09 April 2011

Aku Cahaya Yahaya, aku bukan Cahaya Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalaamualaikum, kesayaman Puan Besar Shag Yahaya semua!

Pergh~ Tergeliat tak baca korang? Aku terpaksa taip sampai tergeliat sebab korang bukan sayam aku tapi sayam si Puan Besar Shag Yahaya. Ingat lagi, semalam? Aku cakap Puan Besar Shag Yahaya telah jumpa pengganti beliau untuk sementara waktu?

Kalau tak ingat terjah ENTRI INI semula, ya.

Aku, Cahaya Yahaya akan memulakan entri kali kedua dengan perkenalan siapakah diri aku yang sebenar. Semalam, ramai yang pening pening lalat. Diorang ingat aku ni Puan Besar Shag Yahaya. Aiyoyo. Jangan begitu sayam sayam sekalian.

Nanti Puan Besar marah aku konon nak ambil tempat beliau untuk selama lamanya pulak. Aigoo~

Bawah ni ada bukti aritu aku pergi pejabat Puan Besar sebab nak tandatangan kontrak sebagai penulis belog sementara.



Haa~ Itu aku. Gambar Puan Besar tak dapat di tayangkan sebab, beliau kan tak suka gambar beliau ada tempek kat sini. Korang sebagai pembaca pasti dah tahu sikap beliau macam mana kan? Hehe.

Aku, Cahaya Yahaya, berumur lebih kurang 21 tahun. Mungkin sebaya dengan Puan Besar tak silap aku. nanti aku tanya beliau. Dan secara kebetulan, nama ayah kami sama! Yahaya. Sebab tu kot korang rasa aku ni Puan Besar.

Aku, Cahaya Yahaya, tidak bersekolah. Tiada kelayakan yang bagus rasanya. Habis PMR terus aku, errr, menganggur. Sampai lah sekarang, akhirnya, aku dapat kerja walaupun secara dalam talian je kerjanya. Boleh lah tu. Tak perlu aku mengadap muka pelanggan ke apa ke. Tulis je hujung bulan dapat upah.

Siap!

Aku, Cahaya Yahaya, sudah tiada idea nak tulis apa. Kalau Puan Besar pasti panjang lagi kan dia tulis. Hmph~ Macam manalah nak jadi macam dia ye?

Oh ya. Aku lupa satu benda penting. Aku, BUKAN Cahaya Yahaya yang sebenar. Semalam tu, yang aku kasi link Facebook nama Cahaya Yahaya, itu memang Facebook milik Puan Besar. Bukan aku punya. Nama aku pun sebenarnya bukan Cahaya Yahaya. Saja je guna nama tu. Nampak macam unik. Haha ;D

Jangan marah noh, kesayaman Puan Besar Shag Yahaya sekalian ;)



Pening tak baca entri aku? Maaf lah ye. Aku bukanlah Puan Besar yang reti menulis.




Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 comments:

sicomot-comel said... BALAS

pergh..
pening pale dah ni ~,~"

Woofer Storm said... BALAS

tul scc..pening den gak ni..ermmmm

ardinihumaira said... BALAS

shag... nak panadol.. hehe

nelly said... BALAS

mana lah shag pergi ~
hehehe

lama mnghilang ~

bunga said... BALAS

wahh..rindunyer kat shag..lama sangat menghilang tu..ari ni baru leh baca..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sicomot-comel : Jangan lah pening Ummi sayam ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Cece. Pening pening makan ubat ye sayam ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Mintak kat Woofer Storm. Haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Shag pergi belajar ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Shag pom rindu kat Bunga jugak ;'(

Cheritera Chenta said... BALAS

Adoiya...poning kepalo den.mn 1 btl nih... uhuk~ =(

jangan bg panadol.chenta allergic dgn panadol.hihi

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Cheritera Chenta : Okeh okeh. Shag kasi ubat tidur :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot