
Assalamualaikum, sayamku semua!
Selepas beberapa tahun aku hidup membawa nama Shag Yahaya, baru hari ini aku tergerak hati nak mencari maksud nama tu. hahaha ;D
Selalunya, orang akan selidik dulu nama yang dorang dapat kan? Tapi, bukan aku. Maksud nama sebenar aku pun, aku tahu lepas aku baca satu novel tu. Waktu tu aku tingkatan 3 kot! Pergh~ Lama hidup baru tahu nama aku membawa maksud yang comel. Keke. Apa maksudnya?
Mana boleh bagi tahu sayam. Nanti korang boleh teka nama sebenar aku. Tak best lah!
Okay. Dah beralih topik nampaknya kita neh. Mari membuat pusingan U laju laju. Zasss~
Tadi, aku p selongkar kamus dari Pak Cik Google. Punya lah aku selak ke huruf S. Penat gila! Okeh. Tipu! Aku taip je Shag. Sat gi dia keluar banyak gila Shag. Tapi, tak ada langsung nama belog aku. Uff~ Nampak sangat ranking belog aku bawah sangat. Haha ;D
Nak tahu maksud nama Shag? Ni aku plagiat kejap dari kamus Pak Cik Google. Tak pe, Pak Cik Google tak marah. Kan uncle kan?
Shag (bird) or Cormorant, a bird family
- European shag or shag, a specific type of bird of the cormorant family
Shagging (baseball), to catch fly balls in baseball outside of a game
Paling best, nama aku telah di movie kan! Dah tu, tahun aku lahir, sayam. Yay for that, okay. Meh meh tengok trailer :
Bapak pecah! Tapi, macam coolio gila je style dulu dulu. haha ;D
Psst. Apa maksud nama glamour korang?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================





































