26 May 2011

Movie Review : Karak [Laluan Puaka]



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Ehsan Pak Cik Google sayam.

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Tadi aku dah review filem KungFu Panda 2. Kali ni aku nak review filem Karak Laluan Puaka pulak. Haha. Berehat hanya 15 minit sahaja sebelum meneruskan tontonan filem kedua ni tadi. Jom baca komen aku! Pasti tiada yang positif. haha.


Komen Puan Besar Shag Yahaya tentang filem Karak Laluan Puaka.

Satu.
Shahir tak reti berlakon! Sayang sayang. Apakedehal? Kalau dia balak aku dah lama kena cili mulut. Selalu cakap sayang ni mulut je manis, hati ke lain! keke :P Lakonan dia kaku, jadi fokus sahaja pada nyanyia ye.

Dua.
Perempuan yang lakonkan watak Ida sangat seksi dan terlampau gedik dalam filem ni. Nak berkemban pun, agak agak lah. Tak payah pakai push-up bra. Malu aku di buatnya. Lepas tu, mana ada perempuan yang terlebih gedik macam Ida tu. Rasa nak lempang je.

Tiga.
Aku nak tanya korang. Berani tak jalan ke jamban yang jauhnya 10 minit dari kereta dan berada di tempat yang gelap dan kotor? Pasti tak punya. Dah lah penuh semak sepanjang jalan. Grr~

Empat. 
Pelakon tak reti bagi salam dengan sebutan yang betul. Siapa? Korang tengok lah sendiri. Malu je aku jadinya bila tengok pada status pendidikan pelakon tersebut.

Lima.
Jalan cerita ketika Pak Malam tolong halau hantu yang tengah angkat Nik dan Jack lari dari penutup nya. Sebab penutup cerita lain, tapi bila imbas balik, kenapa Pak Malam nak halau hantu tu padahal sebenarnya tiada sesiapa kena kacau dengan hantu waktu tu. Ni aku tak tahu nak terangkan tanpa memberitahu jalan cerita sebab nanti tak saspen korang nak tengok :P

Enam.
Filem ni ada satu mesej yang amat mendalam. Iaitu, korang perlu HAFAL, YAKIN dan TAHU MAKSUD AYAT KURSI !!

Tujuh.
Ni memang aku dah agak dari semua filem hantu Malaysia iaitu penamat yang tidak bagus dan lari dari jalan cerita di pertengahan filem. Yang ini korang kena pandai imbas balik babak di rumah Pak Malam.



Rating filem ni aku kasi : 


Lepas ni aku kena pikir empat lima kali sebelum tengok filem hantu dari Malaysia ni. Tak ada kualiti. Haha :D Sesuka je cakap. Kang kena hentam baru nak nanges :P





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

28 comments:

senyumSOYA said... BALAS

x suka cter hantu..hhuhuhu..
saya ni pnakut sket..(^^!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@senyumSOYA : Haha. Shag pun! Ni tengok semata mata nak review :P

Aini Azman said... BALAS

tgk semata2 nak review??baik nye,.HAHA

Myra Jay said... BALAS

Itula kan, semua pelakon baru, kena belakon citer seram plak, kita yg tgk bkn seram dgn jln citer tp seram dengan depa sndiri pnya lakonan :)




Jom Vote "Ada hadiah buat korang…"

SyZa said... BALAS

@NURUL AINI NORAZMAN

Inilah baru dikatakan blogger sejati.. :)

SyafzMagz.com

Unknown said... BALAS

hihi.tp ecah tgk dia punya promo mcm best.heeeeeee

alin alias said... BALAS

tq dgn review ni..haishh..nk tgk ape la mggu ni ye..

Cik Yaya said... BALAS

buat habis duit je yanggg..hahaha mmg membazir je tgok filem hantu malaysia. insidious tu cm besh je..

decrewz said... BALAS

Laaa.. X best ke? X jadilah nak layan...ha3

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ecah mashuri : Yeke? haha. Shag tengok promo pun macam tak best. geli sangat :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@alin duan : Tengok lah Wimpy Kid Diary! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@.cik yaya. : Kan! tak apa lah. Lepas ni memang pikir 5 6 kali :P Insidious Shag tak tengok sebab tak ada geng =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@decrewz : Layan lah cite lain :D

Anonymous said... BALAS

hehe... waiting since last month nak tgok cerita ni.. macam ni dah patah hati lirikel :(

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@LirekeL^sTar's : Tengok lah kalau nak tengok :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@NURUL AINI NORAZMAN : Yes! Hehe. Saja je suka suka ada member :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Myra Jay : Haaa~ Betul betul Kak Myra sayam. Seram tengok perangai pelakon tu sendiri =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@SyafzMagz.com : Haha :D Tak ada kaitan. Ni semua sebab tak ada benda nak update :P

Anonymous said... BALAS

err.. malas ler mcm ni :| nanti menyesal jer...



Hehe.. thanx yer sudi singgah blog lirikel.. baru lagi.... pn shag org pertama komen ... :p

Aina said... BALAS

ada tiket free, tp kensel lah nak tgk karak.huhu...thanx review :)

Aretikz said... BALAS

Kesimpulannya.. Kerek lah kan? keh keh keh..

Anonymous said... BALAS

klu sedari perasan la..citer ni memg nmpk tipunye pon..cube igt balik tyme last2 tu..kan si zura menjerit..sume org pndg dye btol..bt muke pelik..tp cube dgar ap pemberita tu ckp..3 mangsa mati lg satu ilang xdpt dikesan..wth!! come on la kru cmne ley slh skrip ni...

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Anonymous : Tak tak. Yg tu betul. Sebab dia baru keluar dari hutan. Memang pembaca berita takkan tahu dia adalah salah seorang mangsa eksiden tu. Pembaca berita kompem dah prepare skrip lebih awal kan. Waktu Zura smp pun berita tgh di sampaikan. Logik lah tu bro~ :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@LirekeL^sTar's : Hehe. No komen!

Yeke? Oh. Tidak lah perlu title Puan di depan sebab benda tu hiasan je. Gua Cik lagi :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Aina : Pergi jela! Tiket free tu, rugi tak tgk :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Aretikz : orang yang review ni lagi kerek! haha :D

sab said... BALAS

saya suke shahir jek! oh! sangat handsome dan macho die!!

btw..sab agak rjin jugak pi photoshoot dear :)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sab : Dan sangat kaku berlakon. Haha :D

Oh yeke? Keke. Shag nak join! Haha.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot