Showing posts with label Bila tiada idea. Show all posts
Showing posts with label Bila tiada idea. Show all posts
20 March 2011

Display Card rosak | Ganasnya Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




COMPAQ Presario V3000;
Qualitz sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Pergh~ Hampir seharian aku tak pegang komputer riba aku. Semalam punya entri pun aku buat berjadual kan. Lepas tu langsung tak jenguk sini.

Jangan lah sedih. Aku ada sebab kot.

Aku cuba online kat Mekdi Bangi. Malangnya, komputer riba aku tak boleh on. Argh~ Aku mengamuk kejap kat Mekdi. Sampaikan, cerita Hindustan tu yang jadi mangsa aku. Tempat aku memaki hamun. Padan muka!

Balik rumah suruh Abah cek.

Rupanya, display card rosak. Aku tak tahu lah masalah terperinci. Sebab, kalau Abah terangkan pun aku bukannya paham sangat. Angguk je lebih. Keke. Mama cakap pasal komputer riba aku dah lama hidup. Jap nak kira.

Oh. Hampir 3 tahun 9 bulan dah komputer riba buatan Compaq tu hidup dengan aku rupanya.

Lama jugak kan. Selama tu, tak ada apa pun aku tukar. Semua yang lama punya. Tuan yang baikkan aku? Jaga dia dengan baik sekali. Cece. Bab masuk bakul angkat sendiri boleh bagi aku kot!

Esok kelas satu macam biasa. Ingat nak beli bag baru dan terus mencari bingkai kaca mata aku tu.

Jadi, selamat malam semua!


Mari terjah Facebook Shag Yahaya; Cahaya Yahaya.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

10 March 2011

Google Translate : Serupa budak budak sekolah yang translate seketul seketul.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


ANDA DI NASIHATKAN UNTUK KELIK !


Assalamualaikum, sayam ku semua!

Aku malas nak taip panjang panjang sebab, dah malam dan aku nak tidur. Haha ;D

Tengok gambar kat atas. Ada paham? Kalau tak, meh aku terang kan dengan lampu taipan aku. Keke. Apa punya ayat daa~

Korang pernah cuba khidmat percuma dari Pak Cik Google berkenaan dengan alihan bahasa? Atau nama celupan nya, Google Translate. Pernah? Kalau pernah tentu korang ada gelak gelak bila baca benda yang di alih bahasa tu. Kan kan?

Kalau tak pernah, cuba lah weh! Tak buang karan pun. Sebab, korang hanya perlu kelik butang alih bahasa tu. lepas tu tunggu lah dia alihkan untuk korang. Lepas tu baca. Pasti korang jumpa ayat pelik pelik. Tak percaya? Sila buat sendiri lah ;)

Aku dah buat tadi. Dan buktinya ada di atas. Kelakar weh! Aku gelak gelak dengan semangatnya ajak Mama gelak sekali. Haha. Rupanya, Pak Cik Google neh tak reti berbahasa Inggeri sangat. Durr~

Korang jangan tunggu lama lama. Lepas Pak Cik Google baca neh, tentu dia terus batalkan khidmat percuma dia tu.

Selamat mencuba, sayam sayam ku!


Psst. Esok aku ada oral untuk Mandarin. Kyah!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 March 2011

Tak tahu nak tulis apa sebab mata sakit dan kerja banyak.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Esok aku ada test, tapi tak baca lagi.

Esok aku kena hantar satu assignment, tapi tak siap lagi.

Esok aku kena hantar rangka proposal, tapi aku tak ada idea.


Aku nak masuk tidur sekarang sebab mata dah lemah sangat, tapi tak boleh sebab kena selesaikan perkara perkara di atas. Uff!


Itu sahaja aku nak cakap dalam entri ini.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

03 March 2011

TDBC - Day Nine.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Woah. Terlampau lama rasanya aku biar cabaran belog itu tidak bersahut. Hehe. Oleh kerana aku tiada idea nak menulis arini walaupun hampir 6 jam aku pikirkan apa apa idea. Nampaknya tiada idea. Keke :P

Jadi, mari pilih cabaran untuk hari ke-sembilan neh. Aku pilih :
Your Celebrity Crush





Aku rasa aku pernah buat satu entri berkenaan ini. Tapi, bukan pasal cabaran lah. Rasanya pasal aku sertai satu segmen bloggers tu. Jap aku nak geledah setor entri aku. Sat naa~

Haa. Dah jumpa! Di ENTRI INI aku ada tulis siapa artis kegemaran sepanjang zaman aku! Siapa lagi kalau bukan mamat-bangsa-asing dan vokalis-suka-jerit-tanpa-hilang-suara dari band Linkin Park, Chester Charles Bennington. Keke.

Yang dok ikut aku dari dulu tentu dah bosan gila babas lah dengar aku dok cerita pasal mamat bangsa asing neh. Nak buat macam mana. Aku buat entri pasal dia atas tuntutan kerja. Kan aku kerja sebagai blogger neh. Jadi, kena lah laksanakan tugas dengan cemerlang gitu.

Tak nak cerita banyak weh!

Kenapa mesti dia? Aha. Soalan paling aku suka nak jawab. Dan selalunya orang akan jawab balik jawapan aku. Kononnya orang lain pun macam tu jugak. Oh tidak. Chazzy sangat chun di mata aku berbanding mamat lain. hehe.


Satu.
Aku jatuh hati kat dia gila gila bila aku tengok video musik lagu Linkin Park berjudul In The End. Pergh~ Ada satu part tu, Chazzy tengah senyum. Miaow~ Terus hati aku jatuh tergolek dok ala ala Shah Rukh Khan guling guling kat bukit. Menggoda nya senyuman Chazzy sayam. Mata dia comel. Cuba lah tenung. Pasti jatuh tangga!

Dua.
Sebab suara dia. Nak jerit, nak pop etnik, nak balada, nak RnB. Kasi jelah dia nyanyi weh. Tangkap nganga lah aku dengar dia nyanyi. Hihi. Tapi, aku suka suara dia dalam lagu Pushing Me Away Remix. Menggoda habis. Tak habis habis menggoda kan kerja dia? Sebab tu aku tergoda. Haha ;D

Tiga.
Sebab dia reti main gitar. Miaow~ Aku memang suka mamat yang reti main gitar neh. Bagi aku, mamat yang main gitar ni sangat lah romantiknya. Begitulah, bagi aku. Jadi, sesiapa yang nak jadi suami aku yang kekal abadi, sila reti main gitar. Boleh?


Empat.
Sebab dia adalah seorang bapa yang penyayang. Miaow lagi~ Gambar kat atas menunjukkan beliau tengah bawakkan beg anak dia. Walaupun ada penjaga badan aka bodyguard yang dok ikut je dia memanjang, tapi beg tetap di bawak nya. Sangat manis!

Lima.
Korang boleh baca kat ENTRI NI. Aku malas nak senaraikan banyak banyak. Nanti orang cakap aku TAKSUB sangat dengan Chazzy sayam.



Siap! hehe. Kalau korang nak tengok entri aku yang lain berkaitan cabaran belog neh, boleh lah kelik :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

02 March 2011

Shag Yahaya seorang yang pelik sebab susah nak tangisi kehilangan seseorang.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Malam ni aku nak tukar ke mode sayu. keke :P Jadi, marilah kita sama sama matikan senyuman yang ada di muka masing masing tu. Boleh?

Aku serious neh.


Beberapa tahun dahulu, aku di cop sebagai 'Perempuan Tiada Perasaan'. Bukan oleh orang luar. Bukan oleh kawan kawan. Tapi, oleh kaum keluarga aku sendiri. Tidak. Bukan Mama, Abah. Tak. Bukan Along, Baby, Boboy, Adeq. Tak.

Tapi, mereka yang berada nun jauh di utara sana. Kalau dalam bahasa asingnya ialah intermediate family. Makcik pakcik dan saudara aku.

Sebab aku di cop 'Perempuan tiada Perasaan'?

Semuanya kerana tiada setitis air mata pun meleleh. Hatta, bertakung di mata. Tiada. Kering je. Jadi, terus aku di cop begitu. Hinanya aku pada pandangan mereka. Hanya kerana tidak menangis di hari kematian dan di hari pengkebumian arwah Mak Tok *belah Mama*.

Aku memang payah nak menangis. Lagi lagi di depan orang. Siapapun kau, aku akan cuba tidak menangis di depan kau. Tapi, tak menangis tak bermakna aku tidak bersedih. Kan? Apa kau ingat dengan menangis, kau betul betul sedih lah? Ohh come on.

Itu cerita dulu. Tapi, tadi . . .

Makcik aku *belah Abah* bagi mesej pesanan ringkas kat Mama. Kata, Tok Wan *belah Abah* dah meninggal dunia petang tadi. Sekali lagi, aku tak tahu macam mana aku perlu bagi reaksi.

Perlukah aku terus meraung menangis? Cukup kot aku hanya ucap, Innalillah sambil baca Al-Fatihah. Kan?


Aku akui kat sini. Antara Mak Tok dan Tok Wan, aku lebih rapat dengan arwah Mak Tok. Jadi, kehilangan Mak Tok dulu masih terasa sampai sekarang. Dah hampir 6 tahun. Kot. Aku cukup rindu kat arwah Mak Tok.

Aku tak rapat dengan arwah Tok Wan sebab dari aku kecik Tok Wan dah sakit. Jadi, aku tak pernah dapat rasa kasih sayang dari seorang datuk. Sebab, Tok Wan belah Mama meninggal sebelum aku sempat kenal beliau.

Harapan aku kali ini cuma satu. Harap tiada siapa akan cop aku sebagai 'Perempuan tiada perasaan' hanya kerana aku tidak menangis atas kehilangan Tok Wan petang tadi. Bukan tak sedih. Tapi, aku tak boleh nak salurkan kesedihan tu jadi tangisan. Tak macam aku tengok video Britney Spears. Entah kenapa.

Mungkin sebab aku ni pelik.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

Pembedahan Pelastik : 100 peratus.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Yay. Hari ni aku punya kelas belah pagi. Jadi, tengah hari tadi dah selamat sampai ke rumah. Hehe. Sepatutnya kena mula siapkan assignment yang makin berlambak. Tapi, itu kemudian punya hal lah kan. Yang penting, belog dulu.

Hoho. Jangan sekali ikut cara aku neh. Salah di sisi undang undang belajar.

Aku nak bagi tahu satu hal je. Alaa~ Kompem korang dah tau. Dah aku letak gambar awal awal entri. Adoi. Tak reti nak sorok kan cerita dulu lah aku ni. Dah kantoi.

Aku dah tukar wajah baru untuk belog aku. Kali ini, 100 peratus perubahan di lakukan. Dari rambut ke kaki lah. Tapi, masih aku kekalkan warna tema untuk belog aku. Iaitu, ungu.

Aku harap, wajah baru ni kasi cepatlah sikit tempoh perjalanan korang ke belog aku. Paham maksud aku di sini? Siapa tak paham sila angkat duit warna ungu tu. Hehe. Okay. Senang cerita aku pahamkan jela. Tempoh perjalanan tu maksud nya masa korang kena load waktu nak tengok belog aku neh.

Adoi. Guna bahasa Melayu sikit dah tak paham. Nak jugak suruh aku taip dalam bahasa asing tu.

Kalau ada apa apa masalah, sila rujuk pada admin belog ini ya. Maknanya lagi, sila komen! Banyak pun tak apa. Macam sayam aku ni selalu buat.

Hehe.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

01 March 2011

Sayam mana nak pujuk kalau Shag Yahaya merajuk ?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Gila ganas kalau aku merajuk gaya neh ;D

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Haa, amek korang. Aku kasi tajuk panjang lebar kali ni. Sebab, kalau kontot, aku tak pasti korang paham. Aku pun tak paham sebenarnya. Haha.

Jadi, aku buat panjang panjang. Ni dah gaya si SAYAM seko ni punya stail kot. Suka sangat tulis tajuk entri panjang panjang. Lalu, menggambarkan keseluruhan entri sudah. Haha.


Apahal mukadimah aku hari ini tersangat panjang? Durr. Mari terus dengan isi entri.

Kalau aku merajuk siapa nak pujuk? Sayam? Atau sayam? Atau sayam? Atau sayam? Meh lah pujuk aku meh. Aku nak merajuk neh.

Eh, bukan bukan. Aku bukan nak merajuk sebenarnya. Tapi dah merajuk pun. Sebab, aku ter-sedih dan ter-nangis bila dengar dan tengok video kelip sayam aku ni nyanyi lagu Setiap Masa ni. Tapi dalam versi bahasa Inggeris lah.




Everytime - Britney Spears

Notice me, take my hand
Why are we strangers when
Our love is strong
Why carry on without me

Everytime I try to fly, I fall
Without my wings, I feel so small
I guess I need you, baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, it's haunting me
I guess I need you, baby

I make believe that you are here
It's the only way I see clear
What have I done
You seem to move on easy

And everytime I try to fly, I fall
Without my wings, I feel so small
I guess I need you, baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you, baby

I may have made it rain
Please forgive me
My weakness caused you pain
And this song's my sorry

At night I pray
That soon your face will fade away

And everytime I try to fly, I fall
Without my wings, I feel so small
I guess I need you, baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you, baby

Serious weh. Aku nangis, eh tak. Aku ter-nangis atas bas tengah hari tadi. Sebab, bas tu tetiba pasang video kelip Britney Spears. Lagu Everytime pulak tu. Memang syahdu habis lah kan. Habis ke-macho-an aku hari ni.

Tapi, tadi tak ada siapa nak tumpangkan bahu. Warghhh~ Waktu waktu macam tu lah ingat semua benda waktu zaman mentah dulu. Cehh. Macam dah matang sangat je aku sekarang neh. Ceet porah!

Esok esok, kalau aku menangis atau merajuk, korang pujuk aku boleh? Hehe ;D



Psst. Macam lah korang tahu bila aku sedih dan merajuk kan. Kakaka :P



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

08 February 2011

Pak Cik Google minat aku rupanya :P



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam Selasa, pembaca. Masih lagi entri auto-publish sebab aku masih di luar kawasan tanpa broadband mahupun internet dan laptop di sisi.

Haih. Baru hari kedua aku dah sakit jantung sebab rindukan belog kesayangan aku neh. Walaupun ini adalah entri auto-publish, tapi akudapat rasakan sakitnya rindu kan belog. Uhuhuhu. Korang tak rindu aku ke? Meh ambil aku kat UniKL sekarang. Sob sob.

Hari ini aku nak bongkarkan rahsia besar. Rupanya, Pak Cik Google neh peminat misteri aku. Ooooo. Tak sangka aku. Hahaha. Perasan tuwek kau lah Shag! Piraahhhh~ Siapa tah nakkan kau? Krek~ Hati patah tiga. Satu boleh simpan untuk diri sendiri. Lagi dua tu, aku bagi Chummy dengan Jerry lah makan. Erk.

Sebenarnya, hari ini aku nak kongsi gambar aku hasil pencarian di setor album Pak Cik Google kesayangan. Nak tengok? Jom jom! ;D








Cuba tengok korang punya album dalam simpanan Pak Cik Google. Pasti banyak gila! hehe ;)


Terima Kasih sebab sudi datang rumah aku ni walaupun tuan rumah tak ada. Sayang korang! Muah kanan kiri ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

18 January 2011

Adik tiri tak seibu tak sebapa Adam Lambert.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Salam malam, pembaca! Moga hari ini telah bawa banyak kemanisan dalam kehidupan korang semua termasuk aku. AMIN ;)

Malam ini, aku nak cerita pasal adik tiri Adam Lambert yang dia serta keluarga sendiri tidak tahu Adam Lambert punya sekor adik tiri. Lagi lagi adik tiri dia tinggal dengan aku dan keluarga. Pada yang pernah baca entri aku sebulan serta sebelum ini, pasti dah kenal siapa. Mana taknya. Jantan kesayangan aku tu. Wajib aku cerita kat sini, babe! Kiki.

Kalau ada pembaca yang masih tidak baca bebelan aku pasal adik tiri Adam Lambert ni, meh lah terjah entri entri aku ini :
  1. Perkenalan kepada awam, Chummy Lambert.
  2. Macam macam kerenah bodoh Lambert. Part 1
  3. Macam macam kerenah bodoh Lambert. Part 2
Tetiba aku nak cerita pasal jantan sekor ni. Dia ni rajin gila kebelakangan ni. Waktu Mama tengah sibuk print segala kerja, dia mula lah meng-offer kan diri beliau untuk tolong Mama. Kononnya lah kan. Aci poyo je dia tu.

Mama punya lah puji dia sakan. Naik benci aku kat dia. Geram punya pasal, aku ambil camera Canon aku. Bukan DSLR ya. Camera Canon IXUS tu je haa. Lepas tu, tangkap apa yang patut. Nak buat aduan kat Aduan Comot. Ni, aku tengah taip aduannya.

Meh tengok hasil kerja aku kala Chummy dengan suka rela tolong Mama. Kononnya!

 

Tengok tu. Kertas masuk dalam printer dia tarik keluar. Guna kuku, babe! Rosak printer Canon aku. Bila paper keluar, maksud dah print lah kan. Dia dengan kelam kabut tarik paper tu keluar. Lepas tu, bau bau. Yela. Aku paham. Kertas tu kena baham dengan printer lepas tu kena luah balik! Mesti tengah nazak.

Aku paham. Chummy ni berperikemanusiaan. Sampaikan kertas kena baham dengan printer pun kalut semacam =.='

Chummy Chummy.

Tu lah adik tiri tak seibu tak sebapa Adam Lambert. Keturunan pun lain. Aku dah bagi klu awal awal entri lagi. SEKOR :P Bye~





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot