Showing posts with label Jerry Bruckheimer. Show all posts
Showing posts with label Jerry Bruckheimer. Show all posts
26 January 2011

Kucing aku hantu durian!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Bukan kucing aku! :P

Salam petang Rabu, pembaca!

Korang ada kucing tak? Aku ada. Ramai~ Tapi yang duduk dalam rumah bersuka ria ada dua ekor. Paling aku sayang, tentulah Chummy Lambert, si gemok dalam rumah. Kekeke. Kat luar ada lah dalam 6 ekor. 3 ekor, keluarga Jerry Bruckheimer. 3 ekor lagi kucing terbiar. Kesian.

Hari ini, aku nak kongsi berapa duit tiap bulan yang terpaksa di labur kan untuk ke enam enam kucing tersebut. Jom kita layan~

Ikan Sardin.
Untuk kucing kucing luar rumah.

Kitorang beli ikan setiap 3 hari. Sekali beli ikan ni dalam 10 ekor. Jumlah perlu di bayar adalah RM6 tambah tambah. Kalau sebulan dan RM60.

Ikan Selar.
Untuk Jerry Bruckheimer.

Ikan ni kalau sekali beli dalam 4 atau 5 ekor. Jumlah yang perlu di bayar dalam RM9 tambah tambah. Pergh~ Mahal! Sebulan, mahu cecah RM90. Pengsan! Lepas ni, kena buang Jerry duduk luar. Kahkahkah~

Ikan Tongkol.
Kegemaran sepanjang hayat, Chummy Lambert.

Ikan ni sekali beli sekor je. Tapi sekor je pun untuk 3 hari. Kadang kadang tak sampai 3 hari dah licin. Sekor kalau saiz dia sederhana dalam RM3 tambah tambah. Kalau besar, 4 hinggit. Kalau sebulan baru RM30. Antara paling murah lah. Tapi ini untuk sekor kucing je. Yang ikan sardin tu kena kongsi 6 ekor kucing.

Ocean Fish Flavor Friskies.

Chummy lah makan paling banyak. Kalau tak ada Friskies, nasi pun tak lalu nak makan. Kalau beli Friskies lain dari Ocean Fish Flavor, tak makan. Mengada gila! Sebulan dua kali kena beli. Bukan yang besar sekali. Ni yang saiz sederhana tu. Harga satu RM12 tambah tambah. Kalau sebulan dah RM24 tambah tambah.

Pasir pembuangan besar kecik Chummy dan Jerry.

Seminggu kena beli 1 pek pasir untuk dorang. Kitorang beli yang murah je. Selalu beli Carrefour punya pasir lah. Kalau p Shah Alam, singgah TESCO beli pasir sana. Lagi murah. 1 pek pasir dalam RM7. Sebulan kena labur RM28.



Jadi, jumlah keseluruhan pelaburan kami untuk kucing sahaja adalah . . . Jap nak kira!
60 + 90 + 30 + 24 + 28 = 232

PERGH~ Tu kalau Jerry atau Chummy demam tetiba dah kena tambah lagi. Dang! Boleh pengsan aku, kalau aku bela dorang. Haha. Tak jadi lah nak bukak pusat kebajikan untuk kucing kucing terbiar. Ni baru berapa ekor kucing punya pembelanjaan. Kalau bukak pusat kebajikan tu, mahu dekat beribu kot?

Pengsan.

Psst. Chummy suka gila makan durian kot! Ada video dia dok melahap durian. Nak upload. Tapi, lembap gila nak habis -.-'



sumber gambar : Album Pak Cik Google.


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 December 2010

Aku benci jiran aku !!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Salam malam, pembaca!

Aku baru balik dari macam macam tempat. Dari KL, dari Alamanda, dari Seri Kembangan. Penat beb! Tapi, aku bukan nak cerita pasal tempat yang aku pergi tu. Tapi, aku nak kongsi berita yang menggemparkan kami sekeluarga. Kami sedih dengan berita tersebut!

Okay. Itu apa yang aku penat karang semalam dan simpan dalam Notepad. Haha. Sebab, samalam, dah aku teruja balik nak online, laptop aku tak dapat detect wireless. Katanya, 'Windows cannot detect any wireless blaa blaa blaa'. Lebih kurang maca tu lah bunyi nya. Hari ini, lepas Abah bertungkus lumus satu hari suntuk, baru tadi dapat buat. Terima Kasih Abah! :D


Aku nak cerita kes sedih. Kes ini melibatkan jiran kawasan rumah aku tu. Aku memang hampa gila dengan penduduk kat sini. Sungguh tak perihatin dan tidak berperikemanusiaan langsung!

Kucing yang kami beri nama Patah, sebab ekor dia macam patah, abang kepada Jerry Bruckheimer, meninggal dunia hari ini. Waktu, aku tak pasti. Sebab, Adeq jumpa mayat Patah kat tepi longkang rumah jiran tak berhati perut tu! Dengan darah, dengan mata terjojol, di biarkan sahaja kaku kat tepi rumah dia. Tak di tutup dengan surat kabar pun.

Jadi, kami ambil tindakan untuk kebumikan Patah kat belakang rumah aku. Dia dah gemok. Tanda kitorang bela dengan baik! Baru kelmarin kami mandikan Patah. Siap blow lagi bulu dia kasi kering. Tup tup, tahu hari ni dia kena langgar mati! Oleh jiran aku yang busuk hati! Entah ada hati ke tak.

Aku tak akan maafkan jiran tu! Satu keluarga. Boleh je intai dari bilik? Damn lah lu. Dah langgar, bertanggungjawab lah! Dengan tak sengaja tadi aku ter-mencarut, 'Nanti dia mati pun terbiar kaku macam tu'. Hmph~

Patah dah selamat di kebumikan. Lepas ni, tak ada dah Patah mai singgah rumah buat bising mintak makanan.

Lepas ni, tak ada siapa datang rumah nak main dengan Chummy Lambert dengan Jerry Bruckheimer.

Lepas ni, tak ada Patah~

Okay. Berhenti di sini. Mata aku pedih sebab lens aku kering petang tadi semalam. Tambah pedih bila Patah dah tak ada. Chow~

UPDATE 23 April 2012


bising : moga roh Patah di cucuri rahmat ~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 November 2010

Jerry Bruckheimer jatuh sakit ke?!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Jerry si pembenci DADA..H!!


Salam pepagi buta Ahad, pembaca!

Apa pelan hari Ahad korang? Aku tade pelan lepak. Sebab, aku memang dah lama berhenti dari kegiatan melepak ni sejak income tak ada. Haha. Lagi pun, Ahad aku sibuk. Esok kena hantar Abah ke KL Sentral sebab Abah nak balik Batu Gajah. Lepas hantar Abah, berkemungkinan besar kena hantar sekali Along ke MinDef.

Tapi, aku duduk sebagai penumpang lah. Mama yang kena drive ke sana ke mari. Muahaha :D Aku tak ada lesen kereta lah. Masih trauma nak drive. Uhuk.

Heyy, dah melalut jauh dari simpang ni. Aku nak cakap, Jerry Bruckheimer si kucing kecik dalam rumah aku ni sakit kot. Sebab, dah dua hari tak nak makan. Dia bising mintak makan dari kitorang. Tapi, bila kasi, dia tak nak makan. Sekadar bau lepas tu termenung tengok pinggan. Naik geram aku! Dah membazir.

Agak agak korang sakit apa? Hidung tersumbat ke sebab lepas dia bau dia tak jadi makan. Nak bawak jumpa pakar psikiatri doktor, duit tak cukup. Minggu depan nak terjah rumah Abah kat Batu Gajah. Hmph.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

05 November 2010

Lambert dan Bruckheimer.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam tengah malam, pembaca!

Malam ni tetiba terasa nak berceloteh pasal kucing aku dua ekor kat dalam rumah ni. Aku tak nak cerita pasal kucing luar rumah. Terlalu ramai, dan terlalu err bising! Hiks.

Gambar paling latest!
Kucing aku yang pertama, Chummy Lambert. Kenapa Chummy Lambert? Entah! Chummy tu di beri oleh emak tuan asal dia. Bagi nama perempuan, sebab tu lah kucing kesayangan aku ni macam pondan! Mencik. Lambert pulak aku yang kasi. Sebab, cara dia yang ala ala Diva gitu.

Chummy lahir bila aku tak tahu, yang pasti tuan asal dia kutip dia pertengahan Februari 2009. Kami bersama sama bela dia dekat rumah sewa kat Beranang. Time tu kan zaman kolej, duduk rumah sewa. Hmph. Lepas tu, cuti pertengahan semester aku bawak Chummy balik rumah aku sebab tuan asal dia tak nak dia lagi.

Asal aku tulis 'tuan asal' dan bukannya nama 'tuan asal' tersebut? Sebabnya, aku tak nak sebut nama minah tu lagi. Dia lah yang tikam belakang aku. Punca aku susah nak berkawan dengan orang luar sekarang ni. Hmph.

Tengah duduk tu, abang Jerry. Ktorg panggil Abang Dia ;P
Kucing kedua aku aka anak tiri, Jerry Bruckheimer. Sebelum tu, banyak nama di beri. Aku kasi Jay-R. Tapi, di tolak masak masak dan yang lekat Jerry. Nak kasi sedap aku tambah Bruckheimer, sempena nama pengarah popular kat Hollywood. Eh, pengarah ke penerbit? Haiyak. Lantak boleh?

Umur Jerry baru nak masuk 6 bulan kot? Aku bela dia sebab, dia kena buang mak. Eh, rase nye lebih kepada anak buang mak. Mak dia datang rumah hantar Jerry makan. Lepas dua kali bawak makan, Jerry tak nak balik hidup di jalanan. Bila mak dia kendong dia keluar, dia patah balik masuk rumah. Anak derhaka betul!

Sampai sekarang, mak dia datang makan kat rumah aku. Abang abang, kakak, dan kembar Jerry pun datang gak makan kat rumah. Tapi, dorang saling tidak kenal mengenal. Macam mana aku tahu dorang adik beradik? Naluri keibuan aku mengatakannya. Haha. Sejak bila aku ada naluri ibu ni. Hadoi! Dorang sume sepet dow!


Ohh. Lupa kejap. Chummy Lambert ada nama Islam nya. Ingat manusia je ada nama Islam ada nama popular? Kucing aku pun ada lah! Nama Islam Chummy ialah, Muhammad Ayub bin Abdullah. Comel kan! Ni sume pasal tetiba aku ter-connect dengan kawan aku time sekolah rendah dulu kat fesbuk. Nama dia Ayub. Aku sebut lah 'Yob ohh Ayub' banyak kali sambil pandang Chummy. Kejap lagi, dia pandang je. Terus lah lekat nama Ayub tu. Hiks.

Jerry pulak, nama Islam dia, Muhammad Ayie bin Abdullah. Sebab, dari Jerry, ktorg panggil Yee. Daripada Yee terciptalah nama Islam. Taraa~

Okay. Ni pengenalan pasal dorang. Lain kali aku cerita lagi. Bye!

Kadang kadang macam Bapak dengan Anak.
Kadang kadang macam Harimau dengan Singa.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot