Showing posts with label KL Gangster. Show all posts
Showing posts with label KL Gangster. Show all posts
10 June 2011

Muahahaha. Ada rakan Anon kita tak puas hati dengan komen aku terhadap filem KL Gangster semalam.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Panjang tajuk entri kau ~ ~

Petang petang yang agak berbahang ni bertambah bahangnya bila terbaca satu komen baru di satu entri aku. Dia yang tidak ingin di kenali namanya di belog aku ni meninggalkan jejak dengan menggunakan pengenalan diri 'Anonymous'.

Takut menjadi orang pemes kot?

Pape pun, identiti dia aku tak kisah sangat. Yag aku kisah komen dia. Nah baca. Penat aku fotostat skrin komputer riba aku tadi. Tonggeng sana sini sampaikan Abah marah. Rosak komputer riba aku lakukan begitu kata Abah.

Okeh. Jangan belok belok. Jadi, sila baca bawah ni ~ ~



Kelik untuk tumbesaran tumor mata !


Tak nampak sebab kena sesetengah perkataan kena himpap? Meh aku tulis untuk korang. Baikkan Shag Yahaya ni? Muahaha. Puji diri sendiri sekali sekala. Awet muda!
review yang macam apa ntah. tak payah la kalau tak mantap penerangan. hang hanya menggunakan pendapat anda. poddah delete blog la woi. - Anonymous pada 10 Jun jam 4.09 petang.

Pada anda yang segan nak kenalkan nama, kalau nak komen orang sila cermin diri dulu. Sebelum cermin diri, pastikan cermin tu cukup besar untuk anda supaya semua anggota nampak di mata anda. Cermin harus juga bersih agar nampak lebih jelas kekurangan anda.

Anda katakan saya tak mantap dari segi penerangan. Ada saya cakap saya ni pakar dalam bab perfileman kah? Ada ke? Kata komen dari Shag Yahaya. Dah sah sah itu pendapat peribadi saya terhadap filem yang saya tonton. Kalau rabun pergi buat cermin mata berkanta.

Ehem. Anda yang tidak mahu di kenali ramai ni, harap selepas ini kenalkan lah diri anda sebab saya teringin nak baca belog anda. Kalau ada. Sebab saya yakin, anda punya penulisan pun tiada larinya dari saya. Punya kelemahan tersendiri. Bukan? Lihat komen anda di ENTRI INI sudah lah. Cari lah sendiri kesalahan tatabahasa dan penggunaan ayat anda.

Akhir sekali, terima kasih kerana tegur komen saya pasal filem KL Gangster tu. Saya akan pertingkatkan mutu penerangan mengenai filem selepas ini. InsyaAllah AMIN!

Lupa satu perkara. Maaf atas kata kata aku dalam komen yang membalas komen anda. Itu salah satu ayat dalam filem KL Gangster yang aku pinjam.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : KL Gangster.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Pertama sekali aku nak cakap, aku tak puas hati. Pelan aku untuk hari ini lari macam minggu lepas. Grr~

Nak tahu apa dia, meh baca entri ini pasal me-review filem arahan Syamsul Yusof. Iaitu KL Gangster.






Komen Shag Yahaya : KL Gangster.

Satu.
Shark tu Cina ke Melayu? Sebab bapak tiri dia King tu Melayu dan mak dia tidak dapat di kesan siapa lalu tidak tahu bangsa nya =.='

Dua.
Sebab tak jelas bangsa apa si Shark tu, aku pelik perlu ke tatu hitam kat tengkok Shark dan pergelangan tangan kanan dia? Dah lah corak tatu kat pergelangan tangan tu hampir serupa dengan tatu Chester Bennington *vokalis Linkin Park*. Bezanya hanya warna.

Tiga.
Shot pada adegan di mana Jai bertumbuk pada awalan filem tidak berapa kemas. Sebabnya, kamera seolah olah tidak tahu mana satu nak fokus. Pada kaki kah atau pada tangan kah atau pada muka si gangster. Tampak sedikit kelam kabut.

Empat.
Dialog si Padil atau Bang Long Dil kelakar habis. Yang ini aku tabik lah! Pasal dialog si Padil  ni je satu panggung gelak terbahak bahak. Yang over gelak tentulah aku! Pandai buat filem aksi yang serious tapi lawak haram. Kalah dah Kongsi :P

Lima.
Berbalik kepada komen nombor satu. Di sebabkan tidak jelas identiti si Shark ni, aku tak paham kenapa dia perlu cakap slang Cina. Dah tu, slang tak jadi kot! Macam kaku je. Malu aku!

Enam.
Hebat gila rupanya gangster kat KL ni. Sepak meja habis terbelah dua semua. Meja kayu, meja plastik, meja besi, errr, tak ada. Semua pecah dua bila kena sepak. Pergh~ Tepuk tangan!

Tujuh.
Dalam banyak banyak pengarah filem aksi ada dua je aku tabik. Salah seorang si Syamsul Yusof ni. lah. Tahniah bro! Aku rasa untung kau untuk hari pertama dah boleh cecah 3 juta ringgit Malaysia sebab tiket kat GCS Berjaya Times Square di jual dengan harga RM18. Nasib baik tadi aku bayar pakai kad pelajar. Dapat RM7. Maaflah aku dah kurang kan sikit untung kau!

Lapan.
Penutup filem tak sedap! Tapi tapi, ada mesej. Bagus lah lu bro. Ini yang kita mahu. Keke.

Sinopsis : Entri ini.
Jangkaan Bilangan Hati yang bakal Jatuh : ♥♥♥♥♥
Bilangan Hati yang telah Jatuh : 
♥♥♥♥♥



Akhir kata dari aku,

Lu ayahanda ka, abang long ka semua tu sementara je. Sama ada lu kena pancung tak pun hidung lu dah tak mancung. Bertaubat lah anda semua ;)



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 June 2011

Filem minggu ini : KL Gangster, Super 8 dan Dylan Dog : Dead of Night. Nak tengok!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Wahhh~ Lama aku tak mai sini sambil bersihkan belog sambil bercerita. Iya lah. Sabtu sampai Isnin aku kat Terengganu menghayati cuti sekolah. Sampaikan aku sanggup ponteng sekolah hari Isnin hari tu. Kaka. Lepas tu semalam pulak, lepas kelas terus gerak ke Melaka. Malam ni pun aku gagahkan diri lawat ke sini sambil selit kan entri entah pape ni dengan tajuk entah pape.

Cerita pasal cuti lain hari aku cerita k! Belum habis lagi sesi bercuti aku ni :P

Kali ni aku nak bebel sedikit pasal filem yang bakal aku tonton pada minggu ini. Sinopsis je. Mereka adalah, KL Gangster yang wajib tengok, Super 8 yang macam nak tengok dan Dylan Dog memang macam nak tengok jugak! hehe.

Jom baca sampai ke bawah!




Sinopsis KL Gangster.

Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur. Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadigangster terhebat.
Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti?
Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya?



Rujukan : SINI
Jangkaan Bintang : ♥♥♥♥♥






Sinopsis Super 8.

In the summer of 1979, a group of friends in a small Ohio town witness a catastrophic train crash while making a super 8 movie and soon suspect that it was not an accident. Shortly after, unusual disappearances and inexplicable events begin to take place in town, and the local sheriff's deputy tries to uncover the truth -- something more terrifying than any of them could have imagined.

Rujukan : SINI
Jangkaan Bintang : ♥♥♥♥♥





Dylan Dog : Dead of Night.

Brandon Routh ("Superman Returns") stars as reluctant paranormal investigator Dylan Dog, who finds himself in a "turf war" between and among the undead, and Sam Huntington who co-stars as Marcus, Dylan's wise-cracking trusted assistant. Also co-starring are Taye Diggs (TV's "Private Practice") as Vargas, head of the Vampire family, Anita Briem ("Journey to the Center of the Earth") as Elizabeth, another potential in the long line of Dylan conquests and Peter Stormare ("Constantine"), as Wolfgang, the head of the werewolf family. "Dead of Night" is based on the world's best-selling horror comic series, "Dylan Dog," created by Tiziano Sclavi and published by Italy's Sergio Bonelli Editore. The comic book series has sold over 56 million units in 17 languages since its debut in 1986.


Rujukan : SINI
Jangkaan Bintang : ♥♥♥♥♥



Siapa nak ikut aku marathon filem filem di atas esok bersamaan hari Khamis bertarikh 9 Jun. Eh, baru aku perasan, poster filem Dylan Dog tu bertarikh 29 April. Biarkan jela. Malas aku nak cari poster baru. Haha :D

Siapa nak ikut serta, sila jumpa aku kat GSC Berjaya Times Square lepas jam 12 tengah hari sebab aku baru habis kelas. Hehe.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot