Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
09 January 2012

[Lawak] Kalaulah hantu ada FB ~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


No caption



Cuba korang bayangkan, bagaimana jadinya FB dengan status status hantu hantu yang ada akaun FB ? Aku tak dapat bayangkan. Dah lah banyak hantu kat dunia ni. Kat sini je dah ada beribu - Hantu Raya, Hantu Kopek, Toyol dan lain lain. Belum masuk yang popular kat Hollywood tu lagi. Pergh~


Ini antara status yang mungkin ada di FB. Jom baca !


Pocong : Penatlah seharian lompat sini lompat sana. Sesekali nak jugak naik Monorel.

Langsuir : Aaaaaaaaarrhh~ Balik awal lah malam ni. Mengantuk lah. Lagi pun suara dah serak mengilai tadi.

Pelesit : Tak puas hati betul aku dengan manusia ni. Dorang yang merempit kita pulak dapat nama. Pelesit jalanan lah, jahat macam pelesit lah. Tension !!

Toyol : Apa punya orang kaya daa~ Rumah je besar, duit seposen haram pun tak ada. Jatuh maruah aku.

Hantu Raya : Yaahhooo ! Tuan aku out-station 3 bulan. Bini dia tinggal, suruh pulak aku jaga. Tak kan tengok je kot?!

Pontianak : Hari ni hari paling bahagia sebab dapat berlakon dengan @Lisa Surihani. Tunggu cerita kami di pawagam. K guys !

Hantu Galah : Kurang hajau punya @Toyol ! Kau hack akaun aku ye. Macam mana kau tahu password aku hah ?!


Amacam ? Tu baru sikit bhai~ Tak larat lah nak senaraikan semua kemungkinan. Hihi.



Sumber : SINI







4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 March 2011

Google Translate : Serupa budak budak sekolah yang translate seketul seketul.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


ANDA DI NASIHATKAN UNTUK KELIK !


Assalamualaikum, sayam ku semua!

Aku malas nak taip panjang panjang sebab, dah malam dan aku nak tidur. Haha ;D

Tengok gambar kat atas. Ada paham? Kalau tak, meh aku terang kan dengan lampu taipan aku. Keke. Apa punya ayat daa~

Korang pernah cuba khidmat percuma dari Pak Cik Google berkenaan dengan alihan bahasa? Atau nama celupan nya, Google Translate. Pernah? Kalau pernah tentu korang ada gelak gelak bila baca benda yang di alih bahasa tu. Kan kan?

Kalau tak pernah, cuba lah weh! Tak buang karan pun. Sebab, korang hanya perlu kelik butang alih bahasa tu. lepas tu tunggu lah dia alihkan untuk korang. Lepas tu baca. Pasti korang jumpa ayat pelik pelik. Tak percaya? Sila buat sendiri lah ;)

Aku dah buat tadi. Dan buktinya ada di atas. Kelakar weh! Aku gelak gelak dengan semangatnya ajak Mama gelak sekali. Haha. Rupanya, Pak Cik Google neh tak reti berbahasa Inggeri sangat. Durr~

Korang jangan tunggu lama lama. Lepas Pak Cik Google baca neh, tentu dia terus batalkan khidmat percuma dia tu.

Selamat mencuba, sayam sayam ku!


Psst. Esok aku ada oral untuk Mandarin. Kyah!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

04 March 2011

Penyakit Pelik. Ada ubat tak?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Asslamualaikum, sayam ku semua!

Nak tahu tak. Nak tahu tak? Kalau nak tahu teruskan membaca. Keke :P

Kes Pertama.
Situasi : Beli tiket LRT Putra
Lokasi : LRT Putra Dang Wangi

Shag : Dang Wangi satu. *sambil hulur duit RM2*
Pegawai : Err.

Shag : Alamak *tepuk dahi*. Salah salah. Ke Pasar Seni, kak.
Pegawai : Hehe. Sampai tersalah pulakkan.

Shag : Biasa pakai TnG. Hari ni tertinggal. Tu yang tersasul. Terima Kasih, kak.
Pegawai : Sama sama.


Kes Kedua.
Situasi : Nak beli roti telur
Lokasi : Medan Selera Presint 9, Tun Teja

Shag : Dik, nak roti telur tak nak daging satu.
Dik : Huh? Roti telur?

Shag : Jap. Tadi cakap apa eh? Hmph. Nak roti telur tak nak bawang satu bungkus.
Dik : Okay okay. *sambil senyum perli*

Shag : Baby, Dkna cakap apa tadi?
Baby : Dkna cakap nak roti telur tak nak daging. Hahahahaha ;D


Kes Ketiga.
Situasi : Pelan kenapa kena bangun pagi hari ini
Lokasi : Kat rumah dalam bilik

Shag : Baby, esok nak bangun awal. Kul 9 gerak KL Sentral dah.
Baby : Kul 9 pergi KL Sentral? Awal gila babeng. Habis tu naik bas pukul berapa?

Shag : Naik bas kul 9 setengah lah.
Baby : Pergi KL Sentral pukul 9. Tapi, nak naik bas pukul 9 setengah?

Shag : Eh, apa Dkna cakap tadi?
Baby : Pergi KL Sentral.

Shag : Adoihai. Pergi Putrajaya Sentral lah. Hahahaha ;D


Banyak lagi kes serupa tu yang tak sudah sudah berlaku. Boleh katakan tiap hari wajib sekali aku tersasul dengan yakinnya. Malu siok! Makin lama macam makin menjadi pulak kesasulan aku neh. Dah lah tersasul. Boleh yakin tu! 

Ni kalau buat presentation mahu markah keyakinan tinggi. Tapi markah penyampaian rendah. Sebab, info banyak salah bagi sebab tersasul. Hahahaha ;D

Mintak simpang seribu lima ratus lima puluh lima lah kan.

Ada tak sesiapa tahu macam mana nak hilangkan penyakit neh? Kalau ada ubat, bak sini sikit. Nak percuma tau. Tak nak bayar sebab aku tengah berjimat neh. Keke.


Korang ada penyakit pelik tak? Marilah kongsi. Boleh sama sama gelak. Hahahaha ;D





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot