15 December 2010

Movie Review : Tangled [Rapunzel].



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Salam petang, pembaca!

Sudah makan tengah hari ke semua? Aku belum. Tengah gigih nak kemas belog ni. Hiks.


Semalam, aku teman Adeq kecik aku pergi tengok Tangled. Memang tiap kali cuti aku akan belanja dia tengok wayang. Cerita kartun lah pastinya. Adeq baru nak masuk 9 tahun empat januari ni. Bayangkan lah! Aku dulu tingkatan dua baru tengok wayang, dia darjah satu dah masuk wayang! Hesh.

Aku memang jenis yang tak suka cerita dongeng ni. Jadi, memang tak pernah tengok cerita Rapunzel. Yang aku tahu cuma, dia punya rambut yang panjang. Jadi, bila kena teman Adeq, memang aku berat hati. Tapi, bila habis. Aku puas hati!

Cerita ni terlampau comel dengan karakter karakter yang di lukis mata bulat. Aww~ Comel kot. Jatuh hati di situ. Belum masuk bab lawak lagi. Dengan perwatakan Rapunzel yang agak jakun dengan dunia luar nya berjaya menumpaskan si penyangak, Flynn Rider. Dia punya teruja, memang logik! Yelah, mak tipu dia cakap, dunia luar kejam dan dia tak akan mampu melawan orang luar. Tapi, dia berjaya sorokkan Flynn Rider dalam almarinya.

Rapunzel sangat naif. Dengan orang jahat dia boleh buat kawan. Sampai orang jahat tu pun, memang berkawan baik lah dengan dia. Tak jadi dorang nak belasah Flynn Rider pasal Rapunzel je. Haha.

Habis cerita, baru aku tahu yang Rapunzel ni sangat berkuasa! Bukan sahaja pada rambutnya yang mampu bercahaya dan mempunyai magis. Tapi, air mata dia pun mampu menyembuhkan luka lalu menghidupkan Flynn atau nama sebenar Eugene. Macam nama perempuan!

Kesimpulannya, aku rasa tahi hidung Rapunzel boleh buat herba! Tak wujud ke, Rapunzel ni? Aku nak jumpa dia, jadi business partner. LOL~

Satu yang tak logik! Bila Rapunzel teringat siapa dia dan siapa mak bapak dia. Rapunzel macam tak terkejut sangat pun. Lepas tu, bila berjumpa dengan mak bapak sebenar dia, mak dia senang je terima. Tanpa bersuara, terus peluk. Err. Aku tahu mak dia ada naluri itu anak dia yang dah hilang lama. Tapi, macam senang je terima? haha.

Paling tak boleh blah. Raja dan Pemaisuri tu macam tak kesah je Rapunzel kawan dengan Flynn Rider/Eugene si penyangak yang curi mahkota. Siap tarik Flynn dalam pelukan dorang lagi.

Aku nak rambut macam Rapunzel, boleh? Panjang dan kuat serta lembut. Tak perlu berkuasa. Boleh? Hihi.



bising : esok nak tengok Tron Legacy pulak.



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

4 comments:

apezs shah said... BALAS

Haha gilerh bergaya nak rambut mcmtu kan... Takpelaa dia nak bermanja ngan ahli kuarga dia hehe...belanja tgk wayang ..;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@apezs shah : kalau boleh nak sepanjang masa berlampu! Cool!

Hehe. Tak ada sapa nak belanja Kakak dia ni tgk wayang :P

sufiyyah zulkifli said... BALAS

mmg cerita ni sangat best! o la la...
can malaysian script writer produce something like this?
sebab cerita dia sedap!!!! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : Kalau Script writer mungkin boleh buat. Tapi tidak, pelakon dan pengarah :P

Sebab, artis kita suka tukar line script dgn sesuka hati smp kadang2 salah sentence. doh.

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot