Salam tengah malam, pembaca!
Yay. Dah masuk tahun 2011 lah. Makna nya, dah tahun baru. Boleh lah bagi ucapan panjang lebar kat sini mengalahkan Pak Long Najib kasi ucapan malam tadi :P
SELAMAT TINGGAL, ENCIK 2010
Sambil lambai laju laju. Kiki.
2010. Terlampau banyak kenangan. Yang manis, yang pahit, yang masin, yang kelat. Yang tak ada rasa apa apa pun ada! Mahu ceritakah? Lain kali ya. Sebab, aku ada pelan nak sertai satu kontes. Kontes di mana aku perlu cerita pengalaman sepanjang 2010. Jadi, nanti korang baca lah ye. Boleh pulak macam tu kan.
SALAM PERKENALAN ENCIK 2011
Sambil lambai penuh gemalai ibarat perempuan Melayu pertengahan! Di tambah dengan senyuman manis ;)
2011. Aku mengharapkan ianya akan lebih baik dari Encik 2010. Bukan aku cakap Encik 2010 jahat. Cuma, aku mahukan yang lebih baik kali ini dari Encik 2011. Hehe.
HAPPY 22nd BIRTHDAY, HANNAH ABDUL HAMID
Ya. Hari jadi Cik Hannah Abdul Hamid, kawan baik aku, jatuh pada 1 Januari. Jadi, dia yang paling cepat meningkat umur berbanding kawan kawan aku yang lain. hehe. Seperti biasa, aku tak akan keluar lepak bersama dia pada malam hari jadi beliau yang sama tarikh dengan tahun baru. Sesak beb! Aku insaf keluar dengan dia sebab nak sambut hari jadi beliau yang ke berapa entah. Yang pasti, tahun tu Amy Search ada buat persembahan.
Seperti biasa, aku sudah sediakan hadiah untuk beliau. Setiap tahun, hadiah yang sama. Lainnya, tempat dan coraknya. Apa dia? Korang tunggulah jam berdeting tepat 12 tengah malam. Hehe.
SELAMAT TAHUN BARU !!
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================