Tengah malam, pembaca!
Hari ni aku nak review satu restoran yang wujud dekat Seksyen 7, Shah Alam dengan Subang Jaya. Nama restoran ni Famous Thai. Dah nama nya pun Thai, tahu tahu jela masakan apa yang diorang masak. Tentu tentulah masakan Thai. Jangan cakap korg tak pernah makan pun masakan Thai. Tom Yam tu kan masakan diorang.
Semalam, bersamaan dengan 25 Oktober 2010 bersamaan juga dengan hari gaji se-Malaysia, aku dengan Mama, Abah, Baby dan Adeq p Shah Alam. Tujuan asal nak hantar Baby balik Poli. Tapi, melencong sampai ke Plaza Shah Alam, Seksyen 7. Lapar, kata Mama.
Pusing punya pusing, terpikat dengan restoran Siam ni. First time makan situ, Mama amik jalan selamat dengan pesan set makan yang murah kat situ. Mama pilih set RM68.80. Ada ikan, ada ayam, ada kangkung dan tentunya ada tom yam! Tak lupa ada Chinese Tea.
Atas ni adalah Seafood Tom Yam. Mungkin sebab kitorang pilih set punya, diorang bagi dalam mangkuk kecil untuk setiap orang. Makna nya, aku tak boleh nak tambah lah kalau tom yam aku dah habis. Melainkan cilok Adeq punya sebab, dia tak makan pedas. Memang pedas! Cili api dalam mangkuk aku je ada empat lima batang. Mahu berapi aku yang sememangnya tak makan pedas.
Hat ni pulak, Chicken Green Curry. Warna macam, 'Yukkkks!' kan. Tapi, bila makan sedap wa cakap sama lu. Tak percaya? Pergilah cuba dow. Rasa mint! Tak pedas. Hehe. Aku pernah tahu pasal kari hijau ni dari rancangan Chef Wan dekat siaran ASTRO, AFC. Tapi, dia buat pakai cili api 100%. Yang aku rasa tu tak pedas langsung! Jadi, aku suka!
Ini pulak, errrrr, aku tak ingat nama. Fish and Mango kot? Tapi yang pasti, tu ikan Siakap yang di masak dengan mangga. Aku tak rasa mangga dia sebab, aku tak suka makan mangga dengan nasi. Hmph. Tapi, ikan dia sedap! Cuma ikan agak kecik untuk aku
Sambal Petai Udang. Masakan biasa je bagi ktorg. Petai, aku dengan Abah jela yang rebut. Itu kegemaran kami! Hehe. Pedas memang tip top! Tapi, sedap. Sanggup aku biarkan lidah aku kebas sakan sebab nak makan petai! Hoho.
Kangkung Belacan. Yang ni, aku boleh cakap 'Okay' jela. Sebab, kangkung! Terlampau biasa. Tade beza pulak tu masakan diorang. Hmph.
Haa, yang biru tu Blueberry Ice Blended. Bukan handphone Blueberry tu tahu! Kisaran ais dalam Bahasa Melayu untuk Ice Blended ni Seeeedddddaaaaaaaaaaaapppppppppp!!!!! Sebelah dia Mocha Ice Blended. Bolehlah.
Update 21 April 2012 |
Update 21 April 2012 |
Terasa nak melahap kat sane? Cepat lah p Google untuk dapatkan peta ke sana. Hehe :D
Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================
4 comments:
seksyen 9! aku kena betulkan! hahahaha. aku tak pernah makan situ doh.
Mira :
Aah lah! Asal tah boleh type seksyen 7 =="
Thanks betulkan! Kiki :D
ala takdahal lah. ice blended dia nampak sedap. aku terliurrrr ;(
Mira :
Memang sodap! Nyumm nyumm~
Post a Comment