Showing posts with label Surat Cinta. Show all posts
Showing posts with label Surat Cinta. Show all posts
13 April 2012

Aku dapat surat cinta ! Awww~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Shag Yahaya sedang menaip~


Terkejut mak arini dapat surat cinta dari seseorang. Dah lama aku tak dapat surat cinta yoo. Dengan agak rakus aku bukak sampul surat yang tidak wangi tu. Jadi, aku rasa aku boleh agak bukan surat cinta seperti yang aku angankan tadi. Aiyok.


Sekali ada 2 bookmarks dan satu kad khas daripada blogger - Mama Tunz.


Thanks a lot Mama Tunz. Kalau nak tahu, Mama Tunz adalah salah seorang pemenang Mini GA 2012 oleh aku beberapa bulan lepas. Tak sangka Mama Tunz balas dengan bookmark comel dan kad awesome tu. Inilah di namakan rezeki ;)



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

14 March 2011

Surat Cinta : Untukmu Cintaku #2.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



I AM ! Haha ;D

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Selepas aku perasan beberapa entri yang tiada perasaan di sertakan semasa menaip, aku nak kasi sedikit kata semangat. Mungkin, sayam aku ini telah kehilangan semangatnya untuk ber-belog. Mungkin juga, kerana tekanan di tempat kerja.

Sebelum aku mulakan surat cinta aku buat si dia, aku nak tukar kata ganti nama masing masing. Aku kepada I dan kau kepada You. Baru nampak macam pasangan kekasih. Kan kan, korang? Hehe.



Sayam ku Achie,

Kenapa waktu I baca you punya cerita, terasa kekurangan sesuatu. Lepas beberapa ketika, baru I tahu. You hilang perasaan dalam cerita you tu. Paham tak, sayam? You macam tulis cerita tu ketika you sangat mamai dan waktu you mengantuk.

Eh, mamai dengan mengantuk macam sama je keadaan dia. Haha.

Kenapa macam tu, sayam? Tak nak lah. Sebab, orang yang baca tak dapat nak mendalami cerita bila cerita tu di tulis tiada perasaan. Serupa macam membaca novel yang tiada sentuhan kasih sayang oleh penulisnya. Keke. Hebat tak ulasan I, sayam?

Sebenarnya, I tak tahu macam mana nak kembalikan semangat you tu, sayam.

Hmph. Haa~ Nak dengar cerita kelakar I. Err, mimpi sebenarnya. Mungkin boleh kasi sedikit semangat kat you. Jadi, baca jelah. Keke.

Nak jumpa kat IOI tak ada jodoh. Nak jumpa kat Midvalley pun sama. Jadi, hari tu kita deal nak jumpa kat rumah you je sayam. Jadi, lepas kelas I terus SMS you yang I nak pergi rumah you. Nak dating yo! Manis tak kita, sayam? Dating kat rumah jep!

Tapi, I sesat cari rumah you. Jadi, I tanya lah budak budak yang main main kat jalan tu. Dorang cakap, 'Oooo abang tu. Dia punya rumah hujung sana', sambil dorang bawak I kat rumah you terus. Haha. Comel je bebudak tu. Rasa nak cubit tapi segan!

I bagi salam. Cehh. Nampak you tengah baring senang lenang tengok hindustan. HINDUSTAN, sayam? Hahahahaha. Okay, kita punya persamaan yang sama di situ. Jadi, tak mengapa. Tapi, yang sakit hatinya, you macam buat bodoh dengan I. Eh, bukan macam tapi memang!

Sedih I.

Lepas tu, you punya mak dengan adik beradik you jemput I makan tengah hari kat sana. Miaow~ I like you. Bab makan memang laju je cakap, 'Okay!'. Kaka. Yang peliknya, kenapa muka adik beradik you muka saudara-yang-I-tak-suka? Aiyoyoi.

Lepas tu tetiba cerita kita tamat macam tu je. CD mimpi tu rosak kot! Tak pun sebab terlampau sakit hati. Dan merajuk dengan yuou. Haha. Argh~ Okay. You boleh gelak sekarang. Gelak lah puas puas. Memang taip entri ni nak kasi you gelak pun. Asyik tension benar je dengan kerja.

Haa~ Sebut pasal kerja!

Apa kata you tolak tepi perangai ketua you yang sangat menyakitkan hati tu. Dan fokus pada kerja. Kalau you cintakan kerja tu, pasti you boleh buat bodoh je pada perangai ketua you. Atau mungkin tidak. Haha. Al-maklumlah. I ni mana ada pengalaman bekerja pun. Setakat kerja dua tiga bulan tu adalah.

You kerja lah mana mana, pasti jumpa orang yang sangat menyakitkan hati ni. Tak kira lah pangkat apa. Kan, sayam?

Tapi, jangan sebab perangai dia yang sangat menyakitkan hati tu, you pulak down. JANGAN!! Jadikan kejelikan dia sebagai kekuatan you untuk terus berjuang kat tempat kerja tu. Okay, sayam? Mungkin memang niat dia nak kasi pekerja dia down. Jangan lah kasi dia menang pulak dengan misi dia tu.

Eh, jap. Ni dah jadi sesi kaunseling. Haha.

Oleh itu. Harus terus ke penutup. Jangan marah ye sayam. Keke.

Teruskan lah ber-belog dan bercerita dengan penuh perasaan sebab madu madu I kat sini semua suka baca cerita you. Kesian kat I, madu 1, madu 2, dan mentua I. Rindu you yang lama. Uhuk ;'(



Sayam,
Shag




Sebenarnya, aku tak pakar mana pun nak kasi semangat neh. Nak semangat dari aku senang. Jom lawan suara lah kat kotak karok. Keke.

Kepada Achie, entah pape yang Shag meraban atas tu. Entah ada kasi semangat ke tidak. Maaflah ye.





++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 February 2011

Surat Cinta : Untukmu Cintaku.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Cantik gila rantai neh!
Tlong belikan, sesiapa. Hehe ;)

Assalamualaikum semua kesayaman aku kat sini. Hey, pendatang baru pun kesayaman aku tau. Jangan lah nak sedih ye ;)

Tajuk biar jiwang kejap. Sebab, hari ini Cikgu Shag Yahaya nak ajar kamu semua cara menulis surat cinta. Haha. Surat ni korang tak boleh belajar kat mana mana sekolah kecuali sekolah tidak berbayar, Sekolah Siber Shag Comot. Kelas kadang kadang je pulak tu.

Okay, sebelum memulakan pelajaran kita pada hari ini mari kita ulang kaji apa yang telah kita belajar sebelum ini. Kita dah belajar cara buat surat kiriman. Surat kiriman ada dua iaitu, kiriman rasmi dan kiriman tidak rasmi. Lagi kita belajar cara mengarang berita. Akhir sekali, kita ada belajar cara membuat sebuah memorandum.

Mari mulakan pelajaran hari ini, cara mengarang surat cinta.


Sayam,

Saya nak beritahu sesuatu yang amat penting. Hari ini, hari Rabu. Entah kenapa saya rasa hari ini hari yang baik untuk saya membongkarkan perbuatan jahat saya selama ini terhadap kamu, sayam. Harap kamu dapat bersabar dan terus mencintai saya, sayam.

Sambil tulis saya asyik terbayangkan ayam sebab asyik tulis sayam.

Ingat lagi waktu saya buat belog kedua menggunakan alamat baru, muka baru dan warna tema baru. Kamu cakap belog saya cantik. Terima kasih, sayam. Sejak itu, kamu sering kasi tunjuk ajar ku sifu macam mana nak mencantikkan lagi belog saya. Hehe. Siok nya saat itu.

Namun, tak lama kemudian saya telah terjatuh hati pada insan lain. Biar saya cakap namanya, Hayat jelah. Dia cakap, dia ada nampak saya bersama kamu. Dan dia berminat sama saya. Saya pun tergoda sama dia jugak. Dengan kelembutan yang Hayat ada.

Pergh~ Siapa tak cair sayam!

Lepas beberapa detik pertemuan, baru saya tahu, itu adalah adik kandung mu sendiri, sayam. Aku tersalah langkah pulak bila bercinta dengan Hayat, adik mu sayam. Lalu, aku cuba bawa diri. Jauh dari mu, sayam.

Kala aku bawa diri, sekali lagi aku di sapa oleh jejaka kacak berdiri di samping kereta merah berkilau. Oh, kelisa sahaja. Saya ingat kan kereta Mini Cooper. Tak apalah, janji berkereta.

'Nak ke mana ni, awak?'

Aww~ Lembutnya bicara. Terus saya cakap nak balik rumah dia jadi bini. Haha. Gila kan saya? Saya tahu. Sebab tu kamu pun suka saya. Sebab sayam pun gila! Kakakakaka. Eh, nama jejaka berkereta Kelisa merah tu ialah Achilles. Macam nama pahlawan Rome kan.

Eh kejap. Rome ke sayam?

Tapi, biasalah bila nafsu makin berleluasa. Tamak bertambah tamak. Tak cukup dengan Kelisa. Saya terus cari mangsa lain untuk duduk sebaris dengan sayam, Hayat dan Achilles. Saya bermain kayu keberapa tidak ingat dengan jejaka hijau, Bell. Sambil tu, berpacaran juga dengan Nell. Nasib baik saya tak pernah tersasul nama mereka. Bertuah kan saya. Haha.

Tak cukup, sayam, Hayat, Achilles, Bell, Nell. Saya tambah lagi. Mari saya kasi senarai nama :
  1. Ken - Si cantik yang seksi tapi tak seksi pun.
  2. Jang Hyuk - Si Mat Bunga.
  3. Bat - Bermulut muncung seksi ala ala bini Brad Pitt [ni gara gara saya lupa nama]
  4. Antartik - Suka mengensot macam Suster Ngensot.
  5. Thik - Muda gila dari saya umurnya tapi macam matang.
  6. Meer - Bermata ungu macam warna belog saya.
  7. Depp - Muka ala ala Johnny Depp sebab ti panggil Depp je.
  8. Wanje - Selalu meng-ia-kan apa sahaja yang saya cakap.
Paling best saya pernah berpacaran dengan tunangan orang, Dean. Ada tu pulak perangai macam budak budak dan orang panggil dia Domo je. Paling suka bila ada pacar yang sudi main teng teng dengan saya. Namanya Art. Bukan seni ye, tapi Art. Lepas tu ada pacar untuk ajar saya main Flash. Sesuai lah dengan namanya Flash.

Semua nama pacar saya kelakar kan, sayam?

Akhir sekali, pacar yang sama comot macam saya. Comolot. Haip. Jangan pikir saya mintak cium mulut dengan kamu pulak. Nama dia memang Comolot okay!

Itu je kot nama nama madu kamu, sayam. Saya bagi tahu ni semua sebab, saya nak mintak kebenaran kamu untuk terus memadukan kamu. Kamu marah ke sayam? Kalau tak marah sila balas surat ini ya. Nanti kita buat surat perjanjian pulak ;) Kalau marah nanti kena jual!

Yang sayam kamu sentiasa,
Saya!




Amacam. Ada okay tak surat cinta aku? Surat ni tak ada kaitan dengan cerita sebenar. Saja nak tampal nama nama yang selalu beri sumbangan terhadap aku dan belog aku. Kelik lah satu satu watak kat atas. Nama atas tu semua tipu je. Nak tahu siapa mereka terpaksalah korang kelik nama mereka.


Surat cinta ini tanda terima kasih buat mereka yang komen entri berjadual aku yang berlangsung selama seminggu hari tu.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot