24 October 2010

Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2010.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)







Morning readers!


Seperti biasa, kemaskini belog di pagi buta macam ni. Dah kata aku ni insomnia. Haiya. Teruk macam ni. Jadi, tanpa membuang masa aku dok tergolek golek depan tv yg tak boleh pasang ASTRO since kena potong tanpa sebab baik aku mengadap laptop. Banyak kegunaannye ye kawan kawan.

Pagi ni aku nak cerita pasal konvokesyen aku pagi semalam. Eh, betul aku eja tu? Haiyayai. Pedulikan! Aku konvo semalam bersamaan 23 Oktober 2010 bertempat di Kampung Perang Besar* International Convention Centre (PICC). Pagi tadi semangat aku pakai baju kurung yang baru siap di jahit hari sebelum. Selalu, aku lemau bila nak pakai benda benda merah jambu ni. Tapi, kali ni senang je. Tudung pun cantik terbentuk. Tak payah renovate betulkan banyak kali. Kiki.


Update 21 April 2012
Satu je masalah kat Putrajaya ni. Masalah kekurangan kawasan tempat letak kenderaan. PICC tu nampak je besar, gagah. Tapi, parking. Alahai, kecik alam! Nasib baik aku datang awal sikit. Kalau lambat sikit entah bawah mana kena park. Ommo!

Masuk dewan jam berapa tah. Yang pasti aku duduk, aku terus mengantuk! Tak sampai beberapa minit aku dah tidur dengan aman! Maklumlah, ada penyaman udara. Sejuk! Aku siap boleh bermimpi lagi. Kyah~  Aku terjaga bila tetamu khas yang aku tak ingat nama, nak rasmikan majlis tu. Sangat berdebar! Haruslah weh. Pentas tu panjang macam Runway fashion show mane tah. Tahu lah aku pakai baju baru siap! Hmph.

Update 21 April 2012
'Nanti jalan baik baik. Kang takut jatuh pulak. Dah malu.'

Pensyarah KPM mana tah cakap kat aku. Haila. Tahulah muka aku dah macam aiskrim yang cair ayer keroh, tak payah lah nak tambah kecuakan aku lagi. Grrrr. Benci!

Lepas tu, aku dah tak mengantuk. Teruja dapat sijil tu kot? Mungkinlah. Dok asik tangkap gambar guna telefon bimbit kawan. Al-maklumlah, telefon bimbit aku terlampau moden. Sedih, tak dapat beli baru! Uhuk.

Tunggu punya tunggu. Sampai nak mengutuk pun dah habis modal, sampai lah ke Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan. Kot ye nama anugerah tu. Lupa deh. Kawan aku kot dapat! Dia kalahkan budak dari Melaka yang pointer 3.99. Punya sakan ktorg dari KPM Beranang tepuk. Bangga seh. Satu lagi pasal nak kasi warning dengan nada lembut kat KPM Melaka.

Update 21 April 2012
Jangan ingat Beranang sekadar kampung. Budak situ semua otai seh. Macam aku! Kahkah. Jadi, majlis tu dah habis! Yay!!! Gembira. Sebab, boleh balik tidur dengan nyenyak. Tapi, yang sedih nya aku tak dapat hadiah. Uhuk. Eh, dapat. Dari adik aku yg paling kecik. Dia kasi aku bunga ape tah. Bunga saja. Tanpa tangkai ataupun daun. Hmph. Apa apa sajalah.

Mama tanya aku nak bunga ke? Aku cakap tak mau. Bunga boleh mati! Membazir je beli. Haha. Tapi, aku nak patung Elmo yang pakai baju konvo. Comel. Aku suruh Baby belikan, dia tak cukup duit. Alahai der, lain kali diet dah boleh belikan. Hehehe.

Update 21 April 2012
Ohh. Sedih lagi. Sebab, takda gambar dengan kawan kawan. Lepas keluar dari dewan semua dah berpecah. Telefon, tak berjawab. Aku ni malas kalau bab bab menunggu, jadi aku blah! Terkilan jugak lah. Tapi, nak buat apa kan. Tunggu degree nanti jelah. Kiki ;Pp

Update 21 April 2012
Update 21 April 2012

Update 21 April 2012



*Kampung Perang Besar tu nama sebenar Putrajaya.


Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

4 comments:

Nurul Amira; said... BALAS

Apasal Kampung Perang Besar?

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

Amira :
Tanya lah kerajaan. Itu memang nama sebelum tempat ni tukar nama kepada Putrajaya :D

Nurul Amira; said... BALAS

Gila lah! Baru aku tau haha.

♥ Roshazzy Shag ♥ said... BALAS

Mira :
Kiki. Ramai yang tak tahu. ^n^

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot