
Assalamualaikum, pembaca belog Shag Comot sekalian.
Aku terkejut beruk semalam. Rasanya, beruk pun tak tahu nak terkejut macam aku tu. Haha. Melawak pulak aku ni.
Kenapa aku terkejut? Haih. Semalam, Puan Besar pos satu entri pedas mengenai ke-profesional-an individu. Kelik SINI untuk baca. Semalam dia tegur siapa pun aku tidak tahu. Tapi, dia hilang satu identiti yang dia bawa sebelum ini. Sikap profesional dia lenyap sekelip mata bila berbicara tentang profesional.
Ke mana hilangnya profesional anda sebagai penulis belog?
Bukan aku nak hentam Puan Besar. Tidak. Tiada kudrat aku nak menentang dia. Dia adalah majikan, aku pekerja sahaja. Cuma, aku ingin berikan kata kata nasihat buat Puan Besar serta para penulis belog yang lain.
Kita kena berkelakuan profesional walaupun kita hanya pencuci jamban je ! - Shag Yahaya.
Dia dah tulis status begitu di Facebook. Tapi lihatlah entri semalam. Betapa tidak profesionalnya beliau. Mungkin akibat amarah yang amat sedang membara. Itu lah sebabnya, jangan sesekali simpan dalam hati terlalu kerap. Yang sakit, diri sendiri. Yang merana, diri sendiri.
Jadi aku harap, para penulis belog perlulah berfikir dahulu baik dan buruk sebelum pos sesuatu entri. Jangan nak main hentam kromo je. Kita di dunia belog tak main istilah, dunia aku, aku yang punya cerita ! Kalau macam tu, lagi bagus kau private-kan aja belog kau tu. Tak perlu aku masuk !
Fikirlah yang tersayang. Ingatlah, kerana mulut badan binasa !
Aku reda kalau lepas ini, Puan Besar nak pecat aku. Aku hanya luahkan apa yang aku rasa sahaja. Terima Kasih.
Cahaya Yahaya (bukan nama sebenar)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================