat dalam word tu

Paham?

Aku ingat komputer riba aku hanged ke apa. Tapi tak. Aku siap boleh lagi je taip kat Facebook dan belog dengan laju laju. Haa~ Pelik binti Hairan aku jadinya.

Aku restart komputer riba aku tu, ingatkan boleh baiki lah apa yang bengong tu. Malang memang tiada pernah berbau, sama jugak! Yang paling sedih, tak boleh nak save pun! Grrrr~

Abah tak ada pulak tu nak baiki komputer riba aku neh. Adoi.

Tak nak beli baru sebab aku nak beli benda lain dengan duit aku kumpul tu. Uwaaa~ Sayam sayam belanja Shag komputer riba baru ye.

Sekarang, kerja karangan aku tu tak dapat nak di siapkan. Terpaksa lah aku pergi perpustakaan nak taip. Durr~



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 March 2011

Bila Shag Yahaya curang dengan sayam-nya



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Amboi. Makin kuat aku curang sekarang neh. Jahat dah rupanya Shag Yahaya. Baru je lagi dia jadi jahat neh. Sejak sambung belajar balik. Adoi.

Tapi tapi, kecurangan ni aku terpaksa buat kerana ada markah untuknya.

Untuk semester pertama aku kat UniKL ISE neh, aku ambil subjek Writing for Academic Purposes salah satunya. Untuk subjek itu pulak, dah sah aku kena tulis satu karangan. Untuk menjayakan tugasan aku, terpaksa aku curang dengan sayam aku.

Sebab, aku pilih tajuk karangan aku, Impact of Blogging.

Dan, sebenarnya impak yang bakal aku cerita sah sah dari segi keburukan atau negatif. Nak buat pasal kebaikan, rasanya semua orang dah tahu. Dan juga sebab sebenarnya tajuk Kebaikan Berbelog tu dah di tolak mentah oleh pensyarah aku.

Harap, sayam aku ni tak merajuk sebab aku curang dengan dia.

Korang pun jangan lah merajuk pulak. Sedih aku karang. Dah lah Putera Sayam aku ni dah terbang jauh. Tinggallah madu madunya di sini.

Okay, dah. Aku nak siapkan draf pertama untuk karangan aku. Esok nak kena hantar dah #,#





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 March 2011

Display Card rosak | Ganasnya Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




COMPAQ Presario V3000;
Qualitz sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Pergh~ Hampir seharian aku tak pegang komputer riba aku. Semalam punya entri pun aku buat berjadual kan. Lepas tu langsung tak jenguk sini.

Jangan lah sedih. Aku ada sebab kot.

Aku cuba online kat Mekdi Bangi. Malangnya, komputer riba aku tak boleh on. Argh~ Aku mengamuk kejap kat Mekdi. Sampaikan, cerita Hindustan tu yang jadi mangsa aku. Tempat aku memaki hamun. Padan muka!

Balik rumah suruh Abah cek.

Rupanya, display card rosak. Aku tak tahu lah masalah terperinci. Sebab, kalau Abah terangkan pun aku bukannya paham sangat. Angguk je lebih. Keke. Mama cakap pasal komputer riba aku dah lama hidup. Jap nak kira.

Oh. Hampir 3 tahun 9 bulan dah komputer riba buatan Compaq tu hidup dengan aku rupanya.

Lama jugak kan. Selama tu, tak ada apa pun aku tukar. Semua yang lama punya. Tuan yang baikkan aku? Jaga dia dengan baik sekali. Cece. Bab masuk bakul angkat sendiri boleh bagi aku kot!

Esok kelas satu macam biasa. Ingat nak beli bag baru dan terus mencari bingkai kaca mata aku tu.

Jadi, selamat malam semua!


Mari terjah Facebook Shag Yahaya; Cahaya Yahaya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Akaun Facebook Shag Yahaya | Penulis rasmi Woofer Storm dah tua lah! ;D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan carian dari Pak Cik Google punya album.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Setelah puas melawan nafsu, akhirnya aku kalah. Adoi adoi.

Apa yang aku kalah? Apa nafsu aku? Argh~ Sayam ni mesti dah tahu kan. Sebab, dialah puncanya. Cececece. Tak adalah. Tapi, dia salah satu sebab lah jugak aku daftar akaun baru untuk Facebook. Banyak sebab lain yang membawa aku daftar lain untuk akaun Facebook neh. Tak perlulah aku bagi tahu kat sini ;)

Ya, saya sudah punya akaun Facebook yang baru! Sila tepuk tangan anda semua.

Nak tambah aku sebagai kawan korang? Sila lah ke SINI. Jangan lupa sebutkan nama belog korang dan kalau boleh kasi je sekali korang punya URL belog. Pasti nama Facebook korang lain kan? Macam aku. Cahaya Yahaya.

Kenapa Cahaya Yahaya? Sebab aku tak boleh daftarkan Shag Yahaya. Jadi, aku gunakan nama samaran aku yang comel tu. Keke.



------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hari ini, Cikgu Shag Yahaya nak ajar macam mana nak ucapkan selamat hari jadi kepada insan tersayang selain daripada tulis karangan cinta panjang panjang. Jadi, mari teruskan membaca!

Kalau tak silap Cikgu, hari ini . . .

HARI JADI ke 23 ACHIE SAYAM ! ! !


Err, tak tahu nak cakap apa. Jadi, Cikgu buat kad paling buruk dalam abad kehidupan manusia neh. Khas untuk Achie sayam je. Maknanya, orang lain tak boleh ambil lah. Nak jugak, sila lah kasi tahu hari jadi korang bila. Ada masa Cikgu kasi. Keke.

Kalau tak sabar sangat, mintak kebenaran dari Achie untuk ambil kad hari jadi tu ;)

Ucapan kontot : Moga aman sejahtera dan hidup di berkati Allah SWT. AMIN! Lagi satu, moga pertalian kita berkekalan. Ceh. Ayat penuh makna tersirat siok. Keke.



Psst. Sayam dah tua lah. Jom kahwin! <-- Sekali lagi ayat penuh makna tersirat.


Haa. Macam tu je dah boleh. Senang kan? Hehe. Okay, Cikgu nak minta diri dahulu. Dah lewat malam lah pulak. Tak awet muda lepas ni Cikgu. keke. Selamat beramal!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

19 March 2011

Earth Hour 2011 : Marilah kita bergelap yo!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan Pak Cik Google

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Korang tahu tak Earth Hour tahun ni dah nak dekat dah? Wahh~ Aku tak sabar nak tengok semua negara yang terlibat berada dalam kegelapan untuk tempoh sejam. Macam coolio kot bila dorang switch off kan lampu. Kan kan?

Ke aku yang teruja lebih weh? Jakun!

Untuk tahun ni, Earth Hour akan ambil tempat seperti berikut :

Tarikh : 26 Mac 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.30pm
Lokasi : Negara yang terlibat

Jadi, apa tunggu lagi weh. Jom lah lepak mana mana sambil buat maksiat! Haha. Betul kan apa yang aku cakap. Dah duduk dalam gelap kot! Kan kan. Apahal. Terasa ke weh? Nasib lah. Siapa yang garu bontot tu, dia yang rasa lega. Kan kan?

Shag pengotor siok!


---------------------------------------------------------------------------------------------------



Maaf kepada semua pengikut aku dan pengkomen setia belog ni. Aku mungkin tak dapat nak balas jejakan semalam dan hari ini. Sebabnya, semalam aku tidur kat rumah kawan aku. Nak ulang kaji subjek Management Accounting 2. Sebab, arini ada test dow.

Err. Untuk pengetahuan korang jugak. Entri ini adalah entri berjadual yang telah aku taip semalam pada jam 11.16am sebab kelas Mandarin aku batal. Penat aku datang awal. Haha.

Sila rindu aku lebat lebat ya!




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 March 2011

VCO : Kesan lepas makan 2 biji.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Ingat lagi entri aku kelmarin? Alaa~ Yang aku dok kecoh aku beli supplement, VCO dari Yaya sayam tu. Kalau tak ingat, p baca balik kat SINI.

Malam tu, aku dengan terujanya makan sebiji lepas Yaya sms aku suruh makan lepas makan malam. Tapi, aku lupa lalu aku makan sebelum tidur. Ahh~ Janji lepas makan malam kan Yaya sayam. Keke.

Lepas tu, Yaya jugak pesan makan sebiji lepas makan pagi keesokan hari. Sekali lagi, aku lupa makan VCO pagi semalam. Sebab, aku tak makan pagi. Makan pagi dah dekat tengah hari. Boleh ke Yaya sayam?

Dan hasilnya?
Yang aku perasan, muka aku kurang berminyak semalam. Serious weh! Mungkin sebab tahap metabolisme aku tinggi kot? Eh, ke rendah. Entah lah. Haha. Suruh Yaya jawabkan. Keke.

Rasanya pertama kali setelah 2 tahun, muka aku rasa kurang berminyak. Dulu kurang minyak sebab aku rajin pergi buat facial treatment. Tapi, sebab main sibuk, aku tak pergi dah.

Tapi yang sedihnya, jerawat terus tumbuh dengan meliar di dagu aku. Dan yang seronoknya pulak jerawat semua tu dah masak! Argh~ Sakit hati. Rasa nak picit picit je. Gaga~


Tak sabar nak tunggu habis sebotol VCO tu. Entah apa rasa nanti ;)


Psst. Tiada gambar sebagai bukti sebab aku kan tak suka menempek gambar aku kat sini. Aku kan artis kegilaan ramai. Takut nanti ramai pengendap pulak kat sini. Ecececece.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

17 March 2011

Giveaway : Dunia Ayu: First Giveaway



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Kelik untuk ke sana!
Shahhhhhh~


Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini, aku nak sertai satu aktiviti yang dah lama gilos aku tak sertai, Giveaway. Aku rasa dah lama gilos si sayam aku ni jemput. Baru hari ini aku ada masa nak sertai. Ececece. Padahal saja tunggu hari terakhir aktiviti ni di jalankan. Ceit!

Tak nak cerita panjang lah. Bosan!

Okay. Mula mula sekali, Shag nak cakap ada masalah lah dengan belog Ayu sayam. Sebab, ada Malware Warning di terima dari belog Ayu neh. Katanya, belog Ayu sayam ada senaraikan hafizpunyadrama.blogspot.com. Jadi, sila buang apa apa benda yang berkaitan dengan belog itu. Tak tahu apa masalah. hehe.

Kedua, pasal kepala belog iaitu, header. Terasa berat kejap. Cantik tu memang meletup lah. Mungkin Ayu sayam boleh kecikkan saiz header tu? Macam mana tak pulak Shag tahu. Kakaka. Mungkin boleh tanya bro Otomen kita, Hamzah Ian. Sebab, nak tukar macam sayam sebab CHUN siok.

Ketiga dan mungkin yang terakhir, sidebar. Mungkin, Ayu  boleh gunakan satu sidebar je. Kiranya, guna template 2 columns je cukup. Tak ada lah nampak serabut. Nak kasi kemas lagi sidebar tu, letak jelah widgets yang penting seperti Followers, Blog Achieve, Blog List. Yang lain nak masukkan boleh, cuma kena kemaskan guna tutorial dari Cik Tom ;)

Cukup kot tiga Ayu sayam? keke.

Di sebabkan Shag sertai di saat akhir, boleh tak syarat ke empat di kecualikan? Tak kan nak jemput orang padahal aktiviti ni dah nak habis. Kan kan Ayu sayam?



Jom ke rumah Ayu sayam :





++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 March 2011

VCO : Virgin Coconut Oil.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)






Ehsan Yaya sayam ;)


Assalamualaikum, sayam ku semua!


Komputer riba aku makin parah kot. Lembab nak mati. Lepas tu, setiap kali switch on, kena restart berjuta juta kali. Grrr~ Ada sesiapa nak format dan lepas tu install semua benda termasuk Windows 7 dengan percuma dan pantas?


Tak pun sila belanja aku komputer riba yang baru. keke :P


Hari ini, aku nak cakap pasal VCO atau nama dalam IC nya, Virgin Coconut Oil atau nama Melayu nya, Minyak Kelapa Dara. Pernah dengar? Aku baru je dengar pasal benda ni. Tahu pun dari blogger comel, Yaya sayam neh. Sebab, dia adalah agen untuk produk kecantikan neh.


Apa itu VCO ?
Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang di proses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asala dalamannya dapat di kekalkan seasli-aslinya. Lepas tu, aku malas nak taip. Haha. Boleh tak? Oh lupa benda penting. VCO ni kira macam satu supplement lah. Tapi, yang murah punya.


Berapa? RM39.90 je. Kalau masuk caj pos, RM 7, jumlah nya korang kira lah sendiri. Malas aku nak cari kalkulator. Haha.


Apa VCO boleh buat ?

  • Melegakan pernafasan
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh tubuh
  • Memusnahkan organisma perosak seperti virus dan bakteria dalam usus
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Mempercepatkan penggantian sel-sel mati
  • Menghilangkan parut
  • Melembapkan kulit
  • Haid menjadi teratur
  • Mengatasi menopous wanita
  • Sesuai untuk ibu yang hamil untuk mengatasi kesuburan wanita, lebih bertenaga (testimoni CPM)
  • Dan banyak lagi!

    Bukti benda ni berbaloi baloi di beli ?
    Rasanya, korang boleh terjah sendiri belog Yaya sayam dan baca semua testimonial yang di pos oleh beliau. Sebab, Yaya pos semua testimonial tu lah aku tergoda nak beli. Semangat gila kot! Dan, VCO aku dah sampai tengah hari tadi. Maka, aku akan mula makan malam neh.




    Wahh~ Tak sabar nak tunggu muka jadi bertambah comel!



    Nak beli? Cepat lah terjah belog :





    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



  • Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    15 March 2011

    Facebook tak di tutup pun. Durrr~



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)





    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Ingat lagi kes ini, Facebook akan di tutup pada 15 Mac ? Ingat lagi, aku cakap Mark Iceberg tu poyo poyo merajuk ? Ingat lagi tak? Ingat tak?

    Sudah. Agak menjengkelkan di situ.

    Hari ini, dah 15 Mac. Eh, dah nak masuk 16 Mac pun kot. Tapi, Bukumuka masih lagi berdiri teguh. Masih lagi berfungsi. Masih lagi boleh di gunakan. Haha. Ulang maksud yang sama dengan ayat yang berbeza. Pandai aku panjangkan ayat. Keke.

    Japi, aku bertambah merajuk dengan Bukumuka sebab, pertama dia tak tutup akaun. Sebab kedua, bila aku nak daftar akaun baru, nama aku asyik kena tolak je. Penat dah aku nak taip nama. Tapi masih di tolak. Ke sebab Mark Iceberg tahu aku benci dia sangat sampai dia pun bencikan aku sangat?

    Bunyi logik kot! Sorang yang kita tak suka, sepuluh yang tak suka kita. Kan?

    Ada sesiapa nak tolong buatkan akaun Bukumuka untuk aku tak? Nak buat page jelah. Tolong!


    Psst. Ni semua pengaruh kuat dari Achie sayam. Grrr~

    Psssst. Kenapa Mark Iceberg tak bekukan Bukumuka ?

    Psssssst. Nama sebenar Mark Iceberg sangat tak elok sebab tu aku kasi nama Iceberg :P





    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    14 March 2011

    Surat Cinta : Untukmu Cintaku #2.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)



    I AM ! Haha ;D

    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Selepas aku perasan beberapa entri yang tiada perasaan di sertakan semasa menaip, aku nak kasi sedikit kata semangat. Mungkin, sayam aku ini telah kehilangan semangatnya untuk ber-belog. Mungkin juga, kerana tekanan di tempat kerja.

    Sebelum aku mulakan surat cinta aku buat si dia, aku nak tukar kata ganti nama masing masing. Aku kepada I dan kau kepada You. Baru nampak macam pasangan kekasih. Kan kan, korang? Hehe.



    Sayam ku Achie,

    Kenapa waktu I baca you punya cerita, terasa kekurangan sesuatu. Lepas beberapa ketika, baru I tahu. You hilang perasaan dalam cerita you tu. Paham tak, sayam? You macam tulis cerita tu ketika you sangat mamai dan waktu you mengantuk.

    Eh, mamai dengan mengantuk macam sama je keadaan dia. Haha.

    Kenapa macam tu, sayam? Tak nak lah. Sebab, orang yang baca tak dapat nak mendalami cerita bila cerita tu di tulis tiada perasaan. Serupa macam membaca novel yang tiada sentuhan kasih sayang oleh penulisnya. Keke. Hebat tak ulasan I, sayam?

    Sebenarnya, I tak tahu macam mana nak kembalikan semangat you tu, sayam.

    Hmph. Haa~ Nak dengar cerita kelakar I. Err, mimpi sebenarnya. Mungkin boleh kasi sedikit semangat kat you. Jadi, baca jelah. Keke.

    Nak jumpa kat IOI tak ada jodoh. Nak jumpa kat Midvalley pun sama. Jadi, hari tu kita deal nak jumpa kat rumah you je sayam. Jadi, lepas kelas I terus SMS you yang I nak pergi rumah you. Nak dating yo! Manis tak kita, sayam? Dating kat rumah jep!

    Tapi, I sesat cari rumah you. Jadi, I tanya lah budak budak yang main main kat jalan tu. Dorang cakap, 'Oooo abang tu. Dia punya rumah hujung sana', sambil dorang bawak I kat rumah you terus. Haha. Comel je bebudak tu. Rasa nak cubit tapi segan!

    I bagi salam. Cehh. Nampak you tengah baring senang lenang tengok hindustan. HINDUSTAN, sayam? Hahahahaha. Okay, kita punya persamaan yang sama di situ. Jadi, tak mengapa. Tapi, yang sakit hatinya, you macam buat bodoh dengan I. Eh, bukan macam tapi memang!

    Sedih I.

    Lepas tu, you punya mak dengan adik beradik you jemput I makan tengah hari kat sana. Miaow~ I like you. Bab makan memang laju je cakap, 'Okay!'. Kaka. Yang peliknya, kenapa muka adik beradik you muka saudara-yang-I-tak-suka? Aiyoyoi.

    Lepas tu tetiba cerita kita tamat macam tu je. CD mimpi tu rosak kot! Tak pun sebab terlampau sakit hati. Dan merajuk dengan yuou. Haha. Argh~ Okay. You boleh gelak sekarang. Gelak lah puas puas. Memang taip entri ni nak kasi you gelak pun. Asyik tension benar je dengan kerja.

    Haa~ Sebut pasal kerja!

    Apa kata you tolak tepi perangai ketua you yang sangat menyakitkan hati tu. Dan fokus pada kerja. Kalau you cintakan kerja tu, pasti you boleh buat bodoh je pada perangai ketua you. Atau mungkin tidak. Haha. Al-maklumlah. I ni mana ada pengalaman bekerja pun. Setakat kerja dua tiga bulan tu adalah.

    You kerja lah mana mana, pasti jumpa orang yang sangat menyakitkan hati ni. Tak kira lah pangkat apa. Kan, sayam?

    Tapi, jangan sebab perangai dia yang sangat menyakitkan hati tu, you pulak down. JANGAN!! Jadikan kejelikan dia sebagai kekuatan you untuk terus berjuang kat tempat kerja tu. Okay, sayam? Mungkin memang niat dia nak kasi pekerja dia down. Jangan lah kasi dia menang pulak dengan misi dia tu.

    Eh, jap. Ni dah jadi sesi kaunseling. Haha.

    Oleh itu. Harus terus ke penutup. Jangan marah ye sayam. Keke.

    Teruskan lah ber-belog dan bercerita dengan penuh perasaan sebab madu madu I kat sini semua suka baca cerita you. Kesian kat I, madu 1, madu 2, dan mentua I. Rindu you yang lama. Uhuk ;'(



    Sayam,
    Shag




    Sebenarnya, aku tak pakar mana pun nak kasi semangat neh. Nak semangat dari aku senang. Jom lawan suara lah kat kotak karok. Keke.

    Kepada Achie, entah pape yang Shag meraban atas tu. Entah ada kasi semangat ke tidak. Maaflah ye.





    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    13 March 2011

    Shag Yahaya benar benar pergi ke Pluto?



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)




    Betul ke ni Pluto?

    Asaalamualaikum, sayam ku semua!

    Aha~ Semalam satu hari hilang. Adakah antara korang tertanya mana aku pergi? Aha. Sayam aku yang INI pasti tertanya tanya. Kan kan, sayam? Sebenarnya, aku tidak pergi ke Pluto. Sebab, aku tak jumpa mana Pluto. yang aku jumpa Pluto milik Mickey Mouse tu. Hahaha ;D

    Macam ni ceritanya. Pada suatu tengah hari yang mendung, aku di kejutkan dengan berita . . .

    Kyah! Gaya budak budak punya cerita untuk tidur malam daa~ Macam ni, aku semalam tengah emo, marah dan geram dalam masa yang sama. Satu hari suntuk aku cuba redakan perasaan tu. Tapi, tak mampu. Bila mana aku cuba buang perasaan geram dan marah aku tu, sekaligus gaya penceritaan aku tiada perasaan. 

    Bosan kot entri yang aku karang semalam tu. Sebab, tu tak ada cerita semalam.



    Kepada mereka yang buat aku emo tu. Ni sikit nasihat untuk korang.

    Silalah bersikap lebih dewasa. Umur pun dah 21 dan ke atas. Atau korang masih mengaku 16 tahun? Oh, tolonglah. Jangan nak pecah belah kan bangsa sendiri weh. Lepas tu tunding jari kat kitorang pulak kan. Hebat. Nak tepukan ke? Baik. Esok aku bagi tepukan kesedaran!

    Sebab, perkara macam ni lah aku 'buang' FB dari hidup aku! Sebab FB, orang kita berpecah belah. Sebab, orang boleh putar belitkan fakta dalam tu. Sebab, orang yang dengki boleh buat page benci orang itu orang ini.

    Tak perlulah korang nak berlagak. Macam korang tu hebat. Okay. Kalau benar korang hebat, sila buktikan dengan pointer korang 4 flat. Come on. Semua korang dapat 4 flat. Ada berani tak weh? Jangan cakap kitorang LOSER! Sebab, korang pun sama je LOSER sebab, kita berada di satu titik yang sama sebenarnya.

    Tak sedar ke?

    Nak kecik hati? Kecik kan lah hati korang sebab hati korang memang dah kecik pun. Lagi pun, hati aku pun dah terkecik pun dengan sikap dan perangai korang yang terlampau tu. Harap maklum.



    Maaf lah sayam sayam ku. Aku dah ter-emo kat sini. Sebab tu, semalam aku tak online langsung. Sebab, aku takut aku termasukkan nama nama mereka yang terlibat di sini. Aku takut aku tak dapat kawal perasaan marah aku kat sini. Aku takut!

    Sebab, dulu pernah aku terlajak kata kat belog. Dan akhirnya, pepatah Melayu, 'Kerna mulut badan binasa', tu benar benar terjadi.

    Maaf, sebab perasaan marah aku tak habis lagi. Lalu, aku lempiaskan di sini. Maaf, sayam ku sekalian!



    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    11 March 2011

    Aku nak tinggalkan dunia lalu pergi ke Pluto. Selamat Tinggal semua!



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)






    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Pertama sekali. Aku nak betulkan tajuk entri. Bukan nak tinggalkan dunia tetapi tinggalkan bumi. Maaf atas kesilapan jari aku buat tu.

    Wahhh~ Sangat menakutkan bila tengok berita pasal Jepun di telan air tu! Wargh~ Aku bersyukur aku tak berada di Jepun waktu kejadian gempa bumi sekaligus membawa kepada tsunami berskala besar tu. Alhamdulillah.

    Tapi, bila baca lagi berita tu. Berkemungkinan besar Malaysia pun akan terkena tempiasnya. Korang pasti dah tahu kan berita tu. Sebab, aku tengok ramai je pos entri pasal tu. Aku je lambat. Uhuk.

    Jadi, dengan ini aku nak ucapkan selamat tinggal semua sayam ku!

    Aku nak pergi ke Pluto. Penerbangan aku ke sana, sejurus lepas aku pos entri ini. Jadi, memang korang takkan berkesempatan nak ikut aku sekali lah. Haha. Jahat tak aku? Selamat tinggal korang semua!


    Sepatutnya, kita bersyukur dan terus berdoa atas kejadian yang berlaku di Jepun tu. Dan, bukannya menjadikannya suatu jenaka. Ambillah iktibar. Itu amaran dari Allah. Mari lah kita sama sama muhasabah diri. Kiamat makin hampir.

    Uhuk. Tersedak.



    Psst. Aku tetiba jatuh hati kat SAYAM ini. Terima kasih kepada SAYAM ini yang kenalkan kami. Ehek.



    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    10 March 2011

    Google Translate : Serupa budak budak sekolah yang translate seketul seketul.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)


    ANDA DI NASIHATKAN UNTUK KELIK !


    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Aku malas nak taip panjang panjang sebab, dah malam dan aku nak tidur. Haha ;D

    Tengok gambar kat atas. Ada paham? Kalau tak, meh aku terang kan dengan lampu taipan aku. Keke. Apa punya ayat daa~

    Korang pernah cuba khidmat percuma dari Pak Cik Google berkenaan dengan alihan bahasa? Atau nama celupan nya, Google Translate. Pernah? Kalau pernah tentu korang ada gelak gelak bila baca benda yang di alih bahasa tu. Kan kan?

    Kalau tak pernah, cuba lah weh! Tak buang karan pun. Sebab, korang hanya perlu kelik butang alih bahasa tu. lepas tu tunggu lah dia alihkan untuk korang. Lepas tu baca. Pasti korang jumpa ayat pelik pelik. Tak percaya? Sila buat sendiri lah ;)

    Aku dah buat tadi. Dan buktinya ada di atas. Kelakar weh! Aku gelak gelak dengan semangatnya ajak Mama gelak sekali. Haha. Rupanya, Pak Cik Google neh tak reti berbahasa Inggeri sangat. Durr~

    Korang jangan tunggu lama lama. Lepas Pak Cik Google baca neh, tentu dia terus batalkan khidmat percuma dia tu.

    Selamat mencuba, sayam sayam ku!


    Psst. Esok aku ada oral untuk Mandarin. Kyah!


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    Marilah mengundi, undi Shag Yahaya!



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)


    Ini adalah entri melekat sehingga 10 Mac tepat jam 12 tengah hari.


    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Wargh~

    Okay. Mukadimah je aku dah menjerit. Ada apa kedehal neh? Tertanya tanya kan korang? *Kening double jerk aku wajib ada* Hehe. mari lah kita baca sampai habis supaya korang paham dan jelas serta akan menolong aku dalam hal ini.

    Nampak gambar di atas? Jadi, tak kan tak paham lagi kot? 

    Tadi, aku jalan ke belog sayam aku. Dia tengah berkempen. Terkejut aku siok. Dah mula ke kempen mengutip derma bagi memenangi satu kontes, 'Pencarian 10 Belog Tercantik Pilihan Blogger 2011'. Mengah kejap aku taip tajuk kontes tersebut. Hehe.

    Jadi, lepas cari dan semak nama aku di belog 2dayblogger, aku pun nak berkempen jugak! Mari lah mengundi, undi aku! Marilah mengundi, undi Shag!

    Cara mengundi aku?
    1. Pergi belog ini :  2dayblogger.com [kelik]
    2. Copy http://shagcomot.blogspot.com
    3. Kelik butang f3 di keyboard korang. Lalu paste.
    4. ENTER sebanyak DUA KALI !
    5. Tandakan kotak tu.
    6. Kelik butang VOTE !
    7. Boleh lah bagitahu aku korang dah undi.
    8. Siap !
    9. Lupa. Jangan lupa bagi tahu kawan korang undi aku ye :P
    Sangat senang bukan? Aku dah kasi cara mudah kot nak undi aku. Jadi, apa tunggu lagi? Moh lah korang semua pergi ke belog 2dayblogger dan mengundi, undi Shag!

    Moga bertuah ye kepada semua sayam aku yang sama sama sertai ;)


    Psst. Setakat ini; jam 6:40pm, 4 Mac 2011; aku di tangga ke TUJUH BELAS. Jadi, di minta jasa anda untuk naikkan nama aku.

    Hahaha. Ada bunyi paksaan tak di situ :P


    Kepada 7 orang tersebut, terima kasih di ucapkan atas undian anda ;D

    Tarikh Tamat Undi :
    10 Mac 2011
    12 tengah hari



    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    09 March 2011

    Err, sebenarnya semalam ada salah dapat info sampai buat entri salah. Hahaha.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)





    Seperti biasa, ehsan Pak Cik Google.

    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Amacam tajuk entri aku kali ini. Ada panjang gila tak? Rasanya, mampu lawan sayam aku yang INI tak? Hehehe.

    Tajuk dia selalu panjang. Lalu, aku rasa tercabar. Lalu, aku pun dah terikut gaya dia taip tajuk panjang panjang. Lalu, ini lah yang terhasil. Lalu, aku baru terperasan aku banyak gunakan perkataan lalu.

    Mari kita ulas tajuk entri.

    Apa info yang salah?
    Itu tentang kononnya aku ada test hari ini, pagi tadi. Padahal, ESOK testnya. Durr~ Sangat bernasib baik sebab aku tak baca apa apa. Dan juga tidak bernasib baik sebab, otak aku masih di peringkat kritikal; tak boleh terima ilmu. Kyahh~

    Nak soalan bocor, please!

    Lepas tu, proposal tu dah dua hari rasanya aku nak buat. Tapi, Ya Allah. Aku tak ada idea weh. Macam mana ni weh. Waktu macam ni lah segala M datang kat aku. Malas, mengantuk. Hmph.

    Esok kena hantar kat President, aku punya rangka. Dia SMS aku tadi. Malas nak balas sebab aku tak ada rangka nak kasi dia. Haha. Jahat tak aku. Susah gila dapat penolong macam aku. Sebab, aku akan buat bila ada mood dan idea berlambak.

    Macam mana aku hadapi segala M bila aku kat kolej dulu eh? Zaman kolej nampak lebih mudah. Tiada M pun sebenarnya.


    Oh ya. Tadi jumpa Marly Ahmad bukan nama sebenar. Dia cabut dari UiTM Arau. Balik kelas terus jumpa, lepak kat Alamanda. Karok selama sejam setengah sambil layan makan tengah hari pada jam 4pm. Nasib tiada migraine. Alhamdulillah. Sayam, moga kau tabah lah. Kau paham maksud aku ni ;)

    Siapa nak jumpa aku, Jumaat petang lepas jam 430pm, cari aku kat GSC MidValley.


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    08 March 2011

    Tak tahu nak tulis apa sebab mata sakit dan kerja banyak.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)




    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Esok aku ada test, tapi tak baca lagi.

    Esok aku kena hantar satu assignment, tapi tak siap lagi.

    Esok aku kena hantar rangka proposal, tapi aku tak ada idea.


    Aku nak masuk tidur sekarang sebab mata dah lemah sangat, tapi tak boleh sebab kena selesaikan perkara perkara di atas. Uff!


    Itu sahaja aku nak cakap dalam entri ini.



    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    07 March 2011

    Walau satu kelas, penatnya macam ada kelas dari pagi sampai malam!



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)





    Ehsan Pak Cik Google lah ;)

    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Yay. Setelah dua hari aku bercuti atas sebab INI, aku kembali akti dan menceriakan kelas budak budak akaun. Haha ;D

    'Cahaya, kau tak ada, kelas sunyi gila kot!' - mereka.

    Cahaya itu nama mengada aku. Sebab, nama sebenar aku di guna pakai oleh kawan aku. Jadi, sebab dorang tak reti sebut Shag dengan betul dan aku tak suka di panggil Moy sebenarnya, aku suruh dorang panggil Cahaya je. Sebab, tu nama kat FB aku dulu. Unikkan?

    Lagi, aku tak pasti lah kata mereka itu dusta atau ayat mengambil hati sebab lama aku hilang atau betul dorang rindu aku tambah kelas memang sunyi tanpa kehadiran aku. Bangga seh! Sebab, setiap kali aku tak pergi kelas atau kerja, ada je yang cakap macam tu. Memang 'Cahaya' lah aku kan!

    Kejap. Tajuk bunyi lain dari isi entri setakat neh.

    Macam ni, hari ini hari Isnin. Dan, hari ini aku ada satu kelas je. Dua jam. Tapi, penat dia. Ya Allah. Sakit badan aku sampai rasa nak migraine. Dan tadi, sikit je lagi migraine aku nak datang menyerang. Nasib baik aku pandai bodek kepala aku kejap. Hehe.

    Petang tadi, jadi jurulatih tanpa bayaran ajar budak budak sekolah Mama main boling. Susah weh nak ajar! Tapi, agak bangga bila dorang dapat spare dan strike. Terasa berbaloi kejap.

    Lepas tu, macam biasa beli belah ikan ikan untuk kucing kat rumah aku ni. Lepas tu, beli Mekdi. Aku macam biasa ambil set nombor 7. Eh, yeke 7? Entah lah. Janji dapat Big Mac set besar. Kuang kuang.

    Lepas tu, pergi Shah Alam sebab nak ambil telefon bimbit Upin Ipin aku dari Baby. Lepas tu, balik. Dan sampai kat rumah dalam pukul 8 malam. Wahhh~ Nak kena buat kerja lagi! 

    Kenapa hidup seorang pelajar sangat sibuk tapi kaya?


    Lusa, kawan aku dari Arau nak balik sini bercuti. Jadi, boleh ajak date tengok Beastly. Siapa nak join sila email aku! Sebelum nak email, sila mintak dulu alamat email-nya dari aku. Keke.


    Psst. Aku nak pergi siap kan surat proposal untuk Accounting Club. Maklum lah, Naib Pengerusi. Durh~


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    06 March 2011

    Bila telefon bimbit lesap. Poyo tak tajuk entri?



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)





    Eh eh. Ni telefon bimbit sayam !

    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Aku, baru balik dari hantar Baby balik Poli Shah Alam. Setiap hari Ahad, itulah aktiviti aku. Dengan Mama dan Adeq. Bosan! Tapi best jugaklah sebab dapat makan. Haha. Hidup untuk makan - Fatin Azalea Malek, kawan sekolah menengah.

    Aku bukan nak cerita pasal tu.

    Aku nak cakap, telefon bimbit aku tak ada dengan aku. Uwaaa~ Macam mana neh? Kalau esok cuti aku tak heran sangat. Ni esok ada kelas. Dan aku adalah Penolong Ketua Kelas. Macam mana kalau ada pensyarah cari aku? Macam mana pulak kalau ada budak aku sesat kat UniKL cari kitorang yang lain tak ada?

    Okay. Bab sesat tu, aku mengaku aku melampau. Macam tak ada orang lain kan. Hehe.

    Tapi, kalau pensyarah cari tu yang lemah semangat aku. Kang tak pepasal dapat cop mohor, penolong tak bertanggungjawab. Uhuk. Sedih aku nanti. Dan kesian kat sayam sayam ni kena pujuk aku. haha.


    Esok. Tak kira apa pun, aku nak pergi Shah Alam balik. Sebab, nak ambil telefon bimbit aku dekat Baby. Ceit. Aku suruh pegang kejap je. Ni sampai cilok tak bagi bagi. Tahulah ada pelekat Upin Ipin kat telefon aku tu. Comel pulak tu.



    Psst. Siapa nak ajak aku dating sambil tengok Beastly? Kacak gila pelakon utama dia :P


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    Bila specky nampak macam coolio.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)




    Rupa aku lebih comel dari ni okay!
    hahaha ;D

    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Tetiba nafsu aku nak pakai kaca mata dah datang menyerang kembali. Penyakit ni dulu dah datang sekali waktu aku darjah enam dulu. Dan aku berjaya buat satu kaca mata. Walaupun waktu tu, mata aku tiada cacat cela selain sepet.

    Tetapi malangnya, kaca mata tersebut hanya menjadi perhiasan di almari barang aku je. Sebab, bila pakai, kepala aku pusing. Dari situ, bermula lah zaman migraine aku yang kian teruk. Cehh. Salah kan kaca mata bila aku dapat migraine. Haha.

    Sungguh aku tidak matang.

    Hampir 10 tahun aku meninggalkan isu kaca mata tu. Kali ini, nafsu tu datang semula. Kali ni, nak salahkan doktor yang cek aku waktu aku buat pemeriksaan kesihatan nak masuk UiTM dulu. Kononnya.

    Dia cakap, aku memang kena buat kaca mata. Bila aku jawab, kepala aku pusing. Dia jawab buat dekat kedai sekian sekian. Okeh.

    Terima kasih doktor sebab dah menaikkan nafsu kaca mata aku. Haha.

    Merah tu macam chun je.
    Tapi, merah jambu macam coolio jugep.

    Pelan aku, nak cari bingkai kaca mata seperti di atas ini. Ada sesiapa nak di mana mana kedai tak? Tak kesahlah kat kedai shades murah kat TS ke, Petaling Street ke. Tak kesah. Sebab, bingkai je kot. Dia punya lens memang aku buat kat kedai jugep.

    Penat dah aku cari kot. Yang aku jumpa jenis yang bawah ni je. Dah tu, warna hitam atau putih je aku jumpa. Tak ada ke ungu ke, merah jambu ke, jingga ke, kuning ke. Menarik sikit orang tengok aku. Haha. Ni asyik hitam dan putih je. Tak coolio sangat.


    Sesiapa yang jumpa bingkai kaca mata yang coolio dan di jual dengan harga bawah RM20 sila bagi tahu aku ye.


    Psst. Setiap hari, kuasa silau aku makin giat naik. Grr~



    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    05 March 2011

    Entri ini bukan berkaitan racist. Tapi, adalah sikit. Haha ;D



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)


    Gambar aku dengan Along.

    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Tajuk entri aku kali ni macam sangat membosankan je. Dah lah panjang. Lepastu terang terangan cakap nak sembang pasal racist atau dalam bahasa Melayu nya. Errr, kejap. Aku tak tahu lah pulak. Durh~


    Dulu, waktu aku sekolah rendah, aku pelik. Kenapa tak ada orang nak kawan dengan aku? Tapi, sebab aku masih budak budak yang malas nak pikir selain makan! Aku buat bodoh je hal remeh tu. Tak penting pun, kawan ada ke tak. Janji aku ada Mama, Abah dan adik beradik aku. Kan?

    Aku hanya ada seorang kawan dari darjah 1 sampai lah aku darjah 3. Lepas tu, baru lah bertambah sikit kawan. Sebab, dorang dah tahu aku ni anak Teacher Z. Sebutannya adalah Zee ye. Mulalah, ada orang yang nak kawan dengan aku.

    Bila dah besar. Baru aku tahu, kenapa dorang dulu tak nak kawan dengan aku. Sebelum mereka tahu Teacher Z yang garang tu ialah Mama. Rupa rupanya sebab muka aku macam orang Cina.

    Damn lah dorang!

    Kecik kecik dah tahu nak racist kan? Mangsanya aku pulak tu. Yang berdarah Melayu sendiri. Ya, aku mengaku. Aku punya darah Cina mengalir dalam diri aku neh. Tapi, jangan lupa ada jugak darah Siam dan Jawa Bandung dalam darah aku.

    Jadi, tak layaklah dorang nak racist hanya kerana aku bermata sepet dan putih lepas tu gebu dari dorang. Mana adil weh! Aku budak kecik je. Sampai hati budak kecik macam aku sanggup buat aku macam tu. Racist tu benda besar weh.

    Sampai sekarang aku anti gial gila sama budak racist. Tak kira kau bangsa apa!

    Aku dengan Mama.
    Aku bersama sijil Nasyid Peringkat Negeri weh.
    Tak pakai tudung pun masuk nasyid :P

    Lepas tu, aku lagi ramai kawan bila aku bertudung. Bertudung di sini, hanya pada waktu persekolahan je. Keke. Waktu tu aku darjah 5. Baru lah orang nak cakap dengan aku.

    Oh, kau Islam rupanya. Ingatkan Cina.

    Oh. Kalau aku Cina memang kau takkan tegur sampai mati lah kan. Sentap weh, sentap! Kecik kecik dah sentap sebab aku sepet. Waktu tu, aku tengok cermin. Yang aku tengok mata aku. Betulkah sepet?

    Serious, aku cakap. Aku tak rasa mata aku sepet,. Kenapakah? Tapi, korang kata mata aku sepet. Kenapakah?

    Sehingga satu ketika, aku tertanya tanya. Betul ke mata aku sepet. Penat aku tanya sorang sorang kawan aku. Betul ke mata aku sepet. Jap gi dorang cakap, terima jela mata sepet. Gelak tak nampak mata. Okay. fine!

    Nak tahu apa pengalaman paling best sepanjang aku tidak bertudung san memiliki mata sepet yang pasti orang bermata sepet yang lain pernah alami?

    Satu. Orang Cina seolah olah menjaga aku. Padahal dorang tahu, aku bukan Cina macam dorang.

    Dua. Dorang kasi servis baik punya kat aku. Lagi lagi kat salon rambut. Dia siap kasi potongan harga meh. Siap kasi harga rendah suruh aku luruskan rambut. Haha ;D

    Tiga. Dorang selalu sedekahkan senyuman kat aku.


    Cukup lah aku senaraikan tiga. Sekarang, mari lihat keburukannya pulak.

    Satu. Orang Melayu pandang aku macam nak campak aku balik Korea. Eh, silap. Balik China!

    Dua. Orang Melayu tak nak bercakap dengan aku. Jadi, agak susah aku nak mintak potongan harga dari peniaga Melayu neh. Uhuk.


    Dah kot. Karang kasi lebih orang cakap aku tindas bangsa sendiri. Durh. Dulu korang tindas aku tak apa pulak kan. Hmph. Dah dah. Lupakan kisah lalu. Bukak buku baru sebagai orang Melayu bermata sepet dan bertudung! Ahh~

    Muka kami memang berbeza!
    Baby, Mama, Aku!
    Psst. Aku paling tinggi sebenarnya.
    Dan, Mama paling rendah.

    Sekarang, tak payah orang tertanya aku ni orang Cina ke orang Korea. Tak pun Jepun. Jadi, tak payah nak tunjuk racist dengan aku.

    Kalau aku jadi Menteri Bangsa dah lama aku hantar orang yang suka racist ni masuk penjara!


    Apa kata kita drop this subject now? Sebab, aku takur emosi aku bawak cerita ni jauh terpesong. Haha ;D

    Adios amigos.



    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    04 March 2011

    Maksud nama aku, Shag Yahaya.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)





    Assalamualaikum, sayamku semua!

    Selepas beberapa tahun aku hidup membawa nama Shag Yahaya, baru hari ini aku tergerak hati nak mencari maksud nama tu. hahaha ;D

    Selalunya, orang akan selidik dulu nama yang dorang dapat kan? Tapi, bukan aku. Maksud nama sebenar aku pun, aku tahu lepas aku baca satu novel tu. Waktu tu aku tingkatan 3 kot! Pergh~ Lama hidup baru tahu nama aku membawa maksud yang comel. Keke. Apa maksudnya?

    Mana boleh bagi tahu sayam. Nanti korang boleh teka nama sebenar aku. Tak best lah!

    Okay. Dah beralih topik nampaknya kita neh.  Mari membuat pusingan U laju laju. Zasss~

    Tadi, aku p selongkar kamus dari Pak Cik Google. Punya lah aku selak ke huruf S. Penat gila! Okeh. Tipu! Aku taip je Shag. Sat gi dia keluar banyak gila Shag. Tapi, tak ada langsung nama belog aku. Uff~ Nampak sangat ranking belog aku bawah sangat. Haha ;D

    Nak tahu maksud nama Shag? Ni aku plagiat kejap dari kamus Pak Cik Google. Tak pe, Pak Cik Google tak marah. Kan uncle kan?


  • Collegiate shag, a swing dance that begun in New York in the 1930s
  • Carolina shag, a swing dance that began in South Carolina in the 1940s
  • St. Louis shag, a swing dance that evolved from the Charleston
  • Shag (1989 film)
  • Shag (fabric), a fabric typically used to make deep-pile carpets
  • Shag (bird) or Cormorant, a bird family
    • European shag or shag, a specific type of bird of the cormorant family
  • The Shag, also known as The Shags (one of many bands of that name) or Shag, a 1960s garage and psychedelic rock band from Milwaukee
  • Shag, a name used on some pop records in the early 1970s by British record producer Jonathan King
  • Shag (tobacco), fine-cut tobacco
  • Shag (hairstyle)
  • Shag (Josh Agle), American artist
  • British slang for sexual intercourse - see Wiktionary definition
  • verb: to collect volleyballs during practice
  • Shagging (baseball), to catch fly balls in baseball outside of a game

    Paling best, nama aku telah di movie kan! Dah tu, tahun aku lahir, sayam. Yay for that, okay. Meh meh tengok trailer :


    Bapak pecah! Tapi, macam coolio gila je style dulu dulu. haha ;D



    Psst. Apa maksud nama glamour korang?



    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



  • Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    Penyakit Pelik. Ada ubat tak?



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)




    Asslamualaikum, sayam ku semua!

    Nak tahu tak. Nak tahu tak? Kalau nak tahu teruskan membaca. Keke :P

    Kes Pertama.
    Situasi : Beli tiket LRT Putra
    Lokasi : LRT Putra Dang Wangi

    Shag : Dang Wangi satu. *sambil hulur duit RM2*
    Pegawai : Err.

    Shag : Alamak *tepuk dahi*. Salah salah. Ke Pasar Seni, kak.
    Pegawai : Hehe. Sampai tersalah pulakkan.

    Shag : Biasa pakai TnG. Hari ni tertinggal. Tu yang tersasul. Terima Kasih, kak.
    Pegawai : Sama sama.


    Kes Kedua.
    Situasi : Nak beli roti telur
    Lokasi : Medan Selera Presint 9, Tun Teja

    Shag : Dik, nak roti telur tak nak daging satu.
    Dik : Huh? Roti telur?

    Shag : Jap. Tadi cakap apa eh? Hmph. Nak roti telur tak nak bawang satu bungkus.
    Dik : Okay okay. *sambil senyum perli*

    Shag : Baby, Dkna cakap apa tadi?
    Baby : Dkna cakap nak roti telur tak nak daging. Hahahahaha ;D


    Kes Ketiga.
    Situasi : Pelan kenapa kena bangun pagi hari ini
    Lokasi : Kat rumah dalam bilik

    Shag : Baby, esok nak bangun awal. Kul 9 gerak KL Sentral dah.
    Baby : Kul 9 pergi KL Sentral? Awal gila babeng. Habis tu naik bas pukul berapa?

    Shag : Naik bas kul 9 setengah lah.
    Baby : Pergi KL Sentral pukul 9. Tapi, nak naik bas pukul 9 setengah?

    Shag : Eh, apa Dkna cakap tadi?
    Baby : Pergi KL Sentral.

    Shag : Adoihai. Pergi Putrajaya Sentral lah. Hahahaha ;D


    Banyak lagi kes serupa tu yang tak sudah sudah berlaku. Boleh katakan tiap hari wajib sekali aku tersasul dengan yakinnya. Malu siok! Makin lama macam makin menjadi pulak kesasulan aku neh. Dah lah tersasul. Boleh yakin tu! 

    Ni kalau buat presentation mahu markah keyakinan tinggi. Tapi markah penyampaian rendah. Sebab, info banyak salah bagi sebab tersasul. Hahahaha ;D

    Mintak simpang seribu lima ratus lima puluh lima lah kan.

    Ada tak sesiapa tahu macam mana nak hilangkan penyakit neh? Kalau ada ubat, bak sini sikit. Nak percuma tau. Tak nak bayar sebab aku tengah berjimat neh. Keke.


    Korang ada penyakit pelik tak? Marilah kongsi. Boleh sama sama gelak. Hahahaha ;D





    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

    03 March 2011

    TDBC - Day Nine.



    Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
    Assalamualaikum, sayam ku semua !
    Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)





    Assalamualaikum, sayam ku semua!

    Woah. Terlampau lama rasanya aku biar cabaran belog itu tidak bersahut. Hehe. Oleh kerana aku tiada idea nak menulis arini walaupun hampir 6 jam aku pikirkan apa apa idea. Nampaknya tiada idea. Keke :P

    Jadi, mari pilih cabaran untuk hari ke-sembilan neh. Aku pilih :
    Your Celebrity Crush





    Aku rasa aku pernah buat satu entri berkenaan ini. Tapi, bukan pasal cabaran lah. Rasanya pasal aku sertai satu segmen bloggers tu. Jap aku nak geledah setor entri aku. Sat naa~

    Haa. Dah jumpa! Di ENTRI INI aku ada tulis siapa artis kegemaran sepanjang zaman aku! Siapa lagi kalau bukan mamat-bangsa-asing dan vokalis-suka-jerit-tanpa-hilang-suara dari band Linkin Park, Chester Charles Bennington. Keke.

    Yang dok ikut aku dari dulu tentu dah bosan gila babas lah dengar aku dok cerita pasal mamat bangsa asing neh. Nak buat macam mana. Aku buat entri pasal dia atas tuntutan kerja. Kan aku kerja sebagai blogger neh. Jadi, kena lah laksanakan tugas dengan cemerlang gitu.

    Tak nak cerita banyak weh!

    Kenapa mesti dia? Aha. Soalan paling aku suka nak jawab. Dan selalunya orang akan jawab balik jawapan aku. Kononnya orang lain pun macam tu jugak. Oh tidak. Chazzy sangat chun di mata aku berbanding mamat lain. hehe.


    Satu.
    Aku jatuh hati kat dia gila gila bila aku tengok video musik lagu Linkin Park berjudul In The End. Pergh~ Ada satu part tu, Chazzy tengah senyum. Miaow~ Terus hati aku jatuh tergolek dok ala ala Shah Rukh Khan guling guling kat bukit. Menggoda nya senyuman Chazzy sayam. Mata dia comel. Cuba lah tenung. Pasti jatuh tangga!

    Dua.
    Sebab suara dia. Nak jerit, nak pop etnik, nak balada, nak RnB. Kasi jelah dia nyanyi weh. Tangkap nganga lah aku dengar dia nyanyi. Hihi. Tapi, aku suka suara dia dalam lagu Pushing Me Away Remix. Menggoda habis. Tak habis habis menggoda kan kerja dia? Sebab tu aku tergoda. Haha ;D

    Tiga.
    Sebab dia reti main gitar. Miaow~ Aku memang suka mamat yang reti main gitar neh. Bagi aku, mamat yang main gitar ni sangat lah romantiknya. Begitulah, bagi aku. Jadi, sesiapa yang nak jadi suami aku yang kekal abadi, sila reti main gitar. Boleh?


    Empat.
    Sebab dia adalah seorang bapa yang penyayang. Miaow lagi~ Gambar kat atas menunjukkan beliau tengah bawakkan beg anak dia. Walaupun ada penjaga badan aka bodyguard yang dok ikut je dia memanjang, tapi beg tetap di bawak nya. Sangat manis!

    Lima.
    Korang boleh baca kat ENTRI NI. Aku malas nak senaraikan banyak banyak. Nanti orang cakap aku TAKSUB sangat dengan Chazzy sayam.



    Siap! hehe. Kalau korang nak tengok entri aku yang lain berkaitan cabaran belog neh, boleh lah kelik :



    Dah habis baca entri ?
    Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
    Terima Kasih ;)
    =============================================================================
    Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
    =============================================================================

     

    Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
    (c)Copyright reserved by Shag Comot