Assalamualaikum, sayam ku semua.
Entah mengapa, malam begini, eh, tengah malam begini aku terasa sensetif yang amat. Aku paling benci perasaan ni. Aku cukup tak suka. Aku pantang! Sebab, aku juga tak suka orang yang sensetif ni. Hmph~
Kenapa perlu ada perasaan bodoh begini ye?
Aku tak larat nak layan diri aku ni. Dengan adanya perangai yang berbeza mengikut masa, tempat dan individu di sekeliling. Aku penat hidup sebagai aku. Haih. Aku mengeluh. Pasti korang cakap aku tidak reti bersyukur kan? Ahaa~
Bukan aku tidak bersyukur.
Cuma, aku benci diri aku yang sering ada mood yang memeningkan tuan badan ni. Tetiba nak moody, tetiba nak sensetif. Masalah sekarang nya adalah secara tetiba. Apa kes nak datang sekarang? Waktu aku tengah tidak sibuk.
Benda ni akan buat aku ingat sesuatu yang aku tak akan lupa sepanjang hayat aku.
Benda yang sebenarnya paling melukakan hati aku. Yang pernah buat aku tersungkur cium bumi. Benda yang pernah buat aku hilang arah tujuan. Benda yang menghantui aku sampai sekarang. Walaupun sudah setahun tujuh bulan berlalu.
Aku benci diri aku.
Dan, aku rindu. Rindu pada mereka yang sentiasa ada dengan aku kala benda di atas terjadi. Aku rindu pada mereka yang selalu beri kata semangat kala aku rebah. Aku rindu mereka yang di mana hanya ada aku dan kau. Aku rindu semua tu. Aku rindu waktu lalu.
Kalau di beri peluang. Aku ingin ulang detik tragedi Oktober aku tu. Aku sanggup kalau itu buat aku dan mereka jadi seperti dahulu.
Aku rindu kau, kawan!
Hmph.
p/s : Jumaat subuh nanti aku akan mendaki Bukit Broga buat kali kedua. Kepada mereka yang nak ikut sama, bagi tahu aku di Facebook aku ye ;)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
6 comments:
bestnyaa pegi broga. nk ikut. tp sok mish exam..:(
teringin sangat nak pergi broga. belum ada kesempatan lagi. munkin lain kali :))
setiap yg berlaku tu pasti ade hikmahnye ;)
good luck..
begitulah sahabat..setiap sahabat lain sikapnya..
bestnyer pi broga..sabar shag eh, menjadi remaja xkn terlepas dgn sume prasaan ni~
entri latest hilang eh shag..ermm, rasenye dh komen entri ni, huhu~
Post a Comment