21 June 2011

Senarai kawan di FB aku kebanyakannya adalah bloggers. | Kenapa bloggers?.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ihsan Pak Cik Google sayam!

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ni aku baru perasan satu benda kat BukuMuka aku. Aku punya 181 kawan je setakat  ni di BukuMuka. Dan yang sioknya, 86 daripada mereka adalah bloggers. Dan mungkin hanya 4 atau 5 daripada mereka yang aku pernah jumpa!

Kiranya sekarang, aku ada 95 kawan yang aku kenal kat luar. Sama ada kenal kat sekolah, kolej dan universiti. Bukan sebab aku tak ramai kawan. Tapi, sebab aku malas nak kawan ramai kat BukuMuka ni. Sebabnya? Aku pun tak dapat nak jelaskan pasai pa.

Yang aku tahu, rasa, aku takut aku jumpa orang yang pandai bermuka. Yelah. Depan depan kau lain, jap gi dalam BukuMuka lain.

Bukti kawan belog aku ramai di BukuMuka
Kelik untuk tumbesaran tumor otak anda! :P


Meh aku kasi contoh pelik satu :

Minah A kat luar punya lah kecoh nak mati. Pot pet pot pet tak henti. Macam aku! Kalau suruh diam 5 minit, lima minit tu jela dia diam. Masuk ke lima minit satu saat dia bercakap semula. Tapi, bila berjumpa dalam alam siber, amboi kau. Bukan main lagi liat nak bercakap! Tanya soalan penting, tunggu lah sampai lembu berjanggut pun. Tak kan berjawab! Padahal ada je online duapuluhempattujuh~

Ini contoh pelik dua :

Korang terbalikkan je keadaan minah kat atas. Kiranya dia sebenarnya kat luar diam tapi kat alam siber banyak bunyi pulak~

Ini pulak contoh pelik ketiga :

Minah B ni kat luar diam diam. Tapi diam dia menyakit kan orang sebab apa sahaja pertanyaan akan di biar beku jadi ais. Sebab tu aku selalu dapat minum air sejuk sebab banyak ais aku dapat. Kaka. Okay, lawak orang tak paham. Bye~ Dan, dalam BukuMuka dia banyak tanya pulak! Dah tu, tanya balik soalan yang orang tanya dia sebelum ni. Apa kedajal lah dia tu? Lepas tu, tak cukup dungu dia jadi kuih talam. Mak aih~ Bahaya dow!

Contoh pelik terakhir :

Minah C ni aku tak pernah jumpa. Dengar nama pun tidak. Tetiba satu hari nama dia naik kat permintaan untuk menjadi kawan di BukuMuka. Lepas approved, mak aih. Sosial nya dia macam dah lama kenal. Padahal budak belog yang tak pernah jumpa secara bersemuka pun!

Sebab tu aku tak suka approved orang sesuka hati melainkan korang tu bloggers. Dan, sebab itu jugak lah kawan bloggers aku lagi ramai di BukuMuka tu. Hihi :P



Jadi, korang jangan lah segan segan nak tambah aku sebagai kawan korang kat BukuMuka. Meh meh kelik BukuMuka aku meh ;)





Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

15 comments:

laskar pelangi said... BALAS

Auwwwwww! ramai kawan blogger diaaaaa...

najihah sahami said... BALAS

kita dh kawan kan kan. hahahaa

miszlullaby said... BALAS

omboi..ramainye kawan bloggers. Ml plak terbalik.kalau kawan bloggers tu memang dekat fanpage ML je la. Dekat fb ML yang betul bnyak kawan2 uni je. ML pun bukan rajen sgt men fb. gitu2 je. :D

Myra Jay said... BALAS

Wahh bestla kawan di FB kebanyakan blogger, leh tau prkembangan kawan2 :>)

nelly said... BALAS

nelly pun ramai bloggers .
:)

ini aku? said... BALAS

macam-macam kan.. tapi bekawan biar seribu kan kan.. heheh

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@laskar pelangi : Semua tak pernah jumpa pun. Asal ada belog je senang je nak approved :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Dah dah dah sayam ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@miszlullaby : Ohh~ Semua pasal Shag tak ada fan page kot? Keke :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : Yezza! Lepas ni nak buat group gak lah! Senang nak BW :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Wahh~ Sama lah kita. Gimme ten!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ini aku? : Yeah~ Kawan biar beribu ;)

Bella said... BALAS

da add Shag da .. :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Dah ke? Nama apa eh? Hmph~

Pendekar Berkuda said... BALAS

dalam fb PB semua blogger kecuali 2-3 orang...agagaga...

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot