09 February 2011

Mari diet cara Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Salam petang Rabu, pembaca! Ini adalah entri auto-publish yang ketiga dalam minggu kehilangan aku ni. Khas untuk tatapan pembaca setia belog ini ;)

Hari ini aku nak kongsi cara nak kurus gaya aku! Haha. Kalau ikutkan saiz badan aku, memang tak layak langsung aku nak bagi tip. Tapi tapi, jangan tak tahu dulu aku pernah turun berat badan hampir 10 kilo dengan mudah! Budak budak kolej siap cakap aku kurus kot! Dan saiz baju aku turun dua saiz. Maknanya, dari XXXL Kepada XL sahaja. 

Haa~ Terkejut korang! Tahu pun. Jangan pandang aku tak pakai spek mata!

Senang je nak kurus gaya aku. Janji korang dapat tahan nafsu merogol korang tu lah. Eh, salah perkataan. Tahan nafsu makan maksud aku. Maaf.


Tip tip aku :
  1. Jangan pernah tinggal makan pagi.
  2. Jangan makan makanan bergoreng!
  3. Sila pantang makan ayam, ikan keli, ikan pari, ikan kembung.
  4. Jangan makan kulit ayam. PENTING!
  5. Makan makanan bersup. Contoh bihun sup, kue tiaow tom yam dll.
  6. Makan malam awal. Lebih afdal makan sebelum maghrib. Aku dulu makan petang sekali dengan makan malam sebab makan jam 5 petang.
  7. Banyakkan minum air masak. Tak payah suam pun tak apa janji tak elakkan ais!
  8. Makan buah bila lapar antara waktu makan pagi-petang dan waktu makan petang-malam.
  9. Banyakkan berjalan laju. Sekurang kurangnya jalan laju selama 10 minit. Pergi kelas tu jalan lah laju laju.
  10. Buat sit ups minimum 50 kali sehari. Senang cerita lepas solat buat 10 kali sit ups. Setiap bulan naikkan kiraan sit ups.
  11. Rehat dengan secukupnya.
InsyaAllah kalau korang ikut tip senang dari aku tu, korang akan turun berat dengan senang! Aku sekarang tak boleh jalankan operasi tu sebab duduk kat rumah. Kat rumah ni, banyak dugaan. Tak sudah sudah masak makanan kegemaran aku.

Psst. Sebenarnya, aku pantang makan ayam, ikan keli, ikan pari, ikan kembung tu atas nasihat Mak Cik Sal, mak cik yang buat facial resdung aku. Dan pasal pantang tu aku turun berat badan sekali gus resdung aku kurang. Alhamdulillah.


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)

 



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 comments:

nelly said... BALAS

wah ..baru nelly tahu ..thank you ..kena diet ni !!
dah gemuk .
haha

nazirulhazwan~ said... BALAS

tak perlu ni sume, ikot care den, makan makanan berat sekali sehari sahaje, tu pon jgn byk sgt, kompem kurus.haha

bunga said... BALAS

nak nak daet..hehehe..

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

nice tips shag...jom kita diet!! yeah..ceh.padahal alief ni tak perlu diet dah..sbb dah kurus kering..hahakepada semua,,kalau nak diet tu,,jgn la lebih2 k..huhu..jgn tak makan..dan diet tu hendaklah disertakan dgn gaya hidup yg sihat..kalau amalkan diet makanan je tak cukup taw...hehe

Ateynmohd said... BALAS

thnx for the tip dear :)

Woofer Storm said... BALAS

slm..rndu sngt kat blog ni ea??kalau rindu,log in je la jap..eheeee

baru je ingat nak belnja ayam,tapi kansel la ni..hehee
bukan apa,nfsu merogol tak leh tahan..opssss heheee

adibah said... BALAS

resdung xbley mkn ayam n ikan keli ek??feveret tu..tp xpe la..lepas ni kne kn nafsu utk kesihatan diri..huhuhu...

Miss Yaty said... BALAS

tak sangka plak takleh makan ikan keli...dah lah sekarang pantang tgk ikan keli =,="

najihah sahami said... BALAS

err...tp ikn keli tu peberet mish..cane ni?

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Ni exkstrem punya diet loh. Tarak bagus :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nazirulhazwan~ : Kan! Tapi dah setahun Shag buat benda tu. 20 kurang dalam kurungan! Hahahaha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Jom! ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS : Tahu Alief sayam. Hehe. Neh Shag dah register gym kat U. InsyaAllah akan mula diet yg sehat. Eceh! ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ateynmohd : Sama sama sayam ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Alaa. Shag dah tak pantang dah ayam. Pantang nampak je! Jom belanja Shag esok!! ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@adibah : Aah. Ayam adalah alergi paling teruk utk resdung. Lagi lagi kulit. Ommo~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Miss Yaty : Tgk tak pa sayam. Makan je tak boleh :P Kalau resdung teruk lah. Keke.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Makan jela. Tak selalu kan makan? Hehehe ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot