09 May 2011

Aku ada nama Korea, kau ada?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Baca tajuk terus rasa nak lempang aku kan? Orang lain pakat dah ada, aku baru terhegeh hegeh nak ada. Lepas tu dengan bongok nya bising kat sini aku dah ada nama Korea. Muahaha ;D

Tapi tapi. Aku rasa ada je yang masih tak ada? Haa~ Jangan dok nak tipu aku. Dah lama dah aku hidup, sampai aku boleh tahu kau tipu ke tak. Okay, aku mengaku aku tipu!

Bagi yang masih tiada nama Korea dan ingin memiliki satu, jom baca entri ni sampai habis. Dan, bagi mereka yang sudah ada tu tok sah lah pangkah belog aku ni pulak. Sedih aku kang.

Ni dah kenapa aku taip tiga ayat je setiap perenggan?

Okay. Mari kita mulakan dengan operasi mendaftar nama Korea kita! Hik. Mula mula mari kita pergi laman ini - RUM & MONKEY. Bila sudah di kelik, keluarlah muka seperti di bawah ini. Tengok tau. Penat aku print screen dan edit sedikit tanpa aku letak watermark sebab watermark aku ada dalam external hard disk yang dalam simpanan kawan aku.


Langkah kedua, pilih jantina korang di kotak 'You are' tu sama ada korang female ataupun male. Yang di antara tu, harap maaf. Tiada ruang untuk korang. Muahaha. Kejam nya ayat kau, Shag Yahaya oi!

Langkah ketiga, masukkan nama korang dalam kotak yang aku merahkan tu. Contoh nama, Shag Yahaya. Korang kena taip Yahaya Shag. Sebabnya? Dah dorang yang kasi arahan begitu. haha. Alaaa~ kan nama Korea mula dengan nama keluarga. Adoi.

Lepas tu, keliklah butang CLICKKK tu. Dan keluarlah laman seperti di bawah ini :


Itu nama Korea aku hasil dari nama penuh aku yang korang tak tahu. Lepas tu, kalau korang berhasrat untuk dapatkan Hangul atau karakter nama korang tu, bolehlah ke galeri nama kat sini - SENSEI'S LIBRARY.

Kalau tak ada tu, pandailah mix and match je :P Lepas tu jadilah jakun macam aku, pos kat belog. Baru geng kita nanti! Kiki.






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

8 comments:

farahin :) said... BALAS

haha, fara pulak jadi Shin Rin Rin. comel tak? haha :)

enyheartsdiamond said... BALAS

Nama i jadi park hee sook! satu keluarga dgn park ji sung lettew :p

emieysandra said... BALAS

haha, berangan jadi org korea sat nooo..:P

Hamba Ilahi said... BALAS

hehe, selamat maju jaya.

saya follow awak ni. rajin balaslah balik.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@farahin :) : Comel je haa nama. Hihi :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@enyheartsdiamond : Hahaha. Satu keluarga dengan Shag jugok lah! ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Err, Shag memang orang Korea cuma malas nak mengaku :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Hamba Ilahi : InsyaAllah AMIN! ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot