24 May 2011

Kalau mental jatuh, jangan kemas belog dengan entri terbaru.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Alahai~ Nak menulis pun kurang dah sekarang. Sebabnya, mental jauh ke bawah. Aku dengar nasihat hati sendiri. Kalau mental jatuh, jangan kemas belog dengan entri terbaru.

Kenapa?

Satu adalah sebab, mental selalunya berkaitan dengan perasaan seseorang. Bila mental dah jatuh, perasaan seseorang tu lebih cenderung kepada amarah dan pemberontakan! Dan perasaan seseorang akan mempengaruhi penulisan individu tersebut. Kan?

Dah pernah terjadi dekat aku pun. Bila aku menulis tanpa sikap profesional. Bila masa aku sangat sakit hati dengan orang yang tidak profesional dalam hidup. Aku lupa, aku pun terikut menjadi tidak profesional hanya kerana perasaan aku sakit. Mental aku jatuh.

Jadi, jangan menulis!

Sebab kedua, aku kalau boleh nak elakkan aku menceritakan perkara yang tidak sepatutnya di ceritakan di sini biar pun ini adalah belog peribadi. Ahaa~ tak peribadi mana lah bila aku bukak kepada umum. Kan?

Pernah ketika dahulu, kerana perasaan marah, mental jatuh, aku menulis sesuatu yang tidak patut. Kesannya? Cerita aku itu di olah menjadi cerita baru yang lain maksudnya. Lari jauh sangat! Sampaikan, pesalah yang di jatuhkan hukuman adalah aku. Si mangsa keadaan yang sebenarnya.

Itu kesalahan terbesar aku sepanjang menulis di belog! Menulis dalam keadaan marah menguasai diri.

Aku sedang menunggu waktu mental aku jadi seperti sedia kala. Tidak sakit. Tiada amarah - pemberontakan. Tapi, makin aku tunggu makin parah jadi nya. Entah bila akan sembuh mental aku ini. Jadi, aku cuba jugak menulis dengan harapan dengan cara ini aku dapat lunturkan sikap memberontak dalam diri aku ni.


Oh ya! Aku dah mulakan semester pendek aku semalam. Tapi, hari kedua kelas aku tak ponteng. Kawan baik sehidup semati aku datang melawat. Apa nak buat. Migraine tu sayang aku lebih. haha :D

Moga semester pendek ini aku dapat keputusan yang cemerlang. AMIN!


Akhir kata dari Shag Yahaya, kalau mental jatuh jangan kemas belog dengan entri terbaru! Ingat tau sayam sekalian. Hehe.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

8 comments:

AinSayang said... BALAS

sayang jaga diri oke :) sgt windu kat moyyy!! muah muahh..

senyumSOYA said... BALAS

hihi..buat shart sem ek? gud luck..
pastikn mental anda okay..hihih..good tips..

Shag Yahaya said... BALAS

@Ain Abia : Baik kak Ain sayam! Awak pun jaga diri okay. Muappp~

Shag Yahaya said... BALAS

@senyumSOYA : Iya saya. hehe. Terima Kasih sayam.

Rara Farah said... BALAS

orang kata kalau mood berbloging takde,jangan dipaksa..hehehe...jangan mental-mental sis shag..rileks suda

Misty Melor said... BALAS

tersangat ler setuju... betul2.. kalau kita tengah marah.. emo ker.. better jangan menulis... syikin pun belajar dari pengajaran. ,kalau menulis juga.. 2/3 min lepas publish mesti menyesal... then bila benda dah publish on internet ni faham2 ler kesannya .. macam2 cerita boleh datang dari internet bergerak.. tu dah umpama kita sendiri buka pintu fitnah...


lagi satu... jangan berjanji bila kita happy.. hehe.. yang ni pon bahaya :p

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Rara Farah : Hehe. Yes! Sebab tu kerap cuti skrg ni. Bukan sebab mood nak ber-belog tak ada tapi sebab mood bercampur aduk :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ukhti syikin : Yeah! Terima Kasih sebab ingatkan Shag supaya jangan berjanji bila sedang bergembira :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot