28 February 2012

Products Review : Seaweed Ionic Clay Mask.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Kelmarin aku pergi MotoXpo KL 2012 kat PWTC. Berbekalkan hanya RM5 untuk yuran masuk MotoXpo yang ada dalam poket seluar akibat tertinggal wallet dalam kereta skandal aku nombor 2. Ceit. Jadi pendatang haram aku satu hari suntuk itu hari. Nasib baik tak ada yang mintak cek kewarganegaraan aku. Fuhh fuhh~


Sampai sana, ramai lah awek awek motor aku jumpa. Tak nampak motor jadinya. Sebab awek motor ramai, jejaka yang kejar awek motor ni bebrkali ganda ramai nya !


Tetiba aku di sapa oleh seorang awek motor. Dia tanya aku, kenapa kulit aku nampak putih dan tak berminyak. Padahal muka dia dah berminyak sakan walaupun duduk dalam ekon. Aku jawab mungkin minyak tu datang dari tangan tangan jejaka yang usap muka dia kot. Lepas tu aku gelak, dia pun ikut gelak. Eh, aku dah bahan, dia tak paham ke ?


Sebenarnya, aku pakai Seaweed Ionic Clay Mask yang aku petik kat The Body Shop, KLCC hari tu. Dia pun semangat nya mintak aku tulis kan nama mask tu kat pinggul dia, takut dia lupa. Pinggul ? Aah, memang kat pinggul. Aku pun pelik jugak, tapi gasak lah labu. Malas aku nak pikir sebab musabab dia suruh aku tulis kat situ.


Dia teruskan interview muka aku. First time pakai, memang rasa pedih sikit lagi lagi kat atas bibir. Tapi, bila bilas, dan sapu penyegar, okay balik. Aku pakai selang satu hari. Hari kedua aku pakai, memang sejuk. Dah macam pakai bedak sejuk cuma dia wangi lagi dari bedak sejuk lah kan. Dan, mahal-tapi-berbaloi-baloi. Dan, masuk hari kedua tu minyak kat muka memang kurang. Selalu petang, muka aku memang berminyak gila. Dah boleh goreng telur atas muka aku. Tapi, hari tu tak berminyak sangat pom.


Awek motor tadi angguk angguk banyak kali. Dah macam burung belatuk aku tengok~


Lepas tu, aku mintak diri sebab skandal aku nombor 4 dah ajak balik. Dah puas tengok pinggul awek awek motor kot ? HAHA. Eh, aku lupa nak tanya nama awek motor tu dengan mintak nombor phone sekali. Boleh aku rekemen kat skandal nombor 4 aku tu. Keke.


Korang yang muka berminyak tu, rasanya boleh lah jugak try Seaweed Ionic Clay Mask ni. Hanya RM66 je untuk 100ml.



4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

27 February 2012

Lomo Aquapix Giveaway by Miraa Hussin.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Shag Yahaya sedang menaip~


Okay. Aku nak join satu GA. Dah lama gilos aku tak join. Sebab aku join ? Aku nak sengsangat Waterproof Lomo atau di kenali jugak sebagai Lomo Aquapix. Kenapa aku nak sangat ? Sebab dia waterproof maa. Boleh bawak masuk air. Aku teringin nak shoot dalam air. Nak pakai DSLR, kena beli casing dia yang mahal gilso tu. Tak mampu aku !


Jadi, Miraa Hussin sayam. Shag join ye !


Nak join sama ? Kelik SINI.


Sumber : TEHAA.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 February 2012

Fakers bersepah sana sini, salah siapa ?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Rasanya ramai yang tahu pasal isu fakers ni. Makin lama makin berlambak fake account kat FB tu. Tujuan dorang buat fake account ? Banyak sebab~ Yang mana, sebab utamanya hanya mereka yang tahu.


Tapi, kita ni kena lah buat sesuatu untuk elakkan dari benda tu berlaku kat diri kita. Ni bila dah berlaku baru nak melatah. Marah sana marah sin. Orang tu pakai nama kau, pakai gambar kau. Salah siapa sebenarnya semua tu ?


Bukan aku nak sebelah kan si fakers tu semua. Tapi, cuba lah pikir. Kalau tak ada sumber, manakan dorang boleh buat fake account menggunakan gambar gambar korang kan.


Tapi, bagi yang dah pemes dorang cakap benda ni dah kerap berlaku atas diri dorang. Dan dorang merasakan ini sesuatu yang normal. Dah lali~ Tu sebab fakers hanya buat fake account tanpa menyebarkan fitnah ke atas individu terbabit. Tapi, tak kan nak berdiam je ? Nak tunggu sampai fakers buat something buruk kat korang dengan buat fake account tu ? Menghina, memburukkan korang. Time tu baru nak jadi cacing kepanasan ke ?


Jadi, bertindak sekarang. Macam mana ? Tak payah lah nak tayang muka korang kat mana mana. Tak ada gambar, maka payah lah fakers nak buat fake account. Payah kan cara penyelesaian aku ? Memang lah payah sebab muka korang tu lah modal korang untuk meningkat naik. Jadi, kalau pape yang teruk dan buruk terjadi, padan muka !


Kalau bab report fake account tu, aku boleh tolong lagi. Kawan kawan lain pun boleh tolong. Tapi, kalau dah lebih, sendiri mahu tolong diri lah :D



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

25 February 2012

Avenged Sevenfold live in Malaysia - Tickets



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Peminat peminat Avenged Sevenfold atau A7X, korang dah boleh beli tiket konsert dorang yang bakal diadakan pada 29 April 2012 akan datang ni. Tapi, lokasi konsert sudah bertukar. Sebelum ni, lokasi adalah di Stadium Negara tapi dah tukar ke Surf Beach, Sunway Lagoon.


Ni pulak senarai harga untuk tiket dorang :






Aku rasa aku ada nombor Tune Talk. Kena cari balik, sebab dulu dapat free. Tak guna sebab nombor tak cun. HAHA. Boleh lah jugak dapat 20% diskaun. Nak beli hari ni, macam tak sempat. Lambat sangat aku tau pasal ni. Huhu.


Sapa nak join ? Meh kita p sama sama kat Tune Talk Zone tu. Baru boleh head banging gila babas punya !


Sumber : SINI

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Friendship Day at The Body Shop - 30% and 20% Discount !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Kalau korang nak tahu, sekarang The Body Shop tengah buat promosi untuk Friendship Day. Tapi terbuka untuk members The Body Shop jela. Members yang bawak kawan bukan members situ, akan dapat 30% diskaun dan kawan dapat 20%. Untung lah ada kawan yang ada membership dengan The Body Shop ni. Boleh tumpang sekaki borong barang kat situ. HAHA.


Aku cekau dua barang je - Seaweed Ionic Clay Mask dan Sweet Lemon Lip Butter.


Harga sebelum RM66 dan RM26 masing masing. Lepas diskaun 30% total dua dua dapat RM64.40 je haa bhai. Gila berbaloi lah. Macam mana aku dapat 30% padahal aku bukan member ? Akak kerja kat The Body Shop KLCC cakap, amik barang paling murah satu untuk 20% yang lain bayar kat 30% punya diskaun. Kira macam, banyak lah kitorang dapat diskaun. Thanks to sales person situ lah kan ;)


Esok atau lusa, aku review pasal mask dan lip butter yang aku beli. Esok bawak Mama pulak nak beli perfume. HIHI.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 February 2012

Sepet lah macho weh !



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Okay. Sebelum korang semua pikir aku nak cite pasal awek awok Korea, aku nak cakap, memang tak ada kena mengena dengan dorang. Cuma ada kena mengena dengan keturunan aku je. Sentap hari mak bila ada orang macam perli ciri ciri dari keturunan aku.


Bukan apa. Nampak sangat ada sikap berat sebelah. Mentang mentang aku duduk belakang, hujung dunia dalam kelas. Nampak aja salah aku, walaupun aku tak ada buat salah pun. Haa~ Ni mak tak puas hati. Kan dah terluah kat sini. Padan muka kalau baca !


Macam ni cerita nya anak anak ku sayam. Orang depan mata, main game dalam handphone mahal yang baru beli, di biarkan, tidak di tegur. Aku yang duduk belakang, mata tepat pandang depan, ke arah dia, boleh pulak di tegur - 'Bukak lampu *sebelum ni tak bukak* lah. Mata Shag dah nak tutup tu.' Semua pandang aku. Aku ? Aku terus menjawab lah - 'Jangan perli mata keturunan saya. Mata saya memang macam ni.'


Untunglah jadi anak murid kesayaman~ Tak kena marah.


Aku tau, mata aku sepet. Kalau gelak lagi lah. Macam tak ada mata. Tapi, tu bukan salah aku. Bukan jugak salah nenek moyang aku. Dah Allah takdir kan saya di lahirkan dalam keluarga yang berketurnan Cina, Siam dan Jawa Bandung. Nak buat macam mana ? Tak kan nak p buat pembedahan plastik, besar kan mata ? Coi !


Dalam banyak banyak benda, mata aku adalah perkara yang paling sensetip. Sentap hati mak, kalau main perli perli mata mak ni.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 February 2012

Sudah bersediakah anda ?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Cute Tabi !


Shag Yahaya sedang menaip~


Tajuk nak macam siriyes gila kang. Konon aku tengah nak kasi entri yang siriyes dan suspen lah konon. Coi nya aku ni. HAHA :D


Sebenarnya, semua ni aku terpikir bila aku balik dari kelas petang tadi. Sampai rumah dekat pukul 6 sebab abam bas tu bawak selo sangat. Aiyoo. Eh, aku mana tau dia bawak selo sebab aku tidur mati. Aiyoyo~ Jangan tanya air liur aku meleleh ke tak. Biar orang sebelah aku je tau k !


Berbalik pada isu.


Aku sampai rumah, tak sempat nak tanggal stoking pom. Mama terus serang aku - 'Kakak, meh masak ! Kita masak kurma ayam.' Aku dah macam aiyoyo. Aku baru balik penatnya. Tapi, lapar gila. Lalu, aku tolong jela Mama. Eh, sebelum tu aku tukar lah baju, seluar semua.


Dalam aku tengah tolong Mama tu, aku terpikir. Macam mana aku time kahwin nanti ? Ni boleh lah aku masak time penat penat. Sebab, ada Mama teman kat dapur. Kalau time kahwin ? Laki aku nak ke temankan kat dapur. Tolong masak sekali. Nak ke ? 


Aku rasa, belum sempat laki aku tanya- 'Dalim, nak masak apa malam ni ? Abam lapaw dah~'. Aku dah tembak dia dulu - 'Abam ku sayam, jom makan kat Gearbox Warung Dusun !'


Bila kerja, kompem balik petang. Bila balik, kompem penat. Bila penat, kompem aku tak nak masak. Tapi, takkan tiap hari nak makankat kedai ? Kalau aku jadi First Lady okay lah ! Tak ada kerja tapi duit berlambak. Boleh pakai duit rakyat tanpa perlu aku bayar balik pom. Eh, ni topik apa ? Patah balik~


Jadi, aku tanya kat diri aku. Ready ke aku nak kahwin ? Setakat ni belum lah rasanya ! Sebab, aku amat malas nak masak kalau dah penat. Macam mana nak jaga laki kalau tak reti nak jaga perut dia dulu kan. 


 Tapi, kalau ada yang sanggup masak untuk bini dia ni tiap hari. Meh lah mai pinang aku. Bye !



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 February 2012

Ethics at train station~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)







Shag Yahaya sedang menaip~


Ingat lagi semalam aku tayang sikit filem pendek gila babas aku ? Kalau tak ingat, tu atas aku ada tampal lain. Boleh tengok kasi pusing kepala sebab starting dia memang gegar sikit. HAHA :D


Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Memang sakit perut aku tunggu giliran untuk present petang tadi. Dengan bebudak junior yang tak save video properly. Dorang save raw data. Kira macam save project bukan save as movie or video. Eh, paham tak ? Alaa~ Tak reti nak explain sangat pasal video neh. Tak pakar~


Yang dah tengok video tu, kalau korang perasan ada satu scene tu, ada mak cik salih yang bukak baju. Time tu, aku menyorok bawah meja. Malu siot~ Memang satu kelas bantai gelak lah weh. Cite pasal ethics tetiba kua adegan lucah sikit.


Komen lecturer tentang video ? - 'Pening kepala tengok starting dengan ending. Gegar~'


Tapi komen presentation - Recommendation yang ktorang bagi based on our video, bagus sekali. Alhamdulillah, syukur. Harap markah best lah jugak.


Lepas ni macam nak buat short film lagi lah. Dua minit punya cita aku edit sampai berjam jam. Tu yang best ! HAHA~


Aku dah lama tak nampak SAYAM aku ni mai komen entri aku. Tak sayam aku dah ke bhai oi ? Jangan mood tu ke laut sangat. Korang p lah pujuk  SAYAM  aku ni untuk aktif kan diri dia balik seperti dulu kala k ! Dah, aku sakit perut. Bye~



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Shagcomot Production pulak~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Esok dah nak present hari ni baru siap. Hai hai~ Biasalah tu. Kerja last minute itu perlu ! Eh, tapi video ni aku dah edit dari minggu lepas. Tapi, setiap kali edit, rasa tak cukup benda. Malam ni pun aku rasa macam nak p shooting lain je. Aiyaa~


Tapi, terpaksa lah berpuas hati. Kang benda lain lebih, isi tak ada pulak. Markah kurang jugak.


Video tu pasal ethics. Kumpulan aku pilih nak buat ethics kat stesen ketapi - Monorel. Sebab tu yang paling dekat dengan kampus. Aku tarak hal. Sebab tiket aku bayar bulan. Rugi kalau tak pakai, bayar sebulan RM100 unlimited !


Kalau paham video tu, bagus ! Esok nak kena present. Agak agak, apa komen lecturer kitorang ? Tetiba sakit perut amat sangat bila cakap pasal komen lecturer. Aiyoo~



p/s : ramai pemenang Mini GA 2012 by shagcomot.com tak respon terhadap balasan email dari aku.



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 February 2012

Pengumuman : Hadiah Mini GA 2012 by shagcomot.com



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Untuk makluman para pemenang - 20 orang semuanya. Sebarang respon atau penyerahan hadiah di buat melalui email yang di mana kalian berikan segala maklumat yang di minta sebelum ini. Jadi, pastikan kalian SEMAK EMAIL masing masing untuk mengelakkan sebarang salah paham di masa akan datang. Dan. yang lebih penting, SEMUA 20 HADIAH DAH SETEL DI SERAHKAN MELALUI EMAIL PAGI TADI.


Kipas bateri sudah di pos by Pos Laju Malaysia yesterday and the tracking number has been emailed to the 5 winners. Kod tambah nilai RM5 x 4 Celcom dah di email yesterday. 10% x 2 and 5% x 3 vouchers from Lavia Heart Couture has been emailed yesterday also. Kod tambah nilai RM5 x 5 Maxis dan RM5 x 1 uMobile dah di email pagi tadi.


Kepada Cik Harty, Shag try bukak link entri Mini GA 2012 by shagcomot.com tu dah tak boleh. Dan, link belog awak - Teratak De'Harty, pun tak boleh - tak ada apa yang keluar. Nak pastikan awak pemenang yang mana pun susah. Tapi, macam mana pun, hadiah awak memang dah di serahkan melalui email. Cek email dahulu k. Inform me kalau tersalah hadiah.


Kepada pembaca belog aku ni, ada peringatan sikit untuk korang semua. Kalau ada budak bernama SYAHMINA NORAZMI mintak atau offer sponsor untuk GA / kontes, sila tolak. Sebab ? BACA SINI ;)


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Alhamdulillah, rezeki pagi Isnin ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)









Shag Yahaya sedang menaip~


Alhamdulillah. Rezeki pagi Isnin aku.


Tengah online free kat mekdi KL Sentral neh ! Bukak komen belog, aku baca ada 'Tahniah'. Aku stop kat situ sambil besar kan mata aku. Kot lah SPAM ke apa. Dah besar mata walaupun sikit, aku baca balik dengan berdebar nya. Eh, cerita lebat pulak.

'Tahniah,anda salah seorang pemenang : http://www.eyriqazz.com/2012/02/senarai-pemenang-give-away-wang-kertas.html' - Bro Eyriqazz

Ho mak~ Biar betik ? Cek cek kat belog Bro Eyriqazz, memang aku menang pom. Alhamdulillah, syukur~


Tahniah buat Cik Tom dalim sebab dapat duit baru kaler kuning~ Shag dapat kaler biru dengan hijau. Kot ? Entah lah. HAHA. Janji dapat sudah lah. Peduli apa dapat yang mana, kan ? Terima Kasih, Bro Eyriqazz sebab buat GA tu. Kan tak pepasal bertuah Shag, walaupun dapat sebahagian kecil hadiah yang ada ;)


4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 February 2012

Air mata seorang Adam.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Air mata seorang Adam di katakan terlalu mahal. Vice versa dengan air mata seorang Hawa pulak. Benarkah semua dakwaan tu ?


Mungkin benar. Tapi, aku tak suka bila kaum Hawa percaya bulat bulat pada air mata Adam hanya atas nama cinta. Kau cinta aku, aku cinta kau. Bila kau menitis air mata mahal kau depan aku, maka aku amat terharu. Kerna, Adam hanya menumpah kan air mata mahal mereka hanya di hadapan Hawa yang benar benar di cintai nya.


Benarkah fakta itu ? Aku kurang pasti. Cuma, aku benci Hawa yang dengan bangga nya cerita kan pada satu dunia, Adamnya menangis di ribanya. Menunjukkan betapa tulus dan suci nya cinta mereka berdua.


Come on, Hawa ! Adam pun boleh jadi pelakon terhebat. Air mata mereka pun boleh melembutkan hati kita - macam air mata kita yang boleh melembutkan hati mereka. Aku tak cakap semua Adam ye yang menggunakan Hawa dengan air mata. Dan, aku jugak tak cakap yang semua Hawa sebodoh itu !


Beringat lah semua oi. Jangan mudah percaya pada air mata orang lain. Kalau semua menangis, tak kan nak tolong semua. Takkan nak percaya mereka semua ? Pikir pikir kan lah~



p/s : 'Kau milikinya atas kertas putih bertulisan hitam, aku milikinya atas perasaan cinta yang mendalam.' - Pendapat aku ? Betapa bodohnya manusia ni merampas hak orang lain !



4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Earth Hour 2012.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)







Shag Yahaya sedang menaip~


Earth Hour di jalankan pada setiap Sabtu terakhir dalam bulan Mac. Dari apa yang aku baca, Earth Hour ni di mulakan sejak tahun 2007 yang di pelopori oleh WWF Australia. Kali pertama Earth Hour di lancarkan adalah pada 31 Mac 2007. Dorang lancarkan Earth Hour ni pun untuk kasi kesedaran kat kita ni. Tak lain tak bukan pasal perubahan cuaca dunia - global warming !


Jadi, pada tahun 2012 ni Earth Hour akan di jalankan pada 31 Mac 2012. Dari jam 2030 hingga 2130.


Dalam sejam kita yang support benda ni, kena tutup semua peralatan elektrik kita. Agak agak korang sebagai bloggers, nak ke tutup gadgets korang yang boleh menghubungkan korang dengan dunia belog ni ? Sejam je pom kan~ Tutup sat tak ada kesan negatif kat kesihatan diri kot. Kan ?


Mari lah sama sama kita support Earth Hour 2012. Hanya dengan padam semua peralatan elektrik. Bukan dengan berbuat benda tak senonoh k ! Mentang mentang lampu habis tutup~ Kiki.



Sumber : Dalim | Sayam



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

17 February 2012

Gila pangkat, gila kerja.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Apa lah masalah mereka mereka ? Gila kan jawatan tapi benci kan lambakan kerja. Dah nak berpangkat kan, haruslah ada kerja lebih. Kalau tak nak kerja, kalau tak reti buat kerja, letak jawatan. Duduk diam diam kat bawah. Duduk atas pun, bukan buat apa. Goyang pinggul, tayang badan, mengada je lebih ! Apa ingat kau tu orang semua sayam ke ? Dorang ambil kesempatan atas kemurahan diri kau tu je ;)  Jangan mengeluh dan jangan melatah kat orang lain. Kalau kerja kau sendiri kau tak reti nak uruskan. Kau yang gila pangkat, kau kenalah gila kerja jugak. Baru adil. Kan ? Jangan lambak kan kerja kat orang bawah yang tak ada pangkat. 


Jangan buat orang benci kau. Bila orang benci, kau benci balik orang tu sampai mati. Apa kejadah ? Salah siapa sebenarnya tah ?


Semalam aku kena food poisoning. Dari petang sampai tengah malam dok keluar atas bawah. Lepas tu, tengah tengah malam kebulur sebab perut kosong. Tapi Alhamdulillah, pagi ni terus sihat dengan sedikit rasa sebu kat perut.



p/s 1 : Siapa terasa pedas, dia laah yang termakan cili api kampung haa~
p/s 2 : Minggu depan, final chance aku kasi. Tak berubah, say bye bye kat posisi kau. Aku kan Vice President  !
p/s 3 : Penyerahan hadiah Mini GA 2012 by shagcomot.com akan delay sedikit masa. Maaf~



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 February 2012

Keputusan Mini GA 2012 by shagcomot.com



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




 


Shag Yahaya sedang menaip~


Pertama sekali, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada mereka yang sudi join  Mini GA 2012 by shagcomot.com ni. . Dan, yang tak join tapi tolong promote tu, terima kasih jugak ye. Sayam korang ketat ketat lah! 


Jadi, meh duduk dekat dekat, aku nak umumkan pemenang ni ;) Kualiti video amat rendah sebab aku guna MPEG4 small je. HAHA :D



 


Pemenang Kipas Bateri x 5 :

  1. 40 http://azzalifestory.blogspot.com/
  2. 20 http://itsmetira.blogspot.com/
  3. 24 http://nurulbasyirah.blogspot.com/
  4. 19 http://cempakakuningku.blogspot.com/
  5. 72 http://24-7nay.blogspot.com/

NOTA : Sila email Nama | Alamat | Nombor Telefon | Nombor Penyertaan, cth : 40. Email : shagcomot@yahoo.com
Tuntutan hadiah hanya boleh di buat selama 7 hari. Lewat, say bye bye to hadiah dan hadiah tu akan di beri kepada peserta lain - Cabutan Baru.




Pemenang 10% shopping voucher dari Lavia Heart Couture x 2
:

  1. 18 http://azatiesayang-contest.blogspot.com/
  2. 96 http://puanhartyruncing.blogspot.com/
NOTA : Sila email Nama | Alamat | Nombor Telefon | Nombor Penyertaan, cth : 40.  Email : shagcomot@yahoo.com
Tuntutan hadiah hanya boleh di buat selama 7 hari. Lewat, say bye bye to hadiah dan hadiah tu akan di beri kepada peserta lain - Cabutan Baru.

 
Pemenang top-up RM5 x 10 :
  1. 21 http://diellaunly.blogspot.com/
  2. 63 http://colourfuldaysofwanie.blogspot.com/
  3. 66 http://myapeapeaje.blogspot.com/
  4. 25 http://forteennineninetyseven.blogspot.com/
  5. 37 http://hikayatgembelan.blogspot.com/
  6. 50 http://cikhusnasukaoren.blogspot.com/
  7. http://chibbyabby.blogspot.com/
  8. 82 http://hi-iamchildish.blogspot.com/
  9. 86 http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/
  10. 34 http://ogy2112.blogspot.com/
NOTA : Sila email Nama | Nombor Telefon | Network, cth : Celcom | Nombor Penyertaan, cth : 40.  Email : shagcomot@yahoo.comTuntutan hadiah hanya boleh di buat selama 7 hari. Lewat, say bye bye to hadiah dan hadiah tu akan di beri kepada peserta lain - Cabutan Baru.




Pemenang 5% shopping voucher dari Lavia Heart Couture x 3 :
  1. 67 http://akusukebiru.blogspot.com/
  2. 91 http://adeqrifqi.blogspot.com/
  3. 103 http://sukadukahidop.blogspot.com/

NOTA : Sila email Nama | Alamat | Nombor Telefon | Nombor Penyertaan, cth : 40.  Email : shagcomot@yahoo.com
Tuntutan hadiah hanya boleh di buat selama 7 hari. Lewat, say bye bye to hadiah dan hadiah tu akan di beri kepada peserta lain - Cabutan Baru.




Nak double cek nama KAT SINI ;)


TAHNIAH SEMUA PEMENANG ;)


Pada yang tidak bertuah untuk GA ni, sabar jela ye. Lain kali aku buat GA lagi, korang boleh join. InysaAllah bulan depan - Mac, aku buat GA sekali lagi ;)


Buat semua peminat peserta, TERIMA KASIH sebab sudi join Mini GA 2012 by shagcomot.com





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 February 2012

Mini Giveaway 2012 by shagcomot.com



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



INI ADALAH ENTRI MELEKAT.
ENTRI TERBARU SHAGCOMOT.COM [ 14 Februari ]:
Dalam kegelapan pasti ada cahaya ;)







Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Pengumuman pasal Mini Giveaway 2012 by shagcomot.com



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


T.O.P kacak !



Shag Yahaya sedang menaip~


Tak sampai sejam lagi, Mini GA 2012 by shagcomot.com akan menutup tirainya. Eceh. Gaya aku taip dah macam Mini GA yang aku buat ni event se-grand Grammy Awards. Kiki.


Pada yang dah join, dan pada yang bakal join dalam masa tak sampai sejam ni, Terima Kasih aku ucapkan sebab sudi join GA pertama aku ni. Nebes aku tebal bila nak buat GA ni. Takut tak ada orang join. Tapi, bila ramai yang join, aku takut pulak hadiah yang bakal aku bagi tu, tak seberapa.


Cakap pasal hadiah, ni aku nak kasi tau hadiah yang bakal para pemenang terima. Hadiah tak seberapa sebab kata Mini GA kan :Pp

  1. Kipas tangan yang pakai bateri x 5 - gambar esok boleh ? Malas nak turun bilik bawah amik camera :P
  2. 10% shopping voucher at Lavia Heart Couture x 2
  3. Top up RM5 x 10
  4. 5% shopping voucher at Lavia Heart Couture x 3

Jadi jumlah pemenang adalah seramai 20 orang. Macam sikit kan ? Okay lah kot sebab aku bajet hadiah ada 15 je. Tapi memandangkan peserta ramai di luar jangkaan, aku naik kan sikit. Top up jela yang senang ;)

PERINGATAN PENTING UNTUK PESERTA :

  • Cek nama korang kat SINI.
  • Ingat nombor penyertaan korang. Contoh : 100.
  • Esok cabutan akan di buat pada esok petang. InsyaAllah. Doakan aku tak busy esok ;)

Dan, semua belog peserta aku dah terjah. Kalau ada yang rasa aku tak komen entri, itu bermakna aku tak jumpa butang komen. Dan, pada yang rasa aku tak follow belog dia, tu sebab aku tak jumpa butang follow.Dah dah, aku nak tidur. Esok kelas pagi >.<



UPDATE : 

MINI GA 2012 BY SHAGCOMOT.COM SUDAH TAMAT !! :D




Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Dalam kegelapan pasti ada cahaya ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Dalam kegelapan, pasti ada cahaya. Kena mencari je. Jangan hanya pandang gelap di dalam kegelapan tu. Kalau dok cari gelap dalam kegelapan, bila nak keluar dari kegelapan. Ye dak ? Eh, korang paham tak ni apa yang aku tengah bebel kan ?


Aku nak cakap, tengah kita berduka ke, bersedih ke, tak payah nak layan sangat sedih dan duka tu. Patutnya, waktu kau sedih dan duka tu kau cari sesuatu yang boleh buat kau tersenyum lalu gembira seperti kau yang normal sebelum ni. Kalau dok melayan sedih tu, sampai ajal tiba pun kau dok bersedih. Nak ke macam tu ? Aku tak nak !


Sebab tu setiap hari, aku cuba mencari sesuatu yang boleh menggembirakan hari hari aku. Kawan kawan ada, dorang dah boleh gembirakan hari hari kau. Kan ?


Semalam memang gembira habis lah. Sampai rumah, kelam kabut nak siap kan assignment yang kena hantar hari ni. Ni aku tengah pikir idea nak hentam apa dalam esei aku tu. Aku pegang pepatah - 'Berseronok dahulu, ber-tension kemudian lepas tu berseronok semula !'. HAHA.


Kau yang aku maksud kan dalam perenggan kedua adalah aku sendiri. Entri ni untuk peringatan aku pada masa hadapan supaya tak jatuh tersungkur dengan parah seperti dahulu ;)


Hari ini last day untuk join Mini GA 2012 by shagcomot.com. Sesiapa yang belum join, boleh lah join. Sesiapa yang dah join, sila cek nama kat Senarai Peserta ;)


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

13 February 2012

Genting Highlands lepas 10 tahun~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Nama dia Seaweed. Dia merajuk sebab tak dapat main >.<


Shag Yahaya sedang menaip~


Hari ni, aku pergi Genting Highlands lepas 10 tahun plus plus. Lama gilos tak p dow. Tadi p, memang batak habis lah aku. Dari naik bus, naik cable car, naik roller coaster dan lain lain. Pergh~ Dah macam budak bangang aku tadi :DD


Nasib lah kawan kawab aku kena jaga aku tadi. HAHA.


Ada dua benda gembira berlaku tadi. Secara tak sedar dan sedar. Satu, kitorang dapat beli tiket untuk outdoor games dan indoor games dengan hanya RM50. Harga sebenar, RM66. Macam mana dapat murah ? Ada pak cik kat tempat bas untuk pergi ke Genting Highlands yang jual kat kitorang. Katanya tu promosi dari Genting. Tapi limited sangat sangat kupon tu.


Lagi satu, aku dapat teddy bear lepas hampir 15 tahun tak main teddy bear. Aiyak. Terima kasih pada Muhammad Ilham lah kan. Dapat lah aku teddy bear hitam, ber-reben oren. Aww aww~ Seksinya teddy bear aku tu ! Teddy bear aku ada dalam gambar kat atas !


Malu jugak nak usung dari Genting Highlands, ke Pasar Seni, ke Putrajaya. Kadang kadang aku terlupa aku tengah pegang teddy bear. Aku rasa pelik kenapa orang dok pandang semacam tengok aku. Rupanya pasal teddy bear hitam ber-reben oren tu. Malu~ Dah besar gajah pun dok gendong teddy bear ke sana ke mari.


Ouh. Waktu pergi Genting tu, aku terlupa bawak memory card DSLR. Terpaksa aku beli mahal kat atas sana tu. Tak pepasal melayang RM79 untuk 4GB memory card. Uwaaa~ Lari bajet nak beli lens baru >.<


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 February 2012

Dua tahun Empat bulan sudah rupanya~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Tak salah kalau kau rasa kau tak mampu nak lupa kan sesuatu. Sebab, perkara paling susah nak buat adalah melupakan seseorang yang korang sayang. Sama berlaku dengan aku. Jangan kata aku tak pernah alami apa apa. Aku pun manusia biasa. Sering di timpa dugaan.


Dah dua tahun bhai berlalu rupanya. Nak masuk tiga tahun dah. Tapi, aku gagal nak lupakan semua yang berlaku dua tahun empat bulan yang lalu.


Hampir berpuluh orang yang aku sayang, yang aku percaya, hilang begitu sahaja. Semua mereka tetiba jadi makhluk asing di hadapan aku. Yang dulu nya sanggup bermandi darah dengan aku, tetiba meludah aku ! Yang dulu nya berkongsi segalanya, tetiba menjadi tamak. Semua hak dia, semua kebenaran hak nya !


Aku hilang berpuluh orang dalam satu masa. Rasa rasa kau, apa aku rasa waktu tu ?


Aku terus lupa Allah waktu tu. Aku tak malu mengaku ini sebab aku nak korang yang lain sedar. Jangan sesekali melupakan Allah yang satu. Apa yang aku ingat waktu tu hanyalah mati. Biar aku mati dari aku terus hidup dalam penghinaan yang di cetus oleh orang yang aku percaya.


Alhamdulillah. Dalam diam ada penyokong tulang belakang aku. Demi melihat dia gembira, aku berpura pura kuat, dan tersenyum riang. Aku tak suka orang sedih sebab aku sedih. Biar aku sedih dalam diam, janji dia gembira. Aku janji pada diri, aku akan terus berpura melupakan kes mengaibkan tu. Melupakan detik maruah aku di pijak, di campak jauh jauh saban hari. Janji untuk terus berpura gembira.


Sebab janji tu, lepas dua tahun empat bulan aku masih ingat tiap detik tentang benda tu.


Siapa cakap senang nak lupakan sesuatu ? Meh cakap dengan aku. Macam mana nak senang kan ? Tolonglah. Aku dah tak sanggup nak ingat. Setiap kali aku ingat, dendam aku menyala nyala. Aku tak suka dendam. Aku dah cuba maafkan mereka mereka dari dulu lagi. Tapi, kenapa tak lenyap lenyap mereka mereka dari ingatan aku ?


Mereka mereka, kalau baca, adakah wujud bibit bibit gembira di hati korang ? Kerna nama korang terpahat teguh dalam ingatan aku. Wajah korang terukir pekat dalam minda ini. Bergembiralah atas sengsara aku ni ;)



Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 February 2012

Pulau Dudoq - Pusat Pelancongan Terbaik lah der~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Pulau Dudoq imaginasi Pak Cik Google ;)


Shag Yahaya sedang menaip~


Kali ni aku nak kongsi satu tempat yang mana aku selalu jugak lah pergi dengan family aku. Time kecik kecik dulu boleh di katakan setiap dua minggu kitorang pergi.


Abah : Along, Kakak. Cepat siap.
Ktorang : Nak pigi mana Abah ?
Abah : Nak pigi Pulau Dudoq !
Ktorang : Yay ~ Boleh mandi laut.


Padahal dulu, aku paling benci pergi pantai. Sebab, kaki aku geli bila pijak pasir pantai. Kalau pergi pantai, aku lepak kat tempat rumput je. Kalau nak betul betul tepi pantai, Abah terpaksa dukung aku bawak kat khemah. Aiyak !


Sambung balik cerita pergi Pulau Dudoq tu.


Kalau korang nak tahu lokasi Pulau Dudoq ni, memang tak boleh nak tanya Pak Cik Google. Kompem dia geleng kepala lepas tu terus migraine. HAHA. Sebabnya, lokasi Pulau Dudoq ini di tentukan oleh si pemandu. Kenapa macam tu pulak ?


Sebabnya, Pulau Dudoq adalah satu yang di reka khas oleh Abah dan Mama. Pulau Dudoq yang femes dalam family aku ni membawa maksud 'TIDOQ' ! Makna lain nya, tak wujud lah Pulau Dudoq ni sebenarnya. Aigoo~


Tapi, sebabkan Abah cakap 'Pulau' dan kami paham itu memang lah Pulau. Aku dengan Along bersiap sakan. Siap bawak baju spare lagi, konon nak mandi laut ! Last last, p The Mall tak pun SOGO. Ceit ! Bila ktorang cakap - 'Ni bukan Pulau Dudoq'. Kompem Abah jawab lain kali je p Pulau Dudoq sebab dah petang - tutup.


Ktorang yang budak budak hingusan sangat ni percaya jela. Layan jela kena tipu.


Dah besar, baru tau Pulau Dudoq tak pernah wujud. Ohmeng~ Tapi, sampai sekarang Abah guna 'Pulau Dudoq' kalau adik adik aku tanya nak p mana bila tengok Abah amik seluar jeans. LOL~ Ingat anak anak dia ni nak tertipu lagi ke ? Aku dengan Along dah cerita, so adik adik aku tak tertipu. Menyesal jugak cerita. Kan best kalau dorang kena tipu macam ktorang pernah kena. HAHA.


Amacam ? Nak p tak Pulau Dudoq. HEHE.


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Attention my dear, miechalovechocolate.blogspot.com



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya sedang menaip~


Dalim ku sayam. Kepada pemilik belog ini : miechalovechocolate.blogspot.com, sila take note ye.


Belog anda tidak dapat di buka - sila rujuk gambar di atas k. Kalau macam ni lah jadi nya, macam mana Shag nak usha bukti yang anda memang join Mini GA 2012 by shagcomot.com ni kan. Tambahan, kesian pulak rasanya pada para peserta lain yang nak BW ke belog anda tapi gagal.


Kalau still nak join, tukar setting belog dari Private kepada Public ye sayam ;)



Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 February 2012

Cerita antara aku dan skandal - Puih! ~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Chummy Lambert mucuk mucuk tumi tumi~ :D


Shag Yahaya sedang menaip~


Ya ya, atas tu kucing aku - Chummy Lambert. Kucing yang aku sayam sampai mati lah ! Peluk ketat ketat sama dia. Nanti kena gigit kat muka. Ouch~ Kalau lah parut tak hilang, rasanya tak terkira jugak tanda yang di tinggalkan Chummy kat muka aku ni. Aiyak~ So naughty lah Immi neh - nama manja pondan dia.


Dah tutup cerita pasal Chummy. Asyik cerita pasal dia je, naik lemak nanti. Dah lah makan banyak lepas tidur berdengkur je tau. Lain tak tau !


Iklan-tak-berbayar kejap~

Jom lah join !

Ehem. Hari ni aku rasa pertama kali lah aku balik awal dari kampus. Kelas petang cancel. So, dengan suka hati aku p tunggu bus kat Pasar Seni, macam biasalah. Time naik bus tu, skandal *cecece* aku pun perasan aku balik awal. Sebab, tak pernah lagi aku balik awal kan.


Skandal *puih!* : Aik. Awal balik hari ni ?
Aku : Tak ada kelas. Suka nya hati nak balik tidur~
Skandal *puih!* : Untunglah boleh tidur. HAHAHA :D - gelak tu memang nak membahan !
Aku : Harus lah~ Bawak lelaju sikit. Tak sabar nak jumpa skandal kat rumah - bantal dan tilam.
Skandal *puih!*Yele yele. Hantar belakang rumah macam biasa !


Hantar belakang rumah tu bukan lah ktorang senyap senyap seludup kat belakang rumah. Bus stop ada kat taman belakang rumah aku tu. Kira senang lah aku bila balik naik bus. Turun bus dah sampai rumah. Hoho~


Seronok weh naik bus ! Boleh tidur kat belakang. Nak leleh air liur pun boleh~ Nak dengkur ? Dah bayar, semua jalan. Siap boleh dapat skandal *puih!* drebar bas lagi tu~ HAHA. Kau ado ?


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 February 2012

Neway pusat karaoke yang err err . . .



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Chun tak ?
Aku tak edit pape melainkan resize kan dan tambah watermark sahaja ;)

Shag Yahaya sedang menaip~



Haii~ Bila lah si Zeo ni nak balik ke pangkal jalan ? Aku dah start busy gilos neh. Nanti kang terabai lagi belog yang aku sayam ni. Ohh~ Tak sanggup ku menahan. Aiyak. Terbawak bawak karok tadi.


Okay. Sebenarnya aku tak tau nak cerita apa. Tapi dah separuh jalan type, baru keluar idea. Bagus otak, bagus ! Hihi. Tadi petang, aku melepas kan gian karok yang dah lama aku pendam sebab tak ada masa tambah dengan tak ada pusat karok murah murah kat area kampus aku tu.


Tadi, pergi jela terjah Neway karoke kat Berjaya Times Square. Ktorang karok kat situ pun sebab perasan ada promotion untuk student. RM11++. Aku tanya plus plus untuk apa, dia cakap tax ler. Aku bajet dalam RM15 sorang lah kan. Untuk EMPAT jam okay. Kira macam berbaloi. Lagi lagi bila dengar dia cakap, dapat minuman percuma dan makanan !


Pergh~ Terliur aku time nak karok tu k !


Tapi, meh aku cakap sama korang lah kan. Dorang ni buat je promosi murah tapi bila bayar, mahal gila ! Kan aku tulis tadi RM15 seorang untuk 4 jam kan ? Bila bayar jadi RM22 seorang untuk 4 jam tersebut. Jauh tak jauh tak ?


Bila tanya, dorang cakap makanan yang ktorang pilih tu diskaun sikit je bukan free ! Aku mengamuk lah. Sebab pelayan tu cakap memang free, walaupun lepas aku provoke beberapa kali kot dia tipu. Bila aku cakap macam tu, dia cakap pelayan tu lupa. Aku cakap kat dorang - 'Pandai you all tipu customers. Tahniah ! '


Jajan yang konon free kena bayar RM12 untuk dua mangkuk besar bekas abu rokok kat kedai mamak je haa ! Makanan dia yang tak sedap kena bayar dalam RM4 sepinggan. Ada 3 pinggan. Ice blended nasib baik free ! Kalau tak, lagi aku mengamuk.


Aku memang garang kalau bab duit ni~ Hihi ;)


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

07 February 2012

Avenged Sevenfold live in Malaysia on 29 April 2012. Wohoo~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)








Shag Yahaya sedang menaip~


Kepada peminat A7X, dorang nak mai Malaysia 29 April nanti ni. Alaa~ Aku tau korang dah tau lama. Aku pun dah tau lama. Cuma lupa nak update kat belog. Aiyak~ Meh meh aku kasi details sikit :

  • Artis : Avenged Sevenfold
  • Tarikh : 29 April 2012 (Sunday)
  • Lokasi : Stadium Negara, KL.
  • Tiket :  RM88, RM128, RM158, RM198, RM258
  • Kaunter : ADK (Akan di beritahu kemudian)

Aku nak pergi, aku nak pergi ! Tapi tapi, 29 April tu, ada benda penting akan berlaku dalam hidup aku. Pergh~ Kentang tak ayat aku ? HAHA. Kalau lah boleh aku ada kat kedua dua lokasi - konsert dan Kelana Jaya. Wahaa~ Penting lagi rasanya untuk aku ada kat Kelana Jaya dari aku ada kat A7X punya konsert. Kan ?


Siapa pergi ? Boleh belanja aku rock zone punya tiket ? HAHA.


Para penganjur kontes / GA. Jom lah join sekali - DALIM | SAYAM | PUMPKIM.

4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot