09 January 2012

[Lawak] Kalaulah hantu ada FB ~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


No caption



Cuba korang bayangkan, bagaimana jadinya FB dengan status status hantu hantu yang ada akaun FB ? Aku tak dapat bayangkan. Dah lah banyak hantu kat dunia ni. Kat sini je dah ada beribu - Hantu Raya, Hantu Kopek, Toyol dan lain lain. Belum masuk yang popular kat Hollywood tu lagi. Pergh~


Ini antara status yang mungkin ada di FB. Jom baca !


Pocong : Penatlah seharian lompat sini lompat sana. Sesekali nak jugak naik Monorel.

Langsuir : Aaaaaaaaarrhh~ Balik awal lah malam ni. Mengantuk lah. Lagi pun suara dah serak mengilai tadi.

Pelesit : Tak puas hati betul aku dengan manusia ni. Dorang yang merempit kita pulak dapat nama. Pelesit jalanan lah, jahat macam pelesit lah. Tension !!

Toyol : Apa punya orang kaya daa~ Rumah je besar, duit seposen haram pun tak ada. Jatuh maruah aku.

Hantu Raya : Yaahhooo ! Tuan aku out-station 3 bulan. Bini dia tinggal, suruh pulak aku jaga. Tak kan tengok je kot?!

Pontianak : Hari ni hari paling bahagia sebab dapat berlakon dengan @Lisa Surihani. Tunggu cerita kami di pawagam. K guys !

Hantu Galah : Kurang hajau punya @Toyol ! Kau hack akaun aku ye. Macam mana kau tahu password aku hah ?!


Amacam ? Tu baru sikit bhai~ Tak larat lah nak senaraikan semua kemungkinan. Hihi.



Sumber : SINI







4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 comments:

hudhud said... BALAS

ish ish menakutkan org je tgk gambar hantu ni huhu

shera haifa said... BALAS

haha kalau smua2 tu ada FB mmg xkacau hidup org dh.. ngadap FB 24 jam..

♕ Mr.IX ♂ said... BALAS

hhahhaa.....memacam fantasi manusia ni kan..

tenkiu bg link tu...ix slalu bg komen ngn link...ada fikir gak spam tp kekadang jer wat..hehe

Woofer Storm said... BALAS

kalau hantu ada fb,semua manusia pasti lari..hahaaa

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@hudhud : Baru meletop sikit bila nak baca lawak tu. HAHA :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@shera haifa : Kan sayam. Busy nak hapdet status memanjang~ HAHA

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@♕ Mr.IX ♂ : Baru best bila ada sedikit unsur fantasi dalam diri manusia ;))

Sama sama.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Pasai pa nak lari pulak sayam ? Tak payah add dorang lah~ :D

Myra Jay said... BALAS

Hehee, betul tu, kalau hantu pun ada FB meriah lah :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : Boleh gelak gelak baca status dorang. HAHA :D

MrS. F!zA said... BALAS

seram aihh tgk hantu tu..huhuhu

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MrS. F!zA : Baru best sikit letak gambar hantu tu. Sebenarnya, Shag pun takut tgk hantu tu. HAHA :DD

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot