Showing posts with label Surat Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Surat Rasmi. Show all posts
01 February 2011

Anugerah Seratus ;)



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam petang Selasa, pembaca!

Wahh~ Dah masuk bulan Februari bro. Dah 31 hari kita hidup dalam tahun 2011 neh. Sila bersyukur sekarang. Alhamdulillah.



Shag Yahaya
Presint 9, Putrajaya
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mamat
Malaysia                                                                                                         1 Februari 2011


Encik Mamat,


SURAT CINTA PENUH KATA KATA SEMANGAT.


Merujuk kepada perkara di atas, saya, Shag Yahaya penulis rasmi belog shagcomot.blogspot.com sukacita di maklumkan bahawa saya ingin memberi sepatah dua kata semangat buat seorang blogger, Mamat.

2. Jangan pernah sekali menjadikan umur sebagai halangan untuk Mamat sentiasa menghubungi semua rakan bloggers. Jangan di sebabkan umur yang muda, Mamat malu dan segan untuk bercampur dengan mereka yang lebih tua dari Mamat. Macam Shag. Keke.

3. Jangan pernah berputus asa dengan dunia belog. Dunia belog ni tak jauh beza dengan dunia realiti kita kat luar sana. Ada manis, ada pahit, ada kelat. Jangan sebab sekali di kutuk, di keji, terus tarik diri dari dunia belog ni. Terus merajuk. Jangan sebab seorang Insan Tiada Nama [Anonymous], terus larikan diri nak ubatkan luka akibat kata-kata pedas insan tersebut.

4. Terima segala kutukan atau kata-kata pedas dari semua orang untuk jadikan belog lebih mantap. Gunakan semua tu sebagai pemangkin untuk terus maju ke depan.

         Akhir kata, semoga Mamat terus bersemangat waja untuk terus berjuang di pentas belog ini. Dan, terima kasih atas anugerah khas itu ya!

Sekian, terima kasih.


Yang benar
(tanda tangan tidak di perlukan)
Shag Yahaya
Penulis rasmi belog shagcomot.blogspot.com



Bye ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

30 January 2011

Surat Rasmi Memohon Maaf.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Shag Yahaya
Presint 9, Putrajaya
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tetamu-tetamu di shagcomot.blogspot.com
Bumi, Alam Semesta.                                                                               30 Januari 2011


Tuan/Puan/Cik/Encik

MEMOHON MAAF.

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Shag Yahaya, sukacita di maklumkan saya ingin memohon maaf kepada seluruh warga pembaca dan tetamu di belog saya, shagcomot.blogspot.com kerana tidak membalas sebarang jejak dan komen.

2. Untuk pengetahuan anda, saya tidak dapat berada di atas talian (online) kerana saya berada di luar kawasan lah sangat. Semalam malam, internet tidak dapat di kesan di komputer riba saya. Penat saya mengamuk selama lebih sejam di depan komputer riba saya kenapa ia tidak dapat kesan internet.

3. Lagi pula, ini adalah hujung minggu. Tentunya, saya berehat, bergurau senda bersama keluarga. Masa untuk belog juga terpaksa di kurangkan. Setiap minggu aktiviti belog pasti kurang.

     Akhir Kata, semoga anda dapat memaafkan saya. Kepada yang sudi datang ke belog saya dan komen entri-entri di belog ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Saya akan balas secepat mungkin.

Kesian Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,

(tanda tangan tidak di perlukan)

Shag Yahaya
Penulis Rasmi shagcomot.blogspot.com





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot