21 June 2011

Alhamdulillah, dah setahun pun.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)



Doodle yang aku berjaya hasilkan sendiri pakai Paint.Net dan Photoscape ;)

Assalamualaikum, sayam ku semua!

Alhamdulillah. Dah setahun rupanyaa. Dah tiga ratus enam puluh enam hari berlalu dengan cepat dan senyap nya. Wahh~ Terkejut mak!

Hari ini bersamaan dengan hari Selasa bertarikh 21 Jun 2011. Ada apa dengan tarikh ni?

Ohoo~ Ini lah tarikh ulang tahun pertama aku pakai tudung. Teehee. Dah setahun pun aku pakai tudung ni. Tak sangkaa. Niat yang selama ni aku simpan. Mula mula agak tiada keyakinan yang aku akan berjaya bertahan dengan tudung. Alhamdulillah, Allah terangkan hati aku untuk bertahan.

Memang banyak dugaan sepanjang setahun ni. Tak terkira kot. Tak kan nak cerita satu persatu kot? Sampai esok aku tak habis taip dan sampai ke lusa korang tak dapat baca lagi cerita ni. hehe.

Tapi satu jela yang buat aku rasa mual gila. Bukan dengan tudung. Tapi dengan kerenah manusia terhadap perubahan orang yang tidak bertudung dulunya, sudah bertudung sekarang.
Kau makin sopan pulak sejak pakai tudung ni. Makin perempuan. Makan senyap.
Aku sentap jugak lah. Dulu aku ni teruk sangat ke? Rasanya dari dulu lagi aku memang akan senyap waktu makan sahaja. Tak percaya? Tanya kawan kawan aku yang benar kenal aku. Dorang akan cakap, waktu aku akan senyap adalah waktu makan dan tidur. Tidur pun kadang kadang bunyi gak! haha :D

Lain cerita simpan kat aku jela. Sebab agak peribadi lah pulak rasanya. Cece. Malu padahal!

Apa perasaan aku bila dah setahun pakai tudung ni? Ahaa~ Payah gak nak cakap. Sebab, banyak jugak perasaan. Yela, mula dengan tidak yakin. Tapi tak sangka dah setahun pun. Dalam masa setahun tu, pernah terpikir gak macam mana aku putus asa nak teruskan bertudung. Banyak kali aku putus asa~

Tapi, yang aku perasan, aku rasa senang je pakai tudung ni. Mula dengan pakai shawl jojet. Terus ke shawl net. Sekarang lebih suka pakai pashmina sebab lebih besar dan labuh. Dulu, kalau nak pakai tudung selalu kasi alasan, panas! Sekarang ni, aku tak adalah rasa panas sangat pun bila bertudung. Alhamdulillah di permudahkan jalan aku ni.

Aku harap, lagi ramai yang bertudung lepas ni. Tapi tak nak lah semata mata nak ikut fesyen tak pun sebab boipren cakap, 'sayam lebih lawa dan seksi kalau pakai tudung'. Tu, kalau aku terserempak, mahu makan tapak tangan aku. Keke. Macam berani nak penampo anak dara orang :P



Ehem. Mula mula aku ingat nak buat kontes sempena ulang tahun pertama aku bertudung ni. Tapi, masalah kewangan jengah aku lah pulak. Huhu. Tak apalah. Aku ada pelan untuk buat kontes untuk ulang tahun pertama belog Shag Comot. Nantikan lah kontes pertama aku ye sayam semua ;)




Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

22 comments:

adiba ramli said... BALAS

tahniah...harap kamu dapat kekalkan dgn tudung kamu k...salam perkenalan n can visit my blog too! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@adiba ramli : InsyaAllah amin! Terima kasih sayam ;)

cik_zetty said... BALAS

tahniah sayam hehe, tak mau sentap-sentap..terasa tak pe kehkeh, pedulik mulut orang...mulut orang tak boleh di tutup kan sayam =)

emieysandra said... BALAS

alhamdulillah. tahniah shag!

saiazuan said... BALAS

truskan memakai tudung.. ;)

ecah mashuri said... BALAS

sayam.diorang gurau je kot.mst dlm ati diorang suke tgk sayam mkin mnis pkai tdung:)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@cik_zetty : Haha. Tu cite dulu. Skrg nak sentap tak ada makno nya haa :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Alhamdulillah. Terima Kasih Emiey ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@saiazuan : Baik tuan! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@ecah mashuri : Gurau pun. Gua ni walaupun muka gangster tapi dalam hati ada bunga tau! :D

najihah sahami said... BALAS

oo..dulu shag free hair ea? tgk gaya shag lilit tudung dh nampak pro giler. hehe..cantek..mcm gadis korea masuk islam. dgn mata sepet tu..:P


kekalkan eh sayam..:)

AL AZRUL said... BALAS

wlupun sya tk thu pun jnis2 tdung yg awk sebut tu.... tpi alhamdulillah, awk sedia utk bertudung....
insyaallah, sgala niat yg baik sntiasa d permudahkan Allah SWT...

Rossarina™ said... BALAS

Moy dear, saya bangga dengan Moy. :) semoge dipermudahkan lah ye. alah, diorang yang cakap2 tuh sebenarnye jeles dengan Moy sebab Moy nampak makin cute bile bertudung hehehe. :D semoga terus thabat pada jalanNya. ;)

bunga said... BALAS

Alhamdulillah cymm..bunga hampir menangis gembira..taniah..semoga ALLAH sentiasa melindungi shag dari segala godaan dan ganguan..:)

Bella said... BALAS

Alhamdulillah .. bagos la mcm tu .. kan Shag nampak comel je .. kan ? wewitt .. nak ngurat lah .. hee :P

Ain Abia said... BALAS

moy!! kak ain nak doodles comeeyy ituuu... :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Aah. Yeke? Itu gaya terabur namanya. Muahaha :D

OMG OMG~ Macam mana Mish tahu Shag ni ada keturunan Korea? :P

InsyaAllah sayam~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@AL AZRUL : Google lah! keke :P InsyaAllah akan kekalkan!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Rossarina™ : Hahahahaha :D InsyaAllah Arina sayam. Muap~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Jangan lah nangis. Ni bukan entri menitis air mata. Senyum cukup ;)

AMIN!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Bella : Boleh boleh. Nak no tak ni? Nak tulis kat mana? Keke :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Ain Abia : Nanti Moy buatkan tau Kak Ain sayam~ Nantikan ;)

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot