Showing posts with label Movies Review. Show all posts
Showing posts with label Movies Review. Show all posts
11 July 2012

[JJTW] Ice Age 4 Continental Drift Movie Review.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya ingin menulis pasal Jalan Jalan Tengok Wayang ;)


Okay. Mula mula nak cakap, aku tak tengok kat wayang cite ni. Tengok kat rumah je. Berlagak sat. Haha. Hari ni aku nak review movie yang bakal di tayangkan pada esok hari di semua pawagam di Malaysia - Ice Age 4 Continental Drift.


Ice Age 4 Continental Drift ni tak banyak aku nak komen. Sebelum tengok movie ni, teruja gila aku. Tapi, bila dah mula keterujaan aku tu makin meleset di iringi waktu yang berjalan. Haaamek kau, ayat aku macam hapehape. Kiki.



SATU.
Dari penilaian aku sebagai seorang pelajar perakaunan dan tiada sebarang ilmu pengetahuan mengenai perfileman ni, aku dapat ringkas kan kepada jalan cerita Ice Age 4 ini tidak setanding Ice Age yang sebelum ini. Boleh di katakan membosankan walaupun amat adventurous


DUA.
Ada lawak nya. Seperti biasa, pak lawak nya haruslah Sid, Scrat dengan si kembar Crash dan Eddie. Tak ada dorang, tak ada seri Ice Age ni. Kan kan ?



TIGA.
Ada masuk unsur bola di awal minit ke-2. Tu lawak ! Mentang mentang baru habis EURO kan. Dah lah aku tengok ni subtitle dia Spanish. Haaaamek. Memang EURO habis lah. Haha.


Sinopsis : SINI.
Hati untuk filem ini : 



Sekian Ice Age 4 Continental Drift movie review dari aku. Aku tak tau nak review apa lagi sebab tengok pun kat laptop je bhai. Apa kaitan ? Haha. K bai~



4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

31 May 2012

[JJTW] Snow White and The Huntsman Movie Review.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya akhirnya menulis kembali selepas 2 minggu hilang !!


Hari ni aku nak kasi sikit pendapat aku pasal cerita yang baru keluar hari ni kat Malaysia - Snow White and The Huntsman. Ini adalah pendapat peribadi aku yang meminati cerita di wayang. Aku bukan lah juri filem yang pakar. Harap maklum ;)


Hmph~ Lepas pikir hampir 2 jam 30 minit dalam wayang tu, aku tak dapat cari kelemahan cerita tu. Cuma satu, masa. Ye, masa ! 2 jam 30 minit kot masa tayangan dia. Naik kematu montot aku. Kalau tahu lama, aku beli makanan banyak bawak seludup masuk. Lapar kot !


Cerita dia ? Best~ Serious best ! Tak rugi tengok sebab ada Chris Hemsworth yang kacak lagi tough. Lol lol. Sebab dia je aku bertahan mata 2 jam 30 minit, tak macam kawan aku. Keke. Memang tak rugi langsung bayar RM12 tapi aku bayar harga pelajar lah ye. 


Jalan cerita sedap ! Lawak pun ada~ Aksi dia memang mantoppppp, meletopppp, kebabommmmm. Melampaunya aku taip. HAHA.


Apa tunggu lagi ? P tengok sekarang lah der ;) [ Sinopsis | Trailer ]



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 January 2012

Otak terkejut tengok Contraband.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Lee Seung Hyun ♥
saja-letak-gambar-besar-sebab-entri-pendek



Ingat lagi ENTRI INI - aku cakap aku nak mulakan kembali aktiviti Khamis aku yang gila ?


Baru mula kerja gila tu, dah migraine teruk. Nasib baik satu filem je aku tengok tadi dengan blogger-sunyi-sepi, Zati. HAHA. Mula nak tengok Keramat, tapi tiket ada petang sangat. Aku pilih Contraband. Aku dah tak tahu nak review macam mana. Lupa !


Tapi markah daripada 5, aku kasi 3 jela. Sebab ending scene dengan scene pukul memukul je siok gila babas. Hat lain haram~ Oh lupa, aku memang suka part ganas ganas je. Sebab tu part lain aku cakap macam haram. HAHA :D








4 Entri Sebelum :




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 June 2011

Movie Review : 3 2 1 Cinta.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selepas filem Green Lantern, aku gerak tengok filem kedua iaitu 3 2 1 Cinta. Jadi, sekarang masa untuk review filem 3 2 1 Cinta ini.

Tapi harus di ingati. Segala komen dan pandangan aku adalah berdasarkan penilaian peribadi aku terhadap kualiti filem itu sendiri. Aku bukan pengarah atau sesiapa di dalam industri perfileman. Aku hanya manusia biasa yang suka menonton wayang dan lalu di kongsi bersama komen filem tersebut.


Komen Shag Yahaya mengenai filem 3 2 1 Cinta :

Satu.
Cara dia buat suara jadi suara latar tak menjadi. Maksud aku di sini, kononnya orang tu ada kat belakang kamera, then suara kena lah jadi latar kan. Tapi, tak menjadi. Suara tu kedengaran amat jauh dari yang sepatutnya.

Dua.
Kelakar gila bila Farid Kamil aka Nazril buat mata bodoh dia tu. Alaa~ Gaya dia bila tengok awek tak cantik. Mata juling lepas tu mata kanan dia ke kanan yang kiri kekal pandang ke tengah. Paham tak? Argh~ Korang tengok lah nanti. Haha :D

Tiga.
Seperti kebanyakan filem atau drama, bila musik latar ada memang seratus peratus di ambil alih oleh musik latar. Lalu, dialog tidak kedengaran. Tujuan aku tengok filem ni sebab nak dengar dialog bukan nak dengar lagu.

Empat.
Diana Amir yang melakonkan watak Sam atau Aisyah kelihatan berlebih lebihan dan tak ori. Kot ye pun suka kat orang tu, tok sah lah gedik melampau. Padahal perangai ganas sebenarnya. Lawak betul aku tengok.

Lima.

Okay, ni aku cakap jujur. Aku tak suka Pierre Andre jadi aku benci gila cara percakapan dia sebagai Ayam dalam filem ni. Nampak macam dia ketap gigi bila bercakap. Dah lah pelat S kan. Lepas tu mulut macam susah nak bukak. Jadi, aku kena dengar betul betul apa dia nak cakapkan.

Enam.
Waktu Sam ajar subjek Matematik kat 'adik adik' si Nazril, formula dia guna tu dah betul. Memang tak di sangkal lagi. Tapi, masalahnya adalah formula tu bukan ke Matematik untuk sekolah menengah ke? Padahal bebudak yang dia ajar tu aku rasa budak sekolah rendah je? Hmph~


Sinopsis : SINI.
Ramalan hati untuk filem ini : 
Hati untuk filem ini : 


Seperti yang aku tulis dalam entri review filem Green Lantern, aku tengok sengsorang je tadi sebab patah hati dengan seseorang. Dan, mungkin akan terus menonton wayang secara solo selepas ini. Tapi, sesiapa nak sertai aku boleh jugak. Kontek aku kat FB <-- Kelik lah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : Green Lantern.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini nak review filem baru mula di tayangkan pada hari ini iaitu Green Lantern.

Tapi harus di ingati. Segala komen dan pandangan aku adalah berdasarkan penilaian peribadi aku terhadap kualiti filem itu sendiri. Aku bukan pengarah atau sesiapa di dalam industri perfileman. Aku hanya manusia biasa yang suka menonton wayang dan lalu di kongsi bersama komen filem tersebut.



Komen Shag Yahaya mengenai filem Green Lantern :

Satu.
Awal awal lagi filem ni dah buat aku sakit jantung. Dah lah tengok sorang, terkejut memang kena cover sorang sorang lah jugak. Muahaha :D 

Dua.
Kalau aku puasa hari ni, kompem dah makruh. Seksi siot Ryan Reynolds. Cantik gila badan. Cemburu aku tengok~

Tiga.
Aku tak tahu siapa salah. Tapi, yang aku perasan ada satu adegan tu di potong beberapa saat. Mula mula dia cakap ini kejap lagi dah masuk topik lain. Eh, kurang sedap jadinya dah. 

Empat.
Rasa macam seronok gila bila ada cincin tu. Boleh mintak apa sahaja kot. Tapi benda benda tu semua keluar macam kartun sangat. Macam tengah main game je lagaknya. Keke :P

Lima.

Ada lagi satu adegan lawak nak mati bila Ryan Reynolds kantoi dengan awek dia yang dialah hero yang bari selamatkan awek dia sendiri. Cecece. Soalan bodoh, jawapan pun bodoh~

Enam.
Mesej filem ni adalah, azam kena ada dalam hidup ni. Kuat azam kita, semua dugaan, besar atau kecik boleh je tempuh.

Sinopsis : SINI.
Ramalan hati untuk filem ini : 
Hati untuk filem ini : 



Aku tengok sengsorang je tadi sebab patah hati dengan seseorang. Dan, mungkin akan terus menonton wayang secara solo selepas ini. Tapi, sesiapa nak sertai aku boleh jugak. Kontek aku kat FB <-- Kelik lah.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 June 2011

Movie Review : Super 8.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selesai sesi me-review filem arahan Syamsul Yusof, iaitu KL Gangster tadi, kali ni aku nak review filem luar pulak. Super 8.





Komen Shag Yahaya : Super 8.

Satu.
Kenapa wayang yang biasa tak ada kat Berjaya Times Square. Pekerja dia cakap yang ada hanya 2D punya di mana aku kena bayar RM15. Nasib baik seat agak siok. Dan gambar cantek! Rasa macam tak nak keluar dari dewan tu. Okay, melampau! Kira macam berbaloi baloi kejap! Kejap jela~

Dua.
Perjalanan cerita atau plot agak membosankan. Ternyata orang nak tengok filem ni sebab nak tengok si makhluk asing tu. Bukannya nak tengok bebudak ni buat lawak yang sememangnya lawak. 

Tiga.
Cara kereta api tu meletup sangat COOLIO. Terkejut mak datuk aku semua! Sampaikan habis pop-corn kawan aku tu aku habiskan. Itu tandanya aku berdebar debar dan semangat nak tahu cerita selanjutnya!

Empat.
Tapi, yang tak logiknya, macam mana kereta api boleh tergelincir teruk dan meletup bagai nak rak lalu rasa macam melampau hanya dengan merempuh satu trak pikap sahaja? Hmph~ Bertambah tak logik bila trak pikap tu macam elok je. Tak adalah teruk macam ada rupa kena hentam kereta api. Macam kena hentam dengan kereta polis je lagaknya =.='

Lima.
Makhluk asing tu muka nya kelakar. Waktu muka dia dah jelas nampak, terbahak bahak aku gelak dalam dewan tu sesorang. Macam muka orang lepas beberapa tahun buat pembedahan pelastik. Keke :P

Enam.
Kenapa tidak di beritahu kemana arah tuju kereta api yang kemalangan tu dan kenapa nak pindahkan makhluk asing tu. Tak puas hati aku. Penat pikir! Bayar mahal tu nak tahu~

Tujuh.
Askar askar US ni buta ke tuli? Tak kan tak nampak bebudak dok berlari ke sana ke mari. Dok menembak sakan pakai kereta kebal dorang tu. Kalau tak nampak bebudak tu lari boleh tahan lagi. Ni bila bebudak tu bawak kereta dorang tak nampak, aku naik hairan gak! Membuta je tembak. Sia* puih~

Lapan.
Penutup filem tak sedap jugak! Terlampau kacang penutupannya. Bosan!

Sinopsis : Entri ini.
Jangkaan Bilangan Hati yang bakal Jatuh : 
Bilangan Hati yang telah Jatuh : 




Satu je filem yang aku tak sempat nak tengok tadi. Dylan Dog. Uwaaa~ Siapa nak teman aku tengok Isnin depan? Hero dia kacak lah weh. Rugi tak tengok :P




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : KL Gangster.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Assalamualaikum, sayam ku semua!

Pertama sekali aku nak cakap, aku tak puas hati. Pelan aku untuk hari ini lari macam minggu lepas. Grr~

Nak tahu apa dia, meh baca entri ini pasal me-review filem arahan Syamsul Yusof. Iaitu KL Gangster.






Komen Shag Yahaya : KL Gangster.

Satu.
Shark tu Cina ke Melayu? Sebab bapak tiri dia King tu Melayu dan mak dia tidak dapat di kesan siapa lalu tidak tahu bangsa nya =.='

Dua.
Sebab tak jelas bangsa apa si Shark tu, aku pelik perlu ke tatu hitam kat tengkok Shark dan pergelangan tangan kanan dia? Dah lah corak tatu kat pergelangan tangan tu hampir serupa dengan tatu Chester Bennington *vokalis Linkin Park*. Bezanya hanya warna.

Tiga.
Shot pada adegan di mana Jai bertumbuk pada awalan filem tidak berapa kemas. Sebabnya, kamera seolah olah tidak tahu mana satu nak fokus. Pada kaki kah atau pada tangan kah atau pada muka si gangster. Tampak sedikit kelam kabut.

Empat.
Dialog si Padil atau Bang Long Dil kelakar habis. Yang ini aku tabik lah! Pasal dialog si Padil  ni je satu panggung gelak terbahak bahak. Yang over gelak tentulah aku! Pandai buat filem aksi yang serious tapi lawak haram. Kalah dah Kongsi :P

Lima.
Berbalik kepada komen nombor satu. Di sebabkan tidak jelas identiti si Shark ni, aku tak paham kenapa dia perlu cakap slang Cina. Dah tu, slang tak jadi kot! Macam kaku je. Malu aku!

Enam.
Hebat gila rupanya gangster kat KL ni. Sepak meja habis terbelah dua semua. Meja kayu, meja plastik, meja besi, errr, tak ada. Semua pecah dua bila kena sepak. Pergh~ Tepuk tangan!

Tujuh.
Dalam banyak banyak pengarah filem aksi ada dua je aku tabik. Salah seorang si Syamsul Yusof ni. lah. Tahniah bro! Aku rasa untung kau untuk hari pertama dah boleh cecah 3 juta ringgit Malaysia sebab tiket kat GCS Berjaya Times Square di jual dengan harga RM18. Nasib baik tadi aku bayar pakai kad pelajar. Dapat RM7. Maaflah aku dah kurang kan sikit untung kau!

Lapan.
Penutup filem tak sedap! Tapi tapi, ada mesej. Bagus lah lu bro. Ini yang kita mahu. Keke.

Sinopsis : Entri ini.
Jangkaan Bilangan Hati yang bakal Jatuh : 
Bilangan Hati yang telah Jatuh : 



Akhir kata dari aku,

Lu ayahanda ka, abang long ka semua tu sementara je. Sama ada lu kena pancung tak pun hidung lu dah tak mancung. Bertaubat lah anda semua ;)



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 May 2011

Movie Review : Karak [Laluan Puaka]



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tadi aku dah review filem KungFu Panda 2. Kali ni aku nak review filem Karak Laluan Puaka pulak. Haha. Berehat hanya 15 minit sahaja sebelum meneruskan tontonan filem kedua ni tadi. Jom baca komen aku! Pasti tiada yang positif. haha.


Komen Puan Besar Shag Yahaya tentang filem Karak Laluan Puaka.

Satu.
Shahir tak reti berlakon! Sayang sayang. Apakedehal? Kalau dia balak aku dah lama kena cili mulut. Selalu cakap sayang ni mulut je manis, hati ke lain! keke :P Lakonan dia kaku, jadi fokus sahaja pada nyanyia ye.

Dua.
Perempuan yang lakonkan watak Ida sangat seksi dan terlampau gedik dalam filem ni. Nak berkemban pun, agak agak lah. Tak payah pakai push-up bra. Malu aku di buatnya. Lepas tu, mana ada perempuan yang terlebih gedik macam Ida tu. Rasa nak lempang je.

Tiga.
Aku nak tanya korang. Berani tak jalan ke jamban yang jauhnya 10 minit dari kereta dan berada di tempat yang gelap dan kotor? Pasti tak punya. Dah lah penuh semak sepanjang jalan. Grr~

Empat. 
Pelakon tak reti bagi salam dengan sebutan yang betul. Siapa? Korang tengok lah sendiri. Malu je aku jadinya bila tengok pada status pendidikan pelakon tersebut.

Lima.
Jalan cerita ketika Pak Malam tolong halau hantu yang tengah angkat Nik dan Jack lari dari penutup nya. Sebab penutup cerita lain, tapi bila imbas balik, kenapa Pak Malam nak halau hantu tu padahal sebenarnya tiada sesiapa kena kacau dengan hantu waktu tu. Ni aku tak tahu nak terangkan tanpa memberitahu jalan cerita sebab nanti tak saspen korang nak tengok :P

Enam.
Filem ni ada satu mesej yang amat mendalam. Iaitu, korang perlu HAFAL, YAKIN dan TAHU MAKSUD AYAT KURSI !!

Tujuh.
Ni memang aku dah agak dari semua filem hantu Malaysia iaitu penamat yang tidak bagus dan lari dari jalan cerita di pertengahan filem. Yang ini korang kena pandai imbas balik babak di rumah Pak Malam.



Rating filem ni aku kasi : 


Lepas ni aku kena pikir empat lima kali sebelum tengok filem hantu dari Malaysia ni. Tak ada kualiti. Haha :D Sesuka je cakap. Kang kena hentam baru nak nanges :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Movie Review : Kungfu Panda 2.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Ehsan Pak Cik Google.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Haha. Sebelum tu, aku nak cakap kat hacker tu, terima kasih lah kasi balik belog ni. Muahaha. Lawak korang tu melampau k!

Boleh ajar aku tak? Keke :P


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tadi petang lepas kuliah, aku dengan beberapa kawan se-universiti pergi lah tempat lepak biasa kami iaitu Berjaya Times Square blaa blaa . . .

Bapak bosan gaya penceritaan. Tukar!

Aku marathon filem baru tadi petang. Satu, Kungfu Panda 2 lagi satu Karak. Karak nanti aku cerita. Entri ni aku nak bebel pasal Kungfu Panda 2 dulu. Meh dengar, eh baca!




Komen Puan Besar Shag Yahaya tentang filem Kungfu Panda 2.

Satu.
Tak banyak nak cakap sebab aku cuba carik kelemahan di sebalik cerita tu. Tak jumpa! Haha :D

Dua.
Po punya perut dah kempis. Mungkin sebab banyak buat latih tubi kot? Eh silap. Buat tekan tubi kot? Hihi.

Tiga.
Aku perasan, banyak sangat babi dalam filem ni. Ke sekuel pertama dulu pun banyak babi dah tapi aku je yang tak perasan? Haha. Yang penting, nanti aku nak sarankan kurang kan watak babi ni. Anggap je dah pupus :P

Empat.
Po waktu budak budak sangat comel. Aww aww~ Aku tergoda sampai nak bela Panda sekor je rasanya! Okay, lawak melampau!

Lima.
Kenapa kaki si Burung Merak tu besi? Buruk dan menakutkan aku. Aku rasa macam tak sesuai je besi. Guna kaki kayu kan bagus! Lebih mesra alam. Haha.

Enam.
Mana datangnya bunga api di akhir cerita tu? Haiyaa~ Kartun sangat. Lupa lagi. Memang cerita kartun pun aku tengah tengok ni! Keke.



Rating filem ni aku kasi : 


Keseluruhan cerita aku suka! Lagi lagi perut comel si Po tu. Menggoda! Haha :D





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

19 May 2011

Movie Review : Pirates of The Caribbean 4 [On Stranger Tides]



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini bersamaan dengan 19 Mei 2011, Khamis, aku baru lulus lesen L. Yeay. Tahniah. Haha. Dah tua bangka baru teringin nak ambil lesen. Grr~

Aku bukan nak cerita pasal lesen.

Aku nak cerita pasal komen aku terhadap cerita yang baru di tayangkan hari ini iaitu, Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides. Hanya kerana ada Johnny Depp, aku sanggup suruh kawan baik aku belikan tiket awal sehari. Itu pun dapat tempat duduk yang tak seronok.

Sudah tu, dapat pulak duduk sebelah mamat yang tak betul je otak mereka. Bising dari iklan sampai tamat filem tu kot. Kalau bising pasal filem ke apa, boleh tahan lagi. Ini tidak! Kyahowa~ Dah kena membebel dengan aku pun, buat tak paham. Adoi.

Banyak berleter pulak aku kan!

Jom potong terus ke tujuan utama aku pos entri ini ;D





Komen Puan Besar Shag Yahaya.

Satu.
Permulaan jalan cerita yang agak melucukan. Kenapa? Elok lah korang tengok sendiri. Bukan permulaan je lawak kot. Seperti sequel sebelum, filem ni kan aksi, komedi. Jadi, harus ada lawak bodoh merata rata. Kan?

Dua.
Adegan di pokok kelapa nampak sangat tidak kemas kesan edit nya haa. Nampak kartun! Dan tak logik kot. Apa yang tak logik? Korang tengok sendiri! hahaha ;D

Tiga.
Johnny Depp terbaik! haha. Untung aku ada skandal macam dia. keke. K bye!

Empat.
Di sebabkan cerita asing ni nampak lebih canggih dan best, jadi aku kekeringan idea nak komen. Kesuluruhan cerita ni menarik! Cuma, bagi aku sequel ketiga adalah yang paling menarik! Hehe.


Rating filem ni aku kasi : 

Oh ya. Sebelum aku tamatkan entri ni, aku nak tayang gambar dari salah satu scene yang aku suka gilos! Nahh~





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 May 2011

Entri movie review : KONGSI Lu langsi Lu mati lesap gara-gara blog maintenance. Hmph~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan Pak Cik Google sayam

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hmph~ Aritu, penat penat aku tunggu belog boleh di buka dan di guna dari petang sampai ke malam untuk taip entri baru. Akhir sekali, tahu tahu hari ni, entri tu hilang. Aku nak marah ke, aku nak reda je? Hmph~

Movie Review : KONGSI Lu Langsi Lu Mati.

Ingat senang ke aku nak perah ayat nak review filem tu yang di lakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai pelakon utama? Susah weh. Sebab, aku lemah sikit kalau cerita Melayu ni. Jarang benar aku tengok kat wayang. Sebab, aku tak suka cerita Melayu yang di tayangkan di wayang. Tak cantek! Tapi, demi skandal aku si Sam, aku sanggup tengok cerita Melayu di wayang lepas tu review.

Jadi sekarang, perlu kah aku taip semula entri tersebut?

Aku mahu taip semula walaupun aku dah lupa apa yang aku taip sebelum ni. Tapi, aku takut pembaca aku bosan dengan cerita yang sama aku pos. Haih~ Dilema lah pulak aku malam ni.

Aku kongsi jela ye review aku sekali lagi. Hiks. Tak puas hati aku dengan blogger ni. Adoi.





Komen Puan Besar Shag Yahaya terhadap filem KONGSI : Lu Langsi Lu Mati.


Hasil video editing untuk scene di mana Yana dan Fizo sedang menonton CCTV yang merakam Sam membelasah orang di satu warung di awal filem tak menjadi. Aku perasan, muka Yana blur dari awal scene sampai ke sudah. Selalunya, orang akan blur-kan orang yang tidak bercakap dan fokus pada yang bercakap. Ini, dari awal sampai habis muka Yana blur walaupun dia bercakap.

Pakaian Yana semasa scene mengejar Sam di Petaling Street tidak sesuai langsung. Aiyaa~ Ini aku banyak malu weh. Sebabnya, nasi lemak si Yana tu nampak trang tang tang kot. Aku berdoa scene tu laju je habis sebab tak sanggup tengok Yana dalam keadaan sebegitu.

Kenapa tidak di terangkan kenapa Bront Palarae menghantar Sam ke Malaysia dan mengucar kacirkan geng geng di Kuala Lumpur ni? Takkan tetiba je dia terfikir untuk buat demikian kan. Pelik aku.

Ending filem ni tak sedap. Kekuatan sesebuah filem bergantung pada cara penghabisan cerita di garapkan. Filem ni di tamatkan dengan satu perkataan dari Sam, 'Punah'. Hek eh. Itu sahaja ke?

Rating filem ni aku kasi : 


Cerita Melayu yang dalam senarai untuk tonton adalah KL Gangster. Siapa nak teman aku? Hihi.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 December 2010

Movie Review : Tangled [Rapunzel].



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam petang, pembaca!

Sudah makan tengah hari ke semua? Aku belum. Tengah gigih nak kemas belog ni. Hiks.


Semalam, aku teman Adeq kecik aku pergi tengok Tangled. Memang tiap kali cuti aku akan belanja dia tengok wayang. Cerita kartun lah pastinya. Adeq baru nak masuk 9 tahun empat januari ni. Bayangkan lah! Aku dulu tingkatan dua baru tengok wayang, dia darjah satu dah masuk wayang! Hesh.

Aku memang jenis yang tak suka cerita dongeng ni. Jadi, memang tak pernah tengok cerita Rapunzel. Yang aku tahu cuma, dia punya rambut yang panjang. Jadi, bila kena teman Adeq, memang aku berat hati. Tapi, bila habis. Aku puas hati!

Cerita ni terlampau comel dengan karakter karakter yang di lukis mata bulat. Aww~ Comel kot. Jatuh hati di situ. Belum masuk bab lawak lagi. Dengan perwatakan Rapunzel yang agak jakun dengan dunia luar nya berjaya menumpaskan si penyangak, Flynn Rider. Dia punya teruja, memang logik! Yelah, mak tipu dia cakap, dunia luar kejam dan dia tak akan mampu melawan orang luar. Tapi, dia berjaya sorokkan Flynn Rider dalam almarinya.

Rapunzel sangat naif. Dengan orang jahat dia boleh buat kawan. Sampai orang jahat tu pun, memang berkawan baik lah dengan dia. Tak jadi dorang nak belasah Flynn Rider pasal Rapunzel je. Haha.

Habis cerita, baru aku tahu yang Rapunzel ni sangat berkuasa! Bukan sahaja pada rambutnya yang mampu bercahaya dan mempunyai magis. Tapi, air mata dia pun mampu menyembuhkan luka lalu menghidupkan Flynn atau nama sebenar Eugene. Macam nama perempuan!

Kesimpulannya, aku rasa tahi hidung Rapunzel boleh buat herba! Tak wujud ke, Rapunzel ni? Aku nak jumpa dia, jadi business partner. LOL~

Satu yang tak logik! Bila Rapunzel teringat siapa dia dan siapa mak bapak dia. Rapunzel macam tak terkejut sangat pun. Lepas tu, bila berjumpa dengan mak bapak sebenar dia, mak dia senang je terima. Tanpa bersuara, terus peluk. Err. Aku tahu mak dia ada naluri itu anak dia yang dah hilang lama. Tapi, macam senang je terima? haha.

Paling tak boleh blah. Raja dan Pemaisuri tu macam tak kesah je Rapunzel kawan dengan Flynn Rider/Eugene si penyangak yang curi mahkota. Siap tarik Flynn dalam pelukan dorang lagi.

Aku nak rambut macam Rapunzel, boleh? Panjang dan kuat serta lembut. Tak perlu berkuasa. Boleh? Hihi.



bising : esok nak tengok Tron Legacy pulak.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot