15 May 2011

Faktor kenapa orang zaman dulu kahwin awal.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tertiba aku teringin nak bercerita pasal hal kahwin. Al-maklumlah, aku dah nak kahwin dalam masa terdekat ni. Hihi.

Buuuya! Tipu je.

Petang tadi pergi majlis kenduri kahwin anak kawan Mama dekat Taman Botani, Putrajaya. Tengah dok layan nasi minyak dia yang terlebih warna tu, aku terpikir, kenapa orang dulu kahwin awal gila. Macam kau baru 16 tahun dah ada anak sorang pun. Pergh~ Sekarang, kalau kau kahwin umur 30 tahun pun orang tak heran.

Korang tak hairan ke?

Meh aku kongsi faktor faktor yang aku tahu setelah menjalankan satu kaji selidik selama beberapa saat sepanjang aku makan.






Satu.
Semua sebab nak kurang kan bajet belanja untuk majlis perkahwinan mereka. Haa~ Korang tahu kenapa? Semua nya sebab bila dorang masih muda, kononnya 15 tahun lah, kawan pun sikit je lagi waktu tu. Yelah. Kenal budak budak satu kampung je pun. Lain lah kalau kau dah 30 tahun, dah kerja apa semua. Tentu kawan bersepah sana sini bukan? Jadi, bajet untuk makanan tetamu dapat di kurang kan di situ dengan banyak nya.

Dua.
Ini adalah kerana dorongan untuk meramaikan umat manusia. Waktu dulu dulu kan populasi manusia sedikit je kalau nak di bandingkan dengan sekarang ni. Jadi, mereka tekad untuk kahwin muda supaya dapat menghasilkan anak sejak usia 15 tahun. Dan, berkemungkinan besar, kala mereka 30 tahun, mereka sudah mempunyai anak seramai 16 orang. Ada kembar dua pasang ye. Jangan dok pelik pulak kenapa 16 orang. haha.

Tiga.
Sudah tentu untuk mengelakkan berlaku nya banyak kes zina dan maksiat. Eh, sama je maksud dua perkataan tu. haha. Yang ini, malas aku nak cerita lebih. Sensetip!

Empat.
Okay, aku dah hilang idea.


Semua logik kan. Hehe. Jadi, fikirkan lah. Mari kita kahwin muda!!!

Erk. Aku dah 22. Bila nak kahwin ni ye? Hmph~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot