03 June 2011

Keputusan peperiksaan semester pertama peringkat Ijazah Shag Yahaya.



Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalamualaikum, sayam ku semua !
Sebelum baca entri, meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)




Assalamualaikum, sayam ku semua!

Hari ini bersamaan dengan, err, 3 Jun 2011 bersamaan dengan hari Jumaat. Tadi pagi aku dah selesai satu tugas iaitu Ucapan Berinformasi yang di beri tajuk 'Hacking Wireless Network Technique'. Muahahaha :D Ajar orang benda yang tak elok pulak tu :P

Harap markah cantik! Kiki.

Eh eh, aku bukan nak cakap pasal ucapan aku tu, tapi nak cakap pasal keputusan peperiksaan pertama aku belajar di UniKL ISE ni.

Budak budak aku *cakap macam aku ni taiko je*, tadi petang dah keluar keputusan. Punya lah laju aku p tekan laman UniKL nak tengok. Mula mula tak boleh. Entah pasai pa. Aku dengan gelojohnya tekan butang refresh dekat berjuta kali. Rasanya hampir di marahi oleh laptop aku sebab kuat sangat aku tekan.

Okay. Itu dusta je!

Akhir sekali dapat masuk laman UniKL tu. Bila nak tengok keputusan, ceh. TAK BOLEH! Apa ni der~ Cuba korang tengok bawah ni :


Dorang cakap aku ada hutang dengan UniKL ISE sebanyak RM600. Kepala otak unta kau! Aku bukan jenis berhutang dengan orang. Lagi lagi hal belajar ni. Kalau korang nak tahu RM600 tu adalah yuran hostel yang mana aku tak daftar atau masuk hostel pun untuk semester pertama hari tu.

Tapi, UniKL cakap aku masuk!

Bila aku cakap aku ada surat pengesahan aku tak duduk hostel, dorang mintak dan aku bagi. Yang sakit hatinya aku, dah dekat 5 kali aku kasi Surat Pengesahan Tidak Menginap di Hostel dari Dekan ISE. Tapi, menurut kata pegawai Kewangan tidak bertauliah tu, aku atau pegawai dari ISE tak pernah hantar apa apa surat berkaitan tu.

Baru baru ni pun aku ada hantar lagi haa~

Entah apa dorang buat dengan surat tu aku tak pasti. Isnin nanti aku naik sana memang nak makan kata kata makian dari aku kot baru nak cakap, 'Ya ya, kami dah dapat surat awak tu. Jadi, hutang kosong!'. Naik muak aku dengan pegawai kat situ.

Nasib baik aku masih waras, pikir pasal masa depan. Kalau tak dah lama kena simbah asid =.='


Kepada kawan kawan aku *kot korang baca*, TAHNIAH atas sebarang keputusan peperiksaan korang tu. terima seadanya. Ucap syukur sahaja. Jangan banyak bunyi ;)




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah habis baca entri ?
Meh kasi aku hadiah sikit - HANYA SATU KLIK !
Terima Kasih ;)
=============================================================================
Ya Allah, ampuni aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, dan maafkan aku)
=============================================================================

26 comments:

schaze zainn said... BALAS

dah lama tak singgah sini :D

selalunya website kolej/universiti memang agak boo sikit..hihi uitm punya lagi teruk tau..huhu

nanti join segmen schaze tau..hihi http://erynsyaze.blogspot.com/2011/06/1st-syazana-segmen-cari-kucing-menyorok.html

Iznie said... BALAS

huhu....mmg slaloo mcm tu....jammed ke ape ntah... :(


aamiin....(utk doa awk kat bwh tu)

emieysandra said... BALAS

ish..mcm tu k? ermm..better setel cpt2 ea~

Aretikz said... BALAS

5x? biar betik.. dorang mkan ker tu surat pengesahan? haha..

sufiyyah zulkifli said... BALAS

jadi resultnya??????
haha.
salam shag. dh lama x singgah sini. :)

aLieF si Muncung ManiS said... BALAS

standard la tu..kat tempat alief pun mcm tu..pekerja diaorang suka tangguh dan memandang remeh hal kerje..adoi..naik geram.btw,result kak shag sayam mcm mana? okay tak?? anyway,,alief nak juga ucapkan tahniah..sbb alief yakin kak shag dpt result baek punya..:P

Nurul Amira; said... BALAS

Amacam result? Okay?
Kau sound ja doh pegawai situ. Memang nak makan duit student ja tu!

aizamia3 said... BALAS

moga dapat keputusan yang baik.. insyaAllah.. dan sabarlah disebalik apa yang berlaku.. ada hikmahnya tu..

Hati Batu said... BALAS

x kan snggup simbah asid kot..ekeke :P

Pendekar Berkuda said... BALAS

perghh..ganas betul shaq... main asid nih...wahahaha...

najihah sahami said... BALAS

hua2...600??pheww..jom kita bako pegawai tu shag.

laskar pelangi said... BALAS

bleh plak nak main simbah simbah asid. simbah mcd best gak=D

♕ Mr.IX ♂ said... BALAS

dh lepas hutang-palsu tu dpt result x?? brapa resultnya? hhihi

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@schaze zainn : Ni bukan setakat webxite problem tapi officers sekali :P

Nanti ada masa Shag join k sayam ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Iznie : Haha :D Otak officer tu memang jammed :P

Terima Kasih sayam!

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@emieysandra : Dah setelkan banyak kali tapi tak tersetel setel =.='

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Aretikz : err, rasanya dorang jual kat lori recycle kot? haha :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@sufiyyah zulkifli : Wasalam Piya ;)

resultnya nanti Shag cerita ye sayam.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aLieF si Muncung ManiS : Kan! Lepas tu bebel konon salah kita =.='

Result tu nanti Shag kongsi ye ALief sayam ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Nurul Amira; : Dah kena! Kaka :P

Nantilah aku story weh! keke.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@aizamia3 : InsyaAllah amin! :D

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Hati Batu : Sanggup je dengan pertolongan awak! Muahaha :D Saya awak pulop.

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@Pendekar Berkuda : Haruslah! Sekarang asid mudah dapat. Keke :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@najihah sahami : Jom kita bako, Mish ;)

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@laskar pelangi : Mekdi tak boleh. Shag diet ayam dengan daging :P

Puan Besar Shag Yahaya said... BALAS

@♕ Mr.IX ♂ : Nanti ye IX. Nak surprise. Kaka. Poyo je :P

 

Template Design by Puan Besar Shag Yahaya
(c)Copyright reserved by Shag Comot