Assalamualaikum semua kesayaman ku!
Satu gosip hangit terbakar telah di perkatakan di kalangan para bloggers. Masih tidak tahu? Mari, teruskan menonton membaca segmen Gosip Hangit Terbakar ini yang hanya ke udara apabila terdapat berita hangit yang patut di siarkan.
Setelah pihak kami menerima tekanan dari Cik SCC, kami menghantar seorang wartawan tidak bertauliah kami untuk menemu bual pemilik belog Woofer Storm, Achie dan pemilik belog Shag Comot, Puan Besar Shag Yahaya bagi menjelaskan status masing masing.
Ikutilah perbualan mereka ini hanya dari Gosip Hangit Terbakar!
Nell : Selamat malam, semua. Anda sedang bersama saya, Nell dari Gosip Hangit Terbakar menerjah belog Woofer Storm. Nak korek cerita cinta beliau. Jum jum. Zass~
Di suatu tempat yang tidak dapat di kenal pasti.
Nell : Hai Achie. Saya Nell dari GHT. Ada masa tak? Saya nak terjah awak dengan soalan pedas neh. Ada sedia kah?
Achie : Hai, err, Nell. Dari GHT? Gosip Hangit Terbakar ye. Alamak. Macam mana awak tahu saya ada kat sini. Adoi. Kalau saya cakap saya tak ada masa pun, awak tetap nak terjah saya kan?
Nell : Hehe. Okeh okeh. Apa kata kita terus dengan terjahan pedas GHT. Apakah hubungan awak dengan Puan Besar Shag Yahaya? Bukankah dia dah berkahwin dengan Tuan Besar Chazzy Chaz?
Achie : Memang pedas kot! Saya tiada apa apa hubungan dengan Puan Besar Shag Yahaya selain dari kawan. Kalau lebih pun takat kawan baik kot.
Achie : Lagi pun. Siapa cakap dia dah kahwin. Korang ni kalau nak terjah pun kasi lah korek betul betul. Nama dia dalam kad pengenalan memang ada Puan Besar kot. Pegawai jabatan pendaftaran tu pekak lagi buta huruf.
Nell : Alaa. Itu kasi gempak je bang. Jangan lah marah. Tapi kan, marah ni tanda sayang kan. Kan kan? Awak sayang Puan Besar Shag Yahaya kan?
Achie : Ya, saya sayang dia sebagai seorang kawan belog. Itu sahaja. Dah dah. Saya ada meeting kat JB neh. Saya perlu pergi.
Nell : Itu yang di katakan oleh Achie. Mari kita terjah sama Shag Yahaya pulak. Jangan ke mana mana. Kami akan kembali selepas iklan ini.
Nell : Kami kembali lagi. Kini bersama saya ialah Shag Yahaya. Apa kabar Puan Besar?
SY : Oh tidak. Jangan sekali bahasakan diri saya Puan Besar ye. Saya tak minat. Dan, saya sihat. Terima Kasih.
Nell : Mari teruskan dengan soalan. Apakah status hubungan anda dengan Achie?
SY : Ehem. Kami hanya bersahabat baik. Tidak lebih dari itu. Tiada komen dah. Saya pergi dulu ya.
Nell : Shag tunggu lah dulu. Saya tak habis tanya lagi neh.
Shag Yahaya terus menghilangkan diri di sebalik mee. Eh, bukan. Maaf di atas masalah teknikal tu. Shag Yahaya telah hilang dalam celahan orang ramai. Jadi, pihak kami tidak dapat mengumpul maklumat yang lengkap.
Tapi, dari komen kedua pihak. Mereka tiada apa hubungan mesra yang lebih dari teman rapat. Sehingga bertemu lagi di episod yang akan datang. Entah bila nak ada. Haha ;D Terima Kasih dari kami GHT.
Selamat Malam semua. Adios amigos.
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================








































