30 October 2010

Tutorial : Muat turun Fonts cantik!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Malam pembaca!

Malam ni, aku nak kongsi dengan korang macam mana nak muat turun fonts yang cantik untuk laptop kita. Sebenarnya, aku terserempak Cik Tom bertanya pada seorang blogger pasal mana nak dapat font yang cantik. Alang-alang aku ajar Cik Tom, aku ajar jela sekali semua pembaca belog aku ni. Kankan.

Pertama sekali korang perlulah pergi ke laman sesawang Dafont.com yang membekalkan banyak jenis tulisan kat situ. Lepas itu, korang boleh ikut arahan dari salah satu videos yang aku bekalkan kat bawah ni. Nak senang kan kerja aku. Sebab, sekarang ni ada pelbagai jenis Windows. Aku pakai XP. Ada yang pakai Vista. Jadi, korang pilih lah video mana yang sesuai dengan Windows korang ye.

Yang bawah ni untuk pengguna Windows XP. Kalau tak jelas korang boleh tanya kat aku ye. Jangan malu malu :D


Yang ni pulak untuk pengguna Windows Vista. Aku rasa sapa yang pakai Vista senang kerja nya. Cepat siap! Bertuahlah korang. Hihi.



Habis je korang ikut tutorial kat atas ni, secara automatik nya, tulisan cantik yang korang muat turun tu akan ada dalam semua software yang melibatkan tulisan. Contoh terdekat Microsoft Office, Photoshop dan Photoscape.

Sebelum paparkan entri ni, aku nak kasi kredit sikit kat Cik Nurul. Sebab, dia yang ajar aku dulu. Thanks ye Nurul ;) Dan kepada Cik Tom, semoga berjaya!


Selamat mencuba ye, kawan kawan!



UPDATE!!
Cara nak muat turun bagi pengguna Windows 7 adalah sama dengan cara Windows Vista.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

29 October 2010

Software Review : Paint Dot Net.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Malam pembaca!


Hai hai hai. Selamat bertemu lagi. Macam jadi pengacara televisyen lah pulak aku ni. Haiyak.

Kali ni aku nak review pasal satu software lagi. Software yang ada kaitan dengan pengubahsuaian gambar. Alaaa. Macam Photoshop, Photoscape apa sume tu. Tapi, ni aku nak cerita pasal Paint.net.

Mungkin aku agak ketinggalan. Adakah aku? Hmph. Tapi, aku rasa Paint.net ni lagi senang dari Photoshop. Aku nak muat turun Photoshop pun tak lepas lepas sejak Photoshop aku yang lama dah corrupted!

Thanks to Amalyna Azman lah sebab dari tutorial dia lah aku tahu pasal Paint.net ni haa. Dapatlah aku buat watermark untuk blog aku satu! Kiki ;Pp


1. Macam mana nak download? Taip http://www.getpaint.net/download.html di ruang alamat kat atas web browser korang tu. Lepas tu tekan lah Enter. Nanti akan keluar page seperti di atas tu haa. Taraaa~

2. Turun ke bawah sikit. Nanti akan ada satu butang untuk muat turun Paint.net tu. Kelik jangan tak kelik.

Lepas tu korang tahu lah apa nak buat kan. Alaa. Macam tak biasa pulak install software ni. Malu malu pulak. Dah habis install apa semua, korang dah boleh start edit gambar pakai Paint.net yang dah korang penat penat install tu. Rupanya macam ni :


Nak tahu macam mana nak buat header transparent guna Paint.net, korang boleh pergi jengah Amalyna Azman kat SINI. Kalau nak buat watermark, errrr, korang tanya En Google lah ye. Kiki ;Pp

Sebelum menamatkan entri kali ni, aku nak tayang watermark yang baru aku siapkan tadi dengan menggunakan Paint.net. Aku guna Hagemaru jadi model blog aku yang baru ni. Hehe.




Bye!


Credits to : Amalyna Azman.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Software Review : Opera Internet Browser.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Petang pembaca!

Aku baru je muat turun web browser yang satu ni. Opera Browser. Gelak lah gelak lah. Aku tahu, aku lambat. Alaa, aku dah lama tahu cuma terasa agak malas nak muat turun je. Semalam tetiba aku teringat nak muat turun. Hari ni aku nak review dengan korang lah. Aku tahu. Bukan aku sorg je yang perak dengan Opera ni. Perak itu jakun ye bukan negeri Perak tu.

Jom kita mula dari A. Eh, aku tak nak pakai ABC aku nak pakai 123.


1. Kalau korang tergerak hati nak muat turun. Korang taip http://www.opera.com/. Dan tekan Enter!
2. Dah nampak butang Download tu, apalagi, keliklah butang Download tu, jangan tercenguk je. Hehe.


3. Kalau dah kelik butang tadi tu, timbullah muka atas ni. Jangan terkebil kebil kalau tak keluar. Korang tak kelik butang Download, macam mana nak keluar muka surat baru tu. Haila.
4. Kalau muat turun tak mula bila muka atas tu keluar, korang perlu kelik butang Click Here tu. Nanti dia refresh balik page korang tu. Agaknye lah. Sebab, aku tak kelik pulak butang tu. Hihi.
5. Kalau muat turun dah bermula, tunggu jela sampai habis. Nanti, ikut aje instructions yang Opera dah bagi kat muka surat tu. Ikut dengan betul, betullah lah jadinya nanti.


6. Dah siap muat turun dan install, nanti timbullah satu muka yang baru kat depan mata korang macam kat atas ni haa. Opera Browser! Taraaaa~ Bersih dan suci. Kiki.


7. Ada sorang kawan aku di Plurk tanya aku, boleh tak tukar kulit si Opera ni. Alaa. Macam Chrome jugak lah. Chrome kan boleh tukar tukar kulit dengan sesuka hati. Opera pun boleh! Jom ke sini  http://my.opera.com/community/customize/skins/?show=rec
8. Pilih lah mana korang nak kan. Patu kelik sahaja butang Download seperti biasa. Biar aku tunjuk hasil salah satu kulit yang aku pilih secara rambang. Aku pilih hitam sebab aku suka hitam. Kiki.


9. Haa, banding kan dengan Chrome punya kulit.



Setakat ni, aku masih suka pada Chrome. Sebab, Opera macam lambat nak load satu satu page. Contohnya, blogspot. Takde lah lama gila! Amik masa dalam 10 saat je bagi Opera nak load page log in ke  blogspot. Tapi, sama je kot dengan Chrome? Haha ;DD

Jom lah korang muat turun jugak! Marilah kita ber-Opera pera.

Salamat mencuba! ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

28 October 2010

Kontes : Saya nak teka berat baby Mama Liyana.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Haa. Ni kontes pertama aku sejak aku bertukar akaun baru ni. Kontes ni anjuran Mama Liyana. Jom terjah blog beliau kat SINI.

Harap harap betul lah aku teka ;D Ohh jawapan aku tak boleh tayang sini. Untuk mengelakkan sebarang peniruan. Kiki.

Bye!


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Petang pembaca!

Tajuk entri tak boleh belah! Jom parking kat blog Ben Ashaari. Sape Ben Ashaari? Entah! Aku pun tak kenal. Tapi yang pasti, dia adalah seorang blogger yang tegar dan popular! Tengok pada pengikut beliau, dah hampir mencecah 3700 orang. Wow! Aku? baru berapa belas. Jauh ketinggalan.

Hari ini, En Ben Ashaari ada buat pengumuman bahawa beliau akan buka satu bloglist baru untuk blogger macam aku. Yang terasa diri nya baru belajar merangkak. Err, walaupun dah boleh berlari dalam realiti, tapi dalam blog aku tak berapa merangkak pun tak lepas lagi! Hmph.

Bagi korang yang nak join bloglist En Ben Ashaari, meh lah kelik SINI untuk tahu syarat dan peraturan nya. Cepat buat! Tengah malam ni En Ben tutup bloglist beliau.

Bye!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Akhirnya, satu nafsu berjaya di kalahkan!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Selamat pagi, pembaca!

Pagi pagi buta ni aku nak kasi tahu kat korang, aku dah berjaya hapuskan satu nafsu aku. Nafsu online Facebook. Kiki. Aku bukan takat deactivate kan. Malah, aku delete dulu semua orang dari senarai kawan aku. Mungkin ada orang akan cakap aku kejam sebab buang mereka. Tapi, peduli pulak aku. Haha.

Dah lama aku nak buang Facebook dari hidup aku. Facebook umpama air yang aku perlu minum sepanjang hari! Bila perut dah kembung, nak buat kerja lain pun tak jalan. Kan? Tak boleh jadi macam tu. Sebab tu aku terpaksa buang! Harap kawan kawan aku kat Facebook tu paham. Korang perlu paham. Kata kawan.

Cara hubungi aku? Korang pasti ada nombor telefon aku kan. Kalau tak ada, korang boleh cari aku kat sini, tak pun
Plurk. Boleh jugak email je kat aku : gmoy_noisy@yahoo.com. Yahoo Messenger aku tade. Formspring pulak, aku ada suatu masa dahulu. Tapi, aku dah lupa kata laluan. Aku dah mintak kata laluan baru, tapi bila nak masuk dia tak bagi. Haila.

Itu sahajalah aku nak bebel kat sini. Aku nak tengok Pondorum sampai habis sat sebelum gerak ke katil.

Bye!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

27 October 2010

Restaurant Review : Famous Thai.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Tengah malam, pembaca!

Hari ni aku nak review satu restoran yang wujud dekat Seksyen 7, Shah Alam dengan Subang Jaya. Nama restoran ni Famous Thai. Dah nama nya pun Thai, tahu tahu jela masakan apa yang diorang masak. Tentu tentulah masakan Thai. Jangan cakap korg tak pernah makan pun masakan Thai. Tom Yam tu kan masakan diorang.

Semalam, bersamaan dengan 25 Oktober 2010 bersamaan juga dengan hari gaji se-Malaysia, aku dengan Mama, Abah, Baby dan Adeq p Shah Alam. Tujuan asal nak hantar Baby balik Poli. Tapi, melencong sampai ke Plaza Shah Alam, Seksyen 7. Lapar, kata Mama.

Pusing punya pusing, terpikat dengan restoran Siam ni. First time makan situ, Mama amik jalan selamat dengan pesan set makan yang murah kat situ. Mama pilih set RM68.80. Ada ikan, ada ayam, ada kangkung dan tentunya ada tom yam! Tak lupa ada Chinese Tea.



Atas ni adalah Seafood Tom Yam. Mungkin sebab kitorang pilih set punya, diorang bagi dalam mangkuk kecil untuk setiap orang. Makna nya, aku tak boleh nak tambah lah kalau tom yam aku dah habis. Melainkan cilok Adeq punya sebab, dia tak makan pedas. Memang pedas! Cili api dalam mangkuk aku je ada empat lima batang. Mahu berapi aku yang sememangnya tak makan pedas.



Hat ni pulak, Chicken Green Curry. Warna macam, 'Yukkkks!' kan. Tapi, bila makan sedap wa cakap sama lu. Tak percaya? Pergilah cuba dow. Rasa mint! Tak pedas. Hehe. Aku pernah tahu pasal kari hijau ni dari rancangan Chef Wan dekat siaran ASTRO, AFC. Tapi, dia buat pakai cili api 100%. Yang aku rasa tu tak pedas langsung! Jadi, aku suka!



Ini pulak, errrrr, aku tak ingat nama. Fish and Mango kot? Tapi yang pasti, tu ikan Siakap yang di masak dengan mangga. Aku tak rasa mangga dia sebab, aku tak suka makan mangga dengan nasi. Hmph. Tapi, ikan dia sedap! Cuma ikan agak kecik untuk aku yang besar! Kuah dia pun sedap! Nanti kat bawah korang boleh tengok bukti betapa sedapnya ikan ni. Kiki.



Sambal Petai Udang. Masakan biasa je bagi ktorg. Petai, aku dengan Abah jela yang rebut. Itu kegemaran kami! Hehe. Pedas memang tip top! Tapi, sedap. Sanggup aku biarkan lidah aku kebas sakan sebab nak makan petai! Hoho.



Kangkung Belacan. Yang ni, aku boleh cakap 'Okay' jela. Sebab, kangkung! Terlampau biasa. Tade beza pulak tu masakan diorang. Hmph.



Haa, yang biru tu Blueberry Ice Blended. Bukan handphone Blueberry tu tahu! Kisaran ais dalam Bahasa Melayu untuk Ice Blended ni Seeeedddddaaaaaaaaaaaapppppppppp!!!!! Sebelah dia Mocha Ice Blended. Bolehlah.

Harga dia boleh tahan dengan makanan!
Boleh kalah restoran Nelayan dekat Tasik Titiwangsa tu haa :D
Baca dengan teliti nanti korang notis dua benda.
Satu, towel aka wet tissue yg diorang kasi kena charge!
Dua, jajan yang diorang hidang time nak order, kena bayar jugak!
Kami ingat free =.="
Update 21 April 2012
Update 21 April 2012

Terasa nak melahap kat sane? Cepat lah p Google untuk dapatkan peta ke sana. Hehe :D


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 October 2010

[UPDATED!] Saya ada blog khas untuk bloglist jugak! ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Petang pembaca!

Orang buat blog aku pun nak buat. Orang buat banner untuk blog, aku pun buat. Orang buat kontes, errr, aku akan buat satu hari nanti! Haha. Senang cerita, apa yang bloggers tegar buat, aku pun nak buat. Al-maklumlah, nak blog aku terkenal jugak macam diorang punya. Kiki ;Pp

Kali ni, aku buat satu blog khas untuk aku campak segala banners dan senarai blog. Nama akaun tu, Bloglist dan Banners. Sesapa yang suka sangat exchange link tu, boleh lah tukar dengan aku. Biar aku susun banner atau URL blog korang kat akaun senarai blog aku tu.

Sape nak exchange link? Komen komen lah kat sini ye ;D

BYE!




UPDATE !!


Blog
 khas untuk bloglist aku tu dah di buang. Sebab, aku akan tampat segala banners kat blog asal aku di Nothing is true, everyhthing is permitted! 

Aku punya alasan kukuh. Terima kasih pada yang beri pandangan di Shout Box ;)






Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

24 October 2010

Ziana Zain | Vaseline murah.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Update 21 April 2012

Malam pembaca belog!

Haa, hari ni aku kemaskini belog malam sebab aku dah tak larat nak bukak mata aku ni. Esok ingat nak p Maybank sat. Nak buat bukak akaun. Dah tua baru nak bukak akaun bank. Haila.

Tadi petang aku p Alamanda. Konon nak main boling, tapi lane full house lah pulak. Hmph. Naik lah ke Rasa, p makan. Time nak makan, mama terjerit :

Ziana Zain!

Aku bajet dalam TV. Aku toleh belakang lah nak tengok TV. Tade pulak. Aku nak tanya mama, mana? Belum sempat tanya aku dah tersedak. Terkejut aku, Ziana Zain lalu sebelah meja ktorg. Dia jawab kat mama, 'Ya, saya' sambil tunduk tanda hormat.
Update 21 April 2012

Aww. Comel kot dia. Kecik je haa. Ziana Zain mai dengan family. Duduk kat Rasa jugak. Orang lain macam tak perasan tu Ziana Zain. Mungkin sebab muka dia nampak lain. Aah. Lain! Kalau korg tengok TV, memang tak serupa lah dengan live punya. Comel! Dah bape kali aku sebut comel? Hmph.

Aku yang tengah makan, terus berhenti mengunyah. Nak pergi tangkap gambar dengan dia punya pasal. Aku p kat dia cakap nak tangkap gambar. Dia macam tak nak. Al-maklumlah, tengah lepak dengan family, orang lain tak perasan dia lak tu. Dia nak kekalkan keadaan macam tu lah agaknya. Tak nak orang tahu dia ada kat situ. Tapi, aku nak jugak jadi dia pun dengan sporting nya senyum.

Lepas tu aku nampak dia dengan family p GSC. Argh. Dia comel. Anak dia lagi comel! Kiki ;Pp

Update 21 April 2012

Habis cerita pasal Ziana Zain. Aku nak cerita pasal Vaseline pulak. Bila ada duit, bila ada kad keahlian, dan bila ada voucher, kerja aku nak perhabiskan jela. Aku gerak Watsons, nak tengok apa barang aku kena beli dan patut beli. Aku ternampak lotion Vaseline, aku teringat voucher yg aku dapat. Terus aku sambar satu. Tak perlu pikir panjang. Buang masa je.

Terus p bayar, sebab aku tahu aku tak perlukan apa apa dah. Nak bayar tu, tanya akak juruwang tu boleh tak aku guna voucher yang aku dapat tu memandangkan Vaseline tu dapat percuma 120ml. Al-maklumlah, selalunya bila ada kasi free tu dah tak boleh guna voucher. Tapi, dia cakap boleh. Jadi, jumlah wang yang aku perlu bayar hanya RM12.80 untuk lotion Vaseline 400ml + 120ml. Murah kan?

Free 120ml Vaseline Lotion.
Untuk berjimat, marilah kita pakat ramai ramai serbu Watsons hari ini. Beli kad keahlian, dapat voucher, beli lah barang! Murah murah ;D

Lagi satu. Kepada Normaliza the Molly Marl Ahmad! All the best and Good Luck untuk finals kau ye. Jangan dok nak makan dengan tidur je. Sila study!! Kalau aku tahu kau tak study, aku tunggu kau balik nak kasi hadiah. Macam biasa, babab manja di tempat kesayangan. Muahaha. Lucah dah. Bye!
Update 21 April 2012



psst. Ayat aku sekima kan? Aku suka. Korang kena suka ;)


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2010.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)







Morning readers!


Seperti biasa, kemaskini belog di pagi buta macam ni. Dah kata aku ni insomnia. Haiya. Teruk macam ni. Jadi, tanpa membuang masa aku dok tergolek golek depan tv yg tak boleh pasang ASTRO since kena potong tanpa sebab baik aku mengadap laptop. Banyak kegunaannye ye kawan kawan.

Pagi ni aku nak cerita pasal konvokesyen aku pagi semalam. Eh, betul aku eja tu? Haiyayai. Pedulikan! Aku konvo semalam bersamaan 23 Oktober 2010 bertempat di Kampung Perang Besar* International Convention Centre (PICC). Pagi tadi semangat aku pakai baju kurung yang baru siap di jahit hari sebelum. Selalu, aku lemau bila nak pakai benda benda merah jambu ni. Tapi, kali ni senang je. Tudung pun cantik terbentuk. Tak payah renovate betulkan banyak kali. Kiki.


Update 21 April 2012
Satu je masalah kat Putrajaya ni. Masalah kekurangan kawasan tempat letak kenderaan. PICC tu nampak je besar, gagah. Tapi, parking. Alahai, kecik alam! Nasib baik aku datang awal sikit. Kalau lambat sikit entah bawah mana kena park. Ommo!

Masuk dewan jam berapa tah. Yang pasti aku duduk, aku terus mengantuk! Tak sampai beberapa minit aku dah tidur dengan aman! Maklumlah, ada penyaman udara. Sejuk! Aku siap boleh bermimpi lagi. Kyah~  Aku terjaga bila tetamu khas yang aku tak ingat nama, nak rasmikan majlis tu. Sangat berdebar! Haruslah weh. Pentas tu panjang macam Runway fashion show mane tah. Tahu lah aku pakai baju baru siap! Hmph.

Update 21 April 2012
'Nanti jalan baik baik. Kang takut jatuh pulak. Dah malu.'

Pensyarah KPM mana tah cakap kat aku. Haila. Tahulah muka aku dah macam aiskrim yang cair ayer keroh, tak payah lah nak tambah kecuakan aku lagi. Grrrr. Benci!

Lepas tu, aku dah tak mengantuk. Teruja dapat sijil tu kot? Mungkinlah. Dok asik tangkap gambar guna telefon bimbit kawan. Al-maklumlah, telefon bimbit aku terlampau moden. Sedih, tak dapat beli baru! Uhuk.

Tunggu punya tunggu. Sampai nak mengutuk pun dah habis modal, sampai lah ke Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan. Kot ye nama anugerah tu. Lupa deh. Kawan aku kot dapat! Dia kalahkan budak dari Melaka yang pointer 3.99. Punya sakan ktorg dari KPM Beranang tepuk. Bangga seh. Satu lagi pasal nak kasi warning dengan nada lembut kat KPM Melaka.

Update 21 April 2012
Jangan ingat Beranang sekadar kampung. Budak situ semua otai seh. Macam aku! Kahkah. Jadi, majlis tu dah habis! Yay!!! Gembira. Sebab, boleh balik tidur dengan nyenyak. Tapi, yang sedih nya aku tak dapat hadiah. Uhuk. Eh, dapat. Dari adik aku yg paling kecik. Dia kasi aku bunga ape tah. Bunga saja. Tanpa tangkai ataupun daun. Hmph. Apa apa sajalah.

Mama tanya aku nak bunga ke? Aku cakap tak mau. Bunga boleh mati! Membazir je beli. Haha. Tapi, aku nak patung Elmo yang pakai baju konvo. Comel. Aku suruh Baby belikan, dia tak cukup duit. Alahai der, lain kali diet dah boleh belikan. Hehehe.

Update 21 April 2012
Ohh. Sedih lagi. Sebab, takda gambar dengan kawan kawan. Lepas keluar dari dewan semua dah berpecah. Telefon, tak berjawab. Aku ni malas kalau bab bab menunggu, jadi aku blah! Terkilan jugak lah. Tapi, nak buat apa kan. Tunggu degree nanti jelah. Kiki ;Pp

Update 21 April 2012
Update 21 April 2012

Update 21 April 2012



*Kampung Perang Besar tu nama sebenar Putrajaya.


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 October 2010

Hanya RM12 untuk seumur hidup!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Morning bloggers!

Pagi pagi buta update blog. Haa, bagus sangat lah tu. Orang lain pakat tidur, aku sibuk ber-blog. Dasat dasat.

Bukan apa, aku ni sejak dah tamat kontrak kerja dengan Datuk Hajah Wan Ramlah tu,  aku tak boleh tidur malam. Selalu stay up sampai tiga empat pagi. Kalau tidur pun, setiap jam wajib terjaga. Dari aku dok mengelamun kira habuk kat siling, baik aku update blog. Kan korg! Teehee~


Ni aku nak berlagak habak mai sikit. Dalam masa satu hari aku siapkan blog baru yg buruk ni, aku dapat 7 pengikut. Meloncat loncat aku macam kerbau nak terjun masuk swimming fool pool. Eh, tolak dua sebab dua lagi tu aku =.=" Tu semua sebab nak check sama ada akaun yg baru ni ada masalah ke tak. Kiki ;Pp

Kecoh gila kan? Haha. Tambah lah lagi pengikut oi!

Aku baru teringat, tajuk entri aku kali ni pasal apa. Aku dok cerita pasal pengikut pulak. Haila. Aku nak cerita ni pasal korg hanya bayar dua-belas ringgit Malaysia sahaja untuk dapatkan satu kad keahlian seumur hidup. Kad keahlian apa? Watson Nyambek punya! Eh, bukan bukan. Watsons Membership Card.


Aku dah beli tadi. Aku gunakan perkataan 'beli' sebab kita kena bayar. Kalau free baru lah boleh tulis 'buat'. Betulkan? Hehe. Jadi, tadi aku dapat berpuluh puluh Gift Voucher dari Watsons. Korang nak tahu voucher untuk ape, p lah beli membership card tu dulu. Nanti kita boleh shopping kat Watsons ramai ramai. Baru meriah! Kikiki ;Pp

Alang alang dah sampai Watsons, aku p beli facial mask. Sebab, aku esok ada rehearsal untuk konvo. Dan lusanya pulak Convocation Day aku. Nak p shooting gambar lagi. Kena lah tampak berseri macam pengantin. Baru lah glam! Aku beli dua masks. Satu aku dah pakai tadi. Hat bawah ni. PINK yoo!


Satu pagi, aku dok ngadap laptop. Satu pagi, aku dok picit keluar semua kepala hitam dan putih kat muka. Satu pagi jugak, aku dok sibuk cantik kan muka ni dengan topeng muka perisa madu. Sambil sibuk buat itu ini, sempat je tangkap gambar. Hohoho.

Update 21 April 2012

Tak macam dalam gambar dia. Aku geram!! Aku nak muka aku jadi pink gila. Macam model kat kertas topeng muka tu. Uff. Sangat tak puas hati. Aku punya teruja bukak benda tu, sebab nak tengok kaler. Aku bajet pink cantik! Tapi, yang keluar merah jambu kristal. Patu bila sapu kat muka, nampak macam muka berminyak tahap gaban! Haish. Esok tak nak beli dah!

Esok nak pakai yg lagi satu. Err, bolehkan pakai mask tiap hari? Hahaha. Hentam sajalah labu...

Bye! ;)


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 October 2010

Entri pertama untuk blog baru!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Di ganti pada 21 April 2012 ;)

Hello world!!

Aku, Shag Yahaya. Yang ni, blog baru aku dengan email yang baru dan Uniform Resource Locator (URL) yang baru juga. Cuma, layout yang sama dengan yang terdahulu. Tapi tapi, header baru. Haha. Buruk. Ya, saya tahu =.="

Sebab aku berpindah dari I can't share what I don't have!(blog lama) ke Nothing is true, everything is permitted!(blog baru) adalah kerana aku pun dah berpindah ke negara di Utara. Di tempat yg sejuk belaka. Ohh, aku tertinggal sweater mahal aku kat Malaysia. Haha. Poyo!

Sebenarnya, blog lama tu ada masalah. Followers aku tak di update kan dengan perkembangan atau cerita terbaru aku. Ada dua tiga followers aku mengadu pasal benda tu. Aku baru tahu dua bulan yang lalu padahal kes ni dah bertahun jadi. Terukkan! Malang memang tade bau.

Aku dah penat kodek kodek settings. Tak jumpa, aku merajuk dan buat blog baru. Buang yang teruk cari yang baru. Macam kasut aku kat bawah ni. Taraaaa~ Bukan kasut aku yang baru pun. Cuba try je.


Aku harap, akaun baru ni tak bagi masalah kat aku nanti. Amin! Sebab, aku tak nak buat akaun baru lagi. Penat dow! Nak kena cari koding, nak buat header, nak kena follow orang balik. Haish. Sakit sakit. Plus size, sedih gila sebab akaun lama tu dah nak masuk 500 posts kot. Tu pun sebab, aku stop 2 bulan ber-blog. Semua pasal kes ni.

Kes ni jugak, buat aku melepas nak beli handphone baru, dan kasut baru. Ahh, tade kena mengena! Bye! 



Bila nak kaya? Aku nak beli Walk In tu terus. Tiap hari aku tukar kasut baru. Hahaha ;DD

Oh oh. Korg perasan tak? Perasan tak! Aku macam dah jambu. Watermark watermark ke tu aku tu kaler pink. Hahaha. Mampus aku kena tibai nanti dengan budak aku. Ommo.



psst. Suruh lah kawan korg follow aku. Tade follower bapak bosan! ;'(



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot