21 May 2011

Terkejut aku bila tengok Stats belog Shag Comot : Hacked by bl4ckm4gicx!



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Ehsan dari entri hacker yang hacked belog Shag Comot ni =.='

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tadi pagi aku tengah teruja bukak statistik untuk belog aku setelah sekian lama aku tak berbelog. Selalunya aku akan bukak statistik pos yang paling banyak di baca atau di bukak. Yang buat aku terkejut beruk di mana beruk pun rasanya tak reti nak terkejut macam aku, ialah ada entri yang aku tak pernah taip dan mendapat trafik yang agak banyak jugak!

Terkejut Opah!

Mula mula aku ingat ada entri sesat. Aku pun kelik lah nak tengok entri tu. Bila kelik, memang keluar dan ternyata entri itu wujud cuma, memang sah bukan aku yang taip. Sebab, entri itu di taip dalam bahasa asing sepenuhnya. Bukan bahasa ibunda.

Bertambah terkejut Opah!

Memang belog aku kena hacked ke weh? Yang kelakarnya pasal entri tu, ianya di taip sebelum wujudnya belog ni. Paham tak cucu sekalian? Entri tu di taip pada 20 Februari 2010 padahal tarikh belog ini di daftarkan adalah pada 21 Oktober 2010. Kyahowa~ Bapak handal hacker ni! Tabek dada lah gua sama lu bro~

Sebenarnya Opah terkejut dia handal =.='

Nak baca entri bahasa asing beliau tak? Baca eh baca. Kesian dia. Penat penat dia hacked aku punya belog ni lepas tu dengan nak taip dalam bahasa asing tu lagi. Pergh~ Perlukan banyak tenaga dan kebolehan tu. Kiki. Tapi, aku dah padam entri dia. Tapi, aku ada salin dia punya entri. Meh meh aku salin balik kat sini meh.




Dear admin, im bl4ckm4gicx hacker from 3viLc063s crew.
Please increase your blog security! Your data stilll save because im hacker and i not cracker. Please change your password and use a lot of combination password to make it secure. If you dont change it, i like to become admin in this blog. ^_^




Credit: 
# JoK3rs 3viLc063s <-> sYaM92x h3x4Crews <-> h3x4g3n0 h3x4Crews <-> F4kyU tuYu h3x4Crews <-> R4J3 RileksCrews <-> D3viL Pr0xy <-> F4hkRu Raz1 h3x4Crews <-> sh4h RileksCrews <-> Cyberian Mil RileksCrews <-> n0RuL3z 3viLc063s <-> fRE3d0m 3viLc063s <-> RASH 3viLc063s <-> Sch4fyck B4ysch13r h3x4Crews <-> m4s0kis tbd <-> Shu1ch1Sy4d RileksCrews<-> Db0yz RileksCrews <-> bl4ckm4gicx 3viLc063s <-> E-sy4d� <-> Blacklist RivaL Ha¢kin | Cr³w <-> Th3Us3r Ha¢kin | Cr³w <-> kUcin L1a 3viLc063s <-> Xnkownx 3viLc063s <-> H4zyv4N 3viLc063s <-> Bl4ckhOrnET 3viLc063s<->� wakakaH4wk 3viLc063s <-> g0sh4wk 3viLc063s <-> And All Crews Member <-> h3x4Crews + RileksCrews + Newbie3viLc063s #






Opah rasa lawak pulak baca!

Dia siap nak jadi penulis rasmi belog ni weh kalau aku tak tukar kata laluan. Hebat sangat ke belog ni sampai dia berimpian nak jadi penulis belog ni? Pergh~ Terharu aku!


Ni aku ada surat untuk hacker. Harap kau baca!




Hacker ku sayam,

Terima Kasih sebab dah menambahkan trafik yang tidak seberapa hebat kepada belog aku ini. Dan Terima Kasih sebab sudi menjadi penulis belog ini juga. Cuma, aku tak berapa berkenan dengan ayat kau. Kalau mahu, katakan mahu. Gunalah ayat yang lebih sopan. Mungkin dalam sekelip mata aku akan luluskan permohonan kau tu.

Satu lagi, kenapa tak tampal sahaja muka kau di entri tersebut? Biar nampak jelas wajahmu yang mungkin tampan tu! Biar aku tergoda lalu memberi ruang untuk kau menjadi penulis di belog ini. Hehe.

Akhir kata, macam mana kau hacked belog aku ni? Nak tahu. Sila ajarkan. Sebab, aku teringin nak hack belog orang lain jugak!

Muahahahahaha ;D

Moga hidup berbahagia ye hacker ku sayam!

Yang benar,
Shag Yahaya.




Maaf lah. Surat di taip dalam bahasa ibunda aku. Kau boleh je guna perkhidmatan Pak Cik Google ;)

Hebat tak trafik dari dia? :D

Entri dia!



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

28 comments:

Ainismaira said... BALAS

wah... kene hack patut bangga tau.... heheh

Myra Jay said... BALAS

Macam2 kan :) Rasanya blog sayam nie best la tu yg dia mau tu :)

senyumSOYA said... BALAS

heheh..

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ainismaira : Ni tengah bangga gila lah ni. Hahahaha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : Itu lah Kak Myra. Comel je hacker ni! Rasa nak ngorat je. Miaow~ :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@senyumSOYA : Hehehehe Jugok! :P

Hizami Li said... BALAS

wow.
siriyes ke?
dahsyat tol.
=,=

*lame x singgah

Bunga said... BALAS

haha..aduhh macam2..haha

Anonymous said... BALAS

ok dis is very funny,.
ahahah lawak sgt.. bahahahhahahaahaha

Unknown said... BALAS

best ke kene hack eh??hohohoh~

najihah sahami said... BALAS

wah...blog shaq mantap. sebab tu ade org nak. hebat ah!!!

shaq..mish nak blog shaq ni boleh??boleh bagi x?

Cik SCC said... BALAS

wahhhhh...

dia hack sayam sebab tiap ary stalk sayam lah !! =)

Unknown said... BALAS

mak ai sayam! hacker jatuh cinta sudah? mana pergi..windu muah2~ hehe

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@..hizamirahim.. : Ini siriyes *gaya anak anak Zami dalam Wonderpets*. Kan kan! Haa~ tahu pun lama tak singgah sini :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Sakit kepala Shag =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@dhilla nazli : Kan! Sangat sangat melucukan! :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@af sembilan : Setakat ni best! haha. Serupa macam kena komen dengan Cik Anon :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Nehi to kabhi nehi hai! Hahaha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sicomot-comel : OMG! Tak nak tak nak~ Jangan lah stalk. Talk dengan saya sudah :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Pupel Liyana : Hehe. Ada je haa~ Dulu p cuti sat :D

Ain Zulaikha said... BALAS

fuhhhh baik pulak si hacker tu hhahhaa

Hati Batu said... BALAS

hahaha seronok bc komen shag si comot ni..haha i i i i pun nak kne hack..ekeke jgn hack la..syg kat blog ell..ekeke :P

Ainismaira said... BALAS

ehh,,, xleh komen nape ek? agaknye sebab hari tu cakap nak komen sampai 10 kot.. kes tamak.. hehe.. maybe mase tu tenet poblem kot.. :D

mamat said... BALAS

haha kelakar la pula..nsib baik dia baik..he3

Shag Yahaya said... BALAS

@Ain Zulaikha : Kan! Susah nak dapat hacker baik macam ni :D

Shag Yahaya said... BALAS

@Hati Batu : Meh Shag hack Ell punya! :D

Shag Yahaya said... BALAS

@Ainismaira : Entah. Kat belog sendiri pun kena komen pakai identity yg kena taip sendiri Name/URL. Sedih ;'(

Shag Yahaya said... BALAS

@mamat : Kan. Boleh gelak guling guling jatuh katil ni :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot