18 November 2010

Tadi kan . . . .



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam tengah malam pembaca!

Tadi, tengah siok aku berjalan ke belog belog. Aku berhenti di satu belog ni. Alaa, semua belog aku berhenti sebab nak tinggalkan jejak. Alahai. Cerita serupa budak tak reti nak cerita je aku ni. Haila. Sambung.

Ada satu belog, aku terbaca pasal satu entri dia ni. Dia dapat award. Aku tak ingat award apa sebab bukan tugas aku nak hafal anugerah yang blogger tu dapat. Yang best nya award tu, dia ada syarat yang perlu di selesaikan oleh penerima anugerah tersebut. Korang tahu apa tugasan yang perlu di selesaikan tu? Nak tahu? Jom teruskan membaca lagi. Hiks.

Tugasan nombor satu dia jelas terpempang ayat, 'Follow belog dot dot dot'. Makna nya, kalau tak follow korang tak boleh layak untuk ambil anugerah itu. Walaupun ada blogger yang pass kat korang. Sebabnya, tugasan pertama tidak lengkap. Haa. Skip tugasan kedua. Tugasan ketiga berbunyi lebih kurang begini, 'Tag 3 bloggers'.

Tahu apa maknanya? Maknanya, belog pereka khas aka pemberi utama anugerah tersebut akan menambah bertambah lah pengikut. Dah dia suruh orang follow dia kalau dapat anugerah tersebut. Sorang blogger kena tag 3 bloggers. Bayangkan lah berapa ramai pengikut yang bakal dia peroleh? Pergh~ Masyuk beb!

Tapi, yang sedihnya adalah adakah belog beliau mempunyai pembaca seramai pengikut nya? Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pasa pengisian beliau.

Renung renungkan dan selamat beramal!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

RoSeNoi♥A'n'L said... BALAS

Banyak blogger buat macam ni.. :) Pernah gak akak masuk blog yang follower dah sampai seribu lebih, tp bila akak baca entry dia, banyak entry yang tak menarik perhatian akak lah. Blog pon tak lawa, berat lagi..

Selera masing2 kan.. takyah cakap banyak, macam je blog sendiri hebat HAK HAK. :) Yang penting berblogging ni nak seronok2 .. bukan nak attract follower atau nak glemer. Ia tempat menyimpan memori , so nanti dah ada anak, suh je dia baca blog untuk tau cerita zaman remaja ibu mereka HAK HAK.

Drama masa depan: (ceh, dah kena pengaruh rakan sebaya Arina lagi) (doh)
"ibu.. ibu.. dulu time U ibu nakal tak?"
"malas nak citer, pegi baca blog!"

HAK HAK

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

@RoSeNoi♥A'n'L : Kan! Hmph. Tgk blog Moy sudah. Followers dah 90 tapi komen tak ada pulak. 2 pun susah nak dapat. Haiyak.

Aah kan. Tapi, Moy tak cerita hal peribadi kat sini sangat :P Lagipun, ni belog baru. Tak banyak cerita. Ni kena buat satu belog khas utk anak anak :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot