Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts
09 January 2012

[Lawak] Kalaulah hantu ada FB ~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)


No caption



Cuba korang bayangkan, bagaimana jadinya FB dengan status status hantu hantu yang ada akaun FB ? Aku tak dapat bayangkan. Dah lah banyak hantu kat dunia ni. Kat sini je dah ada beribu - Hantu Raya, Hantu Kopek, Toyol dan lain lain. Belum masuk yang popular kat Hollywood tu lagi. Pergh~


Ini antara status yang mungkin ada di FB. Jom baca !


Pocong : Penatlah seharian lompat sini lompat sana. Sesekali nak jugak naik Monorel.

Langsuir : Aaaaaaaaarrhh~ Balik awal lah malam ni. Mengantuk lah. Lagi pun suara dah serak mengilai tadi.

Pelesit : Tak puas hati betul aku dengan manusia ni. Dorang yang merempit kita pulak dapat nama. Pelesit jalanan lah, jahat macam pelesit lah. Tension !!

Toyol : Apa punya orang kaya daa~ Rumah je besar, duit seposen haram pun tak ada. Jatuh maruah aku.

Hantu Raya : Yaahhooo ! Tuan aku out-station 3 bulan. Bini dia tinggal, suruh pulak aku jaga. Tak kan tengok je kot?!

Pontianak : Hari ni hari paling bahagia sebab dapat berlakon dengan @Lisa Surihani. Tunggu cerita kami di pawagam. K guys !

Hantu Galah : Kurang hajau punya @Toyol ! Kau hack akaun aku ye. Macam mana kau tahu password aku hah ?!


Amacam ? Tu baru sikit bhai~ Tak larat lah nak senaraikan semua kemungkinan. Hihi.



Sumber : SINI







4 Entri Sebelum :



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

23 June 2011

Musim kontes LIKE di Facebook.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Cilok dari album Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Haa~ Malam ni aku bebel sikit pasal satu virus yang mula menular dalam diri sesetengah bloggers. Terutamanya penganjur kontes atau giveaways. Virus kontes LIKE di Facebook.

Ni aku terpikir nak buat entri ni lepas baca satu entri sayam aku INI *kelik lah*. Aku setuju dengan isi isi nya. Jadi, aku nak korang setuju jugak dengan benda ni! Alaa~ tak perlu LIKE kat FB pun benda ni. Haha :D



Keburukan virus Kontes LIKE di FB.

Sebelum tu, aku kasi situasi dulu. Biar korang paham sikit cerita entri ni. Kang tak pepasal aku kena explain lain pulak. Jadi, situasi nya adalah begini :

Moy adalah penganjur kontes Gambar Tercomel Blogger. Manakala Shag adalah salah seorang peserta. Shag perlu buat satu entri dengan menempek satu gambar tercomel beliau. Dan kemudian, dia perlu LIKE fan page belog milik Moy. Bila tiba satu masa, Shag perlu cari pengundi untuk LIKE gambar comel beliau di fan page belog Moy tadi. Tapi, bila tempoh undian tamat dan keputusan di keluarkan, Shag kalah di tangan Sepet! Sebab, Sepet lebih ramai pengundi. Padahal gambar si Sepet tu bapak buruk. Buang dalam tong sampah, meletup nanti tong sampah tu! Tapi, gambar Shag yang lawa cun melecun tak memang.

Keburukan virus kontes LIKE di FB :

  1. Hanya menguntungkan si penganjur. Sebab orang yang nak undi gambar kena LIKE fan page dorang dulu. Jadi, dorang punya fan page bersepah dengan peminat yang konon fanatik dengan mereka.
  2. SPAM dan penipuan boleh berlaku. Macam situasi di atas. Gambar yang tidak menepati ciri ciri gambar yang di cari, menang!
  3. Bila benda di atas berlaku, sah sah ke-tidak-adil-an berlaku! Kan kan?

Antara sebab si Shag ni kalah adalah kerana :
  1. Kawan Shag di belog dan FB tak ramai untuk undi Shag. Manakala kawan si Sepet terlalu ramai! Pergh~
  2. Maybe Sepet ada jual LIKE beliau kepada pengguna FB. Maksud di sini adalah, dia buat satu 'event' kat FB lepas tu suruh orang LIKE dia punya gambar. Dan sebagai balasan Sepet akan LIKE dorang punya pulak!
  3. Tak pun Sepet ni tipu! Dengan buat akaun baru semata mata nak undi gambar dia yang buruk tu! Senang je pun nak buat akaun baru kan?
  4. Shag bodoh tak buat macam si Sepet buat iaitu menipu!

Contoh event yang di buat hanya untuk menagih simpati LIKE dari FB-ians.
Kelik untuk tumbesaran tumor otak! haha :D

Tu aku yang buat edit pakai Photoscape dan Paint.net. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.



Jadi, pada mereka yang nak sertai kontes seperti ini, di sarankan anda bertanding dengan bersih! Dan pada penganjur kontes sebegini, mampukah anda pastikan tiada penipuan atau SPAM sepanjang tempoh pengundian? Pikir pikirkanlah dan selamat mengundi! :D





Sumber utama : ELL SAYAM
Sumber kedua : AFFAN RUSLAN



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

21 June 2011

Senarai kawan di FB aku kebanyakannya adalah bloggers. | Kenapa bloggers?.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ihsan Pak Cik Google sayam!

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ni aku baru perasan satu benda kat BukuMuka aku. Aku punya 181 kawan je setakat  ni di BukuMuka. Dan yang sioknya, 86 daripada mereka adalah bloggers. Dan mungkin hanya 4 atau 5 daripada mereka yang aku pernah jumpa!

Kiranya sekarang, aku ada 95 kawan yang aku kenal kat luar. Sama ada kenal kat sekolah, kolej dan universiti. Bukan sebab aku tak ramai kawan. Tapi, sebab aku malas nak kawan ramai kat BukuMuka ni. Sebabnya? Aku pun tak dapat nak jelaskan pasai pa.

Yang aku tahu, rasa, aku takut aku jumpa orang yang pandai bermuka. Yelah. Depan depan kau lain, jap gi dalam BukuMuka lain.

Bukti kawan belog aku ramai di BukuMuka
Kelik untuk tumbesaran tumor otak anda! :P


Meh aku kasi contoh pelik satu :

Minah A kat luar punya lah kecoh nak mati. Pot pet pot pet tak henti. Macam aku! Kalau suruh diam 5 minit, lima minit tu jela dia diam. Masuk ke lima minit satu saat dia bercakap semula. Tapi, bila berjumpa dalam alam siber, amboi kau. Bukan main lagi liat nak bercakap! Tanya soalan penting, tunggu lah sampai lembu berjanggut pun. Tak kan berjawab! Padahal ada je online duapuluhempattujuh~

Ini contoh pelik dua :

Korang terbalikkan je keadaan minah kat atas. Kiranya dia sebenarnya kat luar diam tapi kat alam siber banyak bunyi pulak~

Ini pulak contoh pelik ketiga :

Minah B ni kat luar diam diam. Tapi diam dia menyakit kan orang sebab apa sahaja pertanyaan akan di biar beku jadi ais. Sebab tu aku selalu dapat minum air sejuk sebab banyak ais aku dapat. Kaka. Okay, lawak orang tak paham. Bye~ Dan, dalam BukuMuka dia banyak tanya pulak! Dah tu, tanya balik soalan yang orang tanya dia sebelum ni. Apa kedajal lah dia tu? Lepas tu, tak cukup dungu dia jadi kuih talam. Mak aih~ Bahaya dow!

Contoh pelik terakhir :

Minah C ni aku tak pernah jumpa. Dengar nama pun tidak. Tetiba satu hari nama dia naik kat permintaan untuk menjadi kawan di BukuMuka. Lepas approved, mak aih. Sosial nya dia macam dah lama kenal. Padahal budak belog yang tak pernah jumpa secara bersemuka pun!

Sebab tu aku tak suka approved orang sesuka hati melainkan korang tu bloggers. Dan, sebab itu jugak lah kawan bloggers aku lagi ramai di BukuMuka tu. Hihi :P



Jadi, korang jangan lah segan segan nak tambah aku sebagai kawan korang kat BukuMuka. Meh meh kelik BukuMuka aku meh ;)





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

20 March 2011

Akaun Facebook Shag Yahaya | Penulis rasmi Woofer Storm dah tua lah! ;D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan carian dari Pak Cik Google punya album.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Setelah puas melawan nafsu, akhirnya aku kalah. Adoi adoi.

Apa yang aku kalah? Apa nafsu aku? Argh~ Sayam ni mesti dah tahu kan. Sebab, dialah puncanya. Cececece. Tak adalah. Tapi, dia salah satu sebab lah jugak aku daftar akaun baru untuk Facebook. Banyak sebab lain yang membawa aku daftar lain untuk akaun Facebook neh. Tak perlulah aku bagi tahu kat sini ;)

Ya, saya sudah punya akaun Facebook yang baru! Sila tepuk tangan anda semua.

Nak tambah aku sebagai kawan korang? Sila lah ke SINI. Jangan lupa sebutkan nama belog korang dan kalau boleh kasi je sekali korang punya URL belog. Pasti nama Facebook korang lain kan? Macam aku. Cahaya Yahaya.

Kenapa Cahaya Yahaya? Sebab aku tak boleh daftarkan Shag Yahaya. Jadi, aku gunakan nama samaran aku yang comel tu. Keke.



------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hari ini, Cikgu Shag Yahaya nak ajar macam mana nak ucapkan selamat hari jadi kepada insan tersayang selain daripada tulis karangan cinta panjang panjang. Jadi, mari teruskan membaca!

Kalau tak silap Cikgu, hari ini . . .

HARI JADI ke 23 ACHIE SAYAM ! ! !


Err, tak tahu nak cakap apa. Jadi, Cikgu buat kad paling buruk dalam abad kehidupan manusia neh. Khas untuk Achie sayam je. Maknanya, orang lain tak boleh ambil lah. Nak jugak, sila lah kasi tahu hari jadi korang bila. Ada masa Cikgu kasi. Keke.

Kalau tak sabar sangat, mintak kebenaran dari Achie untuk ambil kad hari jadi tu ;)

Ucapan kontot : Moga aman sejahtera dan hidup di berkati Allah SWT. AMIN! Lagi satu, moga pertalian kita berkekalan. Ceh. Ayat penuh makna tersirat siok. Keke.



Psst. Sayam dah tua lah. Jom kahwin! <-- Sekali lagi ayat penuh makna tersirat.


Haa. Macam tu je dah boleh. Senang kan? Hehe. Okay, Cikgu nak minta diri dahulu. Dah lewat malam lah pulak. Tak awet muda lepas ni Cikgu. keke. Selamat beramal!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 March 2011

Facebook tak di tutup pun. Durrr~



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Ingat lagi kes ini, Facebook akan di tutup pada 15 Mac ? Ingat lagi, aku cakap Mark Iceberg tu poyo poyo merajuk ? Ingat lagi tak? Ingat tak?

Sudah. Agak menjengkelkan di situ.

Hari ini, dah 15 Mac. Eh, dah nak masuk 16 Mac pun kot. Tapi, Bukumuka masih lagi berdiri teguh. Masih lagi berfungsi. Masih lagi boleh di gunakan. Haha. Ulang maksud yang sama dengan ayat yang berbeza. Pandai aku panjangkan ayat. Keke.

Japi, aku bertambah merajuk dengan Bukumuka sebab, pertama dia tak tutup akaun. Sebab kedua, bila aku nak daftar akaun baru, nama aku asyik kena tolak je. Penat dah aku nak taip nama. Tapi masih di tolak. Ke sebab Mark Iceberg tahu aku benci dia sangat sampai dia pun bencikan aku sangat?

Bunyi logik kot! Sorang yang kita tak suka, sepuluh yang tak suka kita. Kan?

Ada sesiapa nak tolong buatkan akaun Bukumuka untuk aku tak? Nak buat page jelah. Tolong!


Psst. Ni semua pengaruh kuat dari Achie sayam. Grrr~

Psssst. Kenapa Mark Iceberg tak bekukan Bukumuka ?

Psssssst. Nama sebenar Mark Iceberg sangat tak elok sebab tu aku kasi nama Iceberg :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

09 January 2011

Facebook akan di tutup. Yay!!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam malam, pembaca! Moga esok pagi semua tidak bermalasan ke kerja ;)

Heyy, korang tahu tak laman sosial yang memang sial yang famous itu akan di tutup? Alaa, Facebook tu atau dalam bahasa Melayu nya, Bukumuka. Korang mesti tahu dah kan? Sana sini ada cerita pasal berita tu. Aku pun dah tahu. Pagi tadi! Aku tahu dari belog Abang Nazirul Hazwan. Dan dan kau panggil dia abang kan? Kiki :P


Itu dia, Mark Iceberg. Okay, nama belakang dia aku tak tahu nak eja. Malas nak copy dan paste jugak! Nanti kena adjust font dan saiz apa suma. Leceh~

Apa yang dengar, Mark cakap, dia dah benci dengan pengguna Facebook yang mengada ngada kat sana sini. Dok buat page khas untuk membenci seseorang. Contoh tak payah aku cakap kot. Mesti korang tahu punya! Lepas tu, pasal Facebook dah berapa ribu orang bercerai! Damn damn. Itu carutan dari mulut berbau Mark Iceberg.

Dengan itu, Mark Iceberg amat rasa tertekan. Tujuan laman sosial yang sial itu di cipta adalah untuk menghubung kan orang bukannya memecah kan orang. Untuk cerita lanjut, boleh ke sini : Weekly World News.

Komen Puan Besar Shag Yahaya mengenai isu ini :
Saya memang sokong gila Mark Iceberg ni nak tutup akaun dia. Bila baca kat belog Encik Nazirul Hazwan pasal berita ni, saya lompat keriangan sorang sorang kat rumah. Saya memang excited gila atas berita tu sampai saya jerit satu rumah baca berita ni. Ini kerana, Facebook telah merosakkan akhlak ramai anak muda zaman sekarang.

Alaa. Mark Iceberg tu merajuk poyo poyo je. Tahun lepas punya income dari Facebook ni berjuta kot! Takkan lah dia bodoh tambah bengap nak mati sanggup nak tutup laman sial ni. Eh, laman sosial ni. Kan? Sata rasa 14 March jam 1159 malam, Mark Iceberg akan announce dia tak jadi tutup laman sial tu. Sekali lagi, eh. Laman sosial. Sama samalah kita tunggu 15 March nanti untuk dengar kata putus Mark Iceberg. Okay?



Mark, maaf sebab aku tak tahu nama penuh kau! Susah sangat sapa suruh. Bye~



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot