18 January 2011

Adik tiri tak seibu tak sebapa Adam Lambert.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Salam malam, pembaca! Moga hari ini telah bawa banyak kemanisan dalam kehidupan korang semua termasuk aku. AMIN ;)

Malam ini, aku nak cerita pasal adik tiri Adam Lambert yang dia serta keluarga sendiri tidak tahu Adam Lambert punya sekor adik tiri. Lagi lagi adik tiri dia tinggal dengan aku dan keluarga. Pada yang pernah baca entri aku sebulan serta sebelum ini, pasti dah kenal siapa. Mana taknya. Jantan kesayangan aku tu. Wajib aku cerita kat sini, babe! Kiki.

Kalau ada pembaca yang masih tidak baca bebelan aku pasal adik tiri Adam Lambert ni, meh lah terjah entri entri aku ini :
  1. Perkenalan kepada awam, Chummy Lambert.
  2. Macam macam kerenah bodoh Lambert. Part 1
  3. Macam macam kerenah bodoh Lambert. Part 2
Tetiba aku nak cerita pasal jantan sekor ni. Dia ni rajin gila kebelakangan ni. Waktu Mama tengah sibuk print segala kerja, dia mula lah meng-offer kan diri beliau untuk tolong Mama. Kononnya lah kan. Aci poyo je dia tu.

Mama punya lah puji dia sakan. Naik benci aku kat dia. Geram punya pasal, aku ambil camera Canon aku. Bukan DSLR ya. Camera Canon IXUS tu je haa. Lepas tu, tangkap apa yang patut. Nak buat aduan kat Aduan Comot. Ni, aku tengah taip aduannya.

Meh tengok hasil kerja aku kala Chummy dengan suka rela tolong Mama. Kononnya!

 

Tengok tu. Kertas masuk dalam printer dia tarik keluar. Guna kuku, babe! Rosak printer Canon aku. Bila paper keluar, maksud dah print lah kan. Dia dengan kelam kabut tarik paper tu keluar. Lepas tu, bau bau. Yela. Aku paham. Kertas tu kena baham dengan printer lepas tu kena luah balik! Mesti tengah nazak.

Aku paham. Chummy ni berperikemanusiaan. Sampaikan kertas kena baham dengan printer pun kalut semacam =.='

Chummy Chummy.

Tu lah adik tiri tak seibu tak sebapa Adam Lambert. Keturunan pun lain. Aku dah bagi klu awal awal entri lagi. SEKOR :P Bye~





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 comments:

PReDicToR said... BALAS

hahahaha..comel je tgn si chummy 2 tolak kertas kat printer..

Miss Yaty said... BALAS

patut lah shag panggil mamat sekor..haha..yaty baru je terkejut tadi sebab panggil sekor...haha..


adeh aku terkna;p

p/s: shag mesti manje kan dgn chummy ni :)

najihah sahami said... BALAS

haha..waa..shag ade kucing ke???ish2...cam tak caye...kucing tu lagi rajin dari shag lak tu. hehehe...

Cik Shag said... BALAS

@PReDicToR : Haha. Budak nakal mmg macma tu :P

Cik Shag said... BALAS

@Miss Yaty : Kiki. Saja bikin entri merapu penuh saspen dungu :P

p/s : sangat manja. Tapi dia manja dengan Abah lebih2. Sebab Abah selalu lepas dia keluar. Dgn Shag terkurung jela dalam rumah.

Woofer Storm said... BALAS

bgus benar bdk ni,leh mnta tak??heheee ank kucing sy tkde la,ada pun ank tekak je...heehee mat pagi shag^^

Cik Shag said... BALAS

@najihah sahami : Aah. Ada dua ekor. tapi seko ni Shag sayang lebih. Sebab kenal waktu Shag sem 4 kat kolej ;)

Cik Shag said... BALAS

@Woofer Storm : Tak boleh! Ni kucing kesayangan gua ni, bro! Kiki.

Selamat Pagi Achie ;)

Ateynmohd said... BALAS

hahaha ! comey lah miow dye :) i loikeee :)

Cik Shag said... BALAS

@Ateynmohd : Kiki. Gemok sokmo Chummy memang lah comel. Kiki.

Mr.IX said... BALAS

lupa nak tambah..
tak seibu, sebapa dan sespesis....hehe...yg penting sama hitam...

Klik-Klik-Klik!! :
Minum Milo Jadi SIhat dan Kuat!!!

E.d.Y said... BALAS

alahai...comel...tp xnampak muka...badan macam gebu je

Aretikz said... BALAS

Sebenarnya nak tunjuk kucing Shag pandai print kan? Kan? Hehe..

tia said... BALAS

hahaha! comel jee!!

sicomot-comel said... BALAS

haha..
comel..
tak seibu..tak sebapa..bukan spesis..tak sama saiz..tak sama rupa..haha

Cik Shag said... BALAS

@Mr.IX : Hitam tu tang mana tu? Kiki :P

Cik Shag said... BALAS

@E.d.Y : Nak nampak muka tengok entri sebelum lah Edy ;) Mmg gebu pom!

Cik Shag said... BALAS

@Aretikz : Err, lebih kurang lah! Atik ni, terror betul teka. LOL~

Cik Shag said... BALAS

@tia : Macam Shag! Muahaha :D

Cik Shag said... BALAS

@sicomot-comel : Tak sama suara. Kuangkuang :P

luvYOU said... BALAS

shagyyy!!!
nk culikkk!!!!!!!!!

RuSh D said... BALAS

comey jer kucing tue..sibuk nk print sekali...hahaha

muas said... BALAS

waaah,.**

Cik Shag said... BALAS

@luvYOU : Kak Dilla~ tak boleh. Nehi jabhi nehi! :P

Cik Shag said... BALAS

@RuSh D : haha. memang! Semua benda kalau boleh dia nak sibuk =.='

Cik Shag said... BALAS

@muas: Wahhh~ Jugep :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot