02 March 2011

Shag Yahaya seorang yang pelik sebab susah nak tangisi kehilangan seseorang.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum, sayam ku semua!

Malam ni aku nak tukar ke mode sayu. keke :P Jadi, marilah kita sama sama matikan senyuman yang ada di muka masing masing tu. Boleh?

Aku serious neh.


Beberapa tahun dahulu, aku di cop sebagai 'Perempuan Tiada Perasaan'. Bukan oleh orang luar. Bukan oleh kawan kawan. Tapi, oleh kaum keluarga aku sendiri. Tidak. Bukan Mama, Abah. Tak. Bukan Along, Baby, Boboy, Adeq. Tak.

Tapi, mereka yang berada nun jauh di utara sana. Kalau dalam bahasa asingnya ialah intermediate family. Makcik pakcik dan saudara aku.

Sebab aku di cop 'Perempuan tiada Perasaan'?

Semuanya kerana tiada setitis air mata pun meleleh. Hatta, bertakung di mata. Tiada. Kering je. Jadi, terus aku di cop begitu. Hinanya aku pada pandangan mereka. Hanya kerana tidak menangis di hari kematian dan di hari pengkebumian arwah Mak Tok *belah Mama*.

Aku memang payah nak menangis. Lagi lagi di depan orang. Siapapun kau, aku akan cuba tidak menangis di depan kau. Tapi, tak menangis tak bermakna aku tidak bersedih. Kan? Apa kau ingat dengan menangis, kau betul betul sedih lah? Ohh come on.

Itu cerita dulu. Tapi, tadi . . .

Makcik aku *belah Abah* bagi mesej pesanan ringkas kat Mama. Kata, Tok Wan *belah Abah* dah meninggal dunia petang tadi. Sekali lagi, aku tak tahu macam mana aku perlu bagi reaksi.

Perlukah aku terus meraung menangis? Cukup kot aku hanya ucap, Innalillah sambil baca Al-Fatihah. Kan?


Aku akui kat sini. Antara Mak Tok dan Tok Wan, aku lebih rapat dengan arwah Mak Tok. Jadi, kehilangan Mak Tok dulu masih terasa sampai sekarang. Dah hampir 6 tahun. Kot. Aku cukup rindu kat arwah Mak Tok.

Aku tak rapat dengan arwah Tok Wan sebab dari aku kecik Tok Wan dah sakit. Jadi, aku tak pernah dapat rasa kasih sayang dari seorang datuk. Sebab, Tok Wan belah Mama meninggal sebelum aku sempat kenal beliau.

Harapan aku kali ini cuma satu. Harap tiada siapa akan cop aku sebagai 'Perempuan tiada perasaan' hanya kerana aku tidak menangis atas kehilangan Tok Wan petang tadi. Bukan tak sedih. Tapi, aku tak boleh nak salurkan kesedihan tu jadi tangisan. Tak macam aku tengok video Britney Spears. Entah kenapa.

Mungkin sebab aku ni pelik.




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 comments:

kindergartenlibrary said... BALAS

Kuatkan semangat apa pun jadi .
=)

Eyka said... BALAS

sabr la awak..huhu..:( eyka ada ni..jgn sedih2..T.T

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@nelly : Baik sayam! ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Eyka : Jom peluk ketat ketat ;D

Woofer Storm said... BALAS

nak ckp mcm mna ea...ermmm apapun tkziah k,..ermm tak ngis tak bermaksud tak sdih..cuma kdg2 kita ni tak pandai nak luahkan persan kita sndri,so main persan dalm hati je..cuma nsht sy kat syam,jgn terlalu pendam,nanti makan diri kalau terlalu kenyang dgn persan..

tiba2 srius mlm ni msuk blog ni.apapun cool dgn sayam^^

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Woah~ Nice words huh sayam! Jom kapel lah. Boleh kasi kata kata semangat selalu neh :P

Thanks a zillion Achie sayam for those words ;D

Anonymous said... BALAS

tu fikiran negatif org jer...sedekah alfatihah lebih baik dr menangisi kan...
masa abg ix meninggal pn ix x menangis cuma sebak skit jer...doakn byk2 utk arwah...

ayu said... BALAS

sabar ye sayamku..mulut orang susah nak ditutp..
klu mulut tempayan 2 senang la :)
cheer up bebeh!

Unknown said... BALAS

sabar yer...:)

Bunga said... BALAS

bunga faham shag..sbb masa abh bunga meninggal mak bunga xnangis pom..tapi bunga tau dia nangis didalam..n xtau tujuk..

lagipom bila kita xnangis bg bunga itu adalah semangat tuk org lain tuk terima ketentuan Ilahi dengan redha..

mak ckp lau mak nangis sapa nak uruskan hal2 keluarga..bg bunga shag seorang yang begitu kuat n tabah..

muahpp..syg shag..bunga ada cini..

ardinihumaira said... BALAS

dalam hati ada taman ;) walopun susah nak nanges, tapi hati tetap ada perasaan kan dear..


salam takziah

Pinky Pixie said... BALAS

hee. yatie pun lebey kurg same la. susah nak nangis depan org. tapi kalau nangis nyuruk2, mmg power. hehe. ape2 pun. tabahkan hati =)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@♕ Mr.IX ♂ : Terima Kasih Ix sayam. Sedikit sbnyk kasi semangat sikit kat Shag ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ayu : Kan! Shag tak peduli sgt pun dengan dorang. Eh, pasal kes tu Shag tak balik kampung utk 4 tahun kot. Haha ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Edy Zaidi : Baik lah Abg Edy sayam :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga: Mak Bunga tu kuat dan tabah. Shag bukan. Cuma tak reti nak nangis depan orang. Ego mungkin. Hehe.

Yay. Bunga ada Shag senyum ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ardinihumaira : Yeap yeap. Tapi tak tahu kenapa orang suka cakap buruk. Hmph.

Terima Kasih sayam ;D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Pinky Pixie : Baik YT sayam! ;D

Woofer Storm said... BALAS

jom kapel,shuffle pun sy mo gak..
heeeeee

busuk itu cool^^

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Woofer Storm : Yeay. Jom jom.

Bukan cool tapi COOLIO! ;D

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

kakak shag sayam,,tangisan tidak menggambarkan seseorang itu sedih..orang happy pun boleh nangis..huhu..btw,,salam takziah kepada kak shag sayam..semoga roh tok wan bersemadi bersama org yg beriman..amin..kak shag sayam kena tabah k..alief pun tak pernah gak keluar air mata.sbb alief malu nak nangis dpn orang..sama la kita..huhu

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS : Gimme paif Alief sayam! Nnt kita boleh sedih sama sama lepas tu gelak sebab tahu masing masing sedih tapi tak nak nangis sebab malu. Hahahaha ;D

Erk. paham tak neh?

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot