Showing posts with label Chummy Lambert. Show all posts
Showing posts with label Chummy Lambert. Show all posts
01 February 2012

Wordless Wednesday WW7



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Chummy Lambert 



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 January 2011

Kucing aku hantu durian!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Bukan kucing aku! :P

Salam petang Rabu, pembaca!

Korang ada kucing tak? Aku ada. Ramai~ Tapi yang duduk dalam rumah bersuka ria ada dua ekor. Paling aku sayang, tentulah Chummy Lambert, si gemok dalam rumah. Kekeke. Kat luar ada lah dalam 6 ekor. 3 ekor, keluarga Jerry Bruckheimer. 3 ekor lagi kucing terbiar. Kesian.

Hari ini, aku nak kongsi berapa duit tiap bulan yang terpaksa di labur kan untuk ke enam enam kucing tersebut. Jom kita layan~

Ikan Sardin.
Untuk kucing kucing luar rumah.

Kitorang beli ikan setiap 3 hari. Sekali beli ikan ni dalam 10 ekor. Jumlah perlu di bayar adalah RM6 tambah tambah. Kalau sebulan dan RM60.

Ikan Selar.
Untuk Jerry Bruckheimer.

Ikan ni kalau sekali beli dalam 4 atau 5 ekor. Jumlah yang perlu di bayar dalam RM9 tambah tambah. Pergh~ Mahal! Sebulan, mahu cecah RM90. Pengsan! Lepas ni, kena buang Jerry duduk luar. Kahkahkah~

Ikan Tongkol.
Kegemaran sepanjang hayat, Chummy Lambert.

Ikan ni sekali beli sekor je. Tapi sekor je pun untuk 3 hari. Kadang kadang tak sampai 3 hari dah licin. Sekor kalau saiz dia sederhana dalam RM3 tambah tambah. Kalau besar, 4 hinggit. Kalau sebulan baru RM30. Antara paling murah lah. Tapi ini untuk sekor kucing je. Yang ikan sardin tu kena kongsi 6 ekor kucing.

Ocean Fish Flavor Friskies.

Chummy lah makan paling banyak. Kalau tak ada Friskies, nasi pun tak lalu nak makan. Kalau beli Friskies lain dari Ocean Fish Flavor, tak makan. Mengada gila! Sebulan dua kali kena beli. Bukan yang besar sekali. Ni yang saiz sederhana tu. Harga satu RM12 tambah tambah. Kalau sebulan dah RM24 tambah tambah.

Pasir pembuangan besar kecik Chummy dan Jerry.

Seminggu kena beli 1 pek pasir untuk dorang. Kitorang beli yang murah je. Selalu beli Carrefour punya pasir lah. Kalau p Shah Alam, singgah TESCO beli pasir sana. Lagi murah. 1 pek pasir dalam RM7. Sebulan kena labur RM28.



Jadi, jumlah keseluruhan pelaburan kami untuk kucing sahaja adalah . . . Jap nak kira!
60 + 90 + 30 + 24 + 28 = 232

PERGH~ Tu kalau Jerry atau Chummy demam tetiba dah kena tambah lagi. Dang! Boleh pengsan aku, kalau aku bela dorang. Haha. Tak jadi lah nak bukak pusat kebajikan untuk kucing kucing terbiar. Ni baru berapa ekor kucing punya pembelanjaan. Kalau bukak pusat kebajikan tu, mahu dekat beribu kot?

Pengsan.

Psst. Chummy suka gila makan durian kot! Ada video dia dok melahap durian. Nak upload. Tapi, lembap gila nak habis -.-'



sumber gambar : Album Pak Cik Google.


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 January 2011

Adik tiri tak seibu tak sebapa Adam Lambert.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Salam malam, pembaca! Moga hari ini telah bawa banyak kemanisan dalam kehidupan korang semua termasuk aku. AMIN ;)

Malam ini, aku nak cerita pasal adik tiri Adam Lambert yang dia serta keluarga sendiri tidak tahu Adam Lambert punya sekor adik tiri. Lagi lagi adik tiri dia tinggal dengan aku dan keluarga. Pada yang pernah baca entri aku sebulan serta sebelum ini, pasti dah kenal siapa. Mana taknya. Jantan kesayangan aku tu. Wajib aku cerita kat sini, babe! Kiki.

Kalau ada pembaca yang masih tidak baca bebelan aku pasal adik tiri Adam Lambert ni, meh lah terjah entri entri aku ini :
  1. Perkenalan kepada awam, Chummy Lambert.
  2. Macam macam kerenah bodoh Lambert. Part 1
  3. Macam macam kerenah bodoh Lambert. Part 2
Tetiba aku nak cerita pasal jantan sekor ni. Dia ni rajin gila kebelakangan ni. Waktu Mama tengah sibuk print segala kerja, dia mula lah meng-offer kan diri beliau untuk tolong Mama. Kononnya lah kan. Aci poyo je dia tu.

Mama punya lah puji dia sakan. Naik benci aku kat dia. Geram punya pasal, aku ambil camera Canon aku. Bukan DSLR ya. Camera Canon IXUS tu je haa. Lepas tu, tangkap apa yang patut. Nak buat aduan kat Aduan Comot. Ni, aku tengah taip aduannya.

Meh tengok hasil kerja aku kala Chummy dengan suka rela tolong Mama. Kononnya!

 

Tengok tu. Kertas masuk dalam printer dia tarik keluar. Guna kuku, babe! Rosak printer Canon aku. Bila paper keluar, maksud dah print lah kan. Dia dengan kelam kabut tarik paper tu keluar. Lepas tu, bau bau. Yela. Aku paham. Kertas tu kena baham dengan printer lepas tu kena luah balik! Mesti tengah nazak.

Aku paham. Chummy ni berperikemanusiaan. Sampaikan kertas kena baham dengan printer pun kalut semacam =.='

Chummy Chummy.

Tu lah adik tiri tak seibu tak sebapa Adam Lambert. Keturunan pun lain. Aku dah bagi klu awal awal entri lagi. SEKOR :P Bye~





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 December 2010

Aku benci jiran aku !!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Salam malam, pembaca!

Aku baru balik dari macam macam tempat. Dari KL, dari Alamanda, dari Seri Kembangan. Penat beb! Tapi, aku bukan nak cerita pasal tempat yang aku pergi tu. Tapi, aku nak kongsi berita yang menggemparkan kami sekeluarga. Kami sedih dengan berita tersebut!

Okay. Itu apa yang aku penat karang semalam dan simpan dalam Notepad. Haha. Sebab, samalam, dah aku teruja balik nak online, laptop aku tak dapat detect wireless. Katanya, 'Windows cannot detect any wireless blaa blaa blaa'. Lebih kurang maca tu lah bunyi nya. Hari ini, lepas Abah bertungkus lumus satu hari suntuk, baru tadi dapat buat. Terima Kasih Abah! :D


Aku nak cerita kes sedih. Kes ini melibatkan jiran kawasan rumah aku tu. Aku memang hampa gila dengan penduduk kat sini. Sungguh tak perihatin dan tidak berperikemanusiaan langsung!

Kucing yang kami beri nama Patah, sebab ekor dia macam patah, abang kepada Jerry Bruckheimer, meninggal dunia hari ini. Waktu, aku tak pasti. Sebab, Adeq jumpa mayat Patah kat tepi longkang rumah jiran tak berhati perut tu! Dengan darah, dengan mata terjojol, di biarkan sahaja kaku kat tepi rumah dia. Tak di tutup dengan surat kabar pun.

Jadi, kami ambil tindakan untuk kebumikan Patah kat belakang rumah aku. Dia dah gemok. Tanda kitorang bela dengan baik! Baru kelmarin kami mandikan Patah. Siap blow lagi bulu dia kasi kering. Tup tup, tahu hari ni dia kena langgar mati! Oleh jiran aku yang busuk hati! Entah ada hati ke tak.

Aku tak akan maafkan jiran tu! Satu keluarga. Boleh je intai dari bilik? Damn lah lu. Dah langgar, bertanggungjawab lah! Dengan tak sengaja tadi aku ter-mencarut, 'Nanti dia mati pun terbiar kaku macam tu'. Hmph~

Patah dah selamat di kebumikan. Lepas ni, tak ada dah Patah mai singgah rumah buat bising mintak makanan.

Lepas ni, tak ada siapa datang rumah nak main dengan Chummy Lambert dengan Jerry Bruckheimer.

Lepas ni, tak ada Patah~

Okay. Berhenti di sini. Mata aku pedih sebab lens aku kering petang tadi semalam. Tambah pedih bila Patah dah tak ada. Chow~

UPDATE 23 April 2012


bising : moga roh Patah di cucuri rahmat ~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

01 December 2010

Macam macam kerenah bodoh! #2



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012


Salam lewat petang, pemabaca pembaca!

Untuk makluman korang, aku dah sampai selamat selamat sampai ke Putrajaya! Dua Tiga jam perjalanan dari Batu Gajah, dan tol hanya RM28.40. Dua tol je pun. Batu Gajah dengan Putrajaya tol ;)

Ingat pagi tadi aku ada auto-publish entri pasal Chummy Lambert; Macam macam kerenah bodoh! ? Kali ini, entri khas untuk dia lagi. Memang femes lah Chummy Lambert lepas ni. Asik muncul kat belog aku je. Hari ini je, dah dua kali. Hmph.

Sampai je rumah kat Putrajaya, dengan kelam kabut nya Chummy Lambert terjun dari kereta, tunggu depan pintu rumah. Haish. Rindu sangat kot kat rumah. Haha. Padahal je. Dia tu pentakut penakut nak mati! Naik kereta pun jakun takut. Nampak orang, kelam kabut lari! Tu belum nampak kucing. Apalah nasib aku ada kucing macam tu.

Dapat je masuk rumah, terus tunggu depan pintu bilik aku. Nak jumpa tempat rehat dia yang baru lah tu. Almari kain aku! Demm lah lu, Chummy Lambert!! Tak ada tempat lain ke nak jadikan tempat honeymoon rehat kau. Almari kain yang dah terkoyak tu jugak kau terjahnya. Nasib baik almari tu bawahnya kosong. Konon khas untuk kau lah, Chummy Lambert oi! Haigoo~

Kucing gemok memang macam ni ye perangai? Haha :D


bising : akan ada banyak entri malam ni ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Macam macam kerenah bodoh!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



UPDATE 23 April 2012

Salam pepagi buta Rabu, pembaca!

Ini entri auto-publish. Mungkin sekarang aku dah kat highway nak balik ke Putrajaya. Mungkin jugak aku dok layan nasi lemak kat Kellie's Castle. Dan, berkemungkinan besar aku tengah berdengkor sambil mimpikan Chester. Muahaha :DD

Ini entri aku nak cerita sikit perangai pelik kucing kesayangan aku, si Chummy Lambert! Sampai Batu Gajah minggu lepas, dia tak makan sangat. Makan sehari sekali. Kadang kadang sampai diet dua hari! Tak tahu kenapa. Bukan pertama kali mai rumah kat Batu Gajah ni. Dah masuk 4 kali kot mai sini. Ini pertama kali dia buat hal. Tak nak makan!

Tak nak makan satu hal. Lepas tu, suka sangat tidur dalam toilet. Okay, itu biasa! Yang tak biasanya, Chummy tidur dalam sinki! Demm. Aku nak basuh tangan bekas taik pun susah! Nak mandi dalam bilik air tu pun tak boleh. Sebab, sebarang bunyi akan kejutkan dia. Bila terkejut, dia moody. Haish. Perangai serupa manusia. Benci aku!

Lagi, dia kencing kat jamban cangkung! Tak tahu lah macam mana dia kencing. Tapi, aku ada bau kencing dia kat jamban cangkung tu. Haiyak. Dah pandai guna jamban nampak? Lepas ni pakai jamban duduk pulak kot? Muahaha :DD


bising : ikan tiap 5 hari kena tukar ikan jenis lain. haiyak!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

05 November 2010

Lambert dan Bruckheimer.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam tengah malam, pembaca!

Malam ni tetiba terasa nak berceloteh pasal kucing aku dua ekor kat dalam rumah ni. Aku tak nak cerita pasal kucing luar rumah. Terlalu ramai, dan terlalu err bising! Hiks.

Gambar paling latest!
Kucing aku yang pertama, Chummy Lambert. Kenapa Chummy Lambert? Entah! Chummy tu di beri oleh emak tuan asal dia. Bagi nama perempuan, sebab tu lah kucing kesayangan aku ni macam pondan! Mencik. Lambert pulak aku yang kasi. Sebab, cara dia yang ala ala Diva gitu.

Chummy lahir bila aku tak tahu, yang pasti tuan asal dia kutip dia pertengahan Februari 2009. Kami bersama sama bela dia dekat rumah sewa kat Beranang. Time tu kan zaman kolej, duduk rumah sewa. Hmph. Lepas tu, cuti pertengahan semester aku bawak Chummy balik rumah aku sebab tuan asal dia tak nak dia lagi.

Asal aku tulis 'tuan asal' dan bukannya nama 'tuan asal' tersebut? Sebabnya, aku tak nak sebut nama minah tu lagi. Dia lah yang tikam belakang aku. Punca aku susah nak berkawan dengan orang luar sekarang ni. Hmph.

Tengah duduk tu, abang Jerry. Ktorg panggil Abang Dia ;P
Kucing kedua aku aka anak tiri, Jerry Bruckheimer. Sebelum tu, banyak nama di beri. Aku kasi Jay-R. Tapi, di tolak masak masak dan yang lekat Jerry. Nak kasi sedap aku tambah Bruckheimer, sempena nama pengarah popular kat Hollywood. Eh, pengarah ke penerbit? Haiyak. Lantak boleh?

Umur Jerry baru nak masuk 6 bulan kot? Aku bela dia sebab, dia kena buang mak. Eh, rase nye lebih kepada anak buang mak. Mak dia datang rumah hantar Jerry makan. Lepas dua kali bawak makan, Jerry tak nak balik hidup di jalanan. Bila mak dia kendong dia keluar, dia patah balik masuk rumah. Anak derhaka betul!

Sampai sekarang, mak dia datang makan kat rumah aku. Abang abang, kakak, dan kembar Jerry pun datang gak makan kat rumah. Tapi, dorang saling tidak kenal mengenal. Macam mana aku tahu dorang adik beradik? Naluri keibuan aku mengatakannya. Haha. Sejak bila aku ada naluri ibu ni. Hadoi! Dorang sume sepet dow!


Ohh. Lupa kejap. Chummy Lambert ada nama Islam nya. Ingat manusia je ada nama Islam ada nama popular? Kucing aku pun ada lah! Nama Islam Chummy ialah, Muhammad Ayub bin Abdullah. Comel kan! Ni sume pasal tetiba aku ter-connect dengan kawan aku time sekolah rendah dulu kat fesbuk. Nama dia Ayub. Aku sebut lah 'Yob ohh Ayub' banyak kali sambil pandang Chummy. Kejap lagi, dia pandang je. Terus lah lekat nama Ayub tu. Hiks.

Jerry pulak, nama Islam dia, Muhammad Ayie bin Abdullah. Sebab, dari Jerry, ktorg panggil Yee. Daripada Yee terciptalah nama Islam. Taraa~

Okay. Ni pengenalan pasal dorang. Lain kali aku cerita lagi. Bye!

Kadang kadang macam Bapak dengan Anak.
Kadang kadang macam Harimau dengan Singa.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot