Showing posts with label Tip Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip Tip. Show all posts
08 May 2012

Tips belajar pada minit terakhir~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Nota-Persediaan-Peperiksaan pertama sepanjang Setahun-Setengah di UBiS :D



Shag Yahaya sedang menaip~


Meh meh aku nak kongsi sikit tips. Khas untuk mereka mereka yang bakal menduduki peperiksaan esok hari atau dalam masa beberapa jam lagi. Saja nak kongsi tips gila gila. Gila ke ? Baca lah dulu ;)


Tips Satu.
Amik roti Gardenia, eh tak kisah lah roti apa nak pakai janji yang tak ada inti dalam. Tau tau. Lepas dah amik roti tu, boleh lah tonyoh kan roti tu kat permukaan nota yang masuk periksa. Jangan tonyoh kuat kuat. Takut terabur nanti nota. Hihi. Lepas tu makan roti tersebut. Ahaaa. Jangan lupa baca Bismillah dulu yerp. Karang kongsi roti tu dengan syaitan. Tak berkat ilmu. HAHA :D


Tips Dua.
Apply bluetooth pada deria badan korang. Aku dah sedia ada sebab aku selalu study last minute nak mampus ! Sebelum masuk dewan peperiksaan, ajak kawan kawan study sikit sikit. Sebelum tu agak agak lah sejam dua jam awal. Nak serap ilmu bukan senang~ Jangan lupa on bluetooth korang. Dah switch on, mulakan perbincangan. Korang tanya, dorang jawab. Lepas tu, korang ulang sekali lalu. InsyaAllah bluetooth korang akan serap. Dengan aku selali berhasil :D


Tips Tiga.
Yang ni paling aku tak saran kan. Tapi, nak kasi jugak. Hehe. Bawak lah 'toyol'. Toyol ni bukan binatang yang berwarna hijau dan botak tu. Tapi toyol ini membawa maksud kepada nota nota kecik yang seringkali di bawa masuk ke dalam dewan peperiksaan atau di sorok di jamban. Toyol ni selalu ada bila kedua tips di atas tidak berfungsi. Tapi, risiko kegagalan amat tinggi ! Dosa pun dapat free ;)


Jadi, amacam. Rasa rasa boleh dop pakai tips yang aku kongsikan ni ? Rileks lah der, ini entri melawak je. Tak mau tension tension. Aku tengah exam, tu yang keluar entri gila. Maafkan aku ye ;)


Semoga Berjaya dan moga dapat keputusan hebat untuk semua yang bergelar pelajar~



4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 February 2011

Mari diet cara Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam petang Rabu, pembaca! Ini adalah entri auto-publish yang ketiga dalam minggu kehilangan aku ni. Khas untuk tatapan pembaca setia belog ini ;)

Hari ini aku nak kongsi cara nak kurus gaya aku! Haha. Kalau ikutkan saiz badan aku, memang tak layak langsung aku nak bagi tip. Tapi tapi, jangan tak tahu dulu aku pernah turun berat badan hampir 10 kilo dengan mudah! Budak budak kolej siap cakap aku kurus kot! Dan saiz baju aku turun dua saiz. Maknanya, dari XXXL Kepada XL sahaja. 

Haa~ Terkejut korang! Tahu pun. Jangan pandang aku tak pakai spek mata!

Senang je nak kurus gaya aku. Janji korang dapat tahan nafsu merogol korang tu lah. Eh, salah perkataan. Tahan nafsu makan maksud aku. Maaf.


Tip tip aku :
  1. Jangan pernah tinggal makan pagi.
  2. Jangan makan makanan bergoreng!
  3. Sila pantang makan ayam, ikan keli, ikan pari, ikan kembung.
  4. Jangan makan kulit ayam. PENTING!
  5. Makan makanan bersup. Contoh bihun sup, kue tiaow tom yam dll.
  6. Makan malam awal. Lebih afdal makan sebelum maghrib. Aku dulu makan petang sekali dengan makan malam sebab makan jam 5 petang.
  7. Banyakkan minum air masak. Tak payah suam pun tak apa janji tak elakkan ais!
  8. Makan buah bila lapar antara waktu makan pagi-petang dan waktu makan petang-malam.
  9. Banyakkan berjalan laju. Sekurang kurangnya jalan laju selama 10 minit. Pergi kelas tu jalan lah laju laju.
  10. Buat sit ups minimum 50 kali sehari. Senang cerita lepas solat buat 10 kali sit ups. Setiap bulan naikkan kiraan sit ups.
  11. Rehat dengan secukupnya.
InsyaAllah kalau korang ikut tip senang dari aku tu, korang akan turun berat dengan senang! Aku sekarang tak boleh jalankan operasi tu sebab duduk kat rumah. Kat rumah ni, banyak dugaan. Tak sudah sudah masak makanan kegemaran aku.

Psst. Sebenarnya, aku pantang makan ayam, ikan keli, ikan pari, ikan kembung tu atas nasihat Mak Cik Sal, mak cik yang buat facial resdung aku. Dan pasal pantang tu aku turun berat badan sekali gus resdung aku kurang. Alhamdulillah.


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)

 



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

11 January 2011

Nasihat untuk peninggal jejak.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


Wajah SB baru aku. CHUN tak?

Salam senja, pembaca!

Aku nak bagi nasihat sikit. Bukan pasal isu panas tu. Bukan bukan, kabi nehi.

Korang korang si peninggal jejak pasti singgah belog belog sambil tinggal jejak kat SB atau nama panjangnya ShoutBox. Kalau boleh, semua belog kau singgah kau nak dorang ada SB. Kalau tak ada korang bagi tahu dorang, 'Letak lah SB senang nak terjah'. 

Aku pernah buat macam tu jugak. Suruh dorang letak SB. Yela. Dia dah mai belog aku melalui SB. Bila aku tegur dia kat belog dia, SB pulak tak ada. Nak komen entri, aku tak ada idea nak komen apa. Sebab, aku tak paham apa yang cuba di sampai kan. Mungkin terlalu pendek ceritanya dan tak ada klu. Mungkin jugak, sebab aku first time terjah.

Okay, lari tajuk.

Aku nak cakap. Kalau korang datang belog aku ni dan nak balasan terjahan dengan kadar yang segera, korang komen entri aku. Kadar segera di sini bermaksud, balasan pada hari yang sama. Sebab, aku geledah SB dua atau tiga hari sekali. Maknanya, aku akan terjah kawan kawan melalui SB 2 3 hari sekali.

Kotak entri aku dah cantik da. Meh lah komen ;)
Cantik apa entah~

Aku banyak ikut belog. Tak pasti berapa bilangan. Dan bila aku online belog, berlambak entri terbaru. Aku nak baca setiap entri dah makan masa lama jugak. Nak buat entri satu untuk belog aku pun, makan masa jugak. Dan masa aku untuk ber-belog aku terhadkan. Jangan ingat aku tak kerja, aku tak belajar aku ada masa 24 jam ngadap belog. Jadi, masa untuk terjah kawan kawan dari SB memang kadang kadang tak sempat.

Kalau ada tagged belog ini untuk sebarang kontes, giveaways, anugerah dan tags, korang tinggal jejak bersama link di entri aku. Tak kira yang mana entri pun. Okay?

Harap tiada sesiapa terasa atau benci aku lepas ni. Kalau tak suka entri ni, cakap. Aku takkan remove-kan entri ni pun tapi aku cuba perbaiki mana yang salah tu :P

Bye~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 November 2010

Tadi kan . . . .



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam tengah malam pembaca!

Tadi, tengah siok aku berjalan ke belog belog. Aku berhenti di satu belog ni. Alaa, semua belog aku berhenti sebab nak tinggalkan jejak. Alahai. Cerita serupa budak tak reti nak cerita je aku ni. Haila. Sambung.

Ada satu belog, aku terbaca pasal satu entri dia ni. Dia dapat award. Aku tak ingat award apa sebab bukan tugas aku nak hafal anugerah yang blogger tu dapat. Yang best nya award tu, dia ada syarat yang perlu di selesaikan oleh penerima anugerah tersebut. Korang tahu apa tugasan yang perlu di selesaikan tu? Nak tahu? Jom teruskan membaca lagi. Hiks.

Tugasan nombor satu dia jelas terpempang ayat, 'Follow belog dot dot dot'. Makna nya, kalau tak follow korang tak boleh layak untuk ambil anugerah itu. Walaupun ada blogger yang pass kat korang. Sebabnya, tugasan pertama tidak lengkap. Haa. Skip tugasan kedua. Tugasan ketiga berbunyi lebih kurang begini, 'Tag 3 bloggers'.

Tahu apa maknanya? Maknanya, belog pereka khas aka pemberi utama anugerah tersebut akan menambah bertambah lah pengikut. Dah dia suruh orang follow dia kalau dapat anugerah tersebut. Sorang blogger kena tag 3 bloggers. Bayangkan lah berapa ramai pengikut yang bakal dia peroleh? Pergh~ Masyuk beb!

Tapi, yang sedihnya adalah adakah belog beliau mempunyai pembaca seramai pengikut nya? Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pasa pengisian beliau.

Renung renungkan dan selamat beramal!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

16 November 2010

Me follow you, number 100!! Pergh~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam pepagi buta Selasa, pembaca!

Pagi ni aku nak bincang pasal kesalahan yang sering bloggers buat apabila cuba tinggalkan jejak di Kotak Jerit tuan rumah. Dan, jejak yang mereka tinggalkan kadang kadang di maki maki di pandang mual oleh Tuan Rumah. Kenapa ye?

Sebabnya korang tinggalkan jejak yang :
  1. Sama di setiap belog. Contoh : Shag was here. Kat semua belog macam tu. Tak best lah!
  2. Ternyata menipu Tuan Rumah. Contoh : Me follow you. Bila Tuan Rumah cek tak ada nama kau.
  3. Tak back link ke belog korang, tapi korang kasi link utk Tuan Rumah copy dan paste. Contoh : Ni belog saya, shagcomot.blogspot.com
  4. Tiba tiba datang suruh Tuan Rumah follow kau. Nak p mana tah. Contoh : Please follow me.
  5. Suruh terjah sambil tinggalkan komen di entri kau dengan cara paling bodoh selebet. Contoh : Jomlah komen kat belog gua.
Itu antara nya lah kan. Banyak lagi kalau aku nak senaraikan. Panjang sangat entri aku nanti. Tak boleh. Aku tak larat nak taip. Tapi, ada jalan penyelesaian bagi segala benda. Jom tengok.
  1. Cuba pelbagai kan gaya teguran korang kat setaip setiap belog yang korang terjah tu. Contoh : Hello, apa kabar tuan rumah? || Salam Petang Sabtu dan Ahad kat sini. Buat BW utk 2 hari terus, jimat masa.
  2. Sila follow Tuan Rumah tu dahulu sebelum main hentam jeritan mengatakan korang dah follow. Itu yang terjadi kat belog aku. Sapa cakap dah follow aku carik nama dia. Tak jumpa aku tanya betul ke dah follow? Kejap lagi baru nampak nama dia follow aku. Haa, kan dah kantoi! Tak jadi aku nak follow dia sebab dah menipu.
  3. Sila isi Nama Samaran, URL Belog dengan betul. Kalau dapat Tuan Rumah macam aku, memang aku tak melawat lah belog korang. Bukan sombong, tapi aku MALAS! Nak kena kopi dan pasta copy and paste ni leceh! Jadi, sila pastikan korang isi borang jeritan tu betul betul.
  4. Kasi lah ayat membodek sikit. Contoh : Sudilah Encik/Cik yang Handsome/Comel jemput ke taman belog saya. Haa, kan manis gitu. Ni main terjah suruh ikut. Takut aku karang aku ikut kau colek aku tahj tah ke mana. Boleh ke?
  5. Komen kat belog Tuan Rumah dulu sebelum jemput dia balas. Kalau tak, jadi macam ni lah. Err, lu tak komen kat belog gua, apa pasal gua kena komen kat belog lu. Apa kes!

psst. Nama nama kat gambar tertera kat atas, aku amik dari Kotak Jerit aku. Pada mereka bertiga, aku pinjam tayang nama korang kejap untuk melariskan jualan buku cinta belog aku ;P



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot