29 October 2010

Software Review : Opera Internet Browser.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Petang pembaca!

Aku baru je muat turun web browser yang satu ni. Opera Browser. Gelak lah gelak lah. Aku tahu, aku lambat. Alaa, aku dah lama tahu cuma terasa agak malas nak muat turun je. Semalam tetiba aku teringat nak muat turun. Hari ni aku nak review dengan korang lah. Aku tahu. Bukan aku sorg je yang perak dengan Opera ni. Perak itu jakun ye bukan negeri Perak tu.

Jom kita mula dari A. Eh, aku tak nak pakai ABC aku nak pakai 123.


1. Kalau korang tergerak hati nak muat turun. Korang taip http://www.opera.com/. Dan tekan Enter!
2. Dah nampak butang Download tu, apalagi, keliklah butang Download tu, jangan tercenguk je. Hehe.


3. Kalau dah kelik butang tadi tu, timbullah muka atas ni. Jangan terkebil kebil kalau tak keluar. Korang tak kelik butang Download, macam mana nak keluar muka surat baru tu. Haila.
4. Kalau muat turun tak mula bila muka atas tu keluar, korang perlu kelik butang Click Here tu. Nanti dia refresh balik page korang tu. Agaknye lah. Sebab, aku tak kelik pulak butang tu. Hihi.
5. Kalau muat turun dah bermula, tunggu jela sampai habis. Nanti, ikut aje instructions yang Opera dah bagi kat muka surat tu. Ikut dengan betul, betullah lah jadinya nanti.


6. Dah siap muat turun dan install, nanti timbullah satu muka yang baru kat depan mata korang macam kat atas ni haa. Opera Browser! Taraaaa~ Bersih dan suci. Kiki.


7. Ada sorang kawan aku di Plurk tanya aku, boleh tak tukar kulit si Opera ni. Alaa. Macam Chrome jugak lah. Chrome kan boleh tukar tukar kulit dengan sesuka hati. Opera pun boleh! Jom ke sini  http://my.opera.com/community/customize/skins/?show=rec
8. Pilih lah mana korang nak kan. Patu kelik sahaja butang Download seperti biasa. Biar aku tunjuk hasil salah satu kulit yang aku pilih secara rambang. Aku pilih hitam sebab aku suka hitam. Kiki.


9. Haa, banding kan dengan Chrome punya kulit.



Setakat ni, aku masih suka pada Chrome. Sebab, Opera macam lambat nak load satu satu page. Contohnya, blogspot. Takde lah lama gila! Amik masa dalam 10 saat je bagi Opera nak load page log in ke  blogspot. Tapi, sama je kot dengan Chrome? Haha ;DD

Jom lah korang muat turun jugak! Marilah kita ber-Opera pera.

Salamat mencuba! ;)



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

2 comments:

cikEff said... BALAS

owh. sweet nye. bulehh tukar bg (dance)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

Kak Tim :
Kiki. Kan! Banyak choices lak tu :D

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot