12 June 2011

Asyik tegur pasal aurat perempuan. Meh baca pasal aurat lelaki pulak :D



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)





Assalamualaikum. sayam ku semua!

Semalam dah kongsi Kisah dari Neraka dengan pembaca sekalian kan. Ada baca? Kalau tak baca lagi pergi lah baca. Tak rugi pun baca 
Kisah dari Neraka tu. Kalau nak kongsi kat belog sendiri pun aku tak kesah. Ambil lah. Tak perlu kredit ;)

Hari ni, aku nak kongsi pulak pasal aurat lelaki Islam. Bosan bila baca asyik aurat perempuan yang hebat di perkatakan. Macam lelaki tak ada langsung auratnya. Haha :D


1) AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA LELAKI.


Aurat lelaki yang WAJIB di tutup daripada pandangan lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Hukum ini di persetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih antaranya sebagaimana yang di riwayatkan oleh Abu Ayyub r.a :

'Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.'
Sabda Rasulullah s.a.w juga bersabda :
'Seorang lelaki di larang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita di larang melihat aurat wanita lain.'


2) AURAT LELAKI KETIKA BERSAMA PEREMPUAN.

Aurat lelaki ketika bersama perempuan adalah berbeza mengikut kepada kedudukannya dengan perempuan tersebut. Kalau mereka adalah bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain lain, lalu aurat yang mesti di tutup adalah  serupa seperti situasi di atas. Di mana aurat lelaki adalah terletak antara pusat dan kepala lutut mereka. Serupa juga bagi wanita ajnabi.

Tapi ada jugak cakap bila berhadapan dengan ajnabi, mereka seharusnya menutup seluruh badan. Firman Allah SWT, ayat al- Mukminun, 05 :

'Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.'

sumber : SINI.



Jadi dengan ini, aku tertanya tanya. Kenapa atlet Islam kat negara kita ni terutamanya pemain bola pakai seluar pendek yang menampakkan kegagahan peha mereka? Aurat tu bro~ Dosa korang yang menayangkan nya dan dosa juga aku yang melihatnya. Walaupun aku agak teruja tengok. Kaka :D

Eh, peha pemain kat Malaysia ni aku bo-layan. Peha ayam layan lah :P

Apa korang ingat perempuan ni tak merasa ghairah ke tengok peha gagah korang? Serupa juga macam perasaan korang, kaum lelaki bila tengok peha perempuan, macam tu lah kami rasa juga bila tengok korang punya peha! Err, tapi aku tak pasti semua perempuan macam tu ke tak :P



Jom pikir pikirkannya dan selamat beramal~



Psst. Aku ambil masa satu hari nak siapkan entri ni. Pertama kali aku ambil masa yang lama untuk siapkan sesebuah entri =.='


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

12 comments:

saiazuan said... BALAS

adoi.. xpenah tau lak pasal ni..kekadang pakai boxer je (sebab panas).. hmm.. kna ubah sikap ni hehe thanks

bunga said... BALAS

semua kena tutup aurat..xkira laki tau perempuan..

Isteri Encek Bard said... BALAS

thanks for the info

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@saiazuan : Kan! Adik Shag pun selalu je pakai boxer. Tapi mama selalu marah kalau dia pakai boxer tu :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@bunga : Kan! Tapi dorang cakap seolah olah perempuan je ada aurat yg wajib di tutup :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Isteri Encek Bard : Sama sama sayam~ ;)

Diya said... BALAS

haha akak pun kadang tergoda gak, moy! tapi kenkadang buat2 tak nampak jelah. tambah2 bila tengok team kltn lawan teganu baru2 ni =p

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Diya: Haha. Kan! Seksinya mereka. Miaow~ :D

emieysandra said... BALAS

entri yg berguna cyg!!

llaki & pompuan kne sme2 jge aurat~

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Kan! hehe. Baru jadi negara Islam yang di segani ramai nanti ;D

sufiyyah zulkifli said... BALAS

*sengih*

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : Speechless? :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot