Tak perlu cari di mana Shag Yahaya. Tiada pun :) |
Assalamualaikum, sayam ku semua!
Hari Sabtu baru baru ni aku pergi kenduri kahwin nak balun nasi percuma yang sedap kat Taman Sri Gombak. Kawan kolej aku kahwin dah haa~ Suka benar aku! Yela, sebab dia kahwin aku dapat lepak dengan budak budak kolej. Hehe.
Kira dua dalam satu punya majlis.
Eh, tiga lah! Majlis kahwin, kenduri makan percuma dengan mini re-union bebudak KPMB. Haha. Ada yang makin sihat. Macam aku ni. Ada yang kurus. Sampaikan aku terkejut dan nak mintak tips macam mana kurus. Tapi, lupa aku nak catit pulak. Sibuk dengan gambar je haa~
Kawan aku cakap, 'Budak kita keluar kolej semua reti pakai heels, wedges semua haa~'.
Semua dah teringin nak jadi perempuan yang berpenampilan hebat sekarang ni. Yang kena teruk aku lah. Al-maklumlah, dulu rock tak ingat dunia. Jumpa jumpa aku dah tutup kepala. Siap sarung shawl warna merah jambu! Siapa tak terkejut. Haha. Nampak pulak aku pakai wedges. Hoyeah. Satu point lagi untuk dorang membuli aku! Damn.
Tu belum adab adab aku waktu makan.
Waktu makan adalah elok untuk kita berdiam diri ye kawan kawan. Selain daripada untuk menghayati makanan percuma tersebut, ianya adalah salah satu adab kita sebagai orang Islam ye. Sebab tu aku makan tak bercakap. Jadi, dua masa jela aku senyap iaitu makan dan tidur. Yang lain bercakap tak henti. Haha. Jangan lupa tau anak anak sekalian, makan kena senyap. Kalau lupa nanti mak rotan :P
Okay. Aku dah malas nak taip.
Err, aku baru bangun tidur ni sebenarnya. Qada' tidur dari Jumaat hari tu. Keke. Bangun pun sebab nak cari info untuk speech aku hari Jumaat ni. Lusa kena hantar draf pertama. Aku punya ucapan berkaitan 'How to hack wireless network password'. Mentang mentang baru baru ni kena hacked terus nak buat pasal tu :P
Doakan draf aku berjaya siap esok ye sayam sayam sekalian!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================