08 November 2010

Kenapa tak ada tindakan sebelum kejadian?



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam malam Isnin, pembaca!

Ni aku nak kompelin banyaklah pasal orang orang kat Malaysia ni. Banjir bukan satu ke luar biasa kat negara kita ni. Tiap tahun, WAJIB negeri belah Utara dan Pantai Timur di simbah dengan air yang bertan tan kuantiti nya. Peliknya, sampai sekarang tak ada jalan penyelesaian dari pihak berkuasa bagi menangani masalah banjir yang berlaku setiap hujung tahun ni.

Aku dah penat tengok berita sejak menjak ni. Tak sudah sudah kemaskini jumlah kematian. Dah, tak da sapa pun nak peduli sebelum berlakunya banjir. Bila banjir sakan baru nak terhegeh hegeh pindahkan mangsa. Baru lah nak tunjukkan keperihatinan pada rakyat. Mana pergi korang selama 10 bulan sebelum ni?


Yang paling sedih, tak pasal pasal budak budak nak ambil SPM terpaksa study lama lagi sebab SPM mungkin di tangguhkan kalau banjir makin teruk. Kenapa tak buat pusat peperiksaan kat tempat lain bagi sekolah yang berkemungkinan besar di landa banjir ni. Bukan susah pun nak pikir alternatif ni. Cuma malas nak pikir jalan penyelesaian awal. Nak tunggu gak ah banjir. Lepas tu cakap terpaksa di tangguhkan.

Orang sama jadi mangsa, orang sama menderma, orang sama dapat duit ehsan, orang sama tak nak pikir jalan penyelesaian. Apa yang tak sama? Semua sama. Pemikiran pun masih sama macam dulu. Kolot!



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

MollyAhmad said... BALAS

amboi marah btul ni. hehehe

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@MollyAhmad
Marah gila ni! Dah hujung tahun tak boleh nak berjalan sakan. Takut kena simbah dgn air banjir :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot